Memaparkan catatan dengan label serai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label serai. Papar semua catatan

Isnin, Julai 07, 2008

Benih...oh...Benih

Sejak 2 bulan kebelakangan, banyak panggilan aku terima memohon bantuan bekalan benih serai. Dukacitanya aku sendiri kekurangan benih. Senario kekurangan benih serai dipasaran kini boleh dikatakan agak meruncing. Bagaimana boleh terjadi situasi ini? Mudah sahaja. Ini bermaksud, makin ramai yang ingin berkecimpung dalam bidang usahatani ni. skala penanaman pula agak besar/luas. Kalau dahulu mungkin kita boleh katakan pengusaha tanaman serai ni boleh dikira ditiap negeri. Sekarang Felcra sendiri pun dah berminat dalam usahatani serai ini. (maknanya tanaman serai ni menguntungkan!!!) Bayangkan sahaja jumlah benih yang diperlukan bagi seorang pengusaha yang ingin mulakan projek di tanah seluas 1 ekar. Jika benih yang ditanam 6 batang untuk serumpun/1 poin, seekar dah 24000 batang. Itu baru seorang, seekar pulak tu, bayangkan 100 orang dengan keluasan purata projek 6 ekar. Dah berapa? Aku rasa lebih 100 pengusaha baru, mungkin dah beribu. Keluasan tanaman? Wallahualam... mungkin dah beribu hektar. Ini tak termasuk yang 'follow' kontrak farming lagi. Macam rakan blogger serai aku, therion-grass (namanye tak tahu...hehehe.. sorry bro!) Beliau memerlukan 192,000 batang benih serai dalam masa terdekat bagi kawasan seluas 8 ekar. Cuba bayangkan. Itu baru seorang.

Dalam konteks ini sahaja kita dah dapat baca, permintaan bagi benih dah melebihi apa yang ditawarkan, ditambah pula daripada permintaan pasaran biasa bagi serai seperti kegunaan harian. Pengusaha yang ada pun tak dapat menampung permintaan bagi kedua2 pasaran ini. Yakni pasaran untuk benih dan pasaran untuk pengeluaran makanan. Kedua2nya bersaing. Jadi senario yang kita dapat lihat kini ialah kenaikan harga serai yang mendadak. Dipasar2 borong kita dapat lihat kekurangan serai yang ketara tidak seperti sebelum ini. Pengusaha2 yang telah mengusahakan serai sebelum ini terpaksa membahagikan pengeluaran serai kepada 2 bahagian. Tambahan pula kepada yang telah menanam, kebanyakannya menanam untuk target pengeluaran pada bulan puasa dan hari raya. Jadi tiada pengeluaran dapat dilakukan dalam masa ini, walaupun untuk benih sekalipun.

Namun apa yang menjengkelkan ialah tentang segelintir yang mengambil kesempatan pada situasi sekarang. Harga benih naik memang dah sedia maklum. Itu satu hal. Kualiti benih pun boleh dipertikaikan. Saiz benih tu agak dimusykilkan. kalau kecil2 kenapa nak dijual mahal2? Aku setuju, walaupun kecil, masih boleh ditanam dijadikan benih, tetapi biarlah kena dengan harganya. Yang kecil pun harga standard yang besar apa cerita? Ada pulak benih yang bercampur, maksudnya benih serai paha ayam bercampur dengan benih serai kampung. Aku sendiri pun payah nak bezakan serai kampung dengan paha ayam. Bila kecil, dah tentu payah nak cam. Yang mudah nak cam serai buluh aka serai gajah. Memang bapok besarnya (dah nama gajah)...hehehe. lagipun batangnya panjang lagi. Yang ni biasanya untuk proses dijadikan serbuk. harga benih pun mencapai 50sen sebatang! Kalau dikaji2 diperhati2... method atau cara pengkelasan benih masih lagi tak seragam. Gred benih masih belum di'standard'kan lagi. cara pembelian pun bergantung kepada pengeluar. Ada yang jual kilo, ada yang jual batang dan ada yang jual rumpun.

Kalau beli benih kilo ni banyak faktor yang kita perlu teliti.

