Jumaat, Jun 02, 2006

Edisi...Kecewa....Frust

Adussss.....penat je aku prepare dokument2, tandatangan tuan tanah, surat sokongan......Alih2 Permohonan pinjaman aku kena reject....kena tunggu 6 bulan lagi.....alamak payah betullah......Aku dah beria-ia nak buat loan bank untuk cover sikit kos projek aku....bukan banyak aku nak pinjam...10K aje.......Dengar cerita dari member aku Bank Pertanian bagi pinjam untuk usahawan tani cam aku ni.....tanpa cagaran dan penjamin. Tapi jawapan petang tadi amat mengecewakan aku.....Mentang-mentang projek aku kecik aje (+/- 20 ekar), cuba aku ahli korporat ke, dato' ke....mesti senang. Jangan 10 ribu, 1 juta pun boleh. Itulah yang buat aku geram sangat ni.......kita yang 'ikan bilis' ni senang2 je dikotak katikkan. Kalau aku banyak duit tak payahlah aku buat loan. Nak apply loan lain, nak penjaminlah, cagaranlah.....siapalah yang sanggup jadi penjamin sekarang ni.....nak jamin loan pendidikan atau loan kereta pun orang dah tak berani. Nak cagaran.....aku nak cagar apa? Tanah projek pun sewa. Motor cabuk aku adalah....itupun tak laku! Hasil pulak tahun ni tak menjadi......hujan sahaja....tapi tak apalah...hujan pun bagus. Aku tak akan salahkan cuaca. Cuaca apapun bagus. Ada hikmahnya tu........Tak apalah.......Aku akan positif.......

Aku selalu berfikir ............Sebelum Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah, pasti Allah akan uji kita dengan bermacam dugaan. Hanya orang yang hargai dugaan akan hadapi kejayaan......tiap dugaan pasti ada jalan.......Sekurang-kurangnya aku masih tak berhutang!

1 Comment:

  1. Buat duit dgn GDI said...
    Jangan putus asa bro. Pasti suatu hari akan dipermudahkan urusan dan ditambahkan lagi rezeki oleh Allah. Mari aku share camne nak tambah income kat internet ni. Lawat website aku di http://perniagaaninternet.ws/r/azmiramli atau http://www.azmiramli.com/bm. Cheers!

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online