Selasa, November 25, 2008

Salam kepada semua pengunjung HSP,

Sudah lama tak updatekan sesuatu untuk tatapan bloggers semua, agak sibuk kebelakangan ni. gambar2 terbaharu (dah tak baharu dah..hehehe) kursus tempoh hari pun belum upload lagi... namun kesempatan yang ada kali ni, nak postkan gambar2 tentang masalah pembajaan tanaman serai. Gambar2 ini adalah diterima daripada kiriman email seorang rakan di utara tanahair tentang krisis yang beliau hadapi tentang tanaman serai beliau. Beliau mengizinkan saya memanjangkan masalah ini kedalam blog agar menjadi rujukan rakan2 'penyerai' lain. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau.

Berikut adalah email daripada beliau. (nama & lokasi projek dirahsiakan)


Salam PakTani.

lanjutan daripada sesi perbualan telefon semalam.

untuk makluman, serai dh berusia 2 bulan 1 minggu, pembajaan pertama (usia1 bulan) menggunakan baja organik dari thailand diperolehi melalui koperasi dinamik (kopedik), pembajaan di tengah rumpun ( 4 batang serumpun - seperti tanaman sistem piramid cuma bezanya condong keluar).

masalahnya daun serai menjadi coklat di hujung daun (seperti gambar di laman web pak tani) dan ada yang mati. ini terjadi 90% daripada tanaman seluas 2 ekar.

bersama ini disertakan sebahagian gambar-gambar menunjukkan pokok-pokok serai terbabit. (maaf kualiti gambar kurang baik - saya akan email gambar yang lebih baik esok. InsyaAllah).

soalannya bagaimana untuk mengatasi masalah ini. adakah serai akan mati.

maklumbalas dari pihak pak tani amat di harapkan.

sekian, terima kasih.

Gambar-gambar kiriman beliau:



Baja yang dimaksudkan pengirim

Rumpun yg mati, perhatikan baja yang ditabur. Agak rapat dgn rumpun. Kemungkinan besar ada yang terjatuh didalam celahan daun. Keadaan hujan akan memercikkan butiran baja kedalam celahan daun.

Baja ditabur ditengah rumpun (3 perdu serumpun-sistem 3 segi). 1 rumpun melecuh teruk.


Balasanku:

Salam Zawawi,


Terima kasih kerana mengirim gambar2 tu. Hmmmmmmm... Teruk juga ni. Ok, Sebenarnya semuanya tu disebabkan oleh baja. Teknik membaja yang kurang tepat. Saya lihat drpd gambar2 yg dikirim, baja ditabur terlalu rapat dgn rumpun. Ini menyebabkan daun serta rumpun melecur terkena baja yang panas. Ditambah lagi dengan keadaan hujan, titisan hujan yg turun memercikkan butiran baja keatas daun. Sebaiknya sdra, jauhkan lagi pembajaan dr rumpun atau seeloknya, kurangkan lagi dos baja. Macam banyak sgt je tu...

Kalaulah baja tu bertulis rumi, mungkin saya phm kandungannya, nyata ini bukan baja organik sembarangan, nmpk butiran tu mcm NPK juga... Ok, mcm nilah, lepas ini jgn ditabur baja ditengah rumpun lagi, buat disebelah luar, jarakkan 6-7 inci (lebih baik 1 kaki) dr perdu. Memadai sesudu teh shj kerana baja ni mmg panas. Nak lgi cantik, tanam. (tp kerja bertambah pula). Nak suruh stop guna baja tu rugi, psl dah beli, boleh guna, tp kurangkan skit jumlah dosnya ya.

Rumpun yg mati tu perhatikan dahulu, mungkin ada yang terselamat. (walaupun kering, kdg2 teras dalam masih hijau.) kalau dlm 2 minggu tak naik hijau, maknanya kena sulam kembalilah tu.