1- purata anggaran berapa batang sekilo. Kalau serai paha ayam yang normal, kita ambil 30 btg/kg. harga sekilo RM2.00 (andaian). Jadi sebtg jatuh 0.066 sen. Kalau yang besar2 mungkin lagi kurang kuantiti btgnya dan harga sbtg pun dah mahal lagi. Kalau kecil2 misal kata 40 btg harga dah jatuh sebtg 0.05 sen. (aku masih mengkaji mekanisma & perkiraan tepat jumlah btg per kilo serai)

2- panjang btg serai. Kalau benih dipotong panjang, dah tentu berat bertambah. (isu penipuan tanpa sedar). jadi purata batang per kilo pun dah lari. Kene set kan standard pjg sebtg serai. cthnya 1 kaki)

3- Teknik rendaman. tanpa kita sedar, mungkin perlu demi kesegaran benih. Apabila disiram benih (untuk elak layu), berat benih bertambah. walaupun jumlahnya kecil, tapi apabila dikumpulkan banyak juga.

Kalau beli benih secara rumpun. (jarang2 dibuat dan biasanya lebih murah.)

1- pastikan saiz rumpun. Takkan kita nak beli rumpun bersaiz kecil (purata 3 kilo) sama harga dengan rumpun besar? (purata 5 kg)

2- Biasanya cara ini, kita perlu mencabutnya sendiri.

Beli batang

1- Perlu pastikan benih itu dari klon yang dikehendaki.

2- saiz anak benih perlu dipastikan.

Senario pasaran serai akan datang.

Dalam kekalutan, kemeriahan harga serai kini, aku pasti, selepas raya nanti, pasaran akan kembali normal. Mungkin juga harga akan jatuh kerana ada lebihan produk. namun kepada para pengusaha, jangan lah gusar. Meskipun harganya jatuh, saya pasti, pengusaha tetap mendapat keuntungan juga kerana serai ini antara tanaman yang paling murah kos penanamannya dan paling mudah pula penjagaannya. jangan risau! jangan takut pada persaingan sesama sendiri. Rezeki masing2. Anda punya rezki, anda makan, aku punya bhg aku makan. nanti kalau ada peluang, kita sama2 makan. Kerana ramai pengusaha serai sekarang ni, memang elok benarlah kita wujudkan kelompok usahawan serai. kita sama2 berusaha majukan diri, bangsa kita. Setahu aku, 99% usahawan serai ni orang melayu kita. Rebutlah peluang yang ada. Jangan hanya tunggu dan lihat sahaja.

Walau apapun, aku tetap bersyukur dan bangga dengan kemunculan pengusaha2 baru ni. kawan2 pun ramai dah. Ada kemajuan pada anak bangsa kita. Kita dah berani membuka lembaran baru dalam bidang ini. ramai yang dah berani untuk bergelumang dalam selut dan tidak lagi bergtg harap pada makan gaji. Taraf survivality bangsa kita juga makin meningkat!Setidak2nya bila ramai pengusaha tanaman serai ini, Kerajaan khususnya Kementerian atau jab. Pertanian tidak lagi teragak2 untuk menghulurkan bantuan dari segi dana maupun memulakan projek industri sokongan kepada tanaman serai ini. Mungkin selepas ini, tiap2 daerah akan membuka pusat pemprosesan serai ini, tak kisahlah untuk proses jadikan serbuk ataupun esktrak minyak esen serai. InsyaAllah. Syabas untuk anda semua! Maju diri, maju bangsa, majulah umat Islam! Allahu Akbar!!


Selasa, Mei 27, 2008

Salam pada rakan2 tani & bloggers semua. Maaf kerana lambat meng'update' HSP ini. Agak sibuk sedikit. Kepada rakan2 blog yang sudi melawat kebun saya tempoh hari, terima kasih saya ucapkan. Berikut adalah soalan2 lazim yang biasa diutarakan mengenai tanaman serai.



