Selasa, November 04, 2008

Serai & krisis pasaran!!!

Assalamulaikum w.b.h! Bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi kekuatan kepadaku utk meng'update' lagi blog ini. Buat rakan2 semua, ku ucapkan terima kasih kerana setia mengunjungi dari dahulu sehingga kini. Buat mereka yang mengutus email, ampunkan aku kiranya lewat membalas email2 kalian.

Kali ini, aku ingin melampirkan satu email dari seorang rakan baru yang bertanyakan tentang pasaran serai. Aku suka & tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan beliau. teringin aku berkongsi bersama rakan2 pengunjung setia HSP ini. Insyaallah.

Emailnya begini;


"Assalamualaikum Pak Tani,

Saya XXXXXX dari XXXXXX. Saya ingin bertanya tentang tanaman serai ini.
Sejak akhir2 ini saya dapati terlalu banyak syarikat yg mempromosikan tanaman serai hingga ada yang membuat Contract Farming. Saya ingin tahu dari Pak Tani akan pasaran serai ini.

Dimanakah sebenarnya pasaran serai ini. Betul atau tidak akan apa yang ada didalam internet tentang permintaan minyak serai masih tidak mencukupi pasaran dunia atau hanya satu pendekatan utk menjadikan serai sebagai satu komoditi MLM (Multi Level Marketing) di Malaysia. Jika benar ada permintaan yang tinggi terhadap minyak serai mahupun serai basah, siapakah yang betul betul memainkan peranan utama disini. Maksud saya syarikat yang benar-benar ada perjanjian dgn negara luar yang membeli serai dari Malaysia ini.

Seperkara lagi saya ingin bantuan dari Pak Tani untuk mendapatkan maklumat pembeli dari Singapura jika ada. Pihak kami bersedia menjalankan perusahaan tanaman serai secara besar besaran di Jerantut lebih kurang 500 ekar, jika ada pembeli dari Singapura atau syarikat yang benar benar inginkan serai tersebut (Peha Ayam dan serai kampung) dgn harga RM1.00 - 1.30 sekilogram.

Saya berharap Pak Tani dapat membantu. Sekian dahulu dari saya

Yang benar,

XXXXXXX XXX XXXXXX
"

*Nama & alamat dirahsiakan...

Jawapanku beri;

Waalaikumussalam XXXXXXX,

Maafkan saya atas kelewatan membalas email anda.

Memang benar, dewasa ini, banyak syarikat2 ladang kontrak (contrct farming-CF) beroperasi. Bukan hanya kepada tanaman serai, malahan tanaman2 lain juga bahkan dlm ternakan. Semuanya menawarkan khidmat bekalan benih, teknologi serta janji2 membeli kembali hasil setelah menandatangani kontrak dengan mereka.

Sebagai sebuah syarikat yang bergtg harap kepada keuntungan (money oriented) serta penyertaan peserta, sudah tentu mereka byk mempromosikan produk serta khidmat2 sebegini dimedia masa & internet hinggakan fakta sebenar tentang usahatani ini & pasarannya banyak yang terselindung. Memang tak dapat dinafikan, dengan keadaan celik kesihatan (health concius) dewasa ini, produk2 yang berasaskan kimia organik & bukan kimia buatan lebih mendapat perhatian bagi bidang pemprosesan seumpamanya produk2 kosmetik & kawalan
perosak (organik based product). Sebagaimana yang kita tahu, serai mempunyai ekstrak minyak yang berharga buat industri2 ini iaitu citral & citronella. Jadi ada mungkin memang benar apa yang dikhabarkan tentang permintaan yang tinggi dipasaran dunia mengenai permintaan minyak serai ini. Namun, ada juga sesetengah Syarikat yang tak bertanggungjawab menjadikan tanaman serai sebagai satu komoditi ala2 MLM (Multi Level Marketing) di Malaysia.

Senario pasaran tanaman serai sekarang & golongan yang memainkan peranan dalam situasi ini.

