Selasa, November 14, 2006



Ampun! Sejak Raya dah lama tak update blog ni! Naik menyampah nengok benda yang sama aje! Sejak seminggu lepas raya....jadual kerja aku tersangaaatlah padat sampai tak sempat nak bukak komputer! Kerja sampai 7 hari seminggu. Almaklumlah musim 'menuai' ni.....Monyet-monyet pun tgh sibuk tolong menuai mangga aku. Poning kepalo den! Kepada yang berkesempatan ke Rembau tu....singgah-singgahlah kekebun kalau nak merasa mangga aku. Alamatnya depan Masjid Kg. Nerasau, Chengkau, Rembau ! Datangle!!

Selasa, Oktober 17, 2006


Sedar tak sedar hari ni dah 26 Ramadhan 1427. Bulan puasa ni tak sempat nak update blog ni...ikutkan ada macam2 aktiviti....cuma masa nak terjemahkan aktiviti tu kedlam blog ni agak terhad.

Dikebun aku, buah mangga cuma tunggu masa je nak petik...dari jauh aku dah dpt dengar keriuhan tentera2 monyet & kera menunggu nak menyerang masuk untuk berkongsi hasil.....dalam pada itu sempat jugak skuad2 peninjau mereka menyeludup masuk sambil buat selection pada sesetengah pokok. (habis jugak sepokok dua) Tak apalah....diorang makhluk Allah gak....mati akal jugak aku....nak di racun atau tembak, tak sampai hati pulak....Ingat nak bela anjing lah pulak. Tapi kena 'train' supaya tak terkam orang.

Dekat2 nak raya ni tuan2 tanah dah heboh nak duit raya. Mana nak cekau ni....hasil lum keluar lagi...mangga muda adala....Teringat lak aku projek tahun lepas....kutip hasil serai...projek member aku. Santak dari pagi sampai waktu berbuka..proses serai. Tapi tahun ni tak sempat nak buat....sibuk skit. Ingat nak ajak dia buat balik tahun depan.

Sekarang ni tengah pikir2 utk income tambahan.....Projek dah dua nak handle...tp malam masih free..ingat nak bukak kedai makan cam dulu2 pulak rasanya. Dulu masa student sempat gak sewa kedai kat hentian lebuhraya meniaga makan. Lumayan gak. Ingat nak open pada kengkawan. Nak handle sorang tak larat.

Deepavali ni ada projek....projek DODOL. cadang nak buat 2 kawah. 2 gantang tiap kawah. persediaan dah buat. Gotong royong ramai2...(ahli kebun belia)...cuma risau bab yg meng'ular' je. Dulu dah pernah buat dah...separuh mati gak mengacau dodol ni. Yang lepas cuma testing aje.....tapi 3 gantang sekawah....tamaklah pulak...padan muka memasing...pancit nak mengacau dodol. Bila dah pekat-likat memasing, sorang demi sorang pakat hilang.....standardlah tu....

Apa nak buat raya nih? Kengkawan ajak konvoi....raya ke2 nak pegi Kedah..dah janji ngan budak sekampung mengantar dia nikah....tapi yang aku risau ni hal di kebun....kang aku kesana-kemari ada pulak kutu yang sibuk beraya dalam kebun aku. Camno yek?! Takpalah......

Dikesempatan ini.......aku ingin mohon maaf atas segala ketelanjuran serta kecacatan yang tercatat dlm blog ni....Apa nak buat...aku ini hanya insan biasa......


Selamat Hari Raya Ku Ucapkan
Dengan Sepotong Doa Kepada Illahi
Semoga Blog Pengganti Diri
Mengeratkan Lagi Silaturahim Antara Kita
Dipagi Raya Takbir Bergema
Segala Kenangan Bermain Diingatan
Sepuluh Jari Ku Susun Jua
Salam Disambut Tanda Kemaafan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN.

Ahad, Oktober 01, 2006

Projek Pengenalan Usahawan Tani Belia Kampung
(Tajuk projek aku hantam sendiri)

Tapak asal sebelum diusahakan

Sudah 6 tahun aku bergiat dalam pertanian sepenuh masa. Dalam masa tu aku ternampak banyak peluang yang boleh direbut dlm bidang ni. Namun, rata2 pemuda/belia kita tak nampak jalannya. Rata2 beranggapan bahawa tiap agri-bisness ni perlukan modal serta komitmen yang tinggi, jadi ramailah yang 'angkat bendera putih' sebelum berjuang. Ramai yang berminat tapi bila sebut pasal modal & tanah....terus 'give-up'......Kebetulan aku memang terlibat dlm Belia 4B dan Pemuda UMNO (macam mana boleh terjebak..nanti aku ceritakan lain kali).....Aku rasa terpanggil utk membantu rakan2 yg kurang bernasib baik dlm pelajaran & pekerjaan.....Jadi timbul lah idea untuk mewujudkan satu peluang bagi mereka utk bersama2 dengan aku utk ceburi peluang dlm bidang ni. Memang kebetulan atau takdir Allah aku dikurniakan dengan ramai kawan. Dari berjawatan tinggi dlm kerajaan hinggalah penggangur terhormat. Dari org tua, sampailah kepada remaja. Kerana memegang jawatan dlm UMNO Caw & Belia 4B kawasan maka setiap masalah mereka wajib aku 'perasan'....bukan apa......kepercayaan & amanah org....takut besok bila mati susah. Nanti bila mati ditanya.

Membajak kawasan

Kawan2 aku di kampung ni majoritinya tak bekerja tetap. Ramai yg kerja kontrak. 2-3 bulan kerja...4-5 bulan mengganggur...Yang bekerja tetap.....cukup2 makan. Kekadang bila lepak sama2 biasanya mengeluh nak bayar tu bayar ini. Yang jadi mangsa rokok aku. Standardlah tu...tak jadihal lah..... Puas aku fikir...macam mana nak bantu....Forward pd YB mintak rekomen kerja tak yah ceritalah. yang selebihnya macam mana? Dah lama aku tengok pemuda2 ni terpinggir tanpa dipedulikan. Time kerja gotong-royong ,majlis2 atau pilihanraya, tenaga mereka dikerah...bila selesai...selesailah hubungan antara yang 'diatas' dengan mereka ni. langsung tak pandang dah. Kebajikan mereka tak diambil tahu, ada yang mintak forwardkan 'rekomen' pun kena reject. (Bukan apa...tak ada kepentingan, lagi satu malas nak jumpa YB atau org atasan)

Tebang kayu hutan,buluh & gelam utk buat pagar (Jimat kos)

Rotor (menggembur) tanah.

