Khamis, Mei 18, 2006

Cita-cita si kecil 2

Aku masih ingat lagi pada zaman kanak-kanak aku di Port Dickson. Ketika itu Pekan Port Dickson bukan seperti sekarang. Port Dickson dahulu hanyalah sebuah pekan koboi yang cukup dengan keperluan asas sahaja. Pukul 6.30 petang sahaja, segalanya senyap sunyi. Semua kedai ditutup. Yang menghidupkan pekan PD pada ketika itu hanyalah nelayan-nelayan pantai, kapal-kapal minyak menghantar minyak mentah untuk diproses serta anggota-anggota tentera yang berkhidmat demi negara. Kalau nak dikira, majoriti penduduk PD adalah orang luar. Kebayakannya anggota tentera yang berkhidmat di kem-kem tentera yang berselerak dari batu 5 hingga batu 12. Begitu juga aku. Aku lahir di Pulau Mutiara, namun kerana ayahku adalah seorang anggota tentera di PD, maka bermulalah hidup aku sini.

Dari kecil lagi setiap aktiviti dan kehidupan harian aku dibayangi oleh kehidupan seorang tentera. Apa taknya, dahlah anak askar, kawan2 pun semuanya anak askar juga. Kalau bermain tu tak sah kalau tak main perang2. Tiap-tiap orang ada senapang sendiri. (Senapang kayu buatan sendiri). Kerana terlalu seronok main perang2, majoriti antara kami nak jadi askar bila besar nanti. (Lagi satu sebab ialah akibat terpengaruh dengan cerita telivisyen popular ketika itu "COMBAT". Heronya Vic Morrow kalau tak salah aku.) Namun seorang ayah biasanya tak akan membiarkan anaknya mencontohi dirinya kerana cukuplah dirinya sahaja yang merasa kepayahan hidup. Seboleh-bolehnya seorang ayah inginkan hidup anaknya lebih baik dari hidupnya. Ayahku cukup pantang kalau aku berhasrat untuk mengekori jejak langkahnya sebagai tentera. Katanya cukuplah dia seorang jadi askar. Ayahku mahu aku jadi orang yang berjaya nanti. " Belajar rajin-rajin Long, dah besar nanti boleh jadi doktor.........") itulah ungkapan yang selalu kudengar......aku pasti tiap orang pun begitu.

Bila masuk sekolah rendah, guru pula "brainwash" kita dengan memomokkan cita-cita yang hebat-hebat belaka. Tiap-tiap orang akan ditanya mengenai cita-citanya............kadang-kadang siap suruh buat karangan lagi......." Cita-cita saya" Ada yang nak jadi pilotlah, doktorlah, lawyerlah dan macam-macam lagi. Ketika itu, aku taklah memikirkan sangat tentang cita-cita aku. Namun aku cukup berminat dengan bab-bab teknikal. Aku cukup teruja bila berada dikelas subjek sains. Kadang-kadang waktu rehat aku ke perpustakaan sekolah. Bukan nak study, tapi cari buku-buku bergambar mengenai sains. Segala encyclopedia yang ada aku belek.Lagi satu, hobi aku yang paling ketara ketika itu ialah melukis. Ada sahaja yang kulukis. Kalau masuk kelas yang boring je.....mesti aku melukis. Yang selalu jadi mangsa ialah subjek Agama Islam. Itu pasallah aku memanjang dapat spanar (F) dalam subjek tu. Belakang buku nota Agama Islam aku penuh dengan lukisan. Ayahku memang tak melarang hobi aku tu. Dia selalu belikan atau bawa balik kertas dari tempat kerja. Sebenarnya dia lagi suka, jadi taklah aku merayau sangat.
Dalam seminggu, aku cuma keluar main dengan kawan-kawan cuma 2 ke 3 kali sahaja. Itupun hari cuti aje. Balik lambat je siap........getah paip tunggu aku.....tapi bukan dari ayahku....dari ibuku. Ayahku sampai sekarang tak pernah jentik aku. Akupun boleh tahan juga degilnya. Maklumlah anak sulung. Jadi masa selain main tu kalau tak pergi mengaji, kena pergi kedai dan tuisyen aku duduk dirumah melukis dan membaca. (Bukan buku sekolah.....baca komik, Majalah Gila-gila dan Gelihati amnya.) Satu lagi "habit" ayahku bagi mengelakkan aku keluar rumah. Ntahlah...agaknya takut aku jadi jahat kut?

Oleh kerana selalu terperap dalam rumah dan asyik dengan melukis dan baca komik, daya imaginasi aku menyerlah. Ada sahaja plan2 teknikal dalam kepala aku. Kebanyakannya aku ceduk dari manual-manual enjin dan layout kereta perisai dari buku2 yang ayahku bawa balik. Biasalah budak lelaki, tak lain mesti minat kereta kan. Takkan minat anak patung lak. Ketika itu apa yang aku impikan hanyalah untuk menjadi seorang saintis atau pun seorang pereka. Agak pelik bagi seorang kanak-kanak sekolah rendah ketika itu. Sedang kanak-kanak lain heboh bermain diluar, aku dalam rumah heboh membuat plan-plan yang tak masuk akal. Namun pelajaran disekolah tak pernah aku abaikan. Aku sering mendapat tempat kedua (paling corot no.3) di dalam kelas. Nak dapat no.1 payah sikit.......member aku sorang lagi tu terrer nak mampus. Anak cikgu le katakan. Aku kena rajin belajar bukannya apa.........kalau dapat tempat corot.....alamatnya getah paip hinggap di punggung. Aku cukup takut dengan ibuku. Kalau dia naik darah....apa sahaja yang ada ditangannya boleh jadi rotan. Dengan batang penyapu, senduk nasi, lidi penyapu pun jadi. Tapi sayang kepada ibuku adalah lebih daripada sayang aku pada ayah......agaknya kalau kecik2 tak kena bantai, agaknya apa yang jadi pada aku sekarang ni.

Hmmm..........I wonder???!

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online