Anai2 datang kerana daun2 serai yg mereput. Ia mkn reputan shj. Yg hidup tak diusik. Kalau nak bunuh pun boleh, sembur dengan Malathion shj. Kalau boleh, baja yg berlebihan tu ditarik keluar dr rumpun, takut makin bertambah pula yg mati. Kesian sdra, Kopedik tak bagi tunjuk ajar ke? Hmmmm...

Saya rasa itu shj kut. masalah cuma pada teknik pembajaan. Tak Apa, kita belajar. Klau ada kemusykilan lagi, sudilah kiranya sdra mengirim email lagi ya. Oh ya, minta izin utk gunakan gambar2 sdra utk dimasukkan kedalam blog saya nanti. terima Kasih.


Sekian, Wasallam.

-Itu sahaja info yang boleh dikongsi bersama buat masa ini, jikalau ada lagi, nanti saya kongsi bersama. Insyaallah.

Selasa, November 11, 2008

Assalamualaikum w.b.h

Dengan lafaz Bismillahirahhmannirrahim, sukacitanya dimaklumkan, Forum Lemongrass Group.com telah secara rasminya beroperasi. Gunakanlah laman ini sebaiknya bagi mengembangkan perjalanan kumpulan serai ini kearah kejayaan usaha tani anda. Sedia maklum masih baru beroperasi, silalah menyumbang apa jua idea termasuk permasalahan yang terbuku tak kira dari segi teknikal mau pun pasaran. Forum ini juga bertujuan sebagai satu platform utk meperkenalkan / mengiklankan ladang Tuan2 & Puan2 mana tahu ada pembeli berpotensi yang perlukan bekalan serai dari ladang anda. Marilah kita meriahkan forum ini. Berjemaah adalah lebih baik dari bersendirian!

Sekian, Wasallam

Selasa, November 04, 2008

Assalamulaikum w.b.h! Bersyukur kehadrat Illahi kerana memberi kekuatan kepadaku utk meng'update' lagi blog ini. Buat rakan2 semua, ku ucapkan terima kasih kerana setia mengunjungi dari dahulu sehingga kini. Buat mereka yang mengutus email, ampunkan aku kiranya lewat membalas email2 kalian.

Kali ini, aku ingin melampirkan satu email dari seorang rakan baru yang bertanyakan tentang pasaran serai. Aku suka & tertarik dengan persoalan yang ditimbulkan beliau. teringin aku berkongsi bersama rakan2 pengunjung setia HSP ini. Insyaallah.

Emailnya begini;


"Assalamualaikum Pak Tani,

Saya XXXXXX dari XXXXXX. Saya ingin bertanya tentang tanaman serai ini.
Sejak akhir2 ini saya dapati terlalu banyak syarikat yg mempromosikan tanaman serai hingga ada yang membuat Contract Farming. Saya ingin tahu dari Pak Tani akan pasaran serai ini.

Dimanakah sebenarnya pasaran serai ini. Betul atau tidak akan apa yang ada didalam internet tentang permintaan minyak serai masih tidak mencukupi pasaran dunia atau hanya satu pendekatan utk menjadikan serai sebagai satu komoditi MLM (Multi Level Marketing) di Malaysia. Jika benar ada permintaan yang tinggi terhadap minyak serai mahupun serai basah, siapakah yang betul betul memainkan peranan utama disini. Maksud saya syarikat yang benar-benar ada perjanjian dgn negara luar yang membeli serai dari Malaysia ini.

Seperkara lagi saya ingin bantuan dari Pak Tani untuk mendapatkan maklumat pembeli dari Singapura jika ada. Pihak kami bersedia menjalankan perusahaan tanaman serai secara besar besaran di Jerantut lebih kurang 500 ekar, jika ada pembeli dari Singapura atau syarikat yang benar benar inginkan serai tersebut (Peha Ayam dan serai kampung) dgn harga RM1.00 - 1.30 sekilogram.

Saya berharap Pak Tani dapat membantu. Sekian dahulu dari saya

Yang benar,

XXXXXXX XXX XXXXXX
"

*Nama & alamat dirahsiakan...

Jawapanku beri;

Waalaikumussalam XXXXXXX,

Maafkan saya atas kelewatan membalas email anda.

