Selasa, Julai 08, 2008

Assalamualaikum semua rakan2 pengunjung HSP,

Sayugianya diumumkan bahawa satu kursus penanaman serai akan diadakan di kebun saya pada 26 Julai 2008, 27 Julai 2008, 2 Ogos 2008 & 3 Ogos 2008.

Kandungan kursus sehari ini akan membincangkan hal2 teknikal mengenai proses penanaman, penjagaan sehingga ke aspek penuaian. Praktikal proses diatas juga akan diajarkan kepada peserta. Makan minum disediakan. Para peserta dikehendaki memakai pakaian tidak formal. Sebaiknya pakaian ke ladang. (Pakai topi apek sayur pun ok). Kursus di kebun ni sebagai maklum memang tak serupa macam kursus di hotel. Namun keselesaan peserta diutamakan. Dun Wori! Ada kemudahan tempat solat dan toilet.. (Kebun depan masjid). Diakhir kursus peserta kan diberikan nota2 kursus berserta contoh kertas kerja penanaman serai bagi pinjaman bank. Para peserta bebas memilih tarikh kursus pilihan mereka berdasarkan tarikh yang telah diberikan di atas. Harus diingat, jumlah peserta satu sesi adalah terhad kepada 20 orang peserta sahaja untuk satu sesi. Kursus ini juga diadakan sebagai platform untuk para pengusaha atau mereka yang berminat mengenai projek serai ini untuk bertukar2 pendapat dan idea serta apa jua permasalahan mengenai tanaman serai. Apapun, maklumat mengenai kursus adalah seperti berikut :

Kursus Penanaman & Amali Serai

Tarikh:
26 Julai 2008 / Sabtu
27 Julai 2008 / Ahad
2 Ogos 2008 / Sabtu
3 Ogos 2008 / Ahad

Waktu: 9.30 pagi hingga 5 ptg

Tempat : Kebun PakTani (sila lihat peta lokasi pd blog)

Yuran Kursus : RM 100.00 seorang
(Bayaran deposit RM50 hendaklah dibank-in kan selewat2 nya 4 hari sebelum tarikh kursus. Sila simpan resit bayaran bank untuk rujukan kelak)

Sila bank-in kan kedalam salah satu akaun berikut:

Agro Bank - 1-571-000015-5

Bank Islam - 05-049-02-005592-2

Maybank - 105046374419



Sila emailkan pada PakTani4all@gmail.com atau sms saya pada 0196823911 atau sms Pn Maznah - 0126815226 untuk sebarang pertanyaan & penyertaan kursus.

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online