Penyediaan batas tanaman cili & menanam serai

Fikir2 punya fikir.....last2 dapat idea untuk kumpulkan semua kawan2 aku ni utk buat projek pertanian. Mula2 susah juga nak yakinkan diorang ni....Maklumlah, dah jelak kena tipu. Bagi aku....inilah tugas aku.....pulihkan balik keyakinan diorang. Pujuk punya pujuk dapatlah dlm 20 org yang berminat. Itupun dah cukup utk mulakan projek perintis ni. Kebetulan di kampung ni ada banyak tanah terbiar tak diusahakan. Jadi sekarang cuma perlu cari tuan tanah sahaja utk bincang pasal tanah. Mudah mudahan diorang sudi memajak tnh berharga tu pada kami pemuda terpinggir ni. Alhamdullilah...ada juga yg bermurah hati bagi guna tanah diorang dengan percuma asalkan anak2 diorang terlibat. Dahlah percuma, ingatkan nak buat seekar je...alih2 yang dapat 8 ekar. Rezeki Allah siapalah tahu. Sekarang modal. Bagi aku modal setiap org tak perlu besar kerana berkongsi ramai2. Ya lah...kalau sorang berdua memanglah kena cari modal besar...ni dah beramai, lagi senang. Kerja pun gotong royong. Aku tetapkan sorang RM100 shj. Tak payah tambah lagi....cukup RM100 sampai bila2. Esok pusingan kedua guna duit drpd keuntungan. 40% keuntungan dibahagi sama rata, 30% modal pusingan berikut & 30% lagi untuk simpanan. Tanaman pertama...Serai, cili api & limau kasturi. Bukan apa, mudah nak jaga. Boleh buat part-time je. Hujung minggu turun kebun ramai2. Mula2 buat seekar dulu...pastu expand. Mungkin next projek buat ternakan sikit. Buat masa ni aku malas nak ajukan projek ni pada YB atau pihak belia. Bukan apa, nak tunjukkan pada diorang yang kita boleh bergerak dahulu tanpa bantuan. (Nak ajar bebudak ni supaya jgn terlalu bergantung pada bantuan atau subsidi)

Sedar tak sedar dah sebulan lebih projek berjalan. Alhamdulillah....berjalan lancar. Siap satu ekar ditanam. Jab.pertanian pun nak datang tengok....nak buat projek perintis tanam halia di kawasan ni. Baguslah! Semangat sikit bebudak ni. Siapa lagi nak tolong anak bangsa kita kalau bukan kita sendiri!

Isnin, September 25, 2006

Dua bulan menunggu.....inilah hasilnya....cuma menantikan sebulan lagi untuk merasa nikmatNya!


Ahad, Ogos 20, 2006

Sempena bulan menyambut kemerdekaan ni aku nak kongsi ilmu sikit.......

Maksud Merdeka (dari Kamus Dewan)

merdeka (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan disiplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh melakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan melepaskan drpd penjajahan (kurungan dll), membebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), kebebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll); merdeheka.


Aku teringat masa aku belajar di UPM dulu.....subjek Program Pengembangan Pelajar...(tak salah aku). Pensyarah yang mengajar aku ketika itu, Prof. Azahari (Bukan ahli JI yang terkorban tu), mengajar aku tentang konsep merdeka dalam hidup...dengan cara bertani! Aku pun dah lupa cara penyampaiannya tu....tapi lebih kurang beginilah....

"Negara kita telah merdeka setelah sekian lama.....namun diri kita masih belum merdeka dari bebanan dan tanggungan hidup! Bukannya untuk merdeka secara total, namun untuk memerdekakan diri dalam konteks kegawatan ekonomi yang boleh kita elakkan dengan cara bertani...Sebagai contoh....

  1. Merdekakanlah diri kita dari keperluan membeli serai, cili api, limau nipis serta sayuran lain yang boleh ditanam sendiri. (Cili api sekarang 1kg RM10, serai 3 btg RM1, limau nipis 1kg RM2.50 -harga pasar) Cuba kira berapa banyak yang dah kita jimat untuk seminggu!
  2. Merdekakan diri kita dari perlunya membeli daun kari,cekur, pegaga dan banyak lagi yang boleh kita dapati sendiri dengan menanam hanya dalam pasu!
  3. Merdekakan diri kita dari keperluan membeli pewarna rambut (agak2 kaler merah gitu) untuk menyorokkan uban yang dah bercelaru/berceratuk dikepala...Tanamlah pokok inai sendiri!
  4. Merdekakan diri kita dari keperluan membeli losyen pelembut tangan/kaki yang dah keras kematu dan muka berjeragat dengan menanam sendiri pokok aloe vera dalam pasu dirumah!
  5. Merdekakan diri kita dari keperluan beli ikan segar dari pasar! Tak payah susah2 bela flower horn atau kelisa yang maintenance tinggi.....Bela aje puyu, keli haruan dalam akuarium...senang!
  6. Merdekakan diri kita dari beli pewangi2 untuk harumkan rumah atau kereta dengan ambi purr atau ntah apa2 brand lagi.....guna aje daun pandan dan limau kasturi yang kita tanam sendiri buat potpori!

Banyak lagi cara untuk merdeka dari segi ekonomi.....cuma itulah serba sedikit yang boleh kita buat untuk merdekakan diri dari bebanan tanggungan harian. Kalau duduk dikampung, dah tentu macam2 kita boleh buat. Tapi kalau duduk di flat atau taman perumahan dah tentu kawasannya agak terhad! Memadailah tanam dalam pasu aje! Itupun kalau rajin.....kalau malas...asyik nak senang......TAKDA OBAT!

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA KE49!!

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu

Khamis, Julai 27, 2006



















Ahhh! At last! Setelah 6 bln menunggu....akhirnya bibit2 hasil mula menampakkan diri kembali!














Allah Maha Adil & Maha Pemurah!



















Full-flower flushing!.....First time dalam masa 5 tahun!
Syukur AlhamduliLlah!


Ahad, Julai 09, 2006

Got this funny article from a friend's blog today and thanks to the writer, it had made me laughing out loud.


Why Did the Chicken Cross The Road? What they have to say.

Kindergarten teacher:
Because it wanted to look for food on the other side.

Sammy Vellu:
kita sude bikin banyak jembatan, itu ayam musti guna jembatan untuk lintas itu jalan lagi pun kalu itu ayam mau pigi jalan-jalan, beritau sama saya juga, saya bolley buat lebbey banyak toll....itu jambatan mesti ada tahan 100 tahun. Lain kali bole kasi tutup..kita bole survey mana ada rosak.

Karam Singh Walia(TV3):
Seperti yang saudara dapat lihat, kelihatan ayam-ayam itu sedang melintas jalan. Mereka bukan sahaja melintas jalan, malah membuang najis di atas jalan dan ini adalah pencemaran yang paling hebat di maya ini. Bapa-bapa dan ibu-ibu ayam haruslah mengambil inisiatif untuk melatih ayam-ayam agar menahan najis sewaktu melintas jalan, sekian saya sudahi dengan.........Ayam di jalan di lintaskan; Ayam di reban mati tak makan.

Wan Kamarudin(Edisi Siasat NTV7):
Ape kejadahnyer ini semua, KL dah jadik reban ayam, mak bapak ayam asyik menganga saje.Ayam semua dah besar kepala,..dan dah tak nak duduk reban...dan bertambah biadap dan buat perkara yg tak masuk dek akal!