Memang benar, dewasa ini, banyak syarikat2 ladang kontrak (contrct farming-CF) beroperasi. Bukan hanya kepada tanaman serai, malahan tanaman2 lain juga bahkan dlm ternakan. Semuanya menawarkan khidmat bekalan benih, teknologi serta janji2 membeli kembali hasil setelah menandatangani kontrak dengan mereka.

Sebagai sebuah syarikat yang bergtg harap kepada keuntungan (money oriented) serta penyertaan peserta, sudah tentu mereka byk mempromosikan produk serta khidmat2 sebegini dimedia masa & internet hinggakan fakta sebenar tentang usahatani ini & pasarannya banyak yang terselindung. Memang tak dapat dinafikan, dengan keadaan celik kesihatan (health concius) dewasa ini, produk2 yang berasaskan kimia organik & bukan kimia buatan lebih mendapat perhatian bagi bidang pemprosesan seumpamanya produk2 kosmetik & kawalan
perosak (organik based product). Sebagaimana yang kita tahu, serai mempunyai ekstrak minyak yang berharga buat industri2 ini iaitu citral & citronella. Jadi ada mungkin memang benar apa yang dikhabarkan tentang permintaan yang tinggi dipasaran dunia mengenai permintaan minyak serai ini. Namun, ada juga sesetengah Syarikat yang tak bertanggungjawab menjadikan tanaman serai sebagai satu komoditi ala2 MLM (Multi Level Marketing) di Malaysia.

Senario pasaran tanaman serai sekarang & golongan yang memainkan peranan dalam situasi ini.

Ketika ini, tatkala saya sedang menulis jawapan email kepada sdra, berlaku lebihan produk/hasil serai daripada pengusaha2. Namun pada masa yang sama, masih berlaku kekurangan bekalan serai dipasaran. (kilang2 mahupun basah yakni pasaran runcitan) Kenapa ini boleh berlaku? saya kupas satu persatu melalui apa yang diberitakan kepada saya melalui pengalaman rakan2 lain serta info2 yang saya terima.

1)Pengaruh Syarikat kontrak dalam situasi ini:

Banyak syarikat2 kontrak muncul ketika ini atau 1-2 thn kebelakangan kerana populariti tanaman ini yang mudah penjagaannya serta hasil yang tinggi yang dapat dihasilkan dr keluasan tanah yg minimum. Modal yang kecil juga jadi penyumbang utama kepopularitian hasil usahatani ini. Ditambah pula dengan peningkatan penggunaan produk hasilan serai (citrunella) dipasaran dunia. Oleh kerana adanya permintaan, ditambah ramainya yang berminat menceburi bidang pertanian demi menambah hasil pendapatan, maka syarikat2 ini telah mengambil peluang yang terhampar luas bagi mengaut keuntungan dengan menawarkan peluang2 kontrak bersama syarikat mereka. banyak janji2 ditaburkan, figura2 keuntungan lumayan serta janji pembelian semula hasil drpd pengusaha memang menyebabkan ramai pengusaha mengikat kontrak dengan syarikat2 ini kerana bagi mereka, pasaran telah terjamin. Namun tanpa disedari & tanpa diteliti (mungkin kerana kurangnya ilmu dalam pertanian), mereka telah mengeluarkan kos yang berlebihan dalam pengeluaran hasil. Sebagaimana yang kita tahu, salah satu klaus dalam perjanjian, pengusaha wajib membeli benih daripada syarikat mereka. Kononnya benih adalah dari jenis berkualiti siap dihormonkan & hanya benih daripada syarikat mereka yang dipilih. harga benih yang ditawarkan syarikat amat mahal, tak masuk akal. Kemudian teknik2 penanaman yang kurang wajar serta kurangnya kepakaran dalam syarikat itu sendiri menyebabkan pengusaha terpaksa mengeluarkan kos yang lebih bagi projek mereka. Ini semua berlaku tanpa disedari oleh pengusaha itu sendiri. Setelah perjanjian diikat, tanaman mencapai usia matang untuk dituai, syarikat kontrak membeli kembali dengan harga yang juga tak masuk akal. Kemudian, sesudah habis dituai, pengusaha harus membeli kembali benih dari syarikat mereka kerana diberitakan, anak benih yang terhasil dari rumpun musim pertama tak boleh/tak sesuai dijadikan benih. Kononnya dari klon terpilih. Setahu saya, kalau dr jenis hybrid sahaja yang kurang sesuai. Serai hibrid? masih tak didengari lagi...atau mungkin saya yang ketinggalan? Wallahualam. Kadang kala, ketika musim tuaian, batang hidung syarikat langsung tak kelihatan. Pengusaha jadi kebingungan... Mana nak dipasarkan hasil tuaian mereka? Bayangkan ada 100 pengusaha dengan luas minimum projek 1 ekar, bayangkan 1 ekar mengeluarkan minimum 10tan. Sudah tentu ada 1000 tan serai yang tak dituai!! Itu kalau seekar. Cuba bayangkan pula, syarat keluasan wajib mengikat kontrak dengan syarikat mereka adalah 3 ekar?? Bayangkan berapa ramai pengusaha yg terlibat sebenarnya & berapa banyak pula syarikat kontrak yang terlibat?

