Khamis, Jun 28, 2007

Serai oh serai

Kebelakangan ini banyak pertanyaan mengenai projek tanaman serai aku terima melalui e-mail...kalau nak diikutkan, aku bukan lah pakar sangat dalam projek serai nih....tapi untuk tidak menghampakan rakan2 yang baru nak berkecimpung dalam bidang pertanian ni maka aku bagilah juga sedikit banyak tunjuk ajar secara percuma. Aku berharap ilmu yang aku sampaikan tu dapatlah dikongsi bersama2 rakan lain. Namun kadangkala penat juga kalau selalu2 sangat asyik nak hantar email kepada rakan2 baru. Lagipun kebelakangan agak sibuk sikit menguruskan kebun, jadi kadangkala email pun x sempat nak dibuka...Jadi untuk mempermudahkan rakan2 semua ataupun yang berminat...disini aku berilah sedikit info yg mungkin berguna bagi mereka yang ingin membuat projek penanaman serai ni.


SERAI MAKAN
Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI WANGI
Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat dan Kegunaan
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri... Caryophyllene & citronellol
Projek Tanaman Serai

Ok....info diatas tu cuma asas tanaman yang perlu diketahui. Semua sumber tersebut boleh didapati dari website MARDI atau pun Jabatan pertanian. Berbalik kepada projek...Untuk membuat projek tanaman serai ni (sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah. Maksud nya mudah....anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).
Perkara asas sebelum memulakan projek..!!
  1. Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
  2. Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah...seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat...cuma nak rajin bertanya...jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu...tanya terus pada pengusaha kedai.... Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau 'supply' tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran...bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah 'last minute' FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
  3. Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup...cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak... setiap 1-2 bulan, anda akan menuai....taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu... tak ada salahnya.
  4. Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)... antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai...jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%).
  5. Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar.... untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja...itupun semusim! Betul...percayalah.... Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun...yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo....tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).
  6. Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa...boleh... serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh...tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)....Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun 'part-time' la!

Info lagi mengenai projek....Nak mula projek!!

Serai makan

Ikut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.

1. Serai paha ayam
2. Serai kampung

Kalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.

Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)

Penyediaan kawasan.
Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh...antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh...(kalau modal tak besar)

Buat lining.
Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)
Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)
Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang!


Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung


tanaman serai antara mangga (baru dipangkas daun dengan mesen rumput)

Menanam
Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,

Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.
Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.
Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.


penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)

PENJAGAAN

Pembajaan

Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.
Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpai

Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.

Kawalan perosak

Serai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)

Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.

*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.


MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.

Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.
Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.

KOS

Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.

  1. Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa)
  2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
  3. Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
  4. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.
  5. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.

Cash Flow Serai...click dibwh...
http://spreadsheets.google.com/pub?key=pCSQljaWo62g2SeRaSLmhHQ&output=html

Itulah serba sedikit yang saya dapat bantu pada rakan2 yang nak mencuba projek serai ini.

38 Comments:

  1. Tanpa Nama said...
    Pak Tani
    Terima kasih byk2 atas panduan yang sangat memberansangkan dari saudara. Semoga dapat menjadi satu kejayaan pada saya di suatu hari nanti.

    mohd.
    Unknown said...
    Pak Tani,

    Thanks for serai info ni. Boleh sy dapat kan contact no or email pak tani. senang nak bertanya.

    Zurek
    Tanpa Nama said...
    A'kum Pak Tani,

    Sudi kiranya Pak Tani membalas email saya. Ada beberapa soalan saya tanyakan dalam email tu.

    Tq.
    Tanpa Nama said...
    Pak Tani,

    Boleh tolong tak cari pengusaha kacang botol atau kacang empat segi. Saya ingin belajar sebagai pengusaha sayur atau pokok sayuran. Kalau ada pengusaha yang ada sekarang, saya minat mengunjungi mereka secepat mungkin. Mungkin ingin berbicara dengan mereka untuk membeli kacang botol serta pokok, daun and rootnya sekalian.