A) Penyediaan Kawasan

1. Dalam penyediaan kawasan tanaman, perlukah dibajak dan digemburkan tanah? Kenapa perlu dibuat?

-i) Bagi setiap kawasan tanaman, adalah disyorkan dibuat dahulu proses membajak & menggembur tanah. Ini adalah kerana prosedur tersebut membantu memperbaiki perudaraan tanah disamping membalik2kan tanah dan memotong benih2 rumpai asal tapak projek. Proses ini juga membantu menambah/menggaul bahan organan asal dilapisan tanah. (percampuran humus dlm tanah) Menambah bhn organan bermaksud, apabila tanah dibalikkan, rumpai2 yang asal akan mati & akan menjadi bahan organik kembali kedalam tanah.
ii) Apabila proses diatas dilakukan, penanaman akan menjadi lebih mudah, kerana tanah sudah lembut, memadai mencucuk benih sahaja kedalam tanah tanpa perlu menugal atau mencangkul. Ini lebih menjimatkan masa dan tenaga.
iii) Apabila tanah dalam keadaan gembur, akar2 serai akan mudah memegang partikel2 tanah dan anak2 serai mudah bercambah berbanding tanah yang keras.
iv) Keupayaan daya simpanan air dalam tanah akan lebih tinggi/bertambah, mengurangkan risiko tanah menjadi kering. Baja juga lebih mudah diserap kedalam tanah & ini memudahkan akar menyerap nutrien dalam tanah.

2. Perlukah dilakukan pembajaan asas pada tanah sebelum penanaman? untuk apa perlu dibuat pembajaan asas ini?

-i) Bergantung pada kawasan. Kalau kita pasti kawasan tersebut memang kaya dgn nutrien (subur) tak perlulah dibuat pembajaan asas. Tetapi sebaiknya ditabur terlebih dahulu baja organan (baja organik spt tahi lembu, kambing atau ayam: bagi tahi ayam, elok dibakar dahulu kerana kebiasaannya tahi ayam dicampurkan sekali dengan habuk papan, ini boleh menggalakkan anai2). Kalau ditabur baja organik yang telah diproses lebih baik.
ii) Tujuan dibuat pembajaan asas ini adalah untuk memperbaiki juga pengudaraan tanah disamping menambah nutrien dalam tanah. Perlu diingat, penggunaan baja organik adalah bersifat slow-release yakni memakan masa untuk larut dalam tanah. Ia bersifat lebih kepada baja jangka panjang. Memadai sekali pembajaan asas untuk 2 musim tanaman. (1 tahun)

3. Benarkah menggunakan baja organik pada tanah sebagai proses penyediaan tanah tidak digalakkan? Benarkah ia akan menyebabkan serangan perosak? Jikalau boleh digunakan, pada masa bilakah baja itu boleh ditabur?

-i) Tiada sebab kukuh untuk menidakkan penggunaan baja organik diperingkat pembajaan asas kawasan projek. Jikalau diperingkat serai sudah ditanam mungkin ada kebenarannya. Perosak yang biasa menyerang kebiasaannya anai2 (konpom) & ulat pengorek batang (tidak dapat disahkan diakibatkan oleh baja organik). Ulat pengorek batang biasanya menyerang tatkala serai makin merimbun, dan dalam keadaan cuaca yang lembab. keadaan kawasan projek yang tidak diuruskan dgn baik (rumpai yang tak terurus) biasanya menyumbang kepada masalah ini. Atas sebab faktor slow-release baja organik, maka baja organik tidaklah disyorkan bagi pembajaan selepas penanaman. (kadar baja organik diserap lambat)
ii) bagi pembajaan asas, baja bolehlah ditabur ketika tanah sudah siap dibajak, tetapi sebelum proses penggemburan dilakukan (rotor). Tujuannya supaya baja organik tersebut mudah digaulkan dan sebati didalam tanah.


4. Tanah jenis apakah yang sesuai untuk ditanam serai?

- Serai sesuai ditanam bagi kebanyakan jenis tanah, asalkan tidak terlalu berasid (ph<4)>

5. Bolehkah serai ditanam dikawasan tanaman getah atau kelapa sawit atau antara tanaman naungan lain?

- Boleh. Asalkan tanaman getah, kelapa sawit atau tanaman naungan lain (mangga,nangka & etc) itu diperingkat awal penanaman atau penanaman semula dengan kadar naungan yang minimum. Tidak lebih 40%. (serai yang ditanam dibawah naungan kebiasaannya berumpun kecil dan batangnya lembut)

6. Perlukah sistem pengairan dibuat?

- Serai tidak memerlukan air yang banyak. Tidak perlu disiram. Tetapi diperingkat awal penanaman, pemerhatian yang lebih diperlukan jika kita memulakan tanaman pada musim kering. 7 hari pertama ditanam adalah penting. Memadai disiram diwaktu pagi atau lewat petang. Jumlah air pun tidak perlu terlalu banyak. Serai berkeupayaan menyimpan air diantara celahan daunnya. (Adalah penting kita merancang waktu yang sesuai untuk ditanam bagi memastikan peratusan hidup yang tinggi bagi tanaman.)