Sebenarnya, secara realiti, memang boleh dibilang kilang2 ekstrak minyak skala besar di malaysia ini. Boleh dibilang kilang2 memproses serai menjadi serbuk di Malaysia ini. Walaupun tak banyak, keperluan bekalan serai minimum harian adalah mencecah puluhan tan sehari. Ini belum kilang2 rempah lagi. Kilang2 inilah yang membekalkan/mengekspot hasil2 serai kepasaran luar negara dan bukannya syarikat2 kontrak ini. Syarikat2 kontrak ini hanyalah bertindak sebagai orang tengah, membekalkan bekalan serai mentah kepada mereka. Syarikat kontrak ini juga terikat menandatangani kontrak dengan pengilang2 ini. Ada had/kuota minimum penghantaran bekalan harian. Jikalau kuota tak dapat diikuti, kontrak bekalan akan dibatalkan. Inilah yang menyebabkan syarikat2 kontrak tak datang ambil hasil tuaian pengusaha seperti yang dijanjikan, kerana meraka sendiri tiada tempat nak dipasarkan akibat kontrak ditamatkan kerana kuota bekalan tak dipatuhi. (akibat perancangan tidak rapi & pengetahuan teknikal yang kurang difahami oleh syarikat itu sendiri bagi memaksimumkan pengeluaran) Jikalau ada pun, hasil tuaian tadi akan digunakan kembali sebagai jualan benih utk pusingan akan datang kepada pengusaha itu sendiri ataupun kepada pengusaha2 baru. (mereka rolling kembali hasil yng dibeli utk dijadikan benih).

Segala yang diatas belum lagi termasuk hasil2 serai utk pasar2 borong & runcitan. Kekurangan bekalan dipasar2 berlaku kerana ramai pengusaha terikat dengan syarikat kontrak dan tak membekalkan hasil kepada pasar2 tersebut.

Jadi apa yang berlaku, 1) kilang2 kurang bekalan, 2) lambakan hasil di ladang.

2)Pengaruh pengusaha/petani dalam situasi ini;