    Ok lah Pak Tani, harap menerima berita baik mengenai kacang botol ya.

    Terima Kasih.
    Meozin
    Reza said...
    salam pak tani..

    Nak tanya ni, kalau kita buat intergrasi serai dlm ladang getah, takpe ke matahari tak berapa kena dekat serai tu?Al-maklumlah, getah lama2 ni pokoknya dah tinggi2,mana der dia nak kongsi sunshine ngan pokok2 kat bawah dia tu..
    Harap dapat membantu..
    Tanpa Nama said...
    Terima kasih atas info yg berguna.
    azman said...
    pak tani bleh bagi panduan tak macam mana nak buat kertas keje untuk pertanian.
    azhar said...
    Askum Pak Tani, terima kasih dengan informasi yang panjang lebar nie....selama nie saya tercari-cari informasi tentang penanaman serai...akhirnya dapat juga....insyakallah saya akan mulakan projek pertanian saya dengan penanaman serai dulu...minat btani dah lama...baru terbuka hati skrg
    Tanpa Nama said...
    Salam,
    Terima kaseh kerana berkongsi ilmu. Saya ingin bertanya;
    1.Berapa lama masa diperlukan untuk menuai 1 ekar ladang serai dan berapa orang yg diperlukan.
    Ada syarikat contract farming yang mengatakan upahnya RM2000,tapi tak kata pulak berapa lama.
    2.Untuk penyediaan serai sebelum dipasarkan pulak tu berapa kg boleh disiapkan sehari.Nampak macam kerja lambat aje.Berapa upahnya sekilo?
    Saja nak tau kalau ada 'hidden cost' dan sebagainya.

    Thank you, bro.
    wasalam
    Tanpa Nama said...
    terima kasih atas penerangan yang disediakan moga semua bangsa melayu dapat mengubah cara hidup dan ekonomi mereka tanpa bergantung pada bangsa lain..
    Norhayati Ahmad aka eixora said...
    terima kaseh banyak2 pada pak tani..
    info yg pak tani berikan memang banyak sy gunakan untuk projek sy yg akan datang...
    Tanpa Nama said...
    perlu ada system sprinkler atau penyiram air untuk tanaman ini kah? berapa banyak air perlu di siram dan berapa lama kekerapan dia? harap bagi nasihat. terima kasih
    PakTani said...
    Salam tuan tanpa nama,

    tidak perlu sebarang sistem sprinkler pada tanaman serai. Ia hanya menambah kos. Keperluan siraman air hanya utk 2 minggu awal selepas menanam benih. Memadai disiram pada waktu petang dengan menggunakan tong penyiram (penatlah sedikit). Kalau ada modal, belilah 'power sprayer' beserta hos. Air bolehlah disiram dengan menggunakan pam tersebut. (air ditadah dalam tong atau drpd sumber air berdekatan, spt perigi, parit dsb) cuma perlu hidupkan pam & tarik hos sahaja. Selepas tamat 2 minggu, pam tersebut boleh digunakan sebagai alat menyembur racun rumpai (diuron) atau semburan baja daun (foliar)
    PakTani said...
    Salam tuan tanpa nama,

    tidak perlu sebarang sistem sprinkler pada tanaman serai. Ia hanya menambah kos. Keperluan siraman air hanya utk 2 minggu awal selepas menanam benih. Memadai disiram pada waktu petang dengan menggunakan tong penyiram (penatlah sedikit). Kalau ada modal, belilah 'power sprayer' beserta hos. Air bolehlah disiram dengan menggunakan pam tersebut. (air ditadah dalam tong atau drpd sumber air berdekatan, spt perigi, parit dsb) cuma perlu hidupkan pam & tarik hos sahaja. Selepas tamat 2 minggu, pam tersebut boleh digunakan sebagai alat menyembur racun rumpai (diuron) atau semburan baja daun (foliar)
    Tanpa Nama said...
    salam pak tani..kalau tempat tanaman berisiko banjir bila hujan lebat,adakah serai akan mati jika semalaman terendam air?berapa harikah anggaran masa maksimum serai terendam air sebelum mereput?
    Tanpa Nama said...
    salam pak tani

