Jumaat, Januari 11, 2008
Semester Akhir Tahun Terakhir.... (Agaknya..)
(sambungan Cabaran Baru, peluang kedua)
Malam bekerja, siang ke kuliah.... Penat juga... tapi apakan daya. Aku bakal mengakhiri pengajianku tahun ini kalau tiada masalah... tetapi memang ada masalah..Kimia... boleh atau tidak aku lepas subjek tu... Hmmm.. mmg dah dijangkakan aku tak lepas lagi... apa daaa.... Hmmm.. x bergraduat lah aku... mengulang lagi... extend semester la jawabnya..... Hairan juga, subjek lain cemerlang.. tp KIMIA???? Aduh...... Apa boleh buat... kene 'Mengulang kursus' lah..
Semester berikutnya aku x mendaftar sebagai pelajar, sebaliknya aku memohon penangguhan pengajian untuk semester... Nak berehat jap. Kepala tengah pusing. Poket tengah kering. Proses penangguhan taklah susah. Pergi Pejabat Pendaftar Fakulti terus mohon disitu sahaja. PA aku pun syorkan aku berehat seketika. Semester berikutnya barulah aku sambung pengajianku. Sementara menunggu kelulusan... Aku duduk haihong kejap di Kolej.. (haihong- sempena kapal pertama pelarian vietnam yang sampai kepantai Malaysia dahulu...Haihong juga bermaksud menumpang-istilah kami masa tu... menumpang secara haram...hehehehe). Plan aku lepas ni, nk cari kerja.. nak cari duit untuk sambung blk pengajian bagi subjek yang aku kantol....
Setelah mendapat pengesahan, aku packing semua barang2 aku... aku bergerak ke Pulau Pinang. negeri kelahiran ku...... nak cari kerja kt Penang lah..... Sampai di Pulau Pinang, aku menumpang duduk rumah pakcik aku di Jelutong. Kebetulan rakan serumahnya kerja di Kilang membuat mesen fax di Bayan Lepas sebagai eksekutif sumber manusia disana. Memang nak pakai operator pengeluaran... jadi sedang eloklah tu... Aku terima sahaja. Gaji kecil pun tak apa. Alhamdulillah... dah dapat kerja... Lusanya tu, aku terus mula kerja... isi borang yg mana patut, aku pun mula kerja. Ingatkan jadik operator.. rupanya jadi store hand. Tugasku menghantar 'parts'2 pada production line... kene cukup... kene ikut jenis production... kene ikut part-no. Aku ok je... elok bebeno lah tu.. duduk sahaja pun boring gak...Aku ambil masa 1 minggu utk mahir tentang parts2 fax machine... Keje x la susah.. cuma kene selalu berjalan pada 'line' tgk-tgkkan parts.. kalau nk abis kene tambah.... Jadi line production tak la tersekat2. Seronok juga kerja di TIMS ni... (kilang milik Toshiba).. pekerja2nya semua ramah.. baik lelaki baik wanita, tak kira bangsa... Rezeki aku agaknya. Dalam bulan pertama tu, walaupun belum bergaji, hidup aku tak susah... makan dikantin murah.. RM1 dah kenyang... Sarapan biasanya makcik2 operator belanja aku...hehehehe mungkin sbb bantu diorang capai target pengeluaran... yelah.. line non-stop x berenti...bila target tercapai, insentif lagi banyak... purata gaji operator sini kalau dapat capai target boleh mencecah RM1200 sebulan. Banyak insentif diberikan, insentif target, insentif kerja penuh, insentif OT pun ada. Full OT sebulan dapat RM200, capai target, RM200, tak absent RM100...itu je dah RM500. tak masuk OT lagi... Basic dah RM600. Pengangkutan free. Makan dikantin tiap2 hari insentif RM2. Fuyoooooooo.....
Biasanya aku keluar rumah tiap hari Pukul 6.30 pagi, tunggu bas kilang. Pukul 7.45 pg sampai. Kerja mula pukul 8pg dan habis pukul 5 ptg. (1 shif shj) tapi kalau OT sampai pukul 10 malam. kalau line beroperasi sampai pukul 10 malam, sampai pukul 10 malam lah aku bekerja. Genap sebulan aku kerja, dpt lah gaji, sebab aku x dpt insentif target jadi gaji aku untuk bulan tu adalah dalam RM1000 je.. syukur Alhamdulillah... Kira lumayan juga tu.. cuma tak ada masa nk relek sgt la.. Balik rumah lepas makan diluar, tidur. Pakcik aku sendiri pun kdg2 tak sempat berbual walaupun sebilik. Namun sebulan shj aku duduk dengan pakcik aku, kesian, bilik kecik, dia pun berkongsi dgn rakan2 nya yang lain. Kebetulan aku berjumpa kembali dengan rakan2 lama masa berkerja di KOMTAR dulu. Mereka tolong carikan rumah. Dapat pun, di Farlim, jauh sedikit.. tapi bas kilang aku mmg ada ambil staff dr situ. Jadi x ada masalahlah... Sewa bulanan pun murah. Sebuah rumah berkongsi 5 orang, seorang RM 100. tapi aku tak duduk sekali dengan rakan2 lama aku tu. Kali ni semua kenalan baru. Tapi semuanya ok. Cuma duduk agak tinggi sikit, tingkat 10... gayat aku dibuatnya. Ade kelebihan duduk flat ni.. hehehe. Kalau agak2 lapar makan buah je... balik kerja, aku tak naik lif... aku berjalan dr tingkat ketingkat... bawak beg plastik. Aku pungut buah limau, epal, pear yang ade kt dupa sembahan kaum tionghua... jadi rumah sewa ku tak pernah tak de buah untuk dimakan... hehehehe. Jahat betul aku. Kadang2 penuh beg plastik...kikikiki. Tapi cukup sebulan aku buat kerje x berpaedah tu, orang tukar taktik lak.. tak bubuh lagi buah2.. bubuh kuih apam je... hemmm.. tak maulah aku... Padan muka aku... Kuakuakuakua!!!! Tiada lagi buah free!!!! Jahat betul aku nih.... (Awas... jangan tiru perbuatan ini!!!)
