Isnin, Julai 03, 2006

Aku ex-matrik pemalas

Aku teringat tahun2 malas aku di UPM. Entah setan mana dah masuk aku pun tak tahu. Orang lain kekuliah aku bantai tido kt hostel. Malam berjaga sampai pagi. Bukan study pun....ntah apa2 yang aku buat. Nama je student freshie....tapi perangai tak fresh langsung. Orang lain berkobar2 di menara gading, aku..... kepala jadi senteng. Time kuliah aku pas kt member aku suruh tandatangan kedatangan. Tutorial pun kadang ada kadang tidak......Gila betul masa tu. Kalau ikutkan memang langsung tak layak bergelar student!! Ntahlah....mood dah tak ada nak belajar....sayang betul. Kan lebih baik tempat aku di UPM ni diberikan pda yang betul2 serious nak belajar?

Siang buat taik mata, malam jadi musang. Asyik nak enjoy aje....tapi bukan anjoy gi disko ke apa...akutak buat kerja2 tu. Tak melepak mengacau orang, aku jadi komando kat dusun durian UPM. Bila ada test atau exam....baru nak gelabah....esok nak exam...barulah terhegeh2 cari nota.....mana nak pas? Akhirnya kecundanglah aku lalu di GB kan sudahnya. (Gagal dan Diberhentikan). Dalam hati bukan apa, geram, saja nak balas dendam. Nak masuk ITM tak dapat! Fikir2 balik bodoh betul aku ni. Tapi itulah tahun paling bebal dan malas bagi aku. Nasib baiklah ditawarkan peluang kali kedua buat aku...........

1 Comment:

  1. Aszlance said...
    Akupun lebih kurang nkau je matnyu. last semester aku kat U, satu paper tu aku penah masuk kelas 4 kali je - tupun pasal ada test. nasib baik lulus.

    Mula2 masuk USM ingat nak jadi doktor. tapi lepas jumpa geng2 baru - tukarlak nak jadi engineer.
    Belajar jadi mals - ikut budak main motor, gi disko, isap dadah, lepak kat padang kota malam2, tidur dah nak subuh, bangun lepas asar.

    Result matrik tak berapa bagus, kena masuk kursus teknologi industri - dapat industri kayu, kertas dan penglitup. apa nak buat - nak tukar kursus, amik arkitek malas lak nak berusaha - jadi teruskan aje.
    tu pun malas jugak nak belajar tu.

    Tapi, syukur kat tuhan, rezeki aku OK jugak - ada kilang kertas nak buat kat M'sia - world class lak tu - new machine and greenfield papermill. dapat gak kerja - ntah apa aku kelentong kat bos aku masa interview, dia rasa aku OK, diterima masuk kerja sebagai batch pioneer.

    Dapat gak gi Australia, Korea ngan Thailand. belajar pasal kertas. Aku masuk sebagai technician je masa tu.

    aku, kalau reti dan ada masa, nak gak aku bukak blog cerita pasal aku sebagai papermaker - pembuat kertas.

    tapi - kau ok ape - berani ambik cabaran, kerja sendiri jadi petani. bukan senang tu - semua orang boleh cerita nak jadi petani, tapi bila sampai masa, tak berani.

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online