Assalamualaikum & Salam Sejahtera !!
Atas desakan & permintaan, sukacita dimaklumkan bahawa Kursus Teori & Amali Tanaman Serai akan diadakan kembali. Berikut adalah makluman mengenai kursus yang akan diadakan dalam masa terdekat:
Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)
Waktu: 9.30 pagi hingga 5 ptg
Jangkamasa Kursus: Setengah hari
Lokasi : Kebun PakTani (sila lihat peta lokasi pd blog)
Pakaian: Pakaian ke ladang / tak formal & selesa
Makan & minum adalah disediakan.
Kemudahan tempat solat & tandas. (Lokasi berhadapan Masjid)
Yuran Kursus : RM 150.00 seorang
(Bayaran deposit RM50 hendaklah dibank-in kan selewat2 nya 7 hari sebelum tarikh kursus. Sila simpan resit bayaran bank untuk rujukan kelak, atau jikalau tidak sempat hubungi saya terus)
Sila bank-in kan kedalam akaun berikut: Maybank - 162106428142 (Nur Azrina Bte Ali)
Sila telefon atau sms saya pada 0196823911 untuk sebarang pertanyaan & penyertaan kursus.
Selasa, Jun 30, 2009
Kursus Teori & Amali Tanaman Serai
Posted by PakTani at 4:40 PM 0 comments Links to this post
Labels: Kursus
Ahad, Mac 15, 2009
Kursus Ternakan Cacing & Vermikompos
Assalamualaikum w.b.h & Salam Sejahtera,
Kursus Ternakan Cacing & Vermikompos
Tarikh : 4 April 2009
Lokasi : IKS Air Panas Bemban, Jasin, Melaka
Yuran Kursus : RM350
Perjanjian belian balik hasil Vermikompos dengan harga RM4/kg.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:
Kamal : 0173624849
Posted by PakTani at 12:30 AM 0 comments Links to this post
Labels: Kursus, Kursus Cacing
Khamis, Februari 19, 2009
Makluman Pertukaran Server Web Forum LGG
Assalamualaikum & salam sejahtera!
Dukacita dimaklumkan, Web Forum LemongGrassGroup.com sedang mengalami proses pertukaran server. Buat masa ini pihak Admin sedang berusaha membuat pertukaran server bagi membolehkan perjalanan Forum kembali pulih. Tidak dapat dipastikan lagi bila laman web forum akan kembali. Harap forumers semua bersabar.
Sekian untuk makluman.
Wasallam.
Posted by PakTani at 7:39 PM 0 comments Links to this post
Sabtu, Januari 31, 2009
Petisyen Pengasingan Jualan Barangan Haram di Pasaraya dan Kedai Runcit
Salam semua, mari kita luangkan sedikit masa menandatangani petisyen pengasingan jualan barangan haram di pasaraya dan kedai runcit. Kita sebagai pengguna Islam berhak mendapatkan mutu perkhidmatan terbaik yang bersih lagi HALAL kerana kitalah kelompok pembeli terbesar di negara ini. Sila klik ya di link dibawah bagi menandatangani petisyen ini.
Sekian, wasallam.
Ya, saya setuju turunkan tandatangan petisyen ini!!
Posted by PakTani at 10:42 PM 0 comments Links to this post
Selasa, Januari 27, 2009
Akan Datang!!! Coming Soon!!!
Salam semua pengunjung HSP!!!! Maaf atas kelewatan meng'update' blog yang tak sepertinya ini. Ada bertimbun kerja yang tak siap2 lagi... huhu... :(. Harap rakan2 bersabar..... Akan kembali aktif tak lama lagi...
Sekian, Wasallam!!
Posted by PakTani at 11:59 PM 1 comments Links to this post
Jumaat, Disember 12, 2008
Walimatul Urus.. Jemputan Majlis Kenduri Perkahwinan...
Moga kehadiran rakan2 semua dapat memeriahkan lagi majlis ini nanti disamping kita boleh bersua muka berkenalan dan merapatkan ukhwah sambil makan nasi minyak...hehehe. Moga majlis ini dan perkahwinan kami ini akan diberkatiNya dengan kehadiran tuan2 & puan2 kelak. Insyaallah. Dilampirkan bersama kad jemputan buat kedua2 majlis yang akan berlangsung nanti...
Sekian, terima kasih.