Genap 2 bulan aku bekerja, aku dinaikkan pangkat... dapat pulak anugerah pekerja terbaik... uiksss.. tergezut aku. Lum pun konpom kerja. Aku ditukarkan dari store hand terus melompat kepada assisten store keeper. Wuyoooo....dasat..dasat..tapi yang tak beshnye... Bukan ape... tak boleh lagila aku kaco2 amoi2 kat production line.. tak dapat lagi borak2 ngan makcik2 kat line... susahlah nk dapat sarapan free lagii... Uwaaaa.... kikikiki. Tapi walau ape pun aku bersyukur gak... cuma boring skit sebab selalu duduk kt meja wat paperworks. Kalau tak.. kejenye timbang skru untuk wat pengagihan nanti... Skru pulak mcm2 jenis...silap parts, jahanam satu line production. Sebelum ni aku cuma bertumpu di production line tingkat satu je. Sekarang ni, semua store nak kene masuk. termasuk storage warehouse... Penat juga kejap2 lari keatas, kejap2 lari kebawah... Tapi tak apa.. pengalaman...
Dalam seminggu aku bekerja 6 hari. Ahad sahaja cuti. kalau cuti tu biasanya aku duduk rumah je kalau tak melawat adik aku di USM. Sebulan sekali melepak dengan kawan2 lama di Gurney Drive. Biasalah... jiwa muda. Nak jugak enjoy.... hehehe. Dekat 4 bulan lebih juga aku bertugas di TIMS Elektonics... Lepas bulan keempat, selepas gaji masuk... aku cabut tanpa memberitahu majikan aku. Tapi kawan pakcik aku tahu. Yelah.. dah sampai masa untuk aku pulang ke Serdang menyambung kembali kuliah aku.
Labels: Sejarah hidupku..
Rabu, Januari 24, 2007
Bersambung dari aku ex-matrik pemalas!
1952 - 1961
College of Agriculture Malaya
Setelah 'ditendang' dari Matrikulasi.....Orang tua aku naik hangin! Terkulat-kulat le aku nak menjawab. Atas nasihat rakan (senior) yang pernah kena tendang, aku pun mencuba nasib jumpa Pendaftar UPM. Memohon untuk dimasukkan kedalam program Diploma pula. Aku diterima kerana masih ada tempat kosong untuk program Diploma. Aku diberi 5 pilihan program. Aku memilih
- Diploma Kejuruteraan Pertanian (perasan nak jadi Engineer! tp belajar malas!),
- Diploma Sains Komputer (minat giler kat bab2 IT ni...lg pun dulu tengah top)
- Diploma Perhutanan (pasal aku minat jugak bab2 hutan. lagipun room mate aku Bac. Perhutanan.),
- Diploma Perikanan (maklumlah org PD)
- Diploma Sains Kesihatan Haiwan (suka ngan haiwan)
Masa tu tak terfikir lak nak sambung minat aku dalam Art & design kat ITM. Entahlah, cam mana boleh tak terlintas pun aku tak tahu. Agaknya dah jodoh ngan UPM ni. Setelah di pertimbangkan permohonan aku tu, aku dipanggil temuduga. Bukan sessi temuduga sebenarnya, tapi lebih kepada sessi 'dibasuh' oleh Pendaftar UPM. Dahlah kena basuh, kena kutuk lagi pula tu. Aku terima sahaja segalanya bulat-bulat.....yalah....memang salah sendiri. Kata Pendaftar tu (aku dah lupa lak namanya...tak patut betul) student yang fail matriks ni memang student yang pemalas dan tak ada sikap nak majukan diri ! Betullah katanya tu. Kemudian kena lagi aku....."Saya tak dapat bayangkan kamu diterima masuk dalam semua program 5 diploma pilihan awak tu, kalau matriks dah tak boleh bawak, macam mana nak bawak program2 yang lagi susah tu?!" Zasss.....kena lagi. Puas aku terangkan yang aku kali ni betul2 serius! Tapi tak jalan jugak. Aku rasa dia dah masak dengan perangai student cam aku ni. "Berdasarkan transkrip exam awak yang lepas cuma 2 subjek je lulus...B.I dan Biologi. Yang lain semua fail!" Masa tu barulah terkenang kembali kebodohan dan kemalasan aku....apa nak buat, nasi dah menjadi bubur! Setelah 2 jam aku dibasuh akhirnya aku di'bebas'kan dengan khabar yang buat aku agak terperanjat, bengang pun ada...."Saya cuma boleh masukkan awak dalam Diploma Pertanian sahaja....itulah yang selayaknya utk awak!" "Jangan nak memandai memilih program yang 'grand' sahaja, cerminlah diri tu sendiri!" Kena lagi aku.....Nak tak nak aku terima sahajalah. Dalam hati ni Tuhan sahaja yang tahu betapa rendahnya aku rasa diri aku ni. (Memang padan muka aku). Diploma Pertanian....hmmmm...bab2 pertanian ni cukup lemah betul aku...bukan apa, senang cerita "TAK MINAT!" Tapi terima jelah....aku malas nak berdepan dengan orang tua aku lagi. Lagipun kalau result dalam tahun pertama bagus, aku boleh di'promoted'kan untuk melompat ke Program Ijazah tanpa perlu tamatkan Diploma. (Itu target aku masa tu)
Hari pendaftaran masuk pelajar baru tiba, aku beruntung kerana didaftarkan ke kolej kediaman dan bilik yang sama macam tahun lepas (masa matriks). Untungnya aku tak payah kena lalui orientasi lagi. Semua senior dah kenal. Aku pulak yang 'oriented' bebudak junior! Perasan betul! Bulan pertama & kedua pengajian aku dalam diploma aku berubah habis.....tiap kuliah serta amali aku hadiri. Waktu petang aku ke ladang sayur (latihan praktikal) Habis pecah2 tapak tangan pegang cangkul. Bayangkan kena buat batas yang asalnya rata untuk naikkan setinggi 1 kaki setengah selebar 4 kaki, sepanjang 20 kaki siap digemburkan sekali. Dahlah tu bukan 1 tapi 4 batas seorang! Adusss....penat memang penat...tapi layan ajelah! Boring pun ada. Hari-hari nak mengadap benda yang sama. Dahlah tak minat.