    Tadi aku terbaca saranan pak tani untuk menanam benih serai haruslah di rebahkan sedikit, dan benih hanya 3 batang untuk serumpun, tapi sewaktu saya mengikuti satu kursus di kota kinabalu, sabah yang dianjurkan olih sebuah syarikat ' kontrak farming ' menyarankan berlainan pula, iaitu benih hendakhlah di tanam dengan tegak dan dalam serumpun mestikah sehingga 6 batang. macam, mana itu
    Tanpa Nama said...
    Akum pak tani..
    tq info pasal serai..
    sy ni baru nak berjinak dgn pertanian...
    modal pun tak banyak. boleh tak pak tani bagi contoh tanaman yg boleh di tuai dalam masa yg singkat & keluasan tanahnya 2.5 ekar.
    PakTani said...
    Salam Khairulezdi,

    Jikalau kawasan tanaman berisiko banjir ketika hujan lebat, disarankan tuan menanam diatas batas. walaupun bunyinya agak janggal (tanam serai atas batas) namun ia boleh menyelamatkan tanaman. Kerja2 pembajaan asas, 'maintenance' tanaman juga mudah.

    Berbalik pada soalan tuan, jikalau terendam semalaman, tak jadi masalah. Cuma yang dirisaukan jika dalam semusim serai tuan terendam banyak kali. Ini boleh menyebabkan hasil tanaman agak berkurangan. Serai apabila sudah mencapai umur 2 bulan keatas, ia tidak sukakan air yang berlebihan. Lagipun, kelembapan dalam rumpun boleh mengundang perosak pengorek batang. Jadi kualiti akan jatuh.

    :)
    PakTani said...
    Salam Aramaiti,

    Teknik tanaman rebah berbentuk piramid amat saya syorkan kerana ia memberi hasil yang paling optimum disamping kos benih yang minimum. Ada banyak sebab dibuat begitu, antaranya memberi ruang kepada anak2 serai yang baru tumbuh. Kelak, tuan akan dapat 3 rumpun serai yang bersatu menjadi satu rumpun yang besar.

    Kalau ikut cara 'CF' tu, anak2 akan menjadi terlalu padat, pertumbuhan rumpun menjadi kecil kerana persaingan ruang, disamping kelak apabila induk asal mati, ia akan mereput ditengah rumpum sekaligus mengundang kelembapan yang akan menggalakkan kehadiran anai2 & ulat pengorek batang.

    Kita juga tahu, kalau 'CF' ni dah tentulah ia mahukan keuntungan dari jualan benihnya. Betul tak? kalau ikut teknik saya tu, kuranglah benih terjual! hehehe.

    Tuan jangan risau, saya dah amalkan teknik 3 segi ni dah lama. Sejak 2004 lagi dan hasilnya LUMAYAN!!!

    :)
    PakTani said...
    Salam Tanpa Nama,

    Tentang tanaman yang cepat dituai ada banyak. Cuma kalau nak mudah ditanam, serai sahajalah. (kerana penjagaan yang kurang). Tanaman sayuran amat cepat sekali 'circulation season' dalam setahun. Namun penjagaan harian yang berterusan amat diperlukan.

    Apa yang saya nampak (sudah alami), serai memerlukan modal yang sedikit, penumpuan penjagaan yang rendah, hasil yang tinggi. (dalam musim pertama sudah ada keuntungan.) Tanaman jangka panjang yang tuan boleh usahakan di sekeliling perimeter kawasan adalah seperti, daun kari, limau nipis,kasturi, purut. setelah berumur 6 bulan, tuan sudah mula boleh menuai hasil sementara menunggu tuaian serai.

