Isnin, Mei 29, 2006

Kadang-kadang kita hairan....kenapa bunga kertas (bougainvillea) yang kita tanam bunganya tak lebat. Mudah sahaja....Kalau nak melebatkan bunganya........

Kurangkan penyiraman air. Untuk menggalakkan pembungaan, kita mesti wujudkan keadaan "water stress" untuk pokok. Pokok bunga kertas lebat berbunga ketika kemarau atau musim panas. Lagi "merana" pokok, lagi lebatlah bunganya. Jikalau air banyak, bunga akan kurang dan daun akan jadi lebat. Jikalau bunga kertas ditanam dalam pasu, memadai menyiramnya seminggu sekali. (Jangan sampai tunggu pokok kekeringan). Kalau musim hujan tu....biarlah sahaja. Tunggulah musim panas. InsyaAllah bunga akan lebat.

Dah 4 hari berturut-turut aku tak kekebun....Bukannya apa....Faham-faham sahaja la cuti sekolah ni.....Kenduri-kendara banyak sangat......Duduk dalam kawasan taman perumahan ni macam itulah....kadang-kadang dalam satu hari tu ada 2-3 kenduri serentak...Mula Khamis petang aku dah kesana kemari menolong sahabatku menguruskan majlis pernikahannya. Lepas Asar....petang Jumaat pula mengiringi rombongannya untuk majlis pernikahan.....Selesai majlis dalam pukul 7.00 petang. Pukul 10.00 malam pula aku ke tapak pasar malam di kawasan perumahan aku. Kerjalah...apa lagi.......sapu sampah pasar malam untuk mendapatkan duit tabung bagi Belia 4B dan Pemuda........Pukul 2 pagi baru selesai.......Esoknya iringi pengantin pula bertandang kerumah pengantin perempuan. Segalanya beres........balik sahaja dari mengiringi pengantin lelaki.....terus sahaja kerumah jiran di belakang rumahku.....pasang khemah dan susun meja....malam itu majlis pernikahan anak perempuannya. malam itu selesai sahaja majlis....pinggan mangkuk dah tunggu.....apa lagi menyentallah kerja aku. Selesai semuanya......jerang air untuk esok.....takkan nak bagi tetamu minum air paip kot....sakit perut pulak nanti.....Kerja-kerja selasai dalam pukul 2.30 pagi. Awal pagi Ahad aku dah terpacul di rumah jiran. Ambil tugas ketua penanggah pula.......Semua nak kena settle.......nasib baik "team" remaja dan belia aku ada......Punyalah ramai orang......tetamu tak putus-putus sampai pukul 4 petang.....agaknya satu Port Dickson kot tuan rumah jemput. Selesai majlis.....menyental lagi...ingat nak bagi sikit untuk pengantin lelaki......tapi kesian lak.....dia ada tugas "besar" yang lain lak.......biarlah dia........dalam menjelang Maghrib barulah selesai semuanya......kaki ni rasa nak tercabut sahaja. malam itu....lepas Isya' sahaja aku dah lelap. Pagi ni aku bangun.....semua sendi2 aku rasa macam nak tercabut.....Hari ni aku cutilah.....nak rehat dulu sehari sebelum ke kebun. Aku ni asyik kekenduri orang.....ada kenduri sahaja....mesti orang cari.....bila lagi agaknya giliran aku...?

Jumaat, Mei 26, 2006

Hari pertama aku dikampus, perasaan aku berbaur.......tak tahu aku nak gambarkan perasaan aku ketika itu. Gembira, tension, suspens semua ada. Macam-macam bermain di fikiran ketika itu. Macam tak percaya juga aku akan mulakan hidup sebagai seorang siswa. Mula-mula daftar Kolej. Aku mendaftar di kolej paling corok di UPM. Kolej Pendita Zaaba. (Ninth College). Jauh betul kedalam. So....balik ke asal. Dulu di asrama, dari freshie ke senior, sekarang putaran roda berputar kembali. Sekarang jadi freshie balik. Kena lalu minggu Orientasi lagi......Dalam akhbar macam-macam berita kes-kes ragging di kampus. Yang paling feymes ketika itu, "Serdang Heli". Bab-bab ragging ni aku tak peduli sangat. Biasalah.....nasib baik pengalaman di STJ banyak. Taklah culture shock sangat. Lagi pun mentaliti senior-senior sini tentulah lebih mature kan?