Zainal Ariffin Ismail(TV3 Kisah Misteri):
Ada saksi menyatakan yang mereka dapat melihat ayam-ayam ini melintasi jalan-jalan di kampung ini pada waktu malam. Ada yang menyatakan ayam-ayam ini merupakan penyamaran jin. Dan ada juga mengaitkan ia berkaitan dengan peristiwa silam di kampung ini. Apakah sebenarnya maksud tersirat ayam-ayam ini melintas jalan? Oleh itu saya akhiri, "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri........."

Zainal Alam Kadir(Wayang Kita Astro):
"Ayam siapa kalau bukan ayam kita..."

Sisters in Islam:
We abhor the thoughts of the rooster enslaving the hen, that is why female chicken must be brave and know their rights before they cross the road,....and some cross to escape the master/slave marriage....but this Taliban minded syaria court is no help to the grieving hens...all chicken hens should not vote for IFL!

Abdul Fatah Haron(PAS Rantau Panjang):
Ayam-ayam yg melintas ini semua adalah kerana mereka ayam-ayam yang GATAL......

Md. Said Yusof(BN Jasin):
Apa salah nya...biarkan mereka lintas...tutup sebelah mata ajelah...ayam-ayam terlebih besar sikit shj.Lagi pun semua nya itu ayam saya.

Shahrir Abdul Samad (ex Pengerusi BBC):
Ini adalah prinsip saya. Ayam-ayam tak boleh dibenarkan melintas jalan. Kalau beginilah, maka ia nya bertentangan dgn prinsip saya, maka saya RESIGN.

Bill Gates:
I have just released the new Chicken Office 2000, which will not only cross roads, but will lay eggs, file your important documents, and balance your checkbook. Microsoft will pledge a billion for research on chicken AIDS.

Dr M:
You know, I am tired of all this...'apa-nama' chicken-chicken bisnes...you know that it is our right to build the bridge on our side of the straits....so why are we chicken out?

Pak Lah:
Ini semua adalah khabar angin sahaja...jangan percaya khabar - khabar angin ini semua... biasalah ini adalah taktik pembangkang untuk memecah belahkan perpaduan ayam-ayam semua... jangan percaya... we've decided to scrap the scenic bridge for the best interest of the people...nothing to do with chicken. And of course others have the right to express their opinion....ini biasalah.

Dan Brown (Da Vinci's code author):
The chicken used to a member of a secret society Poultry of Sion. The Opus Dei chickens are on its back because of the missing parshments of Les Dossiers Secrets. And they(Opus Dei)are known for their 'corporal mortification' practice.

Richard M. Nixon:
The chicken did not cross the road. I repeat, the chicken did NOT cross the road.

Ronald Reagan:
I forget. But of course this is for their SDI (Strategic Defense Initiative) program if I'm not mistaken.

Bill Clinton :
I've had met so many chicks that like to blow, I can't remember them all...but I like White House intern chicks, like Monica Lewinsky....Ooops I'm sorry Hillary.

George Bush:
These chicken inspector must be allowed to do their job....Let me stress now...their plutonium enrichment program must be stop, and make no mistake, we are not going to tolerate another WMD producing rouge chicken state, they are axis of evil state....and put all our options on the table..

Arthur Andersen (consultant):
Deregulation of the chicken's side of the road was threatening its dominant market position. The chicken was faced with significant challenges to create and develop the competences required for the newly competitive market. Andersen, in a partnering relationship with the client, helped the chicken by rethinking its physical distribution strategy and implementation processes. Using the Poultry Integration Model (PIM), Andersen helped the chicken use its skills, methodologies, knowledge, capital and experiences to align the chicken people, processes and technology in support of its overall strategy within a Program Management framework.

Computer Programmer:
In order for the chicken to cross the road safely they would need more than one driver to access the server farm, if not they will hang in the middle of the road.

Jerry Seinfeld:
Why does anyone cross a road? I mean, why doesn't anyone ever think to ask "What the heck was this chicken doing walking around all over the place anyway?"

Aku:
Lantak dialah....dia nak pergi mana dia punya sukalah!


p/s : Thanx Sherrina!

Jumaat, Julai 07, 2006

World Cup 2006

Aku suka dengan email yang aku dapat dari member ex-schoolmate and ex-UPM aku! Kadang-kadang aku ada terpikir juga benda2 cam ni.......Pasal World cup 2006!
__________________________________________________


greetings!

kekadang naik mual nak tengok football matches nowadays... macam dah di`set'kan semua results....
example, WC2006... memacam teori wujud.... italy dah lepas, por-fra pagi esok... but from sports science/antropology/social/marketing points of views. macam2 konspirasi n teori bole wujud...


1. WC is sports brand war.. PUMA vs adidas/nike? kalu puma v adidas tru to final... nothing 2 lose coz both produk owner samo.. both adik beradik. kalu puma v nike final baru malatopsz!

2. italy tru nak cover skandal aturgame dlm seria A italy 2005/06 season? who knows? x kan dulu, euro2004 tetibo lak Greece champayon? logik ker? remember that their domestic league was in the verge of bankruptcy... further more that year depa organize summer olympic... apo lagi attraction yg boleh offer?? title euro champion le..

3. kalu portugal tru, nak `up'kan saham scolari, 1st coach to win WC back2back, baru bole demand dgn CBF or england FA nk jd coach depa... baru ronaldo kena kurus badan and fitter coz scolari is a no-nonsense coach n patut pun beckham rezain captain..

4. kalu france tru, last swansong to zinadin@zainuddin zidan@zainudin mat korip@arip.. x sesio le pada umoq 34 tawon (dio sebayu matleng pulis sr. kito) out from retirement, jd world champ, jd LIVING LEGEND! good for him! he's our muslim brother..

MORAL OF THE STORY... x yah fanatik sgt sokong team WC nih w/pun aku support Italy n Germany n jgn gambling! Semuo World Betting Organisation dah atur... takkan lak mighty Brazil pun out? where was roberto carlos 2 cover far post to challenge henry waktu dia score? fahmy ansara cover that position lebih bagus seingat aku mssdkp 1990 dulu..
lastly, majulah sukan untuk negara n sapot NS NAZA! ini pun satu, bilo corporate company sponsor, baru menang Super league... tak heran ke? next year expect le Perak Toyota, Melaka Perodua, Johor Suzuki etc... hangpa pikiaq sendiri no...


TIDUR BOLA<> <>

-CHEERS-

email oleh Roestam Affendy Sijar (Choco)


Isnin, Julai 03, 2006

Aku teringat tahun2 malas aku di UPM. Entah setan mana dah masuk aku pun tak tahu. Orang lain kekuliah aku bantai tido kt hostel. Malam berjaga sampai pagi. Bukan study pun....ntah apa2 yang aku buat. Nama je student freshie....tapi perangai tak fresh langsung. Orang lain berkobar2 di menara gading, aku..... kepala jadi senteng. Time kuliah aku pas kt member aku suruh tandatangan kedatangan. Tutorial pun kadang ada kadang tidak......Gila betul masa tu. Kalau ikutkan memang langsung tak layak bergelar student!! Ntahlah....mood dah tak ada nak belajar....sayang betul. Kan lebih baik tempat aku di UPM ni diberikan pda yang betul2 serious nak belajar?