7. Perlukah pengapuran (GML) dibuat terlebih dahulu?

- Pengapuran perlu dilakukan jika pH tanah adalah rendah (pH <4).>
Penggunaan kapur hanya untuk menaikkan pH tanah. pH tanah yang rendah (berasid) kan mengurangkan keupayaan baja anda kelak!! Kadar serapan baja oleh akar juga kurang. Tanaman juga kurang imun pada penyakit. (penyakit kulat)

8. Perlukah dibuat batas?

-Terpulang. Lebih baik x payah. Untuk apa menambah kos? TETAPI... jikalau kawasan yang biasa terendam atau berpaya ketika musim hujan, lebih baik dibuat batas. Serai tak tahan air banyak. Cepat reput. Sesetengah pengusaha menanam serai ala2 tanam jagung, serai ditanam dipangkal/leher batas. Setelah berumur 2 bulan, tanah dinaikkan (ridging) pada perdu menggunakan mesin/cangkul setelah pembajaan. Katanya lebih baik untuk melebatkan rumpun. (Wallahualam). Bagi yang ingin menjimatkan kos & masa , tak perlulah.



B) Pra-penanaman

1. Perlukah benih dirawat terlebih dahulu dengan racun kulat, atau direndam dengan hormon pengakaran?

- Terpulang, boleh buat jika mahu. Cuma kalau rendam dengan racun kulat, masa menanam kena pakai sarung tgn getah. Bahaya main racun! (x perlu pun). Tentang hormon penggalak akar tu, boleh juga, nak cepatkan pengeluaran akar. Jenis hormon x pasti pulak. tetapi memadai menggunakan CIRP (Christmas Island Rock Phospate), segenggam untuk 20-30 liter air sudah memadai. Rendaman x perlu lama, celupkan sahaja dah cukup. Bagi nak jimat kos lagi, rendam dulu benih semalaman dengan air biasa sebelum tanam pun dah cukup. Batang serai dah simpan air dan akar pun mudah keluar. Awas!! jagan rendam berhari2!! Reput benih nanti! Lagipun baunya... Sendiri mau hingat!!!!!!

2. Berapa lamakah benih dapat bertahan jikalau kita menyimpan dahulu benih (benih dah dapat tetapi tak sempat ditanam)

- Seminggu. Benih makin lama akan mengecut, batang pun akan jadi lembut. Jikalau terjadi situasi ini, disyorkan benih disimpan di kawasan teduh dan didalam bekas atau guni. Siramlah benih sekali sehari. (siram...bukan rendam). Biasanya dalam seminggu tu, kdg2 dlm 2-3 hari pun, akar akan keluar dan kdg kala tunas baru pun sudah mula keluar. Jangan risau. Selagi benih x kering luar & dalam, masih boleh digunakan. Insyaallah.

3. Berapakah jarak yang sesuai bagi tanaman serai? Bagaimanakah kesan pada tanaman jikalau tanaman ditanam dalam jarak yang rapat?

- Kebiasaannya, jarak yang disyorkan adalah 3x4 kaki. Ini bagi memudahkan pengurusan kelak. Tak terlalu rapat dan jauh. Dengan jarak ini, pengudaraan kawasan plot adalah baik, mengurangkan serangan ulat pengorek batang dan anai2. (kawasan tidak lembab). Jikalau ditanam terlalu rapat, perdu yang membesar akan kelak berlaga dengan perdu sebelah. Padat sangat. Silap2 serai tak dapat membesar dengan baik. Kalau padat sangat, ditakuti jadi perumah kepada tikus (tikus pun makan serai juga), ular pun akan datang. nak masuk pun takut. Akhirnya... tinggal macam tu je. Tanaman yang rapat juga akan menyebabkan persaingan untuk mengambil nutrien dalam tanah. kelak selepas semusim, kena buat pembajaan asas sekali lagi kerana tanah telah nutrient-exhausted. lagi pun tengok pun semak je mata ni! hehehe. kalau nak dibuat jarak 2x3 kaki pun boleh tetapi pemangkasan daun kena dibuat selang 2 bln. Baja pun pakai lebih. Seeloknya gunakan jarak 3x4 kaki.