Pendaftaran kolej dan fakulti hari tu berjalan lancar. Sempat juga jumpa ex-schoolmate. Chocho....dia mendaftar course Dip. Tani. Petang tu lepas bersalam ngan orang tua aku lebih kurang....dan mereka meninggalkan aku di sini.......maka dengan rasminya aku menjadi student kembali. Senior-senior belum balik mendaftar lagi....cuma yang ada facilitator2 yang akan berdamping sepanjang minggu orientasi kampus. Nasib aku baik kerana dapat satu block dengan schoolmate aku Amin. Kami sama2 Matrik sains. Masa pendaftaran, aku diberi 3 pilihan untuk mendaftar, Matrik Sains Hayat, Sains Fizik atau Akaun. Pilihan aku tentulah Matrik Sains Fizik. Namun ditolak mentah2 kerana subjek Addmath fail. Kena reject lagi...aku pun satu....tak sedar2 diri lagi. Feel rejected aku tension.....Dahlah nak masuk ITM orang tua tak bagi, disini pun hala tuju aku pun kena control. Akibat asyik kena reject....sedar tak sedar aku mula berubah. Aku didaftarkan untuk Matrik Sains Hayat. Bio pun Bio lah. Actually aku minat juga subjek Bio ni. Bio ni jarang mengecewakan aku.

Sepanjang minggu pertama aku, rata-rata senior yang aku jumpa memberi komen betapa toughnya course aku ni. (Matrikulasi). Mungkinkah aku akan terpengaruh dengan komen-komen negatif seperti ini nanti? Aku cuba positif dalam semua hal. Dalam hati aku, sedar tak sedar aku wish aku tak ambil Matrik....lebih baik aku ambil Diploma terus. At least apa-apa hal jadi masa bachelor nanti Dip. dah ada. Lagipun kalau first year dalam Dip. result bagus, boleh dipromoted terus ke Bachelor. Kenapa aku tak tahu semua ni? Kenapa kita sering tak dapat info yang tepat? Tension........

Selasa, Mei 23, 2006

Tamatnya Peperiksaan SPM.....maka tamatlah kisah aku hidup diasrama.......Gembira tu mestilah ada.......tapi yang sedihnya tu lebih banyak........Aku gembira kerana lepas ini aku dah boleh dikira "bebas"!!!! Namun untuk berpisah dengan tempat yang penuh sejarah ini....tempat dunia remaja aku dihabiskan.....amatlah payah sekali. Tiada lagi kedengaran bunyi loceng kelas, loceng dewan makan......tiada lagi nasi kawah, ikan "jacket", warden-warden yang berlagak cool (tapi bangang), akak kantin yang cute, aktiviti petang, aktiviti keluar pekan, sukan antara rumah, curi-curi merokok dan bau kilang getah Mardec! Dah tentu yang paling aku rasakan kehilangan adalah kawan-kawan dan sahabat rapat. 5 tahun bersama menempuh pelbagai rintangan dan dugaan. Itulah yang aku rindukan.

Dah tamat zaman persekolahan dah. Sekarang ni zaman cari kerja lah pulak.......itupun kalau tak sambung belajar.....Rutin kebiasaan di asrama membuat aku rasa tak selesa dirumah......kawan-kawan tak ada......yalah...dalam setahun berapa kali sahaja aku cuti dan duduk dirumah.....mana nak ada kawan-kawan. Sejak tingkatan 3 aku berpindah ke rumah baru dan sejak itulah kalau aku balik kampung...terasa sangat nak balik asrama balik. Boring takde aktiviti.....kawan-kawan takde....... Ayah aku jenisnya kuat mengongkong.....bukan diberinya keluar berjalan sangat. dah besar panjang pun nak dikongkong. Ada sekali tu aku keluar malam pergi Pesta PD balik lambat sikit pun dah diturutnya........bosan.....bosan! Macam budak kecik je aku rasa....

Jadi nak mengelakkan mati kebosanan dirumah......akupun kerjalah.Jadi waiter cum storekeeper cum pantry boy. (kadang-kadang bus-boy & steward pun ya jugak)....jadilah. Kerja pun ok. Kalau ada function je sibuk sikit. (sebenarnya teruk juga).
Kebetulan aku kerja satu tempat dengan 2 orang school-mate aku, Si Lani dan Si Boyot.....kira ok jugalah. Boring-boring...bolehlah recall balik peristiwa2 di sekolah dulu..... Genap 4 bulan kerja result pun keluar.........aku tak sabar2 nak gi sekolah esoknya.......bukan excited nak ambik result...tapi excited nak jumpa kengkawan dan tengok sekolah yang dah aku tinggalkan dulu.......Result aku kira oklah....(dah cerita sebelum ni). tapi slip takleh ambil pasal ada hutang ngan sekolah.......kata kerani sekolah dua ratus lebih......terperanjat aku.....mana aku ada hutang?! Kalau ada pun mungkin untuk paper English 1119. Balik lah dengan muka toya. (Memang betul pun....kerani tu silap tengok.....paper 1119 je)