Dalam hal pengusaha/petani pula, mereka mampu mengusahakan ladang yang besar, namun kurang mampu mencari pasaran sendiri. Lebih bergtg harap kepada orang tengah. Realiti. Semua mahukan pasaran yang terjamin serta harga yang tinggi. Kenyataan. Meskipun mampu mengusahakan projek yang luas berekar2, mampukah pengusaha itu mengeluarkan hasil untuk dibekalkan secara berterusan kepada pengilang2? saya rasa tidak. Belum lagi buat masa ini. Hanya segelintir sahaja yang mampu. Itupun kerana mempunyai modal yang besar. bagi yang modal kecil, hanya beroperasi secara sambilan bagaimana? Bayangkan pengusaha dapat pasaran yang baik dengan harga yang lebih baik daripada apa yang ditawarkan syarikat kontrak. Keperluan harian bekalan 1-2 tan sehari, (utk kilang) mampukah setiap pengusaha bekalkan 1-2tan sehari setiap hari secara berterusan? sampai suatu masa, bekalan habis, Utk keluarkan hasil 1-2 tan sehari dari ladang bukan kerja yang mudah. Tenaga kerja mahir menjadi satu aspek yang penting. Ini berkait rapat dengan kos. Kemudian jikalau mampu, satu aspek lagi memainkan peranan. Aspek logistik pula, boleh/mampu keluarkan 1-2 tan sehari, tetapi tak mampu pula buat penghantaran. Kadangkala jauh pula tempat utk dihantarkan bekalan. Jadi akhirnya, pengusaha hanya keluarkan hasil ikut kemampuan dan pada skala yang kecil. Itupun bagi pasaran berhampiran. contohnya ke pasar2.

Ada juga yang bersikap memilih, apabila sudah ada pasaran yang tetap, tiba2 ada pasaran baru yang menawarkan harga yang lebih tinggi/kompetitif, pasaran yang lama terus dihentikan. Belum tahu lagi pasaran baru itu berkekalan atau tidak. Ini merugikan. Dapat pasaran baru, yang lama jangan dilupakan. takut kalau2 kedua2 pasaran terlepas.

Jadi apa yang berlaku, 1) kilang2 kurang bekalan, 2) lambakan hasil di ladang. (tetap
sama)


3)Pengaruh orang tengah;

Sebenarnya orang tengah memang diperlukan dalam apa jua hal berkenaan pertanian.Pengusaha tak mampu bertindak sendirian. Dari pengeluaran, penghantaran & pasaran. Pengusaha tak mampu melakukannya sendirian. Namun kadangkala sikap orang tengah yang bermain harga juga agak menjengkelkan. Tentang ini kita memang sudah sedia maklum. namun ada juga pengusaha yang terlalu demand dengan harga juga menyebabkan bekalan serai tak dapat dipenuhi. Apa salahnya kita jual murah sedikit dari harga pasaran, janji hasil dapat dikeluarkan. orang tengah juga berdepan dengan kos pengangkutan. mereka juga perlukan keuntungan untuk terus hidup. Kalau kedua2nya tak dapat capai kata persetujuan, maka tiada hasil dapat dikeluarkan dari ladang & tiada jugalah bekalan dipasaran.

Jadi apa yang berlaku, 1) kilang2 & pasar2 kurang bekalan, 2) lambakan hasil di ladang. (tetap sama juga)

Maaf, agak panjang meleret2 jawapan saya.

Tentang pembeli sebenar, tak dapat dinyatakan dengan tepat. Alangkah baik jikalau pihak Kementerian boleh menyenaraikan syarikat2 yang dapat kontrak bekalkan hasil serai negara kita keluar negara. Setidak2nya, pengusaha tidak tertipu lagi dek syarikat2 kontrak yang berat sebelah.Mengenai maklumat pasaran di Singapura, saya kurang arif pulak situasinya. Tentang syarikat yang besar, saya pun sedang mencari2 lagi untuk membantu rakan2 yang dah terlibat dengan syarikat2 kontrak sebelum ini. Juga sedang memikirkan mekanisme yang terbaik utk menjaga kepentingan pengusaha2 serai tempatan dari segi pasaran & permasalahan yang dihadapi.

Saya harap, penerangan saya ini tidak membantutkan usaha tuan utk bergiat dalam bidang ini. saya percaya, dimana ada usaha, disitu ada jalan.Maaf jikalau penerangan saya ini tak dapat membantu tuan. Izinkan saya, memaparkan soalan tuan kedalam blog saya agar rakan2 lain dapat memahami situasi yang berlaku sekarang ini.

Sekian, terima kasih.