Entah macam mana, lama-kelamaan perangai lama aku bertapak kembali. Aku mula malas nak pergi kuliah. Amali makmal pun aku tinggalkan. Yang aku tak pernah miss hanyalah latihan ladang. Seronok pulak duduk kt ladang ni walaupun memanjang berpanas. Bukannya apa, geng2 mengutuk ramai...Aku banyak bercampur dengan rakan2 dari Sabah & Sarawak ketika itu. Bukan apa...sebaya. Diorang terpaksa jalani kursus peralihan di UPM Bintulu dahulu. Aku pulak 'peralihan' matriks....Bila 'kepala' dah sama gila-gila...tu yang buat seronok tu. Seronok 'bertani' tu tak ada sebenarnya. Apabila exam week sampai.....barulah terhegeh2 cari nota kuliah. Rakan2 siswi aku dah berbuih menasihatkan aku...tapi aku buat bodoh je. Bila result untuk 1st semester keluar baru aku mengelabah balik.....tak berapa bagus (memang tak bagus) Fail 2 subjek-Math & kimia! CGPA-1.9 : Status - Amaran, mengulang kursus! Ambik kau! Mulalah aku 'flashback' balik peristiwa zaman matriks dulu. Takkan nak bagi pisang berbuah 2 kali kut!
1962 -1964
College of Agriculture Malaya
Semester 2
Masuk semester dua, aku tukar strategi, kali ni gila sikit....study bagai nak rak! Lagipun semester ni lah menentukan sama ada aku dpt di'promoted'kan atau tidak ke program ijazah. Emmpph...gila study sekejap je. Hangat2 tahi ayam. Apa yang beza sikit cuma aku tambah aktiviti aku je. Minat dalam pertanian ni belum lagi datang. Aku mula melibatkan diri dalam Majlis Pelajar Kolej. Setiusaha lagi tu beb. S/U dlm sekretariat sukan kolej. Aku mula join team ragbi. Lepas latihan ladang je terus turun latihan ragbi. Jadual makin ketat. Letihnya sendiri mau ingat. Dahlah kekuliah (kalau pergi) dan keladang (macam2 ladang) berjalan kaki (kalau nasib baik dpt tumpang kawan) pastu tambah pulak lagi latihan ragbi ditambah lagi dua 'paper' yang aku 'sangkut' semester lepas. Malam dah letih nak study, kadang2 operasi ke ladang durian! heheheh! Nota2 kuliah (walaupun tak pergi) aku 'update' seminggu sekali. (photostat jugak). Tapi ulangkaji tu cuma sekali lalu aje. 2-3 hari nak exam atau test baru aku study. Last minit jugak! Tapi entah macam-mana, mungkin ter'hyper-aktif' kut otak ni cepat dapat tangkap nota2 tu. Itulah bagusnya kalau kita bersukan gamaknya! Bila dapat result aku rasa bersyukur. Untuk semester ni semuanya bagus kecuali Kimia. Fail lagi. Bengap betul aku bab kimia ni. Semester 2 ni aku dapat GPA 3.2 : CGPA - 2.6, status - Baik, mengulang kursus. Alamak....lagi 0.2 je untuk layak di'promote'. Kalau tak fail Kimia tentu boleh. Frust betul. Kalau lebih tekun lagi tentu boleh. Walau apa pun aku bersyukur kerana telah bebas dari sumpahan kegagalan walau pun target tak kesampaian.
1965 - 1971
College of Agriculture Malaya
Tahun ke 2, semester 1
Dari jumlah asal seramai 200 pelajar Dip Tani, tahun ni tinggal lebih kurang 120 je....yang lain semua dah 'promoted' yang Chinese dan Indian semua nya pergi. Tinggallah yang bumiputera je! (kenapa yek?!)
Tahun ni tahun agak perit sikit, bukan apa, bermula tahun ni aku kena mula ikat perut. Adik aku berjaya menyambung pelajaran ke USM dalam Diploma Teknologi Makmal. (Pakar kimia pulak, terbalik dengan aku). Kalau dulu sebulan duit belanja aku RM1oo. Sekarang tinggal RM50 sebulan. Tak kisah, biar adik aku tu lepas pun dah cukup bagus. Baki duit pinjaman JPA setahun pun ada dalam RM700...bolehlah berdikit2. Lagipun nak makan, makan di dewan makan aje. Semua dah berbayar termasuk dalam yuran pengajian. Bermula tahun ini lah aku mula serius pada bidang pertanian ni. mana taknya, mula tahun ini, Ada subjek Ladang Kongsi. Pelajar2 dipecahkan kepada kumpulan2 kecil seramai 10 pelajar satu kumpulan. Diberi tanah seekar dan modal kredit oleh UPM untuk memulakan projek pertanian. Tanaman asas adalah jagung madu (70%), sayur daun (15%) dan sayur buah (15%). Masa nak buat kumpulan ni agak kontroversi sikit. Majoriti taknak join group aku ni. Mana taknya, group brutal. (Group pemalas pergi kuliah, ada geng tak pergi kuliah rupanya). Mungkin dengki kut? Mana taknya, tak pergi kuliah pun boleh dapat A dalam subjek! Kita orang bukan meniru, cuma buat group discussion dikalangan 'pemonteng-pemonteng' Kalau ikutkan, pergi kuliah semata2 nak salin nota daripada lecturer je buat ape. Serupa sahaja salin dari member, betul tak? kalau tutorial tu lainlah. (Awas, jangan tiru sikap ini) So, sambung balik........Dalam kump. aku cuma ada 4 orang. Ni 'hardcore' punya pemonteng! kekeke! Semuanya jantan. Memang dari tahun pertama lagi telah dicap sebagai 'kambing hitam' dalam batch aku. Apalah salah kita orang....bukan mengacau org pun. Agaknya tak yakin kut...takut nak buat ladang malas. Kkakakaka...padan muka. Aku ingat lagi, Aku, Sedee (Cikgu kt Alor Gajah), Farid (MIA)dan Mauran (Jab.Pert. Kuching). Aku buat muka toya je. Pegawai2 ladang pun naik angin ngan pelajar lain kerana tak nak join kump aku ni. Jadi isu lak kita orang ni. Glamer siut......glamer benda tak baik. Anyway...Any publicity is a good publicity. Right?! Ciss...tak relevan