Sampai rumah, aku khabarkan berita gembira untuk orang tuaku........kebetulan pula ada sedara ayahku datang. Punya kembang hidung ayahku.....tapi bila minta slip....aku bilang tiada....dan ceritakan sebabnya. (Duit 1119 tu -Rm 75 je- aku tak bayar pasal duit aku hilang kena kebas masa kat sekolah dulu) Tiba-tiba aje ayahku melenting memaki hamun aku depan sedara mara nya.....malu besar aku......rasa bengang pun ada......katanya aku joli duit yang dia bagi tu.....(Nak joli buat apa?) Dahlah aku ikat perut masa diasrama dulu. Duit belanja selalu bagi pun untuk sebulan ngam-ngam RM30 sebulan termasuk duit tambang nak balik rumah tiap hujung bulan.
Ayahku memang jenis baran.....satu lagi sikapnya yang buat aku benci padanya......suka maki-hamun tanpa usul-periksa dan tak mengira tempat. Tak kira di public ke depan orang ke......kalau dia nak hamun dia hamun aje. Lagi satu suka buat keputusan sendiri....tanpa berbincang dengan anggota family lain. Bulat katanya.....bulatlah jawabnya bagi yang lain. Kalau dah askar tu askar jugak.

Sejak kes itu (termasuk beberapa kes lagi) aku mula tak ambil port sangat kata-kata ayahku. Aku ni kira black-sheep dalam family akulah....adik aku no2 tu pendiam skit taklah heavy metal sangat cam aku ni. Brutal-brutal aku pun....kadang-kadang tu sentimental jugak. Jiwa aku mula memberontak.......kalau tak ingatkan mak aku.....tak tau le.....

Tutup kes.

Lepas dapat result.....maka cargaslah aku mengapplykan diri untuk sambung belajar. Aku minat teknikal, aku minat melukis......aku nak apply apa ha?! Zaman tu.....aku tak didedahkan langsung dengan sebarang maklumat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi. Main hantam ajalah.......itupun lepas bincang ngan kawan-kawan. Kalau zaman tu ada internet...boleh membrowsing jap........komputer zaman tu pun...kalau nak run kena pakai floppy disk....kakakaka.....nak tergelak aku bila teringat. Dalam borang UPU aku apply 5 pilihan.......nak uni yang grand aje....(tak fikir.....result macamlah bagus sangat....)

Inilah senarai pilihan aku....

  1. Universiti Malaya - Asasi Sains
  2. Universiti Teknologi Malaysia - dah lupa lak
  3. Universiti Sains Malaysia - Asasi Sains
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia - Asasi sains
  5. Universiti Pertanian Malaysia - Asasi sains

Lagi satu dalam borang lain....Institut Teknologi Mara - Art & design. Canggih....memang canggih........masa tu tak cermin-cermin diri langsung......kes over yakin le ni. Tup-tup......offer sampai..........Ada dua.......satu dari UPM...satu lagi ITM. Aku pilih untuk kemasukan ke ITM pasal course dia tu serasi ngan aku.........Alih-alih ayahku paksa aku terima UPM. Bertekak juga aku.....Katanya ITM tu tak setaraf.......ITM tu institut je.......UPM tu universiti.......wah kerek juga orang tua aku ni.....ni kes nak bangga diri ngan orang lain le ni.....! Bengang betul aku......tapi aku malas nak bertekak.........masuk jelah UPM. Lagipun katanya dia akan support sikit duit yuran nanti.

Yolah......UPM pun UPMlah........UPM....kau tungguuuu.....!!!!!!!!!

Isnin, Mei 22, 2006

Kerana mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (ketika itu)......Aku ditawarkan untuk meneruskan pelajaran ku di sekolah berasrama penuh di Sekolah Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Aku memang gembira betul.....tapi dalam hati.....risau pun ada...yalah mana taknya.......orang asyik cerita kes-kes buli dan ragging kat sekolah asrama. tapi tak kisahlah.....takkan kena ragging sampai mati kot!? Maka pada Jan 1986 bermulalah hidupku di asrama. Pada mulanya prestasi pelajaran aku dikelas agak kurang memberangsangkan......mungkin semua yang masuk ke sekolah ni memang bijak2 belaka. Yalah...bukan semua orang dapat masuk asrama penuh kan.....?! Sepanjang 2 tahun pertama di sekolah, aku selalu dapat tempat corot dikelas......tapi tak kisahlah.....aku kena study lagi kuatlah jawabnya. Di STJ ni aku berkenalan dengan sorang kawan, agak kamcing jugaklah....Zaizul namanya.......bukannya apa......sama kepala......minat kami sama.....suka benda2 teknikal ni......ada masa terluang sahaja....mesti aku lepak dengannya bincang pasal kartunlah, komiklah dan banding-membanding lukisan. Si Zaizul ni lagi dahsyat imaginasinya....sampai dia boleh buat komik robot sendiri (ala-ala Transformers gitu) tapi taklah sampai dipublishkan. Publish untuk kawan2 je.