4. Berapakah umur serai yang sesuai untuk dijadikan anak benih?

- Umur serai yang sesuai dijadikan benih adalah 4 bulan keatas. Rumpun tak matang pun boleh juga dibuat benih. tak ada masalah, cuma kelak takut rumpun lambat besar. Dalam 1 bulan (kalau gunakan sebatang benih yang matang) selepas menanam, anak yang keluar mungkin antara 5-8 anak. kalau gunakan benih muda, anak yang keluar mungkin dalam 3-4 anak shj. Lagipun peratusan nak hidup tu agak rendah. Elok2 6 bulan dah boleh tuai, kena tambah lagi 2 bulan atau lebih untuk dituai. (Pengalaman aku tanam guna anak tak matang kecil sedikit dr pen kilometrico ok juga... tanam sebatang dpt 10 kg serumpun. TETAPI setahun la menunggu!) Macam manusia, kawin perempuan muda, mudah dapat anak banyak... kalau yang dah berumur susahla sedikit. hehehehe. (sori.. x relevan). Lagipun dalam satu rumpun, bukan setiap btg dlm rumpun tu sebaya! Setiap bulan akan keluar anak2 baru.

5. Adakah serai yang mempunyai saiz besar sahaja yang sesuai dijadikan benih?

- Tidak. Benih kecil juga boleh. Bayangkan dalam serumpun dituai, takkan dalam serumpun tu semuanya bersaiz unifom (sama je). Mesti ada yang kecil kan. Kebiasaannya pengusaha akan buang anak2 kecil ini. Rugi woooo!! Kalau serai yang besar tu nak dijual & dibuat benih..kan dah bersaing? Elok2 dapat tuaian banyak, dah nak kena asingkan sikit untuk benih. Jadi gunakan yang saiz kecil tu untuk dibuat benih. Soalan no 4 & 5 sebenarnya sama. Jawapan pun hampir sama. Cuma saiz je jadi ukuran. Tapi kalau kecik sangat besar togeh tu, tak dapat den nak tolong dah.. konpom payah hidup.

6. Berapakah kepadatan optimum bagi satu ekar kawasan tanaman? (bilangan rumpun)

- Bergantung kepada jarak tanaman. Kebiasaannya dengan jarak 3x4 kaki, satu ekar boleh dapat 4 ribu rumpun serai. Lagi kurang jarak, lagi banyak rumpun boleh dapat.


C) Penanaman

1. Bilakah masa yang terbaik untuk menanam serai? Waktu pagikah? Tengahari? atau petang?

- Waktu petang sebenarnya, benih akan menempuh malam yang sejuk. Kadar risiko kehilangan air dalam btg akan kurang. Pagi pun ok, tanah masih lembab. Cuma benih akan menempuh tengahari yang panas. Tengahari? Jangan buat gila. Kita sendiri pulak yang tak tahan panas. Hehehehe.

2. Perlukah ditugal atau dicangkul dahulu poin2 tanaman?

- Jikalau kita sudah buat prosedur penyediaan kawasan (bajak & gembur) tak perlu kita menugal atau mencangkul dah. Tanah dah lembut. memadai dicucukkan sahaja benih tersebut. lainlah kita tak bajak & rotor. Tanah masih keras. kalau paksa juga, mau patah benih tu kan?

3. Yang mana lebih bagus? Tanam tegak, atau menyerong/senget?

- Yang ini ada banyak pendapat. Ada yang syorkan tegak supaya diwaktu malam, embun yang terbentuk mudah masuk melalui celahan daun benih. Jadi risiko kering berkurangan. Bezanya cuma hasil kelak. Tanam tegak, boleh mengakibat pereputan pada bahagian tengah rumpun. kerana benih asal akan mengecut , kering & mati setelah anak2 keluar. Tanam sendeng x ada masalah. ada yang mengatakan bila tanam sendeng, anak akan keluar lebih banyak. Kalau kita lihat org tanam tebu dan ubi, diorang tanam tegak ke senget? Itu sebagai contoh sahaja. Saya sendiri tengah buat eksperimen. Kebiasaan saya tanam sendeng.

4. Berapakah jumlah batang benih yang sebaiknya ditanam? 1,2,3 atau 6? Adakah bilangan benih yang ditanam pada satu poin mempengaruhi penghasilan/saiz rumpun?