Wasallam


Daripada isu diatas, diharap rakan2 dapat sama2 memikirkan cara terbaik bagi kita mengatasi masalah ini. salah satu caranya ialah dengan bergerak berkumpulan. Sama2 berganding bahu. Silalah beri pendapat anda dalam ruangan komen. Pendapat & komen anda saya alu2kan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Rabu, Oktober 29, 2008

Memori Kursus 25 Oktober 2008

Dari atas kiri; Sdra Akhtaruddin, Sdra Shahrul Izzuan, Kapt Rosdin, En. Kamal Ariffin, Pn. Habibah, Sdra Badarulnizam, Sdra Salleh (heaven), Sdra. Wan Zulkipli, Pn. Norjaini, Sdra. Saffie, Duduk dr kiri; Sdra Norzaid, Sdra. Nazrul (menyorok pulak), Sdra Hamzah, Sdra. Mohd Ridzuan, Sdra Junaidi, Sdra hairil Ariff.


Hafiz, (member kg) membantu aku & isteriku menyediakan nota2 kursus

En.Mohd Ridzuan ditemani puteri comelnya. Peserta terawal sampai.

Puan Nazariah, tokey katering baru. (salah sorg tuan tanah aku). Dibelakang, Sdra.Norzaid sedang mendaftar.

Rakan2 yang dihantar oleh En. Hafiz dr MARDI

Sdra Salleh (heaven) sedang mendaftar



Sarapan pagi / minum pagi sebelum kelas bermula.


Kelas teori


LAWATAN TAPAK & AMALI

Penerangan pemangkasan daun (pruning)


Melawat tapak tanaman peserta2 kursus terdahulu


Melerai serai. (Sdra Nazrul yg menyorok di gambar atas yg memegang videocam)


Rumpun dibahagikan 4 utk memudahkan leraian.

Aiyooo..Si cilik nk tgk Pak Tani jual obat! hehehe.

Lelong...lelong... serai murah2!

Timbangan sekilo, 36 batang!


Teknik menanam sistem piramid


Heaven buat apa tu??!! (hehehe)

Sistem Piramid dgn 4 btg benih

Sistem segitiga terbuka keluar

EXTRA!!!!!!


'PERCINTAAN' Si CILIK? ; )



Si cilik berdua ni anak Kapt Rosdin & Sdra. Ridzuan.


Cute!!!



Comelkan? hehehe.. (yg mana satu agaknya.. ;p )

Ahad, Oktober 19, 2008

Sekadar untuk berkongsi dengan rakan2 seperjuangan...

Baru2 ini aku terima sms daripada seorang rakan seperjuangan meminta bantuan mengenai masalah yang dihadapi beliau. Beliau mengirimkan gambar2 masalah tanaman beliau kepada aku. Disini, aku ingin berkongsi maklumat yang aku sampaikan kepada beliau, manalah tahu rakan2 lain pun mempunyai masalah yang sama.

Kes 1:

Bintik2 keputihan pada daun (gambar kurang jelas)

1. Gambar agak kurang jelas, kelihatan seperti koya pun ya (bintik2 putih), kalau koya, ia akan menghisap cairan daun dan ini akan menyebabkan daun mengering, kemudian, koya akan merembeskan cairan/manisan dr duburnya dan menitis atas permukaan daun, cairan ini pula akan menarik kedatangan kulat2 pada permukaan daun sekaligus menyebabkan kerosakan/kekeringan pada daun. Jikalau betul koya, masalah ini boleh diatasi dengan menyembur Malathion ataupun Decis (racun serangga). Campurkan sedikit Mancozeb (racun kulat) bersama ketika penyemburan. Penyemburan dibuat pada awal pagi.

2. Kalau kulat putih, ini mungkin berlaku sebab keadaan hujan yang turun pada ketika ini, panas & lembab mengakibatkan kedatangan kulat2 ini. Penggunaan baja semburan (baja cecair) juga menyumbang kepada masalah ini. Tinggalan sisa baki baja pada daun akan menarik kedatangan kulat2 ini dan tumbuh pada permukaan daun. Penyelesaiannya, Ketika membaja siraman ini, tuan campurkan sedikit Mancozeb kedalam larutan baja & semburkan sekali. Buat awal pagi juga.