Dipendekkan cerita, masuk tingkatan 4 barulah cabaran sebenar bermula.......Aku didedahkan dengan Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan......Kalau tak sebelum ni Matematik Moden...dan Sains Paduan. Aku cukup teruja dengan subjek fizik.....Guru yang mengajar pun best. Subjek-subjek sains tu semuanya best......(cuma Kimia aje yang selalu memeningkan kepala aku sikit). Masa tu aku confirm dah........Aku nak jadi Engineer nanti. (terlalu yakin sampai cita-cita dalam majalah sekolah pun aku tulis nak jadi engineer.)

Namun panas tak sampai kepetang........ Dalam SPM apa yang aku target tak menjadi.......dapat pangkat 1 tapi agak kureng skit......Fizik ingatkan boleh dapat A tapi dapat C3 je......ini kes overconfident le ni......Macammana nak jadi engineer nih......Add-math pulak tu F9!!!! Tulah....masa buat homework asyik2 copy orang lain punya aje......ha...kan dah kena! Subjek lain tu kira ok juga lah. tapi yang buat slack tu add-mathlah. Camno nak jadi Jurutera ni.......??? Aku agak frust dengan result SPM yang aku terima. Itulah......aku pun tak tahu apa nak cakap......nak kata tak study.......aku study............tak cukup serious kot???

Khamis, Mei 18, 2006

Aku masih ingat lagi pada zaman kanak-kanak aku di Port Dickson. Ketika itu Pekan Port Dickson bukan seperti sekarang. Port Dickson dahulu hanyalah sebuah pekan koboi yang cukup dengan keperluan asas sahaja. Pukul 6.30 petang sahaja, segalanya senyap sunyi. Semua kedai ditutup. Yang menghidupkan pekan PD pada ketika itu hanyalah nelayan-nelayan pantai, kapal-kapal minyak menghantar minyak mentah untuk diproses serta anggota-anggota tentera yang berkhidmat demi negara. Kalau nak dikira, majoriti penduduk PD adalah orang luar. Kebayakannya anggota tentera yang berkhidmat di kem-kem tentera yang berselerak dari batu 5 hingga batu 12. Begitu juga aku. Aku lahir di Pulau Mutiara, namun kerana ayahku adalah seorang anggota tentera di PD, maka bermulalah hidup aku sini.

Dari kecil lagi setiap aktiviti dan kehidupan harian aku dibayangi oleh kehidupan seorang tentera. Apa taknya, dahlah anak askar, kawan2 pun semuanya anak askar juga. Kalau bermain tu tak sah kalau tak main perang2. Tiap-tiap orang ada senapang sendiri. (Senapang kayu buatan sendiri). Kerana terlalu seronok main perang2, majoriti antara kami nak jadi askar bila besar nanti. (Lagi satu sebab ialah akibat terpengaruh dengan cerita telivisyen popular ketika itu "COMBAT". Heronya Vic Morrow kalau tak salah aku.) Namun seorang ayah biasanya tak akan membiarkan anaknya mencontohi dirinya kerana cukuplah dirinya sahaja yang merasa kepayahan hidup. Seboleh-bolehnya seorang ayah inginkan hidup anaknya lebih baik dari hidupnya. Ayahku cukup pantang kalau aku berhasrat untuk mengekori jejak langkahnya sebagai tentera. Katanya cukuplah dia seorang jadi askar. Ayahku mahu aku jadi orang yang berjaya nanti. " Belajar rajin-rajin Long, dah besar nanti boleh jadi doktor.........") itulah ungkapan yang selalu kudengar......aku pasti tiap orang pun begitu.