Siang buat taik mata, malam jadi musang. Asyik nak enjoy aje....tapi bukan anjoy gi disko ke apa...akutak buat kerja2 tu. Tak melepak mengacau orang, aku jadi komando kat dusun durian UPM. Bila ada test atau exam....baru nak gelabah....esok nak exam...barulah terhegeh2 cari nota.....mana nak pas? Akhirnya kecundanglah aku lalu di GB kan sudahnya. (Gagal dan Diberhentikan). Dalam hati bukan apa, geram, saja nak balas dendam. Nak masuk ITM tak dapat! Fikir2 balik bodoh betul aku ni. Tapi itulah tahun paling bebal dan malas bagi aku. Nasib baiklah ditawarkan peluang kali kedua buat aku...........

Kalaulah.........


Kalaulah aku ada benda alah ni..........

Kebun aku......





Terasa sungguh kedamaian bila berada dikebun.....hilang segala tension...Masa tak terasa berlalu..Walaupun hasil untuk tahun ni agak 'upset'....Aku tak kisah ("Aiman tak kisah") tapi bila pengunjung tak diingini tiba...mulalah aku meletop! Cisss! Tak guna punya tuan lembu....!


Rabu, Jun 21, 2006

Dah seminggu berturut-turut hujan. Tak turun pagi, petang. Camno nak maintain bunga mangga nih? Alamat target tahun ni tak kesampaian lagi. Hari2 baju lencun dek air hujan. (Padahal hari2 dah biasa lencun dek peluh) Badan pun dah seram sejuk aje. Anak cili yang disemai hanyut lak dek hujan lebat. Semak samun yang ditebas dan diracun dah mula naik balik. Duit sewa tanah dah due dah. Mano nak cekau 4 ribu nih. Nak pinjam kengkawan, kengkawan pun sengkek gak cam aku. Loan bank kena tunggu 3-6 bulan lagi. Tuan tanah dah jeling2 bengis (Time buah banyak je jeling2 manja). Kang pinjam 'along' kang, leher aku lak kena tebas. Yang basah hujan, yang kering poket! Entahlah...'Adventure' sungguh hidup ni.....Pelan-pelanlah kayuh, lama-lama sampai juga kat puncak!

Sabtu, Jun 10, 2006

Bak kata Labi dalam cerita P.Ramlee....."Selagi belum tutup mata....kerja...kerja..." Hmm......agak-agaknya kalau kita himpunkan segala bidang kerja yang kita dah lalui sebelum apa yang kita buat sekarang, berapa dah agaknya yek?

Bagi aku.....entahlah.....dah 'lost-count' dah.....Sejak lepas SPM sampailah sekarang menjadi seorang petani sepenuh masa, berapa bidang yang aku dah lalui agaknya.....??

Selepas SPM....kerja di Kantin NUBE Telok Kemang, dapat pengalaman pertama pegang duit hasil titik peluh sendiri. Dapat belajar buat stock check store, buat teh tarik yang sodap, dapat buat setting buffet table siap hiasan sekali, jadi waiter yang canggih, jadi tukang masak, hilang bulu tangan dan kaki akibat selalu sangat kena bahang api BBQ. Dapat belajar bahasa Tamil....sikit2. Belajar kerenah pelanggan, nak-nak kena function group dari Bank. Mentang2 NUBE ni kesatuan diorang, benda semua nak best, makan nak macam2, bayar nak kurang2.

Cuti semester tahun pertama di UPM ,kerja NUBE lagi...

Cuti semester tahun kedua...Pergi Pulau Pinang, merantau pulak....saja nak tukar angin, duduk dengan makcik. Dapat kerja di SuperKomtar Penang, jadi sales assistant (electrical), belajar komunikasi dengan pelanggan yang tak tahu nak beli apa. Belajar sign language dengan pelancong Jepun (diorang ni haram tak reti bahasa Inggeris) asyik "Hait...Hait!" aje.....tapi selalunya shopping sakan.....sampai ear-phone RM3 punya pun beli sampai sedozen.....belajar assembly electical parts....Tahan kerenah customer yang shopping time store nak closing....time tulah baru nak beli.....kalau benda kecik takpe....ini hi-filah, kipaslah...siap nak test, nak bungkus hadiahlah nak kena hantarkan ke kereta lah......Kenal dengan taiko2 Komtar....yang suka belasah orang tak tentu pasal.....agak2 muka kerek je...terus sergah. (Diorang ni member aku....tapi aku tak join le bab menyakat2 ni, kadang2 tension gak nengok perangai diorang ni, yang menghairankan aku, diorang ni muka je brutal tapi mat 'landskap' rupanya). Yang paling best....pengalaman tahan perut....hari2 makan tengahari kosnya RM1...(nasi kosong + kuah aje + telur sebiji + air kosong) muka pun dah macam telur. Sekarang rasanya tak dapat dah makan tengahari RM1!!

Selasa, Jun 06, 2006



Tamat sudah minggu orientasi.....Senior-senior dah balik dah.....masing-masing dengan misai lebat, muka 'cenge' konon-konon nak takutkan sikit junior.....apa raaaa.....Tradisi blok aku tiap-tiap junior baru masuk.....berkumpul tengah blok........sessi 'taklimat'.....antara kandungan taklimat....."Tiap freshies wajib mengambil 50 nama dan tandatangan tiap senior dalam masa 3 hari....."

Maka selepas taklimat berduyun-duyunlah freshies mintak sain autograph dari senior....yang pasti laku untuk permulaan buku pastilah fascilitator yang dah bersama kami sejak seminggu lalu. Aku kira beruntung sikit pasal aku ber'room mate' ngan senior yang kira 'otai'...."Bear" nama samarannya.....taklah besar macam beruang pun....tapi sebab berasal dari Bukit Beruang, Melaka. Proses tanda-tangan untuk aku taklah susah sangat.....sebab bila tanya room mate siapa aje....terus bagi tanda tangan.....namun hanya setelah beberapa 'task' selesai.....contohnya buat iklan.....jadi radio buruk (masuk dalam loker & nyanyi sampai senior puas hati), kalau kena yang payah sikit......berenang atas lantai....Serdang-heli tak berlaku di kolej aku.....selamat!

Walaupun penat...tapi aku suka....banyak yang lucu...Terutamanya bila 1 bilik kecil muat untuk dua orang dipenuhi dekat 20 orang. Bayangkan 2 orang dalam almari, tiap atas almari ada seorang, tiap bawah katil ada seorang, tiap bawah meja ada seorang, atas meja, yang mencangkung di jendela tingkap, yang buat 'iklan' (yang famous iklan uat batuk cap ibu dan anak), yang ketuk ketampi.....mau tak gamat! Biasanya junior yang kureng sikit tu akan kena teruk sikit. (Kurang bergaul). Aku kira oklah...(bukan sebab si Bear) aku buat je apa yang senior suruh asalkan tak melampui batas. Majoriti senior semuanya 'open minded' dan beretika.
Cuma ada sekali tu aku kena maki hamun......bukan apa....senior sahaja test sejauh mana aku "tahan maki".