- Bab ni perlu penerangan panjang lebar sedikit. Jumlah benih ditanam pada satu poin memang mempengaruhi penghasilan/saiz/pemasaan tuaian bagi serai.

ia) sebatang benih - Setelah sebulan ditanam, anak serai yang keluar dr benih asal (purata) adalah sebanyak 5 btg, bln ke 3: +/- 25 btg, bln ke 6: +/-125 btg. (dengan mengambil kira, anak yang keluar ambil masa 3 bulan untuk keluarkan anaknya pula). Jika diambil kira sekg serai purata 30 btg, satu rumpun mengeluarkan purata 4.1kg serai. Jadi seekar (4000 rumpun) menghasilkan +/- 16.5 tan serai semusim. Jikalau dijual dgn harga 80 sen sebtg, maka pendapatan kasar adalah sebanyak RM13,200. Namun risikonya disini, benih ditanam 1 batang, kalau mati, dah lompong. Terpaksa sulam lg sekali. Dah rugi masa. Jadi utk selamat, tanam 2 batang. Bila ditanam 2 btg selubang, hasil tidak akan bertambah 2 x ganda, cuma naik sekali ganda setengah kerana persaingan ruang untuk pengeluaran anak2 baru. Purata dalam 6.25 kg serumpun. Seekar dapat 25 tan. Pendapatan kasar dalam RM20,000

ib) 3 btg benih, (ditanam mcm lambang mercedes, 3 penjuru selubang/ poin) Bulan 1: 15 anak, bln ke 3: 45 btg. & bulan ke 6 +/- 225 btg. Purata dalam 7.5kg serumpun. Seekar dapat dalam 30 tan. Pendapatan kasar pula dalam RM24,000.

ic)6 btg benih, bkn ditanam btk 3 penjuru, tetapi bentuk bulatan heptagon (6 penjuru- supaya tanaman tidak terlalu padat): Bulan pertama: 30 anak. , Bulan ke 3: 150 anak. Bulan ke 6: 450 btg, (jika sebtg keluarkan 3 anak kerana kepadatan tinggi). maka serumpun purata dalam 15kg. Seekar mengeluarkan 60 tan serai. Pendapatan kasar RM48,000.

* Harus diingat, kos pengeluaran bagi 3 cara diatas juga berbeza, jumlah pembajaan juga berbeza. Lagi banyak lagi tinggi kos. Jika ditanam 6 btg, jarak tanaman mungkin perlu dijarakkan lagi bg memberi ruang tanaman untuk membesar dengan baik. Mungkin jarak 4x4 kaki lebih wajar. Jadi bagi seekar, bilangan rumpun mungkin akan berkurangan, pendapatan diatas juga harus dianggarkan berkurangan. Pembajaan/pemulihan tanah semula selepas tuaian mungkin wajib dibuat kerana tanah telah kekurangan nutrien secara drastik.

* Pengiraan diatas adalah dibuat melalui pengalaman saya selama ini. Keputusan yang tepat masih boleh dipertikaikan. Jumlah penghasilan bergantung kepada cara kita menguruskan ladang kita. Kesuburan tanah & cuaca juga memainkan peranan penting.

5. Berapakah purata bilangan seseorang itu boleh menanam serai sehari?

- Yang ini bergantung kepada tahap kerajinan anda. Seorang boleh mengerjakan setengah ekar serai/sehari. Lebih baik dibuat berdua atau lebih. Seronok sedikit. Boleh ajak berlumba, siapa dapat tanam lebih... hehehehe. Ikutkan seekar serai boleh ditanam dalam sehari shj.

6. Perlukah disiram selepas penanaman?

- Bergantung pada musim anda menanam. Jika dah rendam semalaman, Insyaallah tak ada masalah. Eloklah dipantau. agak2 layu tu siramlah.

D) Penjagaan

1. Berapakah kekerapan membaja?Apakah baja yang sesuai bagi tanaman serai?

-i) Hujung bulan pertama- Baja urea. Ditabur dalam sesudu besar sekeliling perdu.
ii) Bulan kedua - Baja urea. Ditabur sekeliling perdu pokok. Dilebihkan sedikit.
iii) Bulan ketiga - Baja NPK 15:15:15. Ditabur disekeliling pokok. Segenggam seperdu.
iv) Bulan keempat - Baja NPK 15:15:15. sama seperti diatas. kalau ada yang kandungan nisbah P tinggi lagi bagus. Untuk batang yg besar.
* bagi bulan ke-5 & ke-6 tak perlu lagi. Hasil tunggu untuk dituai. kalau dibaja takut batang akan jadi mudah rapuh pulak.