Majlis Kenduri di Port Dickson (27 Disember 2008-Sabtu)

Posted by PakTani at 12:47 AM 3 comments Links to this post
Selasa, November 25, 2008
S.O.S Tanaman serai 2...
Salam kepada semua pengunjung HSP,
Sudah lama tak updatekan sesuatu untuk tatapan bloggers semua, agak sibuk kebelakangan ni. gambar2 terbaharu (dah tak baharu dah..hehehe) kursus tempoh hari pun belum upload lagi... namun kesempatan yang ada kali ni, nak postkan gambar2 tentang masalah pembajaan tanaman serai. Gambar2 ini adalah diterima daripada kiriman email seorang rakan di utara tanahair tentang krisis yang beliau hadapi tentang tanaman serai beliau. Beliau mengizinkan saya memanjangkan masalah ini kedalam blog agar menjadi rujukan rakan2 'penyerai' lain. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau.
Berikut adalah email daripada beliau. (nama & lokasi projek dirahsiakan)
Salam PakTani.
lanjutan daripada sesi perbualan telefon semalam.
untuk makluman, serai dh berusia 2 bulan 1 minggu, pembajaan pertama (usia1 bulan) menggunakan baja organik dari thailand diperolehi melalui koperasi dinamik (kopedik), pembajaan di tengah rumpun ( 4 batang serumpun - seperti tanaman sistem piramid cuma bezanya condong keluar).
masalahnya daun serai menjadi coklat di hujung daun (seperti gambar di laman web pak tani) dan ada yang mati. ini terjadi 90% daripada tanaman seluas 2 ekar.
bersama ini disertakan sebahagian gambar-gambar menunjukkan pokok-pokok serai terbabit. (maaf kualiti gambar kurang baik - saya akan email gambar yang lebih baik esok. InsyaAllah).
soalannya bagaimana untuk mengatasi masalah ini. adakah serai akan mati.
maklumbalas dari pihak pak tani amat di harapkan.
sekian, terima kasih.
Salam Zawawi,
Terima kasih kerana mengirim gambar2 tu. Hmmmmmmm... Teruk juga ni. Ok, Sebenarnya semuanya tu disebabkan oleh baja. Teknik membaja yang kurang tepat. Saya lihat drpd gambar2 yg dikirim, baja ditabur terlalu rapat dgn rumpun. Ini menyebabkan daun serta rumpun melecur terkena baja yang panas. Ditambah lagi dengan keadaan hujan, titisan hujan yg turun memercikkan butiran baja keatas daun. Sebaiknya sdra, jauhkan lagi pembajaan dr rumpun atau seeloknya, kurangkan lagi dos baja. Macam banyak sgt je tu...Kalaulah baja tu bertulis rumi, mungkin saya phm kandungannya, nyata ini bukan baja organik sembarangan, nmpk butiran tu mcm NPK juga... Ok, mcm nilah, lepas ini jgn ditabur baja ditengah rumpun lagi, buat disebelah luar, jarakkan 6-7 inci (lebih baik 1 kaki) dr perdu. Memadai sesudu teh shj kerana baja ni mmg panas. Nak lgi cantik, tanam. (tp kerja bertambah pula). Nak suruh stop guna baja tu rugi, psl dah beli, boleh guna, tp kurangkan skit jumlah dosnya ya.
Rumpun yg mati tu perhatikan dahulu, mungkin ada yang terselamat. (walaupun kering, kdg2 teras dalam masih hijau.) kalau dlm 2 minggu tak naik hijau, maknanya kena sulam kembalilah tu.
Anai2 datang kerana daun2 serai yg mereput. Ia mkn reputan shj. Yg hidup tak diusik. Kalau nak bunuh pun boleh, sembur dengan Malathion shj. Kalau boleh, baja yg berlebihan tu ditarik keluar dr rumpun, takut makin bertambah pula yg mati. Kesian sdra, Kopedik tak bagi tunjuk ajar ke? Hmmmm...
Saya rasa itu shj kut. masalah cuma pada teknik pembajaan. Tak Apa, kita belajar. Klau ada kemusykilan lagi, sudilah kiranya sdra mengirim email lagi ya. Oh ya, minta izin utk gunakan gambar2 sdra utk dimasukkan kedalam blog saya nanti. terima Kasih.
Sekian, Wasallam.
Posted by PakTani at 10:51 PM 0 comments Links to this post