Rata-rata senior disini walaupun ragging macam-macam cara....namun diakhir 'interview' banyak nasihat serta tips-tips serta lagenda campus diberi kepada aku..antara lagenda yang aku terima......Bilik aku 107 disumpah....tiap-tiap semester atau sessi pasti ada yang GB (gagal, diberhentikan)....harap-harap bukan aku.

Genap 3 hari aku dapt mengumpul 80 nama ....hampir semua penghuni blok (Itupun selepas 3 hari tak cukup tidur...asyik tidur pukul 4 pagi, dahlah kuliah nak kena pergi). Ada juga yang kurang 30. Bila berkumpul semula untuk taklimat...mana yang kurang 50 kena 'mental tocher'...ada yang nangis.....ish...tragis sungguh....Aparaaa...mereka yang kurang t.tangan tu diberi 2 jam untuk dapatkan baki tanda tangan......masak! Lagi teruk kena.

Selesai satu perkara...sampailah kemalam kemuncak.....Upacara Mandi Minyak!! Tiap freshies dikumpulkan di tepi Blok (Blok aku bentuk segiempat sama dengan court takraw ditengah) semuanya memakai seluar pendek. kami disuruh nyanyi Negaraku dan lagu-lagu patriotik dan entah apa lagi entah. Kemudian dengan pembesar suara ketua senior buat pengumuman...."Dengan ini kamu dengan rasminya menjadi ahli Blok Cendekiawan....selepas ini tiada lagi istilah freshies dan senior, hak anda sebagai ahli blok adalah sama!!" Swoooshhhh......air jatuh menderum-derum dari tingkat atas....siap sembur dari fire hydrant lagi....Seronok bukan main lagi....maklumlah.....dah rasmi jadi ahli blok dah....dan tamatlah suai kenal....Adalah dekat sejam kena siram...naik kecut dibuatnya...Air dari baldi yang dicurah dari atas tu tak tahulah air apa....
(Kemudian aku dapat tahu...ada air sabun rendam baju yang dah seminggu lamanya....baunya sendiri mau ingat). Selepas mandi minyak, tiap seorang akan berdiri ditengah court atas kerusi dan memperkenalkan diri. Masa itu senior-senior akan memberikan nama glamer yang akan dipakai sepanjang menjadi siswa di UPM ni.....nasib baik tiada yang lucah. Lucu aku dengar nama-nama tu....nama aku pun tak kurang lawaknya.....

Tamatlah minggu orientasi...yang rasmi dan tidak rasmi......kenangan yang tidak akan aku lupakan...

Jumaat, Jun 02, 2006

Adussss.....penat je aku prepare dokument2, tandatangan tuan tanah, surat sokongan......Alih2 Permohonan pinjaman aku kena reject....kena tunggu 6 bulan lagi.....alamak payah betullah......Aku dah beria-ia nak buat loan bank untuk cover sikit kos projek aku....bukan banyak aku nak pinjam...10K aje.......Dengar cerita dari member aku Bank Pertanian bagi pinjam untuk usahawan tani cam aku ni.....tanpa cagaran dan penjamin. Tapi jawapan petang tadi amat mengecewakan aku.....Mentang-mentang projek aku kecik aje (+/- 20 ekar), cuba aku ahli korporat ke, dato' ke....mesti senang. Jangan 10 ribu, 1 juta pun boleh. Itulah yang buat aku geram sangat ni.......kita yang 'ikan bilis' ni senang2 je dikotak katikkan. Kalau aku banyak duit tak payahlah aku buat loan. Nak apply loan lain, nak penjaminlah, cagaranlah.....siapalah yang sanggup jadi penjamin sekarang ni.....nak jamin loan pendidikan atau loan kereta pun orang dah tak berani. Nak cagaran.....aku nak cagar apa? Tanah projek pun sewa. Motor cabuk aku adalah....itupun tak laku! Hasil pulak tahun ni tak menjadi......hujan sahaja....tapi tak apalah...hujan pun bagus. Aku tak akan salahkan cuaca. Cuaca apapun bagus. Ada hikmahnya tu........Tak apalah.......Aku akan positif.......

Aku selalu berfikir ............Sebelum Allah kurniakan rezeki yang melimpah ruah, pasti Allah akan uji kita dengan bermacam dugaan. Hanya orang yang hargai dugaan akan hadapi kejayaan......tiap dugaan pasti ada jalan.......Sekurang-kurangnya aku masih tak berhutang!

Khamis, Jun 01, 2006

Sorry.....tak dapat post apa-apa sebelum ni.......sibuk experiment add-ons untuk blog ni...harap menarik untuk blogger sekelian.....maklumlah...sebelum ni lama tak involve dalam It ni...sekarang baru nak catch-up balik. Feel free to comment!

Isnin, Mei 29, 2006

Kadang-kadang kita hairan....kenapa bunga kertas (bougainvillea) yang kita tanam bunganya tak lebat. Mudah sahaja....Kalau nak melebatkan bunganya........

Kurangkan penyiraman air. Untuk menggalakkan pembungaan, kita mesti wujudkan keadaan "water stress" untuk pokok. Pokok bunga kertas lebat berbunga ketika kemarau atau musim panas. Lagi "merana" pokok, lagi lebatlah bunganya. Jikalau air banyak, bunga akan kurang dan daun akan jadi lebat. Jikalau bunga kertas ditanam dalam pasu, memadai menyiramnya seminggu sekali. (Jangan sampai tunggu pokok kekeringan). Kalau musim hujan tu....biarlah sahaja. Tunggulah musim panas. InsyaAllah bunga akan lebat.