    Insyaallah kalau tuan usahakan dengan baik, kebun tuan dapat menjana pendapatan yang baik berterusan.

    :)
    Tanpa Nama said...
    salam

    saya skrg ni ada kira2 4 ekar serai hijau yg sdg menanti utk di tuai, sekarang sedang mencari pasaran utk di jual.. minta tolong sesiapa yg boleh bantu..

    wassalam

    haniasia_aghani@yahoo.co.uk
    usriey said...
    salam pak tani...adakah pak tani membekalkan benih serai paha kepada mereka yang berminat..berapa kosnya?
    Abe Serai said...
    terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman menanam serai, sedikit sebanyak ianya dapat menambahkan pengetahuan mengenai serai. Saya juga ada menanam serai di tanah terbiar seluas 1 ekar lebih. Di segi pasaran apa yang dicakap oleh pak tani adalah betul. Saya juga akan membekal benih serai selepas 6 bln.
    nizam said...
    bagusnya....saya mmg bermint dgn tanaman serai nie..t nak tanam byak2 kt kebun sawit..hoho..trimas atas perkogsian yg bermanfaat ini...
    Sukahatiadam said...
    wah.. padat dan bernas .
    tapi .. terpaksa copy dan baca di word ..sebab color font dan background striking lah .. hitam putih.. sakit mata .
    Tanpa Nama said...
    Salam saya berhajat utk menanam serai di melaka so boleh tak membekalkan saya anak benih utk permulaan ni tanah 1 ekar.. email saya. rafieq@2point8studio.com
    Tanpa Nama said...
    Salam saya berhajat utk menanam serai di melaka so boleh tak membekalkan saya anak benih utk permulaan ni tanah 1 ekar.. email saya. rafieq@2point8studio.com
    Tanpa Nama said...
    nak benih serai sila hubungi sy di no 0132897527 - mohd
    Unknown said...
    Terima kasih sgt membantu..... sy pun dlam proses untuk buat tanaman serai ni..
    hisham said...
    Salam pak tani..


    Sya ada minat nak brkecimpung dlm pnanman serai..tpi tdk ada modal..tanah ada..cma modal nak mula kn x ada...


    Ble bgi tips?
    Jai said...
    Semoga Allah memberkati segala usaha dan perkongsian tuan diatas...amin
    Jai said...
    Semoga Allah memberkati segala usaha dan perkongsian tuan diatas...amin
    Unknown said...
    saya cari benih serai paha ayam..wsap0135662700
    NURUL YUDIANTO said...
    Hari yang baik untuk semua warganegara Indonesia, nama saya Nurul Yudianto, saya ingin berkongsi kesaksian hidup saya di sini di platform ini supaya semua warganegara Indonesia berhati-hati dengan pinjaman pemberi pinjaman di internet dari NIGERIA dan lain-lain sebahagian daripada AFRICA,

    Setelah beberapa lama cuba mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan, dan terus ditolak, saya memutuskan untuk memohon pinjaman online tetapi saya menipu dan kehilangan Rp18.7 juta, kepada seorang wanita di Saudi Arabia dan Nigeria.

    Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya mengadakan perbincangan dengan kawan saya, Puan Rika Nadia (rikanadia6@gmail.com) yang kemudiannya memperkenalkan saya kepada Lady Esther, Pengurus Cawangan Firma Akses Pinjaman, jadi kawan saya meminta saya memohon LADY ESTHER, jadi saya Screams dituangkan dan dihubungi LADY ESTHER. melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com)

    Saya memohon pinjaman sebanyak Rp200 juta dengan kadar faedah sebanyak 2%, supaya pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dilakukan dengan transfer kredit, karena tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk transfer pinjaman, saya telah diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari satu setengah jam wang yang dipinjam telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah sebanyak Rp200 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Allah telah menjawab doa saya dengan buku pinjaman dengan pinjaman asal saya, yang telah memberikan saya keinginan hatiku.