2. Perlukah dibuang daun/ dipangkas/trim daun? Berapa pula kekerapannya?

- Tak dapat dipastikan pulak keperluannya dari segi saintifik. Setengah pendapat kata perlu untuk membuatkan batang serai lebih besar. Tetapi dari segi agronomi penjagaan, ia lebih kepada kosmetik, yakni memudahkan pengurusan & pembajaan nanti. Kalau lebat sangat daun, takut pula rumpun jadi lembab. jadi perumah kepada musuh2 tanaman. Jadi sarang tikus dan ular. kekerepan pangkasan dibuat 2 kali semusim. Pertama ketika tanaman berumur 3 bln, kedua ketika hendak dituai bagi memudahkan penuaian. Pangkasan dibuat 11/2 kaki - 2 kaki dari paras tanah.

3. Kawalan rumpai? Apakah cara yang paling praktikal? Kekerapan nya pula bagaimana?

- Ada 2 cara, Pertama mesin rumput, kedua meracun. Meracun adalah lebih praktikal. Racun yang digunakan ialah Basta. (bukan sembarangan Basta, gunakan Basta khas utk tanaman padi). Untuk menjimatkan kos, Racun Diuron atau Gesaprim juga boleh digunakan. Serai tidak akan mati kalau digunakan racun2 ini. Kekerapan merumpai bergantung kepada keperluan. Agak2 dak panjang sgt rumput 2, meracunlah. Biasanya dibuat 2-3 kali semusim.

4. Bagaimana dengan racun perosak? Perlukah?

- tak perlu racun perosak. Buat tambah kos. Pengurusan ladang yang betul, penjagaan plot yang bersih, sudah cukup menghindari perosak. Amalkan Amalan Baik Pertanian!!!

E) Tuaian

1. Berapakah umur tanaman yang sesuai untuk dituai?

- 6 bulan keatas. Biasanya 6 bulan. Jadi dalam setahun boleh dapat 2 pusingan.

2. Berapakah jumlah tenaga kerja yang diperlukan untuk menuai seekar plot dalam sehari? Berapa pula kosnya? Wajarkah?

- Sebenarnya jumlah dituai sehari bergantung kepada pasaran yang anda perolehi. Kalau seekar bermakna anda menuai sehingga 16 tan serai sehari (minimum hasil). Kos tuaian mungkin boleh dicapai sehingga RM2000 sehari. Seorang maksimum boleh keluarkan 200kg sehari, maka anda mungkin perlukan sehingga 80 orang pekerja untuk menuai 16 tan serai sehari. jika upah sehari seorang pekerja adalah RM25 maka kos menuai adalah sebanyak RM2000. Kewajaran mengusahakan tuaian begini bergantunglah pada anda dan pasaran anda. Mungkin nak cepat tanam semula tak pastilah saya. Fikirkanlah.
* Ikutkan secara realiti, untuk mengeluarkan sehari 200kg pun perlukan sekurang2nya 3 orang pekerja. (kalau serai nak dibersihkan untuk pasaran pasar tani.) kalau jual untuk pengeluaran minyak serai, lainlah pula halnya. x payah nak bersihkan. cerai2kan shj dan dibersihkan.

3. Berapakah purata seseorang boleh menuai & membersihkan serai sehari? (kg)

- Ikut lumrah manusia biasa 100kg maksimum. Kalau mcm robot lainlah. Itupun bergantung kepada spesifikasi pasaran.

4. Perlukah membuat penggredan? Bagaimana dengan serai yang kecil? Bolehkah digunakan sebagai benih kembali?

- Tak perlu penggredan. agak2 sahaja. kalau kecil, buatkan benih. kalau untuk pemprosesan menjadi serbuk atau minyak, kecil atau besar semua boleh dipakai.

5. Selepas tuaian, bolehkah tapak asal terus ditanam semula? Perlukah diulang prosedur asal awal penanaman?

- Boleh. ambil jarak sekaki dari poin asal. Cuma kali ni mungkin perlu ditugal atau dicangkul. Ditakuti tanah sudah keras dan padat. kalau nak, cuma perlu merotor sahaja. selepas 2 musim berlalu, barulah diulang prosedur bulan pertama.