Dah 4 hari berturut-turut aku tak kekebun....Bukannya apa....Faham-faham sahaja la cuti sekolah ni.....Kenduri-kendara banyak sangat......Duduk dalam kawasan taman perumahan ni macam itulah....kadang-kadang dalam satu hari tu ada 2-3 kenduri serentak...Mula Khamis petang aku dah kesana kemari menolong sahabatku menguruskan majlis pernikahannya. Lepas Asar....petang Jumaat pula mengiringi rombongannya untuk majlis pernikahan.....Selesai majlis dalam pukul 7.00 petang. Pukul 10.00 malam pula aku ke tapak pasar malam di kawasan perumahan aku. Kerjalah...apa lagi.......sapu sampah pasar malam untuk mendapatkan duit tabung bagi Belia 4B dan Pemuda........Pukul 2 pagi baru selesai.......Esoknya iringi pengantin pula bertandang kerumah pengantin perempuan. Segalanya beres........balik sahaja dari mengiringi pengantin lelaki.....terus sahaja kerumah jiran di belakang rumahku.....pasang khemah dan susun meja....malam itu majlis pernikahan anak perempuannya. malam itu selesai sahaja majlis....pinggan mangkuk dah tunggu.....apa lagi menyentallah kerja aku. Selesai semuanya......jerang air untuk esok.....takkan nak bagi tetamu minum air paip kot....sakit perut pulak nanti.....Kerja-kerja selasai dalam pukul 2.30 pagi. Awal pagi Ahad aku dah terpacul di rumah jiran. Ambil tugas ketua penanggah pula.......Semua nak kena settle.......nasib baik "team" remaja dan belia aku ada......Punyalah ramai orang......tetamu tak putus-putus sampai pukul 4 petang.....agaknya satu Port Dickson kot tuan rumah jemput. Selesai majlis.....menyental lagi...ingat nak bagi sikit untuk pengantin lelaki......tapi kesian lak.....dia ada tugas "besar" yang lain lak.......biarlah dia........dalam menjelang Maghrib barulah selesai semuanya......kaki ni rasa nak tercabut sahaja. malam itu....lepas Isya' sahaja aku dah lelap. Pagi ni aku bangun.....semua sendi2 aku rasa macam nak tercabut.....Hari ni aku cutilah.....nak rehat dulu sehari sebelum ke kebun. Aku ni asyik kekenduri orang.....ada kenduri sahaja....mesti orang cari.....bila lagi agaknya giliran aku...?

Jumaat, Mei 26, 2006

Hari pertama aku dikampus, perasaan aku berbaur.......tak tahu aku nak gambarkan perasaan aku ketika itu. Gembira, tension, suspens semua ada. Macam-macam bermain di fikiran ketika itu. Macam tak percaya juga aku akan mulakan hidup sebagai seorang siswa. Mula-mula daftar Kolej. Aku mendaftar di kolej paling corok di UPM. Kolej Pendita Zaaba. (Ninth College). Jauh betul kedalam. So....balik ke asal. Dulu di asrama, dari freshie ke senior, sekarang putaran roda berputar kembali. Sekarang jadi freshie balik. Kena lalu minggu Orientasi lagi......Dalam akhbar macam-macam berita kes-kes ragging di kampus. Yang paling feymes ketika itu, "Serdang Heli". Bab-bab ragging ni aku tak peduli sangat. Biasalah.....nasib baik pengalaman di STJ banyak. Taklah culture shock sangat. Lagi pun mentaliti senior-senior sini tentulah lebih mature kan?

Pendaftaran kolej dan fakulti hari tu berjalan lancar. Sempat juga jumpa ex-schoolmate. Chocho....dia mendaftar course Dip. Tani. Petang tu lepas bersalam ngan orang tua aku lebih kurang....dan mereka meninggalkan aku di sini.......maka dengan rasminya aku menjadi student kembali. Senior-senior belum balik mendaftar lagi....cuma yang ada facilitator2 yang akan berdamping sepanjang minggu orientasi kampus. Nasib aku baik kerana dapat satu block dengan schoolmate aku Amin. Kami sama2 Matrik sains. Masa pendaftaran, aku diberi 3 pilihan untuk mendaftar, Matrik Sains Hayat, Sains Fizik atau Akaun. Pilihan aku tentulah Matrik Sains Fizik. Namun ditolak mentah2 kerana subjek Addmath fail. Kena reject lagi...aku pun satu....tak sedar2 diri lagi. Feel rejected aku tension.....Dahlah nak masuk ITM orang tua tak bagi, disini pun hala tuju aku pun kena control. Akibat asyik kena reject....sedar tak sedar aku mula berubah. Aku didaftarkan untuk Matrik Sains Hayat. Bio pun Bio lah. Actually aku minat juga subjek Bio ni. Bio ni jarang mengecewakan aku.

Sepanjang minggu pertama aku, rata-rata senior yang aku jumpa memberi komen betapa toughnya course aku ni. (Matrikulasi). Mungkinkah aku akan terpengaruh dengan komen-komen negatif seperti ini nanti? Aku cuba positif dalam semua hal. Dalam hati aku, sedar tak sedar aku wish aku tak ambil Matrik....lebih baik aku ambil Diploma terus. At least apa-apa hal jadi masa bachelor nanti Dip. dah ada. Lagipun kalau first year dalam Dip. result bagus, boleh dipromoted terus ke Bachelor. Kenapa aku tak tahu semua ni? Kenapa kita sering tak dapat info yang tepat? Tension........

Selasa, Mei 23, 2006

Tamatnya Peperiksaan SPM.....maka tamatlah kisah aku hidup diasrama.......Gembira tu mestilah ada.......tapi yang sedihnya tu lebih banyak........Aku gembira kerana lepas ini aku dah boleh dikira "bebas"!!!! Namun untuk berpisah dengan tempat yang penuh sejarah ini....tempat dunia remaja aku dihabiskan.....amatlah payah sekali. Tiada lagi kedengaran bunyi loceng kelas, loceng dewan makan......tiada lagi nasi kawah, ikan "jacket", warden-warden yang berlagak cool (tapi bangang), akak kantin yang cute, aktiviti petang, aktiviti keluar pekan, sukan antara rumah, curi-curi merokok dan bau kilang getah Mardec! Dah tentu yang paling aku rasakan kehilangan adalah kawan-kawan dan sahabat rapat. 5 tahun bersama menempuh pelbagai rintangan dan dugaan. Itulah yang aku rindukan.

Dah tamat zaman persekolahan dah. Sekarang ni zaman cari kerja lah pulak.......itupun kalau tak sambung belajar.....Rutin kebiasaan di asrama membuat aku rasa tak selesa dirumah......kawan-kawan tak ada......yalah...dalam setahun berapa kali sahaja aku cuti dan duduk dirumah.....mana nak ada kawan-kawan. Sejak tingkatan 3 aku berpindah ke rumah baru dan sejak itulah kalau aku balik kampung...terasa sangat nak balik asrama balik. Boring takde aktiviti.....kawan-kawan takde....... Ayah aku jenisnya kuat mengongkong.....bukan diberinya keluar berjalan sangat. dah besar panjang pun nak dikongkong. Ada sekali tu aku keluar malam pergi Pesta PD balik lambat sikit pun dah diturutnya........bosan.....bosan! Macam budak kecik je aku rasa....