Kes 2:


Helaian daun mengering (rumpun berumur 2 bulan)

Daun mengering boleh jadi disebabkan oleh 4 perkara,

1. Mengering disebabkan oleh kepanasan baja, - Kurangkan sedikit dos larutan baja. Jikalau membuat baja siraman, buat siraman pada awal pagi kerana stoma (mata) daun terbuka pada waktu pagi, (mudah penyerapan baja oleh daun). Waktu tengahari, campuran air & baja mungkin cepat tersejat dan sisa baki baja (yang rata2 kandungan N tinggi) yang terlekat pada daun akan melecuhkan daun. Ini juga mengakibatkan daun mengering.

2. Kawasan/helaian daun yang mengering mungkin terkena racun rumpai. Ketika merumpai, kemungkinan angin bertiup kuat dan titisan racun terkena pada daun. Saya syorkan ketika serai telah ditanam, hanya gunakan Racun Rumpai Diuron sahaja. Diuron kalau disembur terus pada rumpun serai, tak akan memberikan kesan pada tanaman serai.

Daun kering pada rumpun berumur lebih 6 bulan

3. Penyakit sklerosis daun. Sebenarnya ini bukan penyakit, cuma tanda kekurangan baja/nutrien pada tanaman. Biasanya ada unsur2 pembajaan yang tak mencukupi. Pada peringkat awal pertumbuhan tanaman, Nisbah NPK perlu sekata. Jadi, gunakan NPK 15:15:15 pada setiap bulan selama 2-3 bulan. Buat pembajaan sebulan sekali. ( sebaiknya 2 minggu sekali, memadai sesudu besar makan serumpun). Tabur sejengkal daripada perdu serai. Selepas 3 bulan, tukarkan kepada NPK12:12:17+2 TE. Kalau sukar nak dapatkan NPK. Cuba dapatkan baja foliar Grofas atau Wellgrow. Baja ini ada nisbah NPK seperti yang disebutkan. Harganya cuma RM20/kilo/botol. Cukup utk seekar semusim/botol.

4. Pereputan. Daun juga mengering disebabkan pereputan pada pangkal upih daun. Pereputan berlaku sebab
1. upih daun sudah tua,
2. sebab keadaan rumpun lembab.

Keadaan pangkal rumpun yang lembab juga menyumbang kepada situasi ini.


Kes 3:


Serangan serangga pengorek batang.

Serangan ulat pengorek batang adalah normal bagi setiap kawasan tanaman serai, untuk meminimumkan serangan, kebersihan kawasan adalah penting. Keadaan rumpun yang lebat juga mengakibatkan kedatangan serangga ini. Serangga ini sukakan kawasan yang lembab. saya syorkan selepas 3 bulan ditanam, buat pemangkasan daun/trimming pada rumpun. potong daun yang diatas,1-11/2 kaki dari pangkal rumpun. Ini akan memberikan lebih pancaran matahari pada permukaan tengah rumpun sekaligus mengurangkan kelembapan pada rumpun serai. Pemangkasan daun dibuat 2 kali. Kali pertama ketika berumur 3 bulan. Kali kedua ketika berumur 6 bulan. (persediaan untuk menuai.)


Boleh juga disembur Malathion pada serai. saya syorkan untuk menjimatkan kos operasi, ketika membaja (siraman) campurkan sekali Malathion & mancozeb pada larutan baja. Jadi secara tak langsung, tanaman dapat baja, terlindung daripada serangan serangga & kulat.

