Selasa, November 25, 2008
Salam kepada semua pengunjung HSP,
Sudah lama tak updatekan sesuatu untuk tatapan bloggers semua, agak sibuk kebelakangan ni. gambar2 terbaharu (dah tak baharu dah..hehehe) kursus tempoh hari pun belum upload lagi... namun kesempatan yang ada kali ni, nak postkan gambar2 tentang masalah pembajaan tanaman serai. Gambar2 ini adalah diterima daripada kiriman email seorang rakan di utara tanahair tentang krisis yang beliau hadapi tentang tanaman serai beliau. Beliau mengizinkan saya memanjangkan masalah ini kedalam blog agar menjadi rujukan rakan2 'penyerai' lain. Terima kasih saya ucapkan kepada beliau.
Berikut adalah email daripada beliau. (nama & lokasi projek dirahsiakan)
Salam PakTani.
lanjutan daripada sesi perbualan telefon semalam.
untuk makluman, serai dh berusia 2 bulan 1 minggu, pembajaan pertama (usia1 bulan) menggunakan baja organik dari thailand diperolehi melalui koperasi dinamik (kopedik), pembajaan di tengah rumpun ( 4 batang serumpun - seperti tanaman sistem piramid cuma bezanya condong keluar).
masalahnya daun serai menjadi coklat di hujung daun (seperti gambar di laman web pak tani) dan ada yang mati. ini terjadi 90% daripada tanaman seluas 2 ekar.
bersama ini disertakan sebahagian gambar-gambar menunjukkan pokok-pokok serai terbabit. (maaf kualiti gambar kurang baik - saya akan email gambar yang lebih baik esok. InsyaAllah).
soalannya bagaimana untuk mengatasi masalah ini. adakah serai akan mati.
maklumbalas dari pihak pak tani amat di harapkan.
sekian, terima kasih.
Salam Zawawi,
Terima kasih kerana mengirim gambar2 tu. Hmmmmmmm... Teruk juga ni. Ok, Sebenarnya semuanya tu disebabkan oleh baja. Teknik membaja yang kurang tepat. Saya lihat drpd gambar2 yg dikirim, baja ditabur terlalu rapat dgn rumpun. Ini menyebabkan daun serta rumpun melecur terkena baja yang panas. Ditambah lagi dengan keadaan hujan, titisan hujan yg turun memercikkan butiran baja keatas daun. Sebaiknya sdra, jauhkan lagi pembajaan dr rumpun atau seeloknya, kurangkan lagi dos baja. Macam banyak sgt je tu...Kalaulah baja tu bertulis rumi, mungkin saya phm kandungannya, nyata ini bukan baja organik sembarangan, nmpk butiran tu mcm NPK juga... Ok, mcm nilah, lepas ini jgn ditabur baja ditengah rumpun lagi, buat disebelah luar, jarakkan 6-7 inci (lebih baik 1 kaki) dr perdu. Memadai sesudu teh shj kerana baja ni mmg panas. Nak lgi cantik, tanam. (tp kerja bertambah pula). Nak suruh stop guna baja tu rugi, psl dah beli, boleh guna, tp kurangkan skit jumlah dosnya ya.
Rumpun yg mati tu perhatikan dahulu, mungkin ada yang terselamat. (walaupun kering, kdg2 teras dalam masih hijau.) kalau dlm 2 minggu tak naik hijau, maknanya kena sulam kembalilah tu.
Anai2 datang kerana daun2 serai yg mereput. Ia mkn reputan shj. Yg hidup tak diusik. Kalau nak bunuh pun boleh, sembur dengan Malathion shj. Kalau boleh, baja yg berlebihan tu ditarik keluar dr rumpun, takut makin bertambah pula yg mati. Kesian sdra, Kopedik tak bagi tunjuk ajar ke? Hmmmm...
Saya rasa itu shj kut. masalah cuma pada teknik pembajaan. Tak Apa, kita belajar. Klau ada kemusykilan lagi, sudilah kiranya sdra mengirim email lagi ya. Oh ya, minta izin utk gunakan gambar2 sdra utk dimasukkan kedalam blog saya nanti. terima Kasih.
Sekian, Wasallam.
Rupanya kami juga mengalami masalah yang sama. Selama ini kami sangkakan daun tu melecur sebab serai yg kami tanam tu atas bukit, dan kawasan dia agak cepat panas walaupun selepas hujan.
Kami gunakan baja kompos yg ikut syarikat CF kami dibeli dari Terengganu/N.Sembilan, ingat-ingat lupa.
Kami diajar untuk letak baja dirumpun. Tak sangka plak itu jd penyebab daun serai rosak.
Terima kasih sebab berkongsi info ini.