    Semoga Tuhan memberkati LADY ESTHER untuk mewujudkan kehidupan yang adil bagi saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan LADY ESTHER dengan baik melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) atas pinjaman anda

    Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua untuk meluangkan masa untuk membaca kesaksian hidup saya yang benar tentang kejayaan saya dan saya berdoa kepada Tuhan untuk melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda. anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: (nurulyudianto2@gmail.com) Salam
    RIKA NADIA said...
    Halo semuanya, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warga negara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberikan saran nyata kepada semua warga negara Indonesia yang mencari pinjaman online untuk berhati-hati karena internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya benar-benar membutuhkan pinjaman , karena keuangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya sangat ingin mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sampai seorang teman saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberi tahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat andal bernama Ny. ESTHER PATRICK Manajer cabang dari Access loan Firm, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman Rp600.000.000 dalam waktu kurang dari 12 jam dengan tingkat bunga 2% dan itu mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya di rekening bank saya setelah Nyonya. LADY ESTHER telah mentransfer pinjaman kepada saya, ketika saya memeriksa saldo rekening bank saya dan menemukan bahwa jumlah Rp600.000.000 yang saya terapkan telah dikreditkan ke rekening bank saya. dan saya punya buktinya dengan saya, karena saya masih terkejut, emailnya adalah (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk pekerjaan yang baik, LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberi tahu dan membagikan kesaksian saya tentang LADY ESTHER, sehingga orang-orang dari negara saya dan kota saya dapat memperoleh pinjaman dengan mudah tanpa stres. Jadi, jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com), silakan hubungi LADY ESTHER. Dia tidak tahu bahwa saya melakukan ini tetapi saya sangat senang sekarang dan saya memutuskan untuk memberi tahu orang lain tentang dia, Dia menawarkan semua jenis pinjaman baik untuk perorangan maupun perusahaan dan juga saya ingin Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga dapat menghubungi saya di email saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya adalah pemilik bangga seorang wanita bisnis yang baik dan besar di kota saya, Semoga Tuhan Yang Mahakuasa terus memberkati LADY ESTHER atas pekerjaannya yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong lakukan dengan baik untuk meminta saya untuk rincian lebih lanjut tentang Ibu dan saya akan menginstruksikan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui email: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua
    Unknown said...
    Saya menjual serai dan benih. Serai kg, peha ayam, kawasan muar. 017-7725927
    Entrepreneur Forum Loan. said...
    Apakah Anda Membutuhkan Pinjaman Instan Finansial? * Transfer sangat cepat dan cepat ke rekening bank Anda * Pembayaran dimulai delapan bulan setelah Anda mendapatkan uang * Tingkat bunga rendah 2% * Pembayaran jangka panjang (1-30 tahun) FORMULIR APLIKASI FORMULIR UNTUK PINJAMAN ============================== Nama: Nama ........... .. ......: ............... Alamat Kontak: ................. Negara: ...... ...... .... Umur: .......... Seks: ......... ............. Nomor Telepon:. ............. Status pekerjaan: ............... posisi: ................ Bulanan penghasilan: .............. Jumlah Pinjaman: Pinjaman ........ Tujuan: ............ jangka waktu: ...... .............. Apakah Anda pernah mengajukan pinjaman sebelum: ................ Anda mengerti bahasa Inggris: ....... ... silakan isi dan kirim formulir ini ke: E-mail: equityentrepreneurforum@gmail.com
    Hormat kami,
    Mark Collie
    Forum Pinjaman
    Nur haura afeeya said...
    Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit asma kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan asma. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.


    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit gastrik kronik(GERDyang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................
    Call order wasap@call- En mohd zuhairi- 0174687570

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online