Ketika ini, tatkala saya sedang menulis jawapan email kepada sdra, berlaku lebihan produk/hasil serai daripada pengusaha2. Namun pada masa yang sama, masih berlaku kekurangan bekalan serai dipasaran. (kilang2 mahupun basah yakni pasaran runcitan) Kenapa ini boleh berlaku? saya kupas satu persatu melalui apa yang diberitakan kepada saya melalui pengalaman rakan2 lain serta info2 yang saya terima.

1)Pengaruh Syarikat kontrak dalam situasi ini:

Banyak syarikat2 kontrak muncul ketika ini atau 1-2 thn kebelakangan kerana populariti tanaman ini yang mudah penjagaannya serta hasil yang tinggi yang dapat dihasilkan dr keluasan tanah yg minimum. Modal yang kecil juga jadi penyumbang utama kepopularitian hasil usahatani ini. Ditambah pula dengan peningkatan penggunaan produk hasilan serai (citrunella) dipasaran dunia. Oleh kerana adanya permintaan, ditambah ramainya yang berminat menceburi bidang pertanian demi menambah hasil pendapatan, maka syarikat2 ini telah mengambil peluang yang terhampar luas bagi mengaut keuntungan dengan menawarkan peluang2 kontrak bersama syarikat mereka. banyak janji2 ditaburkan, figura2 keuntungan lumayan serta janji pembelian semula hasil drpd pengusaha memang menyebabkan ramai pengusaha mengikat kontrak dengan syarikat2 ini kerana bagi mereka, pasaran telah terjamin. Namun tanpa disedari & tanpa diteliti (mungkin kerana kurangnya ilmu dalam pertanian), mereka telah mengeluarkan kos yang berlebihan dalam pengeluaran hasil. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu klaus dalam perjanjian, pengusaha wajib membeli benih daripada syarikat mereka. Kononnya benih adalah dari jenis berkualiti siap dihormonkan & hanya benih daripada syarikat mereka yang dipilih. harga benih yang ditawarkan syarikat amat mahal, tak masuk akal. Kemudian teknik2 penanaman yang kurang wajar serta kurangnya kepakaran dalam syarikat itu sendiri menyebabkan pengusaha terpaksa mengeluarkan kos yang lebih bagi projek mereka. Ini semua berlaku tanpa disedari oleh pengusaha itu sendiri. Setelah perjanjian diikat, tanaman mencapai usia matang untuk dituai, syarikat kontrak membeli kembali dengan harga yang juga tak masuk akal. Kemudian, sesudah habis dituai, pengusaha harus membeli kembali benih dari syarikat mereka kerana diberitakan, anak benih yang terhasil dari rumpun musim pertama tak boleh/tak sesuai dijadikan benih. Kononnya dari klon terpilih. Setahu saya, kalau dr jenis hybrid sahaja yang kurang sesuai. Serai hibrid? masih tak didengari lagi...atau mungkin saya yang ketinggalan? Wallahualam. Kadang kala, ketika musim tuaian, batang hidung syarikat langsung tak kelihatan. Pengusaha jadi kebingungan... Mana nak dipasarkan hasil tuaian mereka? Bayangkan ada 100 pengusaha dengan luas minimum projek 1 ekar, bayangkan 1 ekar mengeluarkan minimum 10tan. Sudah tentu ada 1000 tan serai yang tak dituai!! Itu kalau seekar. Cuba bayangkan pula, syarat keluasan wajib mengikat kontrak dengan syarikat mereka adalah 3 ekar?? Bayangkan berapa ramai pengusaha yg terlibat sebenarnya & berapa banyak pula syarikat kontrak yang terlibat?