langsung dlm hal ni. Sambung balik, nak jadikan cerita ada 2 guys nak join kump aku, katanya lebih happening...si Muran James (tak tau kemana dah, kat Sarawak kut) dan Idris (pen. Pendaftar KLIUC) so dah jadi 6. Takde sorang pelajar perempuan pun nak join. Last2 ada 3 lucky girls join. Sumenya alim2 belaka. Katanya mudah-mudahan kita orang boleh berubah (Sorry girls...dah lupa lak nama..yg ingat si Rosnah je). Ok....dah ada group dah! So berjalanlah projek. Penyediaan kawasan dibuat oleh pihak Ladang. Kami hanya pasang paip air, buat batas je. (batas lagi) tapi kali ni guna mesin lah. Kubota dan Ta-soon. Punyalah expert kitaorang dlm menggunakan jentera ni, sampaikan kalau ada jentera terbenam pasti pegawai akan panggil utk bantu keluarkan. (itulah, dulu korang kutuk2 kita org. hehehe no hot feelings!) Dah nama kump top sebagai pakar jentera. Walaupun malas dlm bab2 kuliah, diladang kami jadi lain. Semuanya gila2. Apa yang ditanam semuanya menjadi. Musim harvest pun tiba, oleh kerana memasing memang dah muka tak malu, jadi senang la nak menjual hasil2 ladang kami tu. Jagung jual ditepi jalan antara Mardi dan UPM time staff diorang balik kerja..lumayan. Satu beg (5 tongkol jagung) kami jual dengan harga RM2. Biasanya tak sampai sejam licin. Kalau sayur2 kami jual di pasar malam. Kalau bawak 50 kilo pun sekejap je licin, janji mau pandai tarik pembeli. macam jualan lelong kami buat. Yang girls pun banyak membantu...hebat gak diorang ni. Sebenarnya, semua bebudak pompuan yang masuk Dip Tani ni gila2 belaka. Siswi lain semua nak melawa je....tapi Siswi Dip tani spesel! tak takut lumpur & tahi lembu punya! Masuk kolam ikan pun selamba. Tabik!! Setelah habis semua hasil dijual maka sekarang time bayar hutang. (kredit2 baja, jentera & racun). Kump aku berjaya mengumpul pendapatan seorang RM 500 setelah ditolak kredit. Banyak tu. dalam 3 bulan dapat sorang RM500! Bagi kump yang terpinggir macam kami pada asalnya itu dah kira cukup bagus! Memasing dpt A dlm subjek tu (tak salah aku LLK200 kut). Bila dah nampak duit dan cara nak buat duit, barulah terbukak sikit minda aku yang beku cam getah sekerap/lantun ni dalam bidang pertanian ni.
Exam tahun ni ok gak resultnya.....cuma kimia masih lagi fail...ulang lagi!
1971 - 1997
Universiti Pertanian Malaysia
2nd Year 4th sem
Perangai tetap maintain....tak ke kuliah ! Aktiviti ladang bertambah...Kalau dulu Ladang kongsi cuma buat projek tanah, tahun ni tambah ternakan lak. Ternak ayam daging. tak banyak 200 ekor je. Tapi siang malam nak kena tengok dan bagi makan. Oklah....hasilnya....cumabila nak proses tu payah sikit.....jadi pak imam aku bila tang menyembelih. Dari 200 ekor tu, yang mati cuma 2-3 ekor je...kira oklah tu. Bab nak memasarkan senang je....aku dah cari market siap2 kat kedai2 makan sekitar Taman Sri Serdang. Semua aku pulun. Yang girls group aku lagi best, siap ketuk rumah kerumah lagi. Tak pun duduk kat flat2 kt Tmn Sri Serdang tu, jerit ayam fresh-ayam fresh! Hebat diorang ni! laris jugak! Agaknya org kesian kut tengok diorang ni! Hehehe! Aku cukup respek ngan diorang ni! Pandai berdikari! Kalau diorang tak join group aku dulu entah apa jadi agaknya kan? Diorang ni bagus, pandai defend ahli2 guys dia. Kekadang tu, bila terlewat keladang, diorang lah yang tolong bg alasan kat pegawai. Kadang2 siap jemput aku lagi kt kolej! (takut aku lambatlah katakan). Kadang2 nangis gak diorang ni...tak tahan dengan perangai gila2 kitaorang ni. Anyway...thanks girls !!
Dah sem. 4, result tetap sama, Baik dan mengulang kursus. Kimia lagi !!!! Berapa kali ulang daa!!
1997 - -
Universiti Putra Malaysia
Semester 5 - Final Year!!
Hmm.....sedar tak sedar dah final year. Tahun ni bakal menentukan sama ada aku bakal bergraduat atau tidak. Pening gak masa tu memikirkan. Apa taknya, ada paper sangkut tak setle2 lagi (ntah berapa kali nak ambik?), Semester ni ada projek pengembangan lagi. (Program pengembangan di kampung angkat). Ekonomi poket agak teruk lak sem. ni. Kalau dulu makan dikolej free (tolak dari JPA) sistem dewan makan...tapi ntah sapa lak komplen rugi pasal tak turun dewan makan time makan (Sebab kolej masa kat 'hulu' paling jauh masa tu) so tak sempat nak balik makan tengah hari......Lagi pun kata diorang, makanan kat dewan tak best. Kepala hotak tul diorang ni....tak pernah nak bersyukur! Ha...entah idea bodoh sapa ntah yang 'suggest' nak buat sistem kafeteria. Dah tentu kena 'cash money' la kan. Tak pulak diorang fikirkan tentang orang lain....tau nak sedap aje. Kalau Loan cepat dapat takpe....ini kengkadang dah nak abis semester baru dapat. Aparaa punya majlis pelajar. Gila pangkat je lebih...tapi otak tarak! (Aku dah tak join sekretariat2 ni....bosan! Tak membina langsung). Aku protes jugaklah...tapi kalau yang protes tu golongan minoriti..takleh nak buat apa2 jugak. Wang poket aku dahlah cukup2 makan je masa sistem dewan makan dulu. Inikan pulak bila dah sistem kafe. Projek paper nak kena pakai duit gak. Camno nih?! Ikat perut lah jawabnya.