*Kes2 diatas adalah berdasarkan kenyataan rakan tersebut, yang beliau membaja dengan baja siraman. (liquid fertilizer)


Tips membaja & meracun:

Ketika membaja (siraman sahaja), meracun (tak kira racun rumpai, kulat atau serangga), sebaik-baiknya kerja2 menyembur dibuat pada awal pagi ketika matahari belum tegak diatas kepala. Sebaiknya sebelum 10 pagi. Kerana:

1. Pada waktu pagi, stoma pada permukaan daun masih terbuka, memudahkan penyerapan baja oleh tanaman. Jika meracun rumpai, stoma juga terbuka, ini memudahkan racun rumpai menyerap masuk kedalam bahagian rumpai. (kebanyakan racun rumpai adalah racun jenis sistemik/serap) Diuron adalah jenis sistemik. Ini mengurangkan pembaziran.
2. Bagi racun serangga & kulat, serangga pada awal pagi adalah kurang aktif, jadi mudahlah kawalan dibuat. (masih berada dikawasan rumpun). Racun kulat juga elok dibuat awal pagi kerana kebanyakan racun kulat adalah copper based. Kalau buat tengahari, tumbuhan juga akan melecur.
3. Keadaan embun yang masih belum tersejat membantu menyebarkan/meratakan semburan pada tanaman atau rumpai.


Diharap maklumat ini dapat membantu rakan2 semua. Jikalau ada terjumpa masalah lain pada kawasan tanaman anda, silalah berkongsi bersama. Hantarkan email gambar2 masalah anda pada saya. Insyaallah saya akan cuba bantu menyelesaikan kekusutan anda.

Rabu, Oktober 15, 2008

Kursus 12 okt 2008 (Ahad) dalam kenangan...

Dari kiri: Puan Aznitazulie, Sdra Shahril, Sdra Mohd Hafezzul, En. Mohamad Azri,
En. Kamarudin, En. Mohamad Hamzah, En. Yusof.


Sesi pagi: Teori


Sesi Perbincangan... ala2 santai gitu..

Penerangan pertumbuhan tanaman serai



Menuai..Kepit bang...


Proses melerai/membersih tuaian


Tuan Hj Awaluddin, (berkopiah putih, ayah Pn Aznitazulie), sifu aku masa belajar di unit ladang, UPM!


Kursus kali aku berjalan seperti biasa, peserta kursus awal2 lagi dah sampai. Rata2 datang dari Kuala Lumpur & Selangor, kecuali En Mohamad Hamzah yang datang dari Sarawak & anak saudara beliau En. Kamaruddin dari Trengganu. Beliau bertugas di Jabatan Laut di Kuching. Menghadiri kursus sebagai persediaan menjalankan projek selepas bersara nanti. En. Yusof pula menemankan rakan beliau En Mohamad Azri. kedua-duanya dari Putrajaya. Sebelum ini isteri En Yusof pernah menghadiri kursus yang sama pada sesi ke 2 iaitu Pn Rohani. Sdra Hafezzul dari Bandar Tun Razak. Datng mewakili ayah beliau En. Hamdan utk mendapatkan ilmu bagi mengerjakan tanah mereka di Grik nanti. Khabarnya mereka akan turun setiap hujung minggu ke Grik untuk mengerjakan projek ini. Syabas diucapkan! Tak ramai yang sanggup berulang alik sejauh ini demi menjalankan projek. Sdra Shahril pula dari Shah Alam, ditemani anak sulung beliau yang comel. (peserta termuda hingga kini...tak ada lagi yang boleh lawan...hehehe) bakal memulakan projek di Slim River nanti. Insyaallah. Last but not least... Puan Aznitazulie dari Kota, N.sembilan. Secara kebetulan, beliau adalah anak kepada sifu aku semasa aku menuntut di UPM dahulu. Tuan Haji Awaludin dari unit Buah-buahan di UPM. Tak sangka pula Tuan Haji Awaluddin sanggup hadir pada petangnya untuk bertemu denganku. Terima kasih tuan!

Terima kasih kepada peserta yang telah sudi hadir kali ini. Maafkan kiranya ada kekurangan kali ini, maklumlah last-minit katering tak dapat bekalkan makanan. terkejar2 aku dibuatnya. Terima kasih kalian. Harap dapat berjumpa kembali nanti! Insyaallah.

 

blogger templates | Make Money Online