Ahad, April 27, 2008

Alhamdulillah, syukur, minggu ni berjalan lancar... tiada gangguan makhluk2 penggemar mangga lagi... Syukur juga tak ada satu pun umpan yang dimamah monyet. Macam tau pulak benda yang aku gantung tu racun. Alhamdulillah lah selain tak makan, masuk kebun pun tak lagi. Selamat!! Agaknya monyet2 tu dengar kut aku cakap suruh jangan makan. Mcm kartun animasi terbitan filem negara dulu2, Kura2, kancil & monyet. Jangan monyet jangan! Benda tu tak boleh dimakan!



Pembinaan jalan & pemasangan pembetung

Hari Isnin, kontraktor pun dah mulakan kerja menolak/meratakan tanah untuk dibuat jalan, pembetung pun dah dipasang. Namun pada malamnya hujan turun tak berhenti2 sampai kepetang keesokan harinya. Jalan yang ditolak dirata habis berlopak, kebun habis bergenang dengan air, lambat air keluar, bertakung. Nasib baik longkang racik termasuk dalam spesifikasi projek. Lepas tu, pembinaan jalan kebun pun dihentikan sementara, terus buat parit dulu untuk buang air yag bertakung. Nasib baik kena pada waktunya. Hari Rabu sampai Khamis hujan tetap turun cuma sekejap2. Dalam tengah sibuk2 mengarah JCB buat kerja, menanam serai, sempat juga aku harvest cendawan busut yang tumbuh. Cuma agak terlewat, dah kembang dah pun. Nak jual buat duit malas pulak aku, aku kutip adalah dekat dua guni, aku bahagikan pada jiran2 sebelah rumah sewa dan kenalan kampung. Aku ambil secekak buat nasi goreng malam tu. Hehehehe.


Keadaan jalan yang baru ditolak & kebun yang bertakung air selepas hujan lebat,
dah siap longkang baru cantik!!! Air keluar macam jeram..hehehehe
Cendawan busut yang keluar selepas hujan
Dalam minggu lepas tu, banyak juga panggilan aku dapat bertanyakan pasal benih serai ni. Yang mana sempat capai tepon nk menjawab tu dapatla jugak berbicara, yang tak sempat aku jawab tu minta maaf ye. Dukacita dimaklumkan, masa kini, benih serai agak payah nak dapat. Mungkin ramai yang baru menanam untuk market bulan puasa dan Hari raya nanti. Dari utara sampai selatan, stok benih serai amat payah nak dapat. Kalau ada pun sedikit. Market untuk serai pun tengah boom sekarang, dipasar2 pun agak kekurangan. harga pun dah naik sedikit. Sekilo boleh sampai RM2.80 di Melaka (menurut rakan aku). Jadi harga ladang sekilo antara RM1.50 hingga RM2.00. Aku takda stok, baru nak tanam semula, baru siap 2500 batang tanam. Itupun sehari suntuk menanam. Nak patah pinggang dibuatnya. Untuk makluman rakan2, pasaran untuk serai ni janganlah dirisaukan sangat, banyak permintaan sebenarnya, macam2 boleh dibuat dengan serai ni. Dari jual benih, dipasarkan ke pasar2, untuk sektor pemprosesan, yakni untuk dibuat serbuk dan untuk ekstrak minyak. Penjual2 sate, tokey2 kedai tomyam pun banyak nak pakai. Jadi janganlah gundah kiranya anda tak tau mana nak dijual. Oleh kerana kurangnya bekalan serai tempatan kini, serai2 dari Thailand dah masuk kepasar2 borong sekarang. Namun apa yang diberitahu, serai peha ayam dari negara jiran kita ni, agak kurang beraroma sikit. Untuk buat minyak jauh sekali. Adalah tak mustahil, jika kita ramai2 boleh bekerjasama, suatu hari nanti, kita boleh jadi antara pengekspot serai ke luar negara. Insyaallah. Tak salah pasang impian tetapi bukan angan2.