Sebenarnya, secara realiti, memang boleh dibilang kilang2 ekstrak minyak skala besar di malaysia ini. Boleh dibilang kilang2 memproses serai menjadi serbuk di Malaysia ini. Walaupun tak banyak, keperluan bekalan serai minimum harian adalah mencecah puluhan tan sehari. Ini belum kilang2 rempah lagi. Kilang2 inilah yang membekalkan/mengekspot hasil2 serai kepasaran luar negara dan bukannya syarikat2 kontrak ini. Syarikat2 kontrak ini hanyalah bertindak sebagai orang tengah, membekalkan bekalan serai mentah kepada mereka. Syarikat kontrak ini juga terikat menandatangani kontrak dengan pengilang2 ini. Ada had/kuota minimum penghantaran bekalan harian. Jikalau kuota tak dapat diikuti, kontrak bekalan akan dibatalkan. Inilah yang menyebabkan syarikat2 kontrak tak datang ambil hasil tuaian pengusaha seperti yang dijanjikan, kerana meraka sendiri tiada tempat nak dipasarkan akibat kontrak ditamatkan kerana kuota bekalan tak dipatuhi. (akibat perancangan tidak rapi & pengetahuan teknikal yang kurang difahami oleh syarikat itu sendiri bagi memaksimumkan pengeluaran) Jikalau ada pun, hasil tuaian tadi akan digunakan kembali sebagai jualan benih utk pusingan akan datang kepada pengusaha itu sendiri ataupun kepada pengusaha2 baru. (mereka rolling kembali hasil yng dibeli utk dijadikan benih).

Segala yang diatas belum lagi termasuk hasil2 serai utk pasar2 borong & runcitan. Kekurangan bekalan dipasar2 berlaku kerana ramai pengusaha terikat dengan syarikat kontrak dan tak membekalkan hasil kepada pasar2 tersebut.

Jadi apa yang berlaku, 1) kilang2 kurang bekalan, 2) lambakan hasil di ladang.

2)Pengaruh pengusaha/petani dalam situasi ini;

Dalam hal pengusaha/petani pula, mereka mampu mengusahakan ladang yang besar, namun kurang mampu mencari pasaran sendiri. Lebih bergtg harap kepada orang tengah. Realiti. Semua mahukan pasaran yang terjamin serta harga yang tinggi. Kenyataan. Meskipun mampu mengusahakan projek yang luas berekar2, mampukah pengusaha itu mengeluarkan hasil untuk dibekalkan secara berterusan kepada pengilang2? saya rasa tidak. Belum lagi buat masa ini. Hanya segelintir sahaja yang mampu. Itupun kerana mempunyai modal yang besar. bagi yang modal kecil, hanya beroperasi secara sambilan bagaimana? Bayangkan pengusaha dapat pasaran yang baik dengan harga yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan syarikat kontrak. Keperluan harian bekalan 1-2 tan sehari, (utk kilang) mampukah setiap pengusaha bekalkan 1-2tan sehari setiap hari secara berterusan? sampai suatu masa, bekalan habis, Utk keluarkan hasil 1-2 tan sehari dari ladang bukan kerja yang mudah. Tenaga kerja mahir menjadi satu aspek yang penting. Ini berkait rapat dengan kos. Kemudian jikalau mampu, satu aspek lagi memainkan peranan. Aspek logistik pula, boleh/mampu keluarkan 1-2 tan sehari, tetapi tak mampu pula buat penghantaran. Kadangkala jauh pula tempat utk dihantarkan bekalan. Jadi akhirnya, pengusaha hanya keluarkan hasil ikut kemampuan dan pada skala yang kecil. Itupun bagi pasaran berhampiran. contohnya ke pasar2.

Ada juga yang bersikap memilih, apabila sudah ada pasaran yang tetap, tiba2 ada pasaran baru yang menawarkan harga yang lebih tinggi/kompetitif, pasaran yang lama terus dihentikan. Belum tahu lagi pasaran baru itu berkekalan atau tidak. Ini merugikan. Dapat pasaran baru, yang lama jangan dilupakan. takut kalau2 kedua2 pasaran terlepas.