F) Pemasaran

1. Bagaimanakah cara dipasarkan?

- serai boleh dipasarkan untuk 4 cara.
i) penghasilan benih (penjualan benih)
ii) dipasarkan ke pasar2/kedai2 tomyam. (bidang peruncitan)
iii) Untuk pemprosessan. Dijual terus kekilang pemprosesan untuk dijadikan serbuk. (cthnya ADABI)
iv) Untuk pengekstrakan minyak

2. Kontrak Farming, Baguskah? Sesuaikah saya menceburkan diri dalam pertanian kontrak?

- Terpulang kepada anda untuk memilih. Jika anda memilih untuk harga yang tinggi, pasarkanlah sendiri. Kontrak farming ni ada terma2 dan syarat2 yang perlu dipatuhi. Memang benar pasaran terjamin. Tetapi awas, berhti2lah memilih syarikat yang menawarkan kontrak farming. Ada yang telah tertipu dengan mereka ini. Buatlah kajian serta pengiraan kos serta anggaran kasar pendapatan dahulu. Buat perbandingan antara kontrak farming atau usahakan sendiri. Selebihnya terpulanglah kepada anda untuk memilih.


Adalah diharapkan rakan2 dapat maklumat sedikit sebanyak daripada Q&A mengenai serai ini. Bab2 pengiraan hasil hanyalah berdasarkan anggran. Ketepatan atau kejituan keputusan masih boleh dipertikaikan. Jikalau ada sebarang soalan tambahan, silalah usulkan diruang komen/ulasan. Sama2lah kita majukan diri kita demi keluarga, bangsa & agama. Disebalik kekurangan serta penyampaian post kali ini, ampunkan lah saya.


Khamis, Jun 28, 2007

Serai oh serai

Kebelakangan ini banyak pertanyaan mengenai projek tanaman serai aku terima melalui e-mail...kalau nak diikutkan, aku bukan lah pakar sangat dalam projek serai nih....tapi untuk tidak menghampakan rakan2 yang baru nak berkecimpung dalam bidang pertanian ni maka aku bagilah juga sedikit banyak tunjuk ajar secara percuma. Aku berharap ilmu yang aku sampaikan tu dapatlah dikongsi bersama2 rakan lain. Namun kadangkala penat juga kalau selalu2 sangat asyik nak hantar email kepada rakan2 baru. Lagipun kebelakangan agak sibuk sikit menguruskan kebun, jadi kadangkala email pun x sempat nak dibuka...Jadi untuk mempermudahkan rakan2 semua ataupun yang berminat...disini aku berilah sedikit info yg mungkin berguna bagi mereka yang ingin membuat projek penanaman serai ni.


SERAI MAKAN
Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI WANGI
Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat dan Kegunaan
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri... Caryophyllene & citronellol
Projek Tanaman Serai

Ok....info diatas tu cuma asas tanaman yang perlu diketahui. Semua sumber tersebut boleh didapati dari website MARDI atau pun Jabatan pertanian. Berbalik kepada projek...Untuk membuat projek tanaman serai ni (sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah. Maksud nya mudah....anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).
Perkara asas sebelum memulakan projek..!!
  1. Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
  2. Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah...seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat...cuma nak rajin bertanya...jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu...tanya terus pada pengusaha kedai.... Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau 'supply' tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran...bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah 'last minute' FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
  3. Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup...cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak... setiap 1-2 bulan, anda akan menuai....taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu... tak ada salahnya.
  4. Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)... antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai...jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%).
  5. Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar.... untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja...itupun semusim! Betul...percayalah.... Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun...yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo....tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).
  6. Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa...boleh... serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh...tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)....Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun 'part-time' la!

Info lagi mengenai projek....Nak mula projek!!

Serai makan

Ikut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.

1. Serai paha ayam
2. Serai kampung

Kalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.

Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)

Penyediaan kawasan.
Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh...antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh...(kalau modal tak besar)

Buat lining.
Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)
Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)
Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang!


Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung


tanaman serai antara mangga (baru dipangkas daun dengan mesen rumput)

Menanam
Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,

Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.
Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.
Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.


penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)

PENJAGAAN

Pembajaan

Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.
Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpai

Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.

Kawalan perosak

Serai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)

Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.

*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.


MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.

Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.
Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.

KOS

Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.

  1. Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa)
  2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
  3. Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
  4. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.
  5. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.

Cash Flow Serai...click dibwh...
http://spreadsheets.google.com/pub?key=pCSQljaWo62g2SeRaSLmhHQ&output=html

Itulah serba sedikit yang saya dapat bantu pada rakan2 yang nak mencuba projek serai ini.

 

blogger templates | Make Money Online