Dalam dua minggu lepas ada juga rakan2 bloggers yang sempat singgah kekebun aku yang tak seberapa tu, yang semak tengah meninggi, berlecah dgn air hujan. Terima kasih kepada Kak Rohani, Wan, Jamri (semua org Melaka) kerana sudi singgah. Maaflah kalau tak dapat nak buat air ke, duduk tak selesa ke.... Apa nak buat, kebun ala2 kadar je... Buah mangga pun belum berapa matang lagi, tak dapatlah nak merasa. Kalau yang merasa pun buahnya sikit, tak berapa manis pulak kali ni... agaknya keluar masa hujan kut? Hmmmm....

Patutnya hari ni aku balik ke Rembau, badan rasa lesu pulak, hidung ni dah srooot sretttt, srotttt sreetttt...Yelah, Tiap2 hari hujan, tiba2 hari Jumaat sampai hari ni panas pula. Pinggang pun sengal2 je... Tengoklah dulu. Kalau agak2 ok, petang ni aku balik kebun. Risau juga, manalah tau, masa kita tak ada dikebun ni,masa tu lembu2 & monyet2 berpesta! Ikutkan malas aku nak balik PD, tapi dah berjanji dengan adik aku nak meneman dia pergi tengok projek cacing kawannya di Rantau semalam. Menarik juga projek cacing ni.Si Hakim (kawan sekerja adik aku) buat projek cacing dalam rumah sewa je... Uihhh!! Geliga sungguh... Dia sewa rumah sebulan RM100 untuk buat projek cacing. Kos permulaan RM3000 je. Tengok unjuran rancangan pendapatan sampai puluh2 ribu !! Lumayan!! Adik aku berminat sangat nak buat. Aku cuma bagi galakan je.

Sekitar lawatan projek ternakan cacing Lumbricus rubellus
Bab tanaman serai, aku terpikir juga nak buatkan kursus untuk penanaman. Dari A-Z. Dari tanam sampai marketnya. Cara pengeluaran dengan kos yang minimum. Ingat nak 'charge' sikit.. dapat top-up duit nak kawin nanti..hehehehe.....tapi entahlah. Kalau agak2 rakan2 boleh bantu aku yang dalam dilema ni... Silalah beri komen ya. Agaknya kursus sehari dengan peserta 20-30 orang boleh kut? Kalau nak saya bagi kursus ditempat saudara, silalah jemput saya di kebun... maklumlah saya ni pakai motor je... hehehehe. Itupun kalau ada yang berminat. Komen ye nanti... Komen..Jangan tak komen!

11 Comments:

  1. snowroses said...
    Hello Paktani...boleh saya belajar bertani? Nampak macam perniagaan yg bagus!
    PakTani said...
    Boleh...tentu boleh...
    Tanpa Nama said...
    salam,
    Saya tengah plan nak start menanam serai. Blog tuan sangat bermanafaat-tak lokek ilmu.Minta pendapat tuan;
    1. kalau saya ada tanah 3 ekar perlukah saya mulakan projek ni terus 3 ekar atau mulakan dengan 1 ekar dulu.
    2. Berapa harga untuk bersihkan tanah belukar untuk 1 ekar.Pokok besar adalah sikit-sikit.

    wassalam
    PakTani said...
    W'salam....

    Terima kasih diucapkan kerana sudi mengunjungi blog ini.

    1. Kalau ada 3 ekar, apakata tanam seekar2 dahulu. Selang 3 atau 4 bulan selepas penanaman, barulah diusahakan seekar yang berikutnya dan begitulah seterusnya. Serai akan matang dalam 6 bulan. jangka masa menuai boleh makan masa sehingga 2 bulan. Bergantung pada jumlah tenaga kerja dan permintaan pasaran. Selepas itu bolehlah ditanam semula plot yang telah dituai dengan benih2 dari plot kedua. (ketika itu penuaian plot kedua sedang dilakukan.) atau tinggalkan sedikit benih asal dr plot pertama. Dengan cara ini, anda boleh menuai/mendapat hasil sepanjang tahun. ( dengan mengira sebulan rehat/ x bekerja ketika selepas hari raya puasa). InsyaAllah.