Jadi apa yang berlaku, 1) kilang2 kurang bekalan, 2) lambakan hasil di ladang. (tetap
sama)


3)Pengaruh orang tengah;

Sebenarnya orang tengah memang diperlukan dalam apa jua hal berkenaan pertanian.Pengusaha tak mampu bertindak sendirian. Dari pengeluaran, penghantaran & pasaran. Pengusaha tak mampu melakukannya sendirian. Namun kadangkala sikap orang tengah yang bermain harga juga agak menjengkelkan. Tentang ini kita memang sudah sedia maklum. namun ada juga pengusaha yang terlalu demand dengan harga juga menyebabkan bekalan serai tak dapat dipenuhi. Apa salahnya kita jual murah sedikit dari harga pasaran, janji hasil dapat dikeluarkan. orang tengah juga berdepan dengan kos pengangkutan. mereka juga perlukan keuntungan untuk terus hidup. Kalau kedua2nya tak dapat capai kata persetujuan, maka tiada hasil dapat dikeluarkan dari ladang & tiada jugalah bekalan dipasaran.

Jadi apa yang berlaku, 1) kilang2 & pasar2 kurang bekalan, 2) lambakan hasil di ladang. (tetap sama juga)

Maaf, agak panjang meleret2 jawapan saya.

Tentang pembeli sebenar, tak dapat dinyatakan dengan tepat. Alangkah baik jikalau pihak Kementerian boleh menyenaraikan syarikat2 yang dapat kontrak bekalkan hasil serai negara kita keluar negara. Setidak2nya, pengusaha tidak tertipu lagi dek syarikat2 kontrak yang berat sebelah.Mengenai maklumat pasaran di Singapura, saya kurang arif pulak situasinya. Tentang syarikat yang besar, saya pun sedang mencari2 lagi untuk membantu rakan2 yang dah terlibat dengan syarikat2 kontrak sebelum ini. Juga sedang memikirkan mekanisme yang terbaik utk menjaga kepentingan pengusaha2 serai tempatan dari segi pasaran & permasalahan yang dihadapi.

Saya harap, penerangan saya ini tidak membantutkan usaha tuan utk bergiat dalam bidang ini. saya percaya, dimana ada usaha, disitu ada jalan.Maaf jikalau penerangan saya ini tak dapat membantu tuan. Izinkan saya, memaparkan soalan tuan kedalam blog saya agar rakan2 lain dapat memahami situasi yang berlaku sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

Wasallam


Daripada isu diatas, diharap rakan2 dapat sama2 memikirkan cara terbaik bagi kita mengatasi masalah ini. salah satu caranya ialah dengan bergerak berkumpulan. Sama2 berganding bahu. Silalah beri pendapat anda dalam ruangan komen. Pendapat & komen anda saya alu2kan dan diucapkan ribuan terima kasih.

9 Comments:

  1. Abd Ghani said...
    salah satu usaha akan dtg bagi pihak kita ialah dgn menghasilkan sendiri minyak atau serbuk serai.
    Uncle said...
    Setup database ahli kumpulan/networking. Dapatkan info:-
    - lokasi ladang/kebun
    - saiz
    - species serai
    - jangkamasa tuaian (bila/bulan)
    - lain2 yg difikirkan perlu
    Then cuba locate/approach kilang memproses serbuk/pati minyak, kilang rempah, kilang makanan, dll.
    hingga ke laman web luar negara. Dapat peluang/jalan kita masuk.

    Ini cadangan, easier said than done (cakap memang senang), tapi kalau kita cuba apa salahnya.
    Tanpa Nama said...
    Salam alaykum wr wb

    HSP tau ke kilang kilang yang benar benar wujud dan mahukan serai itu? Jika betul, kita petani bergabung membuat jadual penanaman agar pengeluaran serai kita selaras dengan keperluan kilang kilang ini...

