Sabtu, Julai 19, 2008

Kes Pertama...

Pada 17/07/2008 jam 9.09 pagi aku dikejutkan oleh satu panggilan dr Marang, Terengganu. Panggilan dibuat mewakili 50 orang petani yang telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat 'contract farming' (CF) yang beroperasi di kawasan pantai timur. Syarikat ni memang agak tersohor disana & pernah mendapat liputan didalam Buletin Utama TV3. Tak perlulah bgtau nama syarikat tersebut. Pemanggil mengadu pada aku, mereka rasa tertipu dengan syarikat tersebut yang berjanji memberikan benih ketika permulaan projek (dengan bayaran) dan mengambil hasil setelah tanaman matang. Setelah ditandatangani perjanjian, sehingga kini, masih ada peserta yang masih belum menerima 'konsainmen' benih mereka sedangkan wang sudah dibayar, tanah sudah diterangkan, dibajak, dirotor.. namun kelibat benih pun tak nampak. Yang sudah siap untuk dituai pun dah ada 8 ekar, selebihnya sedang mula cukup tempoh matang. Apabila mereka menelefon syarikat tersebut, tiada siapa yang menjawab panggilan. Berkali2 cuba dihubungi, namun hasilnya tetap sama. daripada apa yang diberitahu, ada dikalangan peserta yang sanggup bergolok bergadai, menjual perahu mereka semata2 bagi mengubah nasib beralih arah daripada nelayan untuk menjadi usahawan serai dan ada juga yang mengeluarkan simpanan yang tak seberapa di Tabung haji dengan hajat untuk mengerjakan haji semata2 untuk modal permulaan dan ada juga yang jual brg kemas sang isteri demi kehidupan yang lebih baik dengan mengusahakan tanaman serai dengan janji2 manis pihak syarikat CF ini. Namun harapan dan janji2 ditaburkan cuma omong kosong... kasihan peserta2 yang terlibat.. zalimnya manusia ini.. kerana wang ringgit sanggup mereka memperdaya bangsa sendiri yang hanya mahukan nasib diri mereka berubah demi kebahagian hidup masa depan. Aku amat sedih dengan apa yang berlaku ini... Kenapa syarikat tersebut tergamak berbuat demikian? Kalau ada masalah, kenapa tak bertrus terang dengan pengusaha? Kenapa nk menyepikan diri? kenapa nak lari? Sedangkan perjanjian sudah ditandatangani. lagi satu, kenapa peserta tidak membuat laporan kepada pihak berwajib? Kami cuba hubungi syarikat terbabit, namun panggilan tak dijawab. Nak juga dengar cerita dari pihak sebelah. supaya lebih adil...

Bagi membantu mereka, kami dr Lemongrass group..(kumpulan serai yang sedang ditubuhkan tetapi bukan syarikat!) BujangSelamber, Pn Maznah dan lain2 sudah ada jalan penyelesaian bagi mereka. Insyaallah, kami cuba bantu mana yang terdaya. Kebetulan market yang kami ada masih tak mencukupi. Mungkin dalam minggu hadapan kami akan duduk bersemuka dengan wakil peserta dari marang ini. Insyaallah.