    2. Kos membersihkan kawasan bergantung kepada upah jentera dikawasan anda dan jumlah hari mengerjakannya. Jika mengambil kira kos jentera sehari RM300/sehari dan 2 hari bekerja, maka kosnya adalah RM600 hanya untuk pembersihan kawasan. Seekar biasanya memerlukan 1-2 hari bekerja bergantung kepada kepadatan belukar.
    Tanpa Nama said...
    Salam Paktani,
    Terima kaseh kerana berkongsi ilmu. Saya ingin bertanya;
    1.Berapa lama masa diperlukan untuk menuai 1 ekar ladang serai dan berapa orang yg diperlukan.
    Ada syarikat contract farming yang mengatakan upahnya RM2000,tapi tak kata pulak berapa lama.
    2.Untuk penyediaan serai sebelum dipasarkan pulak tu berapa kg boleh disiapkan sehari.Nampak macam kerja lambat aje.Berapa upahnya sekilo?
    Saja nak tau kalau ada 'hidden cost' dan sebagainya.

    Thank you, bro.
    wasalam
    Tanpa Nama said...
    Salam

    Saya baru jer menanam serai 24 mei yg lalu kos pembnersihan tanah cecah rm 2500 tu belum benih lagi, cuma saya nie baru ceburkan diri dlm bidang pertanian, x pernah pegang cangkul pun sebelum nie. keje pun tempat ader aircon jer, tapi kerana minat saya usahakan juga sanggup pajak tanah orang. Saya nak bertanya kalau sekiranya ader kursus yang akan dianjurkan saya bercadang nak ikut maklumlah ilmu didada x aderlah sangat. So saya mencadangkan kepada pembaca blog nie kita buat team untuk follow kursus serai dengan en.faizal nie dan kita wujudkan satu rangkaian serai di kalangan bangsa kita sendiri buka branch setiap negeri anything happen mkisalnya masalah benih ker, baja, masalah seraidan penjualan kita boleh share bersama-sama dan one day kita boleh control market macam bangsa lain buat barulah kita nie kuat. hilangkan dulu semangat PHD (Program Hasad Dengki) yang banyak menular di kalangan warga kita jadilah petani modern dan profesional
    PakTani said...
    Salam tanpa nama,

    Tentang kursus tu Insyaallah saya boleh anjurkan, masalahnya tentang peserta dan tempat. kalau rakan2 ada yang berminat, cubalah kumpul dalam minimum 10 orang, Mudah saya nak beri penerangan nanti. Bukan apa, kalau sorang2, nanti takut ada ilmu yang tertinggal. Bak kata omputih, the more the merrier! hehehe. bab ilmu, Insyaallah akan saya turunkan semua yang ada. Termasuk pembeli dan pembekal sekali. Kalau betul2 inginkan kursus dari saya, kumpulkan rakan2, kita buat perjumpaan. Kalau da plot yang dah tersedia, kita boleh buat praktikalnya sekali. Insyaallah.
    Tanpa Nama said...
    saya setuju sgt dgn cadangan tanpa nama. sebenar nye, tula cara nak maju.sama2 bantu n memenuhi andaikata tak cukup stok..
    saya pun dah mula projek ni. benih dah ada kat rumah, tgh tggu percambahan akar. 21 jun ni tanam.
    anyway, thanks bebanyak en faizal..
    ttg kursus, sy setuju sgt, tp kalo leh bia kos seminimum mgkin. yela, dgn keadaan skg, suma org tak nak travel jejauh..
    Tanpa Nama said...
    Assalammualaikum kepada tuan tanah kerana berjaya membuka blog ini...Sangat penuh dengan ilmu.Syabas kerana anda tidak lokek dengan ilmu......
    Pada bakal2 petani yang berminat untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman serai ini saya nasihatkan baca dahulu penerangan yang diberikan.....

    Jika anda kekurangan atau perlukan bantuan dari segi bekalan Benih, saya boleh membantu...
    Ladang saya di Rawang dan jika berminat boleh call saya di talian 019 2749445-Hamzah..
    Tanpa Nama said...
    Salam pak tani...masih buat serai lg ke?
    Unknown said...
    Saya ada satu lot tanah dijln besut 4 untuk dibersihkan ...ada sesiapa yg boleh buatkan .call saya 019 3097429 fauzi

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online