Isnin, Mei 22, 2006

Kerana mendapat keputusan yang baik dalam Peperiksaan Penilaian Darjah 5 (ketika itu)......Aku ditawarkan untuk meneruskan pelajaran ku di sekolah berasrama penuh di Sekolah Tuanku Jaafar, Kuala Pilah. Aku memang gembira betul.....tapi dalam hati.....risau pun ada...yalah mana taknya.......orang asyik cerita kes-kes buli dan ragging kat sekolah asrama. tapi tak kisahlah.....takkan kena ragging sampai mati kot!? Maka pada Jan 1986 bermulalah hidupku di asrama. Pada mulanya prestasi pelajaran aku dikelas agak kurang memberangsangkan......mungkin semua yang masuk ke sekolah ni memang bijak2 belaka. Yalah...bukan semua orang dapat masuk asrama penuh kan.....?! Sepanjang 2 tahun pertama di sekolah, aku selalu dapat tempat corot dikelas......tapi tak kisahlah.....aku kena study lagi kuatlah jawabnya. Di STJ ni aku berkenalan dengan sorang kawan, agak kamcing jugaklah....Zaizul namanya.......bukannya apa......sama kepala......minat kami sama.....suka benda2 teknikal ni......ada masa terluang sahaja....mesti aku lepak dengannya bincang pasal kartunlah, komiklah dan banding-membanding lukisan. Si Zaizul ni lagi dahsyat imaginasinya....sampai dia boleh buat komik robot sendiri (ala-ala Transformers gitu) tapi taklah sampai dipublishkan. Publish untuk kawan2 je.

Dipendekkan cerita, masuk tingkatan 4 barulah cabaran sebenar bermula.......Aku didedahkan dengan Kimia, Fizik, Biologi dan Matematik Tambahan......Kalau tak sebelum ni Matematik Moden...dan Sains Paduan. Aku cukup teruja dengan subjek fizik.....Guru yang mengajar pun best. Subjek-subjek sains tu semuanya best......(cuma Kimia aje yang selalu memeningkan kepala aku sikit). Masa tu aku confirm dah........Aku nak jadi Engineer nanti. (terlalu yakin sampai cita-cita dalam majalah sekolah pun aku tulis nak jadi engineer.)

Namun panas tak sampai kepetang........ Dalam SPM apa yang aku target tak menjadi.......dapat pangkat 1 tapi agak kureng skit......Fizik ingatkan boleh dapat A tapi dapat C3 je......ini kes overconfident le ni......Macammana nak jadi engineer nih......Add-math pulak tu F9!!!! Tulah....masa buat homework asyik2 copy orang lain punya aje......ha...kan dah kena! Subjek lain tu kira ok juga lah. tapi yang buat slack tu add-mathlah. Camno nak jadi Jurutera ni.......??? Aku agak frust dengan result SPM yang aku terima. Itulah......aku pun tak tahu apa nak cakap......nak kata tak study.......aku study............tak cukup serious kot???

2 Comments:

  1. aRethan'el said...
    Halamak... namo pak cik naik plak! Wei! Den nyo drawings cikai jo wei!
    Nixon nyer lagi cool. Eko tu pon bukan calang2 gak! Yang rajin buek komik2 ni dulu was Azsean jer. Den buek manjang tak jadi. Tah kemano tah buku tu.
    Aszlance said...
    Woi - kuat gak ingatan korang ye.
    komik aku dulu mana ha?
    korang ingat lagi Bob tak?
    Ala budak yang sakit jantung tu...
    yang kantoi cilok duit kengkawan.
    dia minat gak lukis komik tu - selalu belajar ngan aku camane nak lukis komik - tapi bakat dia kurang sikit walaupun minat ada. tapi kalau dia pegi Lim Kok Wing - mesti power tu.

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online