Jumaat, Februari 16, 2007


Langkawi...Oh! Langkawi!!

Sampai di Stesen Arau, member aku dah tunggu nak pick-up kami (10 org) untuk dibawa ke Jeti Kuala Perlis. Sebenarnya pergi dalam 2 kump. Kumpulan menaiki bas (30 org) dan kumpulan keretapi. Difahamkan yang kump. bas dah selamat atas feri. Takpa, kump keretapi 'grand' sikit....biar lewat. Member aku yang tunggu di Stesen Arau tu sebenarnya bertugas di AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan) Port Dickson. Kebetulan dia balik kampung masa tu...jadi mudahlah nak jemput kami di stesen. Lapar pulak perut ni....Bosan lak asik2 nak pekena roti bakar keretapi...Sampai di jeti...difahamkan feri kami akan bertolak dalam sejam lagi...apalagi....kita minum dulu! Taksah kalau sampai di Kuala Perlis kalau tak pekena laksa utara. Aku try semangkuk....alamak...mendukacitakan....kureng..Itulah orang kita kalau berniaga...nak untung je...tapi rasa 'out' ! Sedap lagi mak aku buat!


Angah & me....Di Jeti Kuah

Di jeti aku lihat ramai kaum ibu duduk diluar terminal jeti menjaja buah2 potong. Yang paling ketara mangga. Sedap juga mangga sala ni cicah asam. Aku borong sampai sedozen. Saja nak kunyah2 dalam feri nanti. Alah...tak sempat naik feri dah habis! kalau buah mangga cicah asam ni memang kegemaran aku. Walaupun aku tanam mangga dekat berbelas ekar....aku jarang2 makan mangga masak....aku lagi suka makan yang muda...macam mengidam la pulak. Teringat pulak masa kecik2 dulu....Dulu mak aku dan jiran terdekat selalu ada aktiviti kaum2 ibu...aktiviti menyicah...kadang2 mangga ( mangga kuini kat rumah sewa aku dulu besarnya tiga pemeluk, kalau nak petik kena baling dengan kayu baru gugur...kerja aku lah tu), kalau bukan musim mangga (pelam), betik muda pun jadi diorang ni (betik muda dihiris nipis2 cicah dengan sambal cili kering yang digoreng dan ditumbuk). Agaknya aku mengikut hobi mak aku le agaknya ya?! Ahh sudah....terliur lak aku !

Atas feri aku dah tak ingat apa2 lagi dah.TV atas feri lak pasang video karaoke siam, mana nak faham...buat taik mata lagi sedap! Sampai di jeti Kuah van dah tunggu.....Terminal jeti Kuah penuh dengan pelancung....yalah...cuti Krismas! Agen2 kereta sewa pun berlambak..yalah, masa nilah nak dapatkan income lebih! Dulu (2 tahun lepas) Proton wira boleh dapat sewa RM 40/ hari. Sekarang Rm60..demand pasal musim cuti! Adalah dekat sedozen bisness kad diorang aku amik...mana tau nak jalan2 ronda2 satu Langkawi!! Kalau ikut bas boringlah kan....tak rockk gitu !

Sampai di Hotel..(Eagle Bay Hotel) pukul 1.45 tengahhari....Lunch time....kump. bas tak kelihatan...dah masuk bilik memasing le tu. Lepas makan ada briefing sikit untuk program petang tu, lepas asar di bilik kenferens. Alamak...takleh nak rest la ni. Pinggang tengah pijar lagi ni dek duduk terlalu lama dalam keretapi & feri tadi.

Sesi 'brainstorming'

Habis briefing & meeting/brainstorming untuk merangka program2 untuk belia tahun 2007, apalagi.....balik bilik tukar baju...cabut.....Pekan Kuah.....here i come!!!

Berjalan2 menuju ke Pekan Kuah....saja ambil angin....

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online