Kes Kedua

Pagi tadi, aku terima panggilan dari sahabat ku dari Selangor. Bekalan tak mencukupi, beliau dah 'secure' market serai ni untuk dihantar kepada syarikat membuat rempah ratus, namun kini beliau menghadapi masalah bekalan... sepatutnya hasil dari ladang beliau mencukupi apabila ditambah dengan plan sokongan yang beliau buat, iaitu dengan memberi benih percuma ..PERCUMA! dan galakan kepada org2 kampung dengan mengusahakan serai dikawasan lapang di belakang rumah kemudian beliau akan membelinya kembali dari mereka. Dengan cara itu, bekalan tidak akan putus. Namun apabila sahabatku menghubungi mereka untuk bekalan bagi menampung permintaan...apa yang beliau dapat?? Mereka tak mahu menjualkan serai2 tu kepada beliau! Kalu nak beli, serumpun RM5. (itupun rumpun yang ada dlm purata paling tinggi 1.5kg sahaja!) Setelah diselidik, rupanya ada satu orang 'pembeli' sudah masuk kampung..menghasut orang kampung supaya jangan jual serai pada sahabatku tadi! 'Pembeli' tu menjanjikan harga yang lumayan kepada orang kampung! Ya Allah! Ya Tuhanku! Memang benar kata Tun Mahathir... MELAYU MUDAH LUPA!!!! Dan lihatlah bangsaku ini, begitu mudah dibeli dengan wang ringgit sehinggakan lupa bangsa sendiri yang telah membantu mereka selama ini! Beginilah berniaga... Harus diingat, Bangsa 'pembeli' ni memang licik..mereka punyai pengalaman beratus tahun dalam berniaga ni.. tak susah mereka nak jatuhkan bangsa kita ni... Duit sahaja senjatanya! Mula2 dia lingkupkan pembeli dengan menyekat bekalan mereka, kemudian apabila pembeli bungkus, mereka ambil pulak dengan pengeluar dengan harga murah..Akhirnya, kita juga yang melingkup! Licik sungguh mereka ni! Yang Melayu ni pun satu, lupa diri! tak kenang jasa! Apa salahnya harga murah sikit, tetapi berpanjangan. setidaknya dapat juga pahala membantu saudara sesama Islam! Sahabat2ku pengunjung dan usahawan tani sekalian, ingatlah...Bantu membantulah sesama... Pengeluar serai adalah majoriti bangsa kita, namun keadaan dipasar borong masih lagi dimonopoli oleh "mereka". Bagaimana bangsa kita nak maju kalau kita sendiri yang menyemai benih kehancuran bangsa kita sendiri? Aku tak bersifat perkauman.. cuma sedih dengan keadaan bangsa sendiri yang sentiasa tertipu oleh mereka yang suka mengambil kesempatan dengan sikap 'tak apa' bangsa kita ni...Siapa lagi nak bantu bangsa kita kalau tak bangsa kita sendiri? Aku dah cuba dapatkan beberapa pembekal baru pada sahabatku itu... Alhamdulillah, setakat ini hasilnya positif. Itulah pentingnya kita bersatu, kuatkan benteng ukhwah. dan ini jugalah sebabnya kumpulan Lemongrass group ni perlu dibuat.. bagi membantu rakan2 yang bermasalah. Kalau kita kuat, bersatu teguh, angin puting beliung berskala F5 pun takkan merobek benteng pertahanan kita. Insyaallah.

Marilah kita menjadi MELAYU SENTIASA INGAT! MELAYU BANTU MELAYU! Ketepikan perbezaan politik! MELAYU BANGSA BERSATU!

* P/S: Mungkin tulisan aku kali ini dirasakan ada berbaur sentimen perkauman, tidak, bkn itu maksudnya.. tetapi supaya kita beringat! Kita yang beragama Islam ada halal haram, ada dosa & pahala, "bangsa lain" mungkin memang cara mereka atau budaya dah mcm tu.. x leh buat apa. Bak kata Nabil " Lu pikirlah sendiri!". Rezeki pun Allah yang beri, mungkin segala yang terjadi adalah ujian kepada hambaNya. ( Post diatas aku ubah sedikit atas nasihat sahabatku..Agaknya takut aku kena ISA kut... sayang jugak ko kat aku ye!! hehehe)

4 Comments:

  1. Samdaddycool said...
    bro, aku macam kenal je company kat marang tu (1st case).. email aku bro, bagitau sapa... samdaddycool@gmail.com

    thx
    Unknown said...
    Memang tu la lumrahnya.. pada saya tak salah kita bersifat perkauman, jgn tertipu dengan omokan yang mengatakan perkauman itu bersifat negatif.
    Samdaddycool said...
    kalau tak bersifat perkauman pun... cara dia menyalahi etika... sebab org lain dah ada perjanjian dgn offer yang pertama...

    sengal!
    Tanpa Nama said...
    dulu janji kita boleh dipegang dgn mulu. Tapi sekarang, dah ada perjanjian bertulis pun boleh menipu lagi

    Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.

    Dan barang siapa berbuat demikian dengan melanggar hak dan aniaya, maka Kami kelak akan memasukkannya ke dalam neraka. Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

    Quran 4:29-30

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online