Sabtu, Ogos 25, 2007

Salam semua bloggers!!

Aduhhh...dah hampir setahun 3 bulan aku mula 'blogging' tak pernah pulak kena tag nih... aku sendiri pun tak tahu apa maksudnye.... tp sebenarnye macam 'aci ligan' (kata org utara) atau pun main kejar2 la...kikiki. Apapun terima kasih NagaMadu pasal aku dah jadi mangsa ko...kikikiki... kali pertama kena nih......

Soalan Pesta tag Merdeka dr NagaMadu yang dipanjangkan oleh rakan bloggers sebelumnya.....Kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Hemmmmm.... Nasib baik soalan Bab Kemerdekaan..... Kebetulan, memang niat nak 'post'kan sesuatu sempena menyambut Ulangtahun ke 50 kemerdekaan negara kita tercinta Malaysia .



Kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
Sudah 34 tahun aku dilahirkan kebumi bertuah Malaysia ini, jadi dah 34 tahun aku merayakan kemerdekaan Malaysia dan selama 34 tahun aku dilahirkan, pelbagai memori indah, suka duka kulalui dibumi Malaysia ini. Dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang, Satu kemudahan prasarana penting diberikan kepada rakyat terima kasih kepada kerajaan pemerintah yang prihatin tentang soal kesihatan sosial. Kalau dikaji tentang aspek kesihatan yang disumbangkan, amatlah tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan negara2 membangun lain.

Kebetulan, minggu lepas aku ada melawat kebun rakan aku berbangsa Tiong Hua di Port Dickson yang ku panggil Toke Yap. Kemudian datanglah seorang pekerja asing dari negara jiran terdekat kita Indonesia dari ladang ayam berhampiran. Macam2 yang dibualkan sehingga timbul isu kesihatan (kemudahan Hospital). Kalau nak dibandingkan, kalaulah kita sakit atau demam, berapakah harga yang perlu dibayar oleh kita Rakyat Malaysia untuk menerima khidmat kesihatan dari Hospital2 kerajaan bagi pesakit luar? RM1 bukan.... tetapi ubat2 yang dibekalkan...adakah bernilai RM1 dipasaran ataupun difarmasi2 luar? Kalau demam sudah tentu lah ubat KK tu yang berlambak dibekalkan... (Paracetamol atau pun Panadol je) kalau beli di kedai atau farmasi tentulah dah RM 2 sepapan bukan.... Itu belum ditambah ubat batuk, selsema dan lain2 lagi. Namun berapa ramaikah diantara kita yang bersyukur?? Terlalu sedikit.... Yang sering didengar, rungutan...Biasalah..Lambatlah, tak mesralah... Cuba kita buang yang negatif tu dan ambil yg positif.... Berbaloikah RM1 untuk semua ubat2 tu? Lainlah kalau berkemampuan untuk ke hospital swasta.... Di Indonesia, doktor hanya memberikan preskripsi ubat sahaja kepada pesakit, ubatnya? Beli sendiri di farmasi di luar. Kalau mampu, Alhamdulillah, kalau tidak? Tak tahulah di negara lain macammana. Bagaimana pula perkhidmatan lain di hospital kerajaan seperti klinik ibu mengandung, program imunisasi dan banyak lagi.... cuba kira... berapa banyak yang perlu kita bayar untuk semua tu jika dinegara lain ataupun hospital swasta? Masih tak bersyukur dan berbangga?

Pabila umurku 6 tahun, aku ketadika, semuanya percuma... (dalam kem askar) kerana ayahku seorang tentera. Tapi sekarang, ada tabika KEMAS, semuanya itu untuk siapa? Tentulah untuk generasi anak merdeka!! Umur 7 tahun aku masuk sekolah rendah, yurannya aku tak ingat berapa, tapi Alhamdulillah, amat sedikit. Pendidikan rakyat tak diabaikan.... siap ada program2 makanan tambahan, susu bantuan, Haaaa...pinjaman buku teks.... Apalagi? Aku amat bersyukur sangat dilahirkan dibumi Malaysia ini....... Masuk Tingkatan satu, oleh kerana Peperiksaan Darjah 5 (ketika itu) aku dapat keputusan cemerlang, aku ditawarkan tempat kesekolah asrama penuh. Skolah asrama bantuan penuh kerajaan. Yurannya? Amatlah sedikit (tak ingatlah...tp x sampai beratus2 pun), makan semua cukup, 6 kali sehari, pendidikan terbaik, suasana belajar terbaik dan selesa, siap ada bantuan biasiswa lagi, Biasiswa Kecil Persekutuan 2... RM300, siapa nak bagi? Tak tahulah sekarang. Berapakah nilai pendidikan yang diterima itu kalau dinilai dengan wang ringgit? Fikir-fikirkanlah. Sekarang, semua sekolah lengkap dengan makmal komputer, pendidikan dan prasarana taraf dunia, namun amat menyedihkan sikap segelintir generasi muda yang belajar didalamnya... semua kemudahan telah tersedia, namun jiwa mereka... hanya untuk bersuka2..... Sedih...amat menyedihkan... Bayangkan kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh rakyat negara lain..... Janganlah leka adik2 ku..... Kelak Malaysia tercinta ini kepunyaan mu.... Cukuplah bab pendidikan...tak payahlah aku masukkan pendidikan tahap Universiti.... Memadai pendidikan tahap rendah untuk renungan bersama.... masih tidak bersyukur lagi?

Soal keselamatan, tak payah ceritalah.... Negara kita ini aman, bukannya berperang, nak keluar kemana2 pun boleh, tiada perintah berkurung pun. Nak ke sekolah, kemasjid ke tempat kerja, semuanya selamat. Tak perlu risau bom sana, bom sini, tak perlu khuatir peluru sesat ke kaki kudung kena jerangkap samar ke.... Terima kasih kepada anggota keselamatan kita, baik polis mau pun tentera. Cuma kadangkala kita kena berhati2 dengan peningkatan kadar jenayah negara kita. Biasalah, mana2 didunia ni, mesti ada peningkatan kadar jenayah. Di Amerika Syarikat, negara bebas kononnya.... kadar jenayah? Amat tinggi bagi sebuah negara yang maju, bertindak sebagai polis dunia kononnya... Dalam negara sendiri? Rakyat terbiar, merempat dijalanan, tembak menembak dalam sekolah, Racism (heboh dengan isu2 perkauman negara luar), Dalam petikan Majalah Mastika keluaran September 