Bila masuk sekolah rendah, guru pula "brainwash" kita dengan memomokkan cita-cita yang hebat-hebat belaka. Tiap-tiap orang akan ditanya mengenai cita-citanya............kadang-kadang siap suruh buat karangan lagi......." Cita-cita saya" Ada yang nak jadi pilotlah, doktorlah, lawyerlah dan macam-macam lagi. Ketika itu, aku taklah memikirkan sangat tentang cita-cita aku. Namun aku cukup berminat dengan bab-bab teknikal. Aku cukup teruja bila berada dikelas subjek sains. Kadang-kadang waktu rehat aku ke perpustakaan sekolah. Bukan nak study, tapi cari buku-buku bergambar mengenai sains. Segala encyclopedia yang ada aku belek.Lagi satu, hobi aku yang paling ketara ketika itu ialah melukis. Ada sahaja yang kulukis. Kalau masuk kelas yang boring je.....mesti aku melukis. Yang selalu jadi mangsa ialah subjek Agama Islam. Itu pasallah aku memanjang dapat spanar (F) dalam subjek tu. Belakang buku nota Agama Islam aku penuh dengan lukisan. Ayahku memang tak melarang hobi aku tu. Dia selalu belikan atau bawa balik kertas dari tempat kerja. Sebenarnya dia lagi suka, jadi taklah aku merayau sangat.
Dalam seminggu, aku cuma keluar main dengan kawan-kawan cuma 2 ke 3 kali sahaja. Itupun hari cuti aje. Balik lambat je siap........getah paip tunggu aku.....tapi bukan dari ayahku....dari ibuku. Ayahku sampai sekarang tak pernah jentik aku. Akupun boleh tahan juga degilnya. Maklumlah anak sulung. Jadi masa selain main tu kalau tak pergi mengaji, kena pergi kedai dan tuisyen aku duduk dirumah melukis dan membaca. (Bukan buku sekolah.....baca komik, Majalah Gila-gila dan Gelihati amnya.) Satu lagi "habit" ayahku bagi mengelakkan aku keluar rumah. Ntahlah...agaknya takut aku jadi jahat kut?

Oleh kerana selalu terperap dalam rumah dan asyik dengan melukis dan baca komik, daya imaginasi aku menyerlah. Ada sahaja plan2 teknikal dalam kepala aku. Kebanyakannya aku ceduk dari manual-manual enjin dan layout kereta perisai dari buku2 yang ayahku bawa balik. Biasalah budak lelaki, tak lain mesti minat kereta kan. Takkan minat anak patung lak. Ketika itu apa yang aku impikan hanyalah untuk menjadi seorang saintis atau pun seorang pereka. Agak pelik bagi seorang kanak-kanak sekolah rendah ketika itu. Sedang kanak-kanak lain heboh bermain diluar, aku dalam rumah heboh membuat plan-plan yang tak masuk akal. Namun pelajaran disekolah tak pernah aku abaikan. Aku sering mendapat tempat kedua (paling corot no.3) di dalam kelas. Nak dapat no.1 payah sikit.......member aku sorang lagi tu terrer nak mampus. Anak cikgu le katakan. Aku kena rajin belajar bukannya apa.........kalau dapat tempat corot.....alamatnya getah paip hinggap di punggung. Aku cukup takut dengan ibuku. Kalau dia naik darah....apa sahaja yang ada ditangannya boleh jadi rotan. Dengan batang penyapu, senduk nasi, lidi penyapu pun jadi. Tapi sayang kepada ibuku adalah lebih daripada sayang aku pada ayah......agaknya kalau kecik2 tak kena bantai, agaknya apa yang jadi pada aku sekarang ni.

Hmmm..........I wonder???!

Renungan sejenak

Selasa, Mei 16, 2006

Sudah tentu! Tiap orang punyai cita-cita dan impian. Cita-cita dan impian memberikan satu wawasan kearah perjalanan hidup kita. Tentu kita ingat, masa kita kecil dahulu, orangtua kita sering bertanyakan "bila besar nak jadi apa?" kepada kita. Begitu juga semasa sekolah. Siap suruh buat karangan lagi. Cita-Cita Saya....... Mesti kita ingat, rata-rata tiap antara kita bercita-cita nak jadi doktor, lawyerlah, pilotlah, engineerlah dan ntah macam2 lagi cita2. Biasanya cita2 kita ketika itu agak terpengaruh dengan pesanan kedua orangtua kita, rakan-rakan dan juga guru disekolah. Namun apabila dikenangkan kembali, cubalah kita fikir sejenak adakah kerjaya kita sekarang ini sama seperti yang kita impikan waktu kecil dahulu? Mungkin ada, tetapi peratusannya amatlah sedikit. "Kita mampu merancang, hanya Allah yang menentukan." Namun jika kita hanya merancang tanpa usaha yang gigih dan berdoa kehadratNya tak guna juga kan? Jadi Allah tentukan takdir atas hambaNya atas usaha yang hambaNya lakukan. Cuba fikirkan.........Begitulah yang terjadi pada diriku..............



 

blogger templates | Make Money Online