Jadi nak mengelakkan mati kebosanan dirumah......akupun kerjalah.Jadi waiter cum storekeeper cum pantry boy. (kadang-kadang bus-boy & steward pun ya jugak)....jadilah. Kerja pun ok. Kalau ada function je sibuk sikit. (sebenarnya teruk juga).
Kebetulan aku kerja satu tempat dengan 2 orang school-mate aku, Si Lani dan Si Boyot.....kira ok jugalah. Boring-boring...bolehlah recall balik peristiwa2 di sekolah dulu..... Genap 4 bulan kerja result pun keluar.........aku tak sabar2 nak gi sekolah esoknya.......bukan excited nak ambik result...tapi excited nak jumpa kengkawan dan tengok sekolah yang dah aku tinggalkan dulu.......Result aku kira oklah....(dah cerita sebelum ni). tapi slip takleh ambil pasal ada hutang ngan sekolah.......kata kerani sekolah dua ratus lebih......terperanjat aku.....mana aku ada hutang?! Kalau ada pun mungkin untuk paper English 1119. Balik lah dengan muka toya. (Memang betul pun....kerani tu silap tengok.....paper 1119 je)

Sampai rumah, aku khabarkan berita gembira untuk orang tuaku........kebetulan pula ada sedara ayahku datang. Punya kembang hidung ayahku.....tapi bila minta slip....aku bilang tiada....dan ceritakan sebabnya. (Duit 1119 tu -Rm 75 je- aku tak bayar pasal duit aku hilang kena kebas masa kat sekolah dulu) Tiba-tiba aje ayahku melenting memaki hamun aku depan sedara mara nya.....malu besar aku......rasa bengang pun ada......katanya aku joli duit yang dia bagi tu.....(Nak joli buat apa?) Dahlah aku ikat perut masa diasrama dulu. Duit belanja selalu bagi pun untuk sebulan ngam-ngam RM30 sebulan termasuk duit tambang nak balik rumah tiap hujung bulan.
Ayahku memang jenis baran.....satu lagi sikapnya yang buat aku benci padanya......suka maki-hamun tanpa usul-periksa dan tak mengira tempat. Tak kira di public ke depan orang ke......kalau dia nak hamun dia hamun aje. Lagi satu suka buat keputusan sendiri....tanpa berbincang dengan anggota family lain. Bulat katanya.....bulatlah jawabnya bagi yang lain. Kalau dah askar tu askar jugak.

Sejak kes itu (termasuk beberapa kes lagi) aku mula tak ambil port sangat kata-kata ayahku. Aku ni kira black-sheep dalam family akulah....adik aku no2 tu pendiam skit taklah heavy metal sangat cam aku ni. Brutal-brutal aku pun....kadang-kadang tu sentimental jugak. Jiwa aku mula memberontak.......kalau tak ingatkan mak aku.....tak tau le.....

Tutup kes.

Lepas dapat result.....maka cargaslah aku mengapplykan diri untuk sambung belajar. Aku minat teknikal, aku minat melukis......aku nak apply apa ha?! Zaman tu.....aku tak didedahkan langsung dengan sebarang maklumat untuk melanjutkan pelajaran keperingkat lebih tinggi. Main hantam ajalah.......itupun lepas bincang ngan kawan-kawan. Kalau zaman tu ada internet...boleh membrowsing jap........komputer zaman tu pun...kalau nak run kena pakai floppy disk....kakakaka.....nak tergelak aku bila teringat. Dalam borang UPU aku apply 5 pilihan.......nak uni yang grand aje....(tak fikir.....result macamlah bagus sangat....)

Inilah senarai pilihan aku....

  1. Universiti Malaya - Asasi Sains
  2. Universiti Teknologi Malaysia - dah lupa lak
  3. Universiti Sains Malaysia - Asasi Sains
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia - Asasi sains
  5. Universiti Pertanian Malaysia - Asasi sains

Lagi satu dalam borang lain....Institut Teknologi Mara - Art & design. Canggih....memang canggih........masa tu tak cermin-cermin diri langsung......kes over yakin le ni. Tup-tup......offer sampai..........Ada dua.......satu dari UPM...satu lagi ITM. Aku pilih untuk kemasukan ke ITM pasal course dia tu serasi ngan aku.........Alih-alih ayahku paksa aku terima UPM. Bertekak juga aku.....Katanya ITM tu tak setaraf.......ITM tu institut je.......UPM tu universiti.......wah kerek juga orang tua aku ni.....ni kes nak bangga diri ngan orang lain le ni.....! Bengang betul aku......tapi aku malas nak bertekak.........masuk jelah UPM. Lagipun katanya dia akan support sikit duit yuran nanti.

Yolah......UPM pun UPMlah........UPM....kau tungguuuu.....!!!!!!!!!

Isnin, Mei 22, 2006

Kerana mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (ketika itu)......Aku ditawarkan untuk meneruskan pelajaran ku di sekolah berasrama penuh di Sekolah Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Aku memang gembira betul.....tapi dalam hati.....risau pun ada...yalah mana taknya.......orang asyik cerita kes-kes buli dan ragging kat sekolah asrama. tapi tak kisahlah.....takkan kena ragging sampai mati kot!? Maka pada Jan 1986 bermulalah hidupku di asrama. Pada mulanya prestasi pelajaran aku dikelas agak kurang memberangsangkan......mungkin semua yang masuk ke sekolah ni memang bijak2 belaka. Yalah...bukan semua orang dapat masuk asrama penuh kan.....?! Sepanjang 2 tahun pertama di sekolah, aku selalu dapat tempat corot dikelas......tapi tak kisahlah.....aku kena study lagi kuatlah jawabnya. Di STJ ni aku berkenalan dengan sorang kawan, agak kamcing jugaklah....Zaizul namanya.......bukannya apa......sama kepala......minat kami sama.....suka benda2 teknikal ni......ada masa terluang sahaja....mesti aku lepak dengannya bincang pasal kartunlah, komiklah dan banding-membanding lukisan. Si Zaizul ni lagi dahsyat imaginasinya....sampai dia boleh buat komik robot sendiri (ala-ala Transformers gitu) tapi taklah sampai dipublishkan. Publish untuk kawan2 je.

Dipendekkan cerita, masuk tingkatan 4 barulah cabaran sebenar bermula.......Aku didedahkan dengan Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan......Kalau tak sebelum ni Matematik Moden...dan Sains Paduan. Aku cukup teruja dengan subjek fizik.....Guru yang mengajar pun best. Subjek-subjek sains tu semuanya best......(cuma Kimia aje yang selalu memeningkan kepala aku sikit). Masa tu aku confirm dah........Aku nak jadi Engineer nanti. (terlalu yakin sampai cita-cita dalam majalah sekolah pun aku tulis nak jadi engineer.)

Namun panas tak sampai kepetang........ Dalam SPM apa yang aku target tak menjadi.......dapat pangkat 1 tapi agak kureng skit......Fizik ingatkan boleh dapat A tapi dapat C3 je......ini kes overconfident le ni......Macammana nak jadi engineer nih......Add-math pulak tu F9!!!! Tulah....masa buat homework asyik2 copy orang lain punya aje......ha...kan dah kena! Subjek lain tu kira ok juga lah. tapi yang buat slack tu add-mathlah. Camno nak jadi Jurutera ni.......??? Aku agak frust dengan result SPM yang aku terima. Itulah......aku pun tak tahu apa nak cakap......nak kata tak study.......aku study............tak cukup serious kot???