Nak cerita bab ikat perut ni dah biasa sangat. Semua orang biasa buat. Kadang-kadang sampai 2 hari sekali baru makan, itu pun mee segera. (makanan ruji orang sengkek). Kadang2 tu akibat selalu sangat menjamah mee segera, badan ni naik longlai...nak main ragbi pun dah larat dah. Oleh kerana nak 'survive' maka ada plan drastik pakat ngan member aku....projek cari wang bg org sengkek!!! Kalau betul2 dah sesak baru aku buat! Oleh kerana UPM ni kaya dengan hasil2 ladang maka tercetuslah idea untuk menjadi agen pemasaran bagi hasil2 ladang tersebut! Tapi ini bukan projek yang sah......ini projek gelap! Buat pun dalam gelap. Oleh kerana aku ni student Dip. Tani, maka setiap ceruk ladang dalam UPM ni aku mahir. Jadi mudah sangatlah nak buat kerja. Operasi biasanya bermula jam 3 pagi. Biasanya yang jadi 'mangsa' ialah plot2 projek pensyarah. Aku dengan member aku akan masuk keladang guna jalan 'belakang' dan menyeludup masuk ke plot tanaman. Dalam gelap aku akan tuai hasil2 yang ada (biasanya cili besar) dalam 1-2 guni kemudian bawak balik kebilik. Dalam pukul 5-6 pagi aku akan bawak keluar hantar ke pasar Sri Kembangan. Jual kat pemborong cili. Wang hasil 'pasaran' tu bolehlah bertahan hidup sampai 2 minggu. Jahat betul......Jadi aktiviti tu mencurilah sebenarnya....AWAS...JANGAN TIRU PERANGAI NI! MENCURI ADALAH JENAYAH DAN HARAM DISISI AGAMA! Tapi masa tu akibat tekanan ekonomi maka aku terpaksa bertindak macam tu. Aku pohon maaf kepada sesiapa yang membaca blog ni jika mereka salah sorang mangsa aku tu! Tapi aku tak curi duit orang....cuma curi hasil UPM je......Kekekeke...lagi nak 'cover'!!!! Bab curi hasil ni biasa je sebenarnya.....Aku biasa seludup masuk ladang durian UPM nih....memang kegemaran sebenarnya...seronok jadi komando! Aku siap latih bebudak 'junior' lagi tu! Musim durian je mewahlah aku. (Aku tak jual buah durian ni....cuma 'ambik' 1-2 guni bawak balik blok asrama bagi kengkawan makan...Kenduri ramai2! Besok pagi....makcik yang sapu sampah mesti berleter!! Mana taknya...tong sampah berat!!! Penuh ngan kulit durian!!) Siapa tak terliur tengok durian kan??! Nak2 durian terbaik lak tu...D24 lagi....dah lah seulas besar penumbuk...biji kecik lak tu. Makan 2-3 ulas dah kenyang!!! Jahat....Jahat betul aku masa tu....Kalau nak cerita kena tangkap tak payah cerita la....Ada la 2-3 kali kena angkut naik 'patrol-car' ke Pejabat Keselamatan UPM. Siap kena ambik gambar lagi....macam penjenayah betul. Tapi tak gak serik2! 'Adventure' la katakan. Ayam, ikan, udang rimau, sayur2, jagung itu semua masuk dalam skop barang2 target aku...kebanyakan utk makan sendiri je...Cuma satu je aku tak terbuat...ingat nak 'songlap' sekor lembu tapi bila fikir2 balik...besar sangat...tak abih makan lak nanti..kekekeke..( Kalau kena tangkap...lagi makan tak abis2)
Bosan asik kena jadi 'penyeludup'...aku cari kerja Part Time! Aku mohon kerja 7-Eleven dan dapat. Aku masuk kerja pukul 10 malam sampai pukul 7 pagi. Dapatlah RM500 sebulan. Maka makin padatlah jadual rutin harian aku ni. Apa nak buat...nak hidup!
bersambung...................
Labels: Sejarah hidupku..
Isnin, Julai 03, 2006
Aku teringat tahun2 malas aku di UPM. Entah setan mana dah masuk aku pun tak tahu. Orang lain kekuliah aku bantai tido kt hostel. Malam berjaga sampai pagi. Bukan study pun....ntah apa2 yang aku buat. Nama je student freshie....tapi perangai tak fresh langsung. Orang lain berkobar2 di menara gading, aku..... kepala jadi senteng. Time kuliah aku pas kt member aku suruh tandatangan kedatangan. Tutorial pun kadang ada kadang tidak......Gila betul masa tu. Kalau ikutkan memang langsung tak layak bergelar student!! Ntahlah....mood dah tak ada nak belajar....sayang betul. Kan lebih baik tempat aku di UPM ni diberikan pda yang betul2 serious nak belajar?
Siang buat taik mata, malam jadi musang. Asyik nak enjoy aje....tapi bukan anjoy gi disko ke apa...akutak buat kerja2 tu. Tak melepak mengacau orang, aku jadi komando kat dusun durian UPM. Bila ada test atau exam....baru nak gelabah....esok nak exam...barulah terhegeh2 cari nota.....mana nak pas? Akhirnya kecundanglah aku lalu di GB kan sudahnya. (Gagal dan Diberhentikan). Dalam hati bukan apa, geram, saja nak balas dendam. Nak masuk ITM tak dapat! Fikir2 balik bodoh betul aku ni. Tapi itulah tahun paling bebal dan malas bagi aku. Nasib baiklah ditawarkan peluang kali kedua buat aku...........
Labels: Sejarah hidupku..
Sabtu, Jun 10, 2006
Bak kata Labi dalam cerita P.Ramlee....."Selagi belum tutup mata....kerja...kerja..." Hmm......agak-agaknya kalau kita himpunkan segala bidang kerja yang kita dah lalui sebelum apa yang kita buat sekarang, berapa dah agaknya yek?
Bagi aku.....entahlah.....dah 'lost-count' dah.....Sejak lepas SPM sampailah sekarang menjadi seorang petani sepenuh masa, berapa bidang yang aku dah lalui agaknya.....??