    Jamal
    013-2814075
    Merancang untuk menanam serai... sedang belajar tentang hakikat pasaran serai...
    PakTani said...
    Salam Semua,

    Terimakasih atas pandangan anda, apa2 pun tugas kita sekarang, Kita gerakkan kumpulan ni. Database2 tu memang wajib dibuat. Mudah nak gerakkan hasil, mudah nak matchkan ke pasaran. Mungkin lepas forum dibuat, agak lebih mudah nak tukar2 pendapat. Saya sedang cuba mendapatkan senarai kilang serai yang beroperasi melalui org dalam Jab.Pertanian & Mardi. Insyaallah.
    Tanpa Nama said...
    ASlkm bro... patutnya akuorg 1st.. tapi dahjadik kelima lak ek... ok lah.. apa2 hal Q&A ko memang paling besh dan berguna!

    pengalamanaku dan pemerhatian aku dari senario market di area selatan (tak sepenuhnya),

    jualan pasar - mereka menitikberatkan size serai (besar) dan kuantiti tak sampai 2 tan seminggu dan tidak harian. mudah untuk kita selanggarakan tapi kita kena buat kerja dari tuai sampai hantar... harga menarik... serendah Rm1.80 sekilo setinggi Rm3. ada pengredan pada serai.

    jualan kilang - sangat menarik, dan pakej pelbagai. biasanya 3-4 tan seminggu dan harga lingkungan RM1.20-1.60 sahaja dan terikat pada jadual tetap dan ketat. tapi ada pakej yang mereka akan tuai hingga ambil sendiri... jimat kos tuai disini! dan senang kerja...dan tiada pengredan.. semua jenis serai makan diorang sapu... besar ke kecik blasah suma...(kat situ dan senang) cuma korang kena beli benih la utk tanam semula..)

    Export S'pore - ini complicated sikit. kawan aku deal ngan sykt s'pore dan aku ada tanya pengalaman org yg pernah buat deal nie dan mereka yg masih deal ngan s'pore. ok. 1st, mereka akan tetapkan kualiti yang amat ketat. pengredan pada serai. kena sgt bersih dan siap packaging. jadual juga ketat. penghantran mereka akan ambil. tapi tuaian dan pembersihan amat memakan masa dan kos. tapi harga yang mereka beli amat lumayan serendah RM3 sehinggan RM7!!! (ikut gred)dan mereka ambil setiap hari (ini yg diceritakan pada aku)tapi ada yang ambil berkala dan berjadual.
    PakTani said...
    PakTani utk Therion,

    Wah!!! Dasat! Tq bro utk info! Hmmm... kita kena cepat buat perjumpaan antara kita kumpulan ni....

    Tentang pengredan & kualiti assurance mmg kena titik beratkan. Customer puashati, bermakna market yg berpanjangan. kena disiplinkan diri.

    Lemongrass group tu nama yg baik, tp domainnya telah dibeli org lain, tu yg sahabat aku mtk nama lain...

    Terima kasih bro!!!
    Tanpa Nama said...
    salam pak tani...saya dan rakan-rakan pn ada menanam serai peha ayam di Kedah..kawasan bukit selambau..seluas 2ekar..kami ada contract farming dgn satu syarikat yang membekalkan benih tapi sekarang masalahnya syarikat macam nak xnak beli kembali serai kami..agak tension dan sakit hati sbb dh banyak modal dkeluarkan tuk projek ni..saya harap bleh dpt bantuan pak tani dan rakan2 kalo2 ada individu atau syarikat yang boleh membeli serai kami..tima kasih..insyaALLAH mungkin akan ada usaha untuk penanam2 serai utk atasi masalah lambakan serai..sama2 la kita berdoa..-zul sp- 0195436713
    Aliah_ExcellentGold said...
    Betul ... Sy masih mencari rakan yg boleh membantu utk blajar buat myk / serbuk
    Tanpa Nama said...
    Assalamualaikum.sy mencari benih serai

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online