Khamis, Mei 18, 2006

Aku masih ingat lagi pada zaman kanak-kanak aku di Port Dickson. Ketika itu Pekan Port Dickson bukan seperti sekarang. Port Dickson dahulu hanyalah sebuah pekan koboi yang cukup dengan keperluan asas sahaja. Pukul 6.30 petang sahaja, segalanya senyap sunyi. Semua kedai ditutup. Yang menghidupkan pekan PD pada ketika itu hanyalah nelayan-nelayan pantai, kapal-kapal minyak menghantar minyak mentah untuk diproses serta anggota-anggota tentera yang berkhidmat demi negara. Kalau nak dikira, majoriti penduduk PD adalah orang luar. Kebayakannya anggota tentera yang berkhidmat di kem-kem tentera yang berselerak dari batu 5 hingga batu 12. Begitu juga aku. Aku lahir di Pulau Mutiara, namun kerana ayahku adalah seorang anggota tentera di PD, maka bermulalah hidup aku sini.

Dari kecil lagi setiap aktiviti dan kehidupan harian aku dibayangi oleh kehidupan seorang tentera. Apa taknya, dahlah anak askar, kawan2 pun semuanya anak askar juga. Kalau bermain tu tak sah kalau tak main perang2. Tiap-tiap orang ada senapang sendiri. (Senapang kayu buatan sendiri). Kerana terlalu seronok main perang2, majoriti antara kami nak jadi askar bila besar nanti. (Lagi satu sebab ialah akibat terpengaruh dengan cerita telivisyen popular ketika itu "COMBAT". Heronya Vic Morrow kalau tak salah aku.) Namun seorang ayah biasanya tak akan membiarkan anaknya mencontohi dirinya kerana cukuplah dirinya sahaja yang merasa kepayahan hidup. Seboleh-bolehnya seorang ayah inginkan hidup anaknya lebih baik dari hidupnya. Ayahku cukup pantang kalau aku berhasrat untuk mengekori jejak langkahnya sebagai tentera. Katanya cukuplah dia seorang jadi askar. Ayahku mahu aku jadi orang yang berjaya nanti. " Belajar rajin-rajin Long, dah besar nanti boleh jadi doktor.........") itulah ungkapan yang selalu kudengar......aku pasti tiap orang pun begitu.

Bila masuk sekolah rendah, guru pula "brainwash" kita dengan memomokkan cita-cita yang hebat-hebat belaka. Tiap-tiap orang akan ditanya mengenai cita-citanya............kadang-kadang siap suruh buat karangan lagi......." Cita-cita saya" Ada yang nak jadi pilotlah, doktorlah, lawyerlah dan macam-macam lagi. Ketika itu, aku taklah memikirkan sangat tentang cita-cita aku. Namun aku cukup berminat dengan bab-bab teknikal. Aku cukup teruja bila berada dikelas subjek sains. Kadang-kadang waktu rehat aku ke perpustakaan sekolah. Bukan nak study, tapi cari buku-buku bergambar mengenai sains. Segala encyclopedia yang ada aku belek.Lagi satu, hobi aku yang paling ketara ketika itu ialah melukis. Ada sahaja yang kulukis. Kalau masuk kelas yang boring je.....mesti aku melukis. Yang selalu jadi mangsa ialah subjek Agama Islam. Itu pasallah aku memanjang dapat spanar (F) dalam subjek tu. Belakang buku nota Agama Islam aku penuh dengan lukisan. Ayahku memang tak melarang hobi aku tu. Dia selalu belikan atau bawa balik kertas dari tempat kerja. Sebenarnya dia lagi suka, jadi taklah aku merayau sangat.
Dalam seminggu, aku cuma keluar main dengan kawan-kawan cuma 2 ke 3 kali sahaja. Itupun hari cuti aje. Balik lambat je siap........getah paip tunggu aku.....tapi bukan dari ayahku....dari ibuku. Ayahku sampai sekarang tak pernah jentik aku. Akupun boleh tahan juga degilnya. Maklumlah anak sulung. Jadi masa selain main tu kalau tak pergi mengaji, kena pergi kedai dan tuisyen aku duduk dirumah melukis dan membaca. (Bukan buku sekolah.....baca komik, Majalah Gila-gila dan Gelihati amnya.) Satu lagi "habit" ayahku bagi mengelakkan aku keluar rumah. Ntahlah...agaknya takut aku jadi jahat kut?

Oleh kerana selalu terperap dalam rumah dan asyik dengan melukis dan baca komik, daya imaginasi aku menyerlah. Ada sahaja plan2 teknikal dalam kepala aku. Kebanyakannya aku ceduk dari manual-manual enjin dan layout kereta perisai dari buku2 yang ayahku bawa balik. Biasalah budak lelaki, tak lain mesti minat kereta kan. Takkan minat anak patung lak. Ketika itu apa yang aku impikan hanyalah untuk menjadi seorang saintis atau pun seorang pereka. Agak pelik bagi seorang kanak-kanak sekolah rendah ketika itu. Sedang kanak-kanak lain heboh bermain diluar, aku dalam rumah heboh membuat plan-plan yang tak masuk akal. Namun pelajaran disekolah tak pernah aku abaikan. Aku sering mendapat tempat kedua (paling corot no.3) di dalam kelas. Nak dapat no.1 payah sikit.......member aku sorang lagi tu terrer nak mampus. Anak cikgu le katakan. Aku kena rajin belajar bukannya apa.........kalau dapat tempat corot.....alamatnya getah paip hinggap di punggung. Aku cukup takut dengan ibuku. Kalau dia naik darah....apa sahaja yang ada ditangannya boleh jadi rotan. Dengan batang penyapu, senduk nasi, lidi penyapu pun jadi. Tapi sayang kepada ibuku adalah lebih daripada sayang aku pada ayah......agaknya kalau kecik2 tak kena bantai, agaknya apa yang jadi pada aku sekarang ni.

Hmmm..........I wonder???!

Renungan sejenak

Selasa, Mei 16, 2006

Sudah tentu! Tiap orang punyai cita-cita dan impian. Cita-cita dan impian memberikan satu wawasan kearah perjalanan hidup kita. Tentu kita ingat, masa kita kecil dahulu, orangtua kita sering bertanyakan "bila besar nak jadi apa?" kepada kita. Begitu juga semasa sekolah. Siap suruh buat karangan lagi. Cita-Cita Saya....... Mesti kita ingat, rata-rata tiap antara kita bercita-cita nak jadi doktor, lawyerlah, pilotlah, engineerlah dan ntah macam2 lagi cita2. Biasanya cita2 kita ketika itu agak terpengaruh dengan pesanan kedua orangtua kita, rakan-rakan dan juga guru disekolah. Namun apabila dikenangkan kembali, cubalah kita fikir sejenak adakah kerjaya kita sekarang ini sama seperti yang kita impikan waktu kecil dahulu? Mungkin ada, tetapi peratusannya amatlah sedikit. "Kita mampu merancang, hanya Allah yang menentukan." Namun jika kita hanya merancang tanpa usaha yang gigih dan berdoa kehadratNya tak guna juga kan? Jadi Allah tentukan takdir atas hambaNya atas usaha yang hambaNya lakukan. Cuba fikirkan.........Begitulah yang terjadi pada diriku..............



 

blogger templates | Make Money Online