Selepas SPM....kerja di Kantin NUBE Telok Kemang, dapat pengalaman pertama pegang duit hasil titik peluh sendiri. Dapat belajar buat stock check store, buat teh tarik yang sodap, dapat buat setting buffet table siap hiasan sekali, jadi waiter yang canggih, jadi tukang masak, hilang bulu tangan dan kaki akibat selalu sangat kena bahang api BBQ. Dapat belajar bahasa Tamil....sikit2. Belajar kerenah pelanggan, nak-nak kena function group dari Bank. Mentang2 NUBE ni kesatuan diorang, benda semua nak best, makan nak macam2, bayar nak kurang2.
Cuti semester tahun pertama di UPM ,kerja NUBE lagi...
Cuti semester tahun kedua...Pergi Pulau Pinang, merantau pulak....saja nak tukar angin, duduk dengan makcik. Dapat kerja di SuperKomtar Penang, jadi sales assistant (electrical), belajar komunikasi dengan pelanggan yang tak tahu nak beli apa. Belajar sign language dengan pelancong Jepun (diorang ni haram tak reti bahasa Inggeris) asyik "Hait...Hait!" aje.....tapi selalunya shopping sakan.....sampai ear-phone RM3 punya pun beli sampai sedozen.....belajar assembly electical parts....Tahan kerenah customer yang shopping time store nak closing....time tulah baru nak beli.....kalau benda kecik takpe....ini hi-filah, kipaslah...siap nak test, nak bungkus hadiahlah nak kena hantarkan ke kereta lah......Kenal dengan taiko2 Komtar....yang suka belasah orang tak tentu pasal.....agak2 muka kerek je...terus sergah. (Diorang ni member aku....tapi aku tak join le bab menyakat2 ni, kadang2 tension gak nengok perangai diorang ni, yang menghairankan aku, diorang ni muka je brutal tapi mat 'landskap' rupanya). Yang paling best....pengalaman tahan perut....hari2 makan tengahari kosnya RM1...(nasi kosong + kuah aje + telur sebiji + air kosong) muka pun dah macam telur. Sekarang rasanya tak dapat dah makan tengahari RM1!!
Labels: Sejarah hidupku..
Selasa, Jun 06, 2006
Tamat sudah minggu orientasi.....Senior-senior dah balik dah.....masing-masing dengan misai lebat, muka 'cenge' konon-konon nak takutkan sikit junior.....apa raaaa.....Tradisi blok aku tiap-tiap junior baru masuk.....berkumpul tengah blok........sessi 'taklimat'.....antara kandungan taklimat....."Tiap freshies wajib mengambil 50 nama dan tandatangan tiap senior dalam masa 3 hari....."
Maka selepas taklimat berduyun-duyunlah freshies mintak sain autograph dari senior....yang pasti laku untuk permulaan buku pastilah fascilitator yang dah bersama kami sejak seminggu lalu. Aku kira beruntung sikit pasal aku ber'room mate' ngan senior yang kira 'otai'...."Bear" nama samarannya.....taklah besar macam beruang pun....tapi sebab berasal dari Bukit Beruang, Melaka. Proses tanda-tangan untuk aku taklah susah sangat.....sebab bila tanya room mate siapa aje....terus bagi tanda tangan.....namun hanya setelah beberapa 'task' selesai.....contohnya buat iklan.....jadi radio buruk (masuk dalam loker & nyanyi sampai senior puas hati), kalau kena yang payah sikit......berenang atas lantai....Serdang-heli tak berlaku di kolej aku.....selamat!
Walaupun penat...tapi aku suka....banyak yang lucu...Terutamanya bila 1 bilik kecil muat untuk dua orang dipenuhi dekat 20 orang. Bayangkan 2 orang dalam almari, tiap atas almari ada seorang, tiap bawah katil ada seorang, tiap bawah meja ada seorang, atas meja, yang mencangkung di jendela tingkap, yang buat 'iklan' (yang famous iklan uat batuk cap ibu dan anak), yang ketuk ketampi.....mau tak gamat! Biasanya junior yang kureng sikit tu akan kena teruk sikit. (Kurang bergaul). Aku kira oklah...(bukan sebab si Bear) aku buat je apa yang senior suruh asalkan tak melampui batas. Majoriti senior semuanya 'open minded' dan beretika.
Cuma ada sekali tu aku kena maki hamun......bukan apa....senior sahaja test sejauh mana aku "tahan maki".
Rata-rata senior disini walaupun ragging macam-macam cara....namun diakhir 'interview' banyak nasihat serta tips-tips serta lagenda campus diberi kepada aku..antara lagenda yang aku terima......Bilik aku 107 disumpah....tiap-tiap semester atau sessi pasti ada yang GB (gagal, diberhentikan)....harap-harap bukan aku.
Genap 3 hari aku dapt mengumpul 80 nama ....hampir semua penghuni blok (Itupun selepas 3 hari tak cukup tidur...asyik tidur pukul 4 pagi, dahlah kuliah nak kena pergi). Ada juga yang kurang 30. Bila berkumpul semula untuk taklimat...mana yang kurang 50 kena 'mental tocher'...ada yang nangis.....ish...tragis sungguh....Aparaaa...mereka yang kurang t.tangan tu diberi 2 jam untuk dapatkan baki tanda tangan......masak! Lagi teruk kena.
Selesai satu perkara...sampailah kemalam kemuncak.....Upacara Mandi Minyak!! Tiap freshies dikumpulkan di tepi Blok (Blok aku bentuk segiempat sama dengan court takraw ditengah) semuanya memakai seluar pendek. kami disuruh nyanyi Negaraku dan lagu-lagu patriotik dan entah apa lagi entah. Kemudian dengan pembesar suara ketua senior buat pengumuman...."Dengan ini kamu dengan rasminya menjadi ahli Blok Cendekiawan....selepas ini tiada lagi istilah freshies dan senior, hak anda sebagai ahli blok adalah sama!!" Swoooshhhh......air jatuh menderum-derum dari tingkat atas....siap sembur dari fire hydrant lagi....Seronok bukan main lagi....maklumlah.....dah rasmi jadi ahli blok dah....dan tamatlah suai kenal....Adalah dekat sejam kena siram...naik kecut dibuatnya...Air dari baldi yang dicurah dari atas tu tak tahulah air apa....
(Kemudian aku dapat tahu...ada air sabun rendam baju yang dah seminggu lamanya....baunya sendiri mau ingat). Selepas mandi minyak, tiap seorang akan berdiri ditengah court atas kerusi dan memperkenalkan diri. Masa itu senior-senior akan memberikan nama glamer yang akan dipakai sepanjang menjadi siswa di UPM ni.....nasib baik tiada yang lucah. Lucu aku dengar nama-nama tu....nama aku pun tak kurang lawaknya.....
Tamatlah minggu orientasi...yang rasmi dan tidak rasmi......kenangan yang tidak akan aku lupakan...
Labels: Sejarah hidupku..
Jumaat, Mei 26, 2006
Hari pertama aku dikampus, perasaan aku berbaur.......tak tahu aku nak gambarkan perasaan aku ketika itu. Gembira, tension, suspens semua ada. Macam-macam bermain di fikiran ketika itu. Macam tak percaya juga aku akan mulakan hidup sebagai seorang siswa. Mula-mula daftar Kolej. Aku mendaftar di kolej paling corok di UPM. Kolej Pendita Zaaba. (Ninth College). Jauh betul kedalam. So....balik ke asal. Dulu di asrama, dari freshie ke senior, sekarang putaran roda berputar kembali. Sekarang jadi freshie balik. Kena lalu minggu Orientasi lagi......Dalam akhbar macam-macam berita kes-kes ragging di kampus. Yang paling feymes ketika itu, "Serdang Heli". Bab-bab ragging ni aku tak peduli sangat. Biasalah.....nasib baik pengalaman di STJ banyak. Taklah culture shock sangat. Lagi pun mentaliti senior-senior sini tentulah lebih mature kan?
Pendaftaran kolej dan fakulti hari tu berjalan lancar. Sempat juga jumpa ex-schoolmate. Chocho....dia mendaftar course Dip. Tani. Petang tu lepas bersalam ngan orang tua aku lebih kurang....dan mereka meninggalkan aku di sini.......maka dengan rasminya aku menjadi student kembali. Senior-senior belum balik mendaftar lagi....cuma yang ada facilitator2 yang akan berdamping sepanjang minggu orientasi kampus. Nasib aku baik kerana dapat satu block dengan schoolmate aku Amin. Kami sama2 Matrik sains. Masa pendaftaran, aku diberi 3 pilihan untuk mendaftar, Matrik Sains Hayat, Sains Fizik atau Akaun. Pilihan aku tentulah Matrik Sains Fizik. Namun ditolak mentah2 kerana subjek Addmath fail. Kena reject lagi...aku pun satu....tak sedar2 diri lagi. Feel rejected aku tension.....Dahlah nak masuk ITM orang tua tak bagi, disini pun hala tuju aku pun kena control. Akibat asyik kena reject....sedar tak sedar aku mula berubah. Aku didaftarkan untuk Matrik Sains Hayat. Bio pun Bio lah. Actually aku minat juga subjek Bio ni. Bio ni jarang mengecewakan aku.
Sepanjang minggu pertama aku, rata-rata senior yang aku jumpa memberi komen betapa toughnya course aku ni. (Matrikulasi). Mungkinkah aku akan terpengaruh dengan komen-komen negatif seperti ini nanti? Aku cuba positif dalam semua hal. Dalam hati aku, sedar tak sedar aku wish aku tak ambil Matrik....lebih baik aku ambil Diploma terus. At least apa-apa hal jadi masa bachelor nanti Dip. dah ada. Lagipun kalau first year dalam Dip. result bagus, boleh dipromoted terus ke Bachelor. Kenapa aku tak tahu semua ni? Kenapa kita sering tak dapat info yang tepat? Tension........
Labels: Sejarah hidupku..
Isnin, Mei 22, 2006
Kerana mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (ketika itu)......Aku ditawarkan untuk meneruskan pelajaran ku di sekolah berasrama penuh di Sekolah Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Aku memang gembira betul.....tapi dalam hati.....risau pun ada...yalah mana taknya.......orang asyik cerita kes-kes buli dan ragging kat sekolah asrama. tapi tak kisahlah.....takkan kena ragging sampai mati kot!? Maka pada Jan 1986 bermulalah hidupku di asrama. Pada mulanya prestasi pelajaran aku dikelas agak kurang memberangsangkan......mungkin semua yang masuk ke sekolah ni memang bijak2 belaka. Yalah...bukan semua orang dapat masuk asrama penuh kan.....?! Sepanjang 2 tahun pertama di sekolah, aku selalu dapat tempat corot dikelas......tapi tak kisahlah.....aku kena study lagi kuatlah jawabnya. Di STJ ni aku berkenalan dengan sorang kawan, agak kamcing jugaklah....Zaizul namanya.......bukannya apa......sama kepala......minat kami sama.....suka benda2 teknikal ni......ada masa terluang sahaja....mesti aku lepak dengannya bincang pasal kartunlah, komiklah dan banding-membanding lukisan. Si Zaizul ni lagi dahsyat imaginasinya....sampai dia boleh buat komik robot sendiri (ala-ala Transformers gitu) tapi taklah sampai dipublishkan. Publish untuk kawan2 je.
Dipendekkan cerita, masuk tingkatan 4 barulah cabaran sebenar bermula.......Aku didedahkan dengan Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan......Kalau tak sebelum ni Matematik Moden...dan Sains Paduan. Aku cukup teruja dengan subjek fizik.....Guru yang mengajar pun best. Subjek-subjek sains tu semuanya best......(cuma Kimia aje yang selalu memeningkan kepala aku sikit). Masa tu aku confirm dah........Aku nak jadi Engineer nanti. (terlalu yakin sampai cita-cita dalam majalah sekolah pun aku tulis nak jadi engineer.)
Namun panas tak sampai kepetang........ Dalam SPM apa yang aku target tak menjadi.......dapat pangkat 1 tapi agak kureng skit......Fizik ingatkan boleh dapat A tapi dapat C3 je......ini kes overconfident le ni......Macammana nak jadi engineer nih......Add-math pulak tu F9!!!! Tulah....masa buat homework asyik2 copy orang lain punya aje......ha...kan dah kena! Subjek lain tu kira ok juga lah. tapi yang buat slack tu add-mathlah. Camno nak jadi Jurutera ni.......??? Aku agak frust dengan result SPM yang aku terima. Itulah......aku pun tak tahu apa nak cakap......nak kata tak study.......aku study............tak cukup serious kot???
Labels: Sejarah hidupku..
Khamis, Mei 18, 2006
Aku masih ingat lagi pada zaman kanak-kanak aku di Port Dickson. Ketika itu Pekan Port Dickson bukan seperti sekarang. Port Dickson dahulu hanyalah sebuah pekan koboi yang cukup dengan keperluan asas sahaja. Pukul 6.30 petang sahaja, segalanya senyap sunyi. Semua kedai ditutup. Yang menghidupkan pekan PD pada ketika itu hanyalah nelayan-nelayan pantai, kapal-kapal minyak menghantar minyak mentah untuk diproses serta anggota-anggota tentera yang berkhidmat demi negara. Kalau nak dikira, majoriti penduduk PD adalah orang luar. Kebayakannya anggota tentera yang berkhidmat di kem-kem tentera yang berselerak dari batu 5 hingga batu 12. Begitu juga aku. Aku lahir di Pulau Mutiara, namun kerana ayahku adalah seorang anggota tentera di PD, maka bermulalah hidup aku sini.
Dari kecil lagi setiap aktiviti dan kehidupan harian aku dibayangi oleh kehidupan seorang tentera. Apa taknya, dahlah anak askar, kawan2 pun semuanya anak askar juga. Kalau bermain tu tak sah kalau tak main perang2. Tiap-tiap orang ada senapang sendiri. (Senapang kayu buatan sendiri). Kerana terlalu seronok main perang2, majoriti antara kami nak jadi askar bila besar nanti. (Lagi satu sebab ialah akibat terpengaruh dengan cerita telivisyen popular ketika itu "COMBAT". Heronya Vic Morrow kalau tak salah aku.) Namun seorang ayah biasanya tak akan membiarkan anaknya mencontohi dirinya kerana cukuplah dirinya sahaja yang merasa kepayahan hidup. Seboleh-bolehnya seorang ayah inginkan hidup anaknya lebih baik dari hidupnya. Ayahku cukup pantang kalau aku berhasrat untuk mengekori jejak langkahnya sebagai tentera. Katanya cukuplah dia seorang jadi askar. Ayahku mahu aku jadi orang yang berjaya nanti. " Belajar rajin-rajin Long, dah besar nanti boleh jadi doktor.........") itulah ungkapan yang selalu kudengar......aku pasti tiap orang pun begitu.
Bila masuk sekolah rendah, guru pula "brainwash" kita dengan memomokkan cita-cita yang hebat-hebat belaka. Tiap-tiap orang akan ditanya mengenai cita-citanya............kadang-kadang siap suruh buat karangan lagi......." Cita-cita saya" Ada yang nak jadi pilotlah, doktorlah, lawyerlah dan macam-macam lagi. Ketika itu, aku taklah memikirkan sangat tentang cita-cita aku. Namun aku cukup berminat dengan bab-bab teknikal. Aku cukup teruja bila berada dikelas subjek sains. Kadang-kadang waktu rehat aku ke perpustakaan sekolah. Bukan nak study, tapi cari buku-buku bergambar mengenai sains. Segala encyclopedia yang ada aku belek.Lagi satu, hobi aku yang paling ketara ketika itu ialah melukis. Ada sahaja yang kulukis. Kalau masuk kelas yang boring je.....mesti aku melukis. Yang selalu jadi mangsa ialah subjek Agama Islam. Itu pasallah aku memanjang dapat spanar (F) dalam subjek tu. Belakang buku nota Agama Islam aku penuh dengan lukisan. Ayahku memang tak melarang hobi aku tu. Dia selalu belikan atau bawa balik kertas dari tempat kerja. Sebenarnya dia lagi suka, jadi taklah aku merayau sangat.
Dalam seminggu, aku cuma keluar main dengan kawan-kawan cuma 2 ke 3 kali sahaja. Itupun hari cuti aje. Balik lambat je siap........getah paip tunggu aku.....tapi bukan dari ayahku....dari ibuku. Ayahku sampai sekarang tak pernah jentik aku. Akupun boleh tahan juga degilnya. Maklumlah anak sulung. Jadi masa selain main tu kalau tak pergi mengaji, kena pergi kedai dan tuisyen aku duduk dirumah melukis dan membaca. (Bukan buku sekolah.....baca komik, Majalah Gila-gila dan Gelihati amnya.) Satu lagi "habit" ayahku bagi mengelakkan aku keluar rumah. Ntahlah...agaknya takut aku jadi jahat kut?
Oleh kerana selalu terperap dalam rumah dan asyik dengan melukis dan baca komik, daya imaginasi aku menyerlah. Ada sahaja plan2 teknikal dalam kepala aku. Kebanyakannya aku ceduk dari manual-manual enjin dan layout kereta perisai dari buku2 yang ayahku bawa balik. Biasalah budak lelaki, tak lain mesti minat kereta kan. Takkan minat anak patung lak. Ketika itu apa yang aku impikan hanyalah untuk menjadi seorang saintis atau pun seorang pereka. Agak pelik bagi seorang kanak-kanak sekolah rendah ketika itu. Sedang kanak-kanak lain heboh bermain diluar, aku dalam rumah heboh membuat plan-plan yang tak masuk akal. Namun pelajaran disekolah tak pernah aku abaikan. Aku sering mendapat tempat kedua (paling corot no.3) di dalam kelas. Nak dapat no.1 payah sikit.......member aku sorang lagi tu terrer nak mampus. Anak cikgu le katakan. Aku kena rajin belajar bukannya apa.........kalau dapat tempat corot.....alamatnya getah paip hinggap di punggung. Aku cukup takut dengan ibuku. Kalau dia naik darah....apa sahaja yang ada ditangannya boleh jadi rotan. Dengan batang penyapu, senduk nasi, lidi penyapu pun jadi. Tapi sayang kepada ibuku adalah lebih daripada sayang aku pada ayah......agaknya kalau kecik2 tak kena bantai, agaknya apa yang jadi pada aku sekarang ni.
Labels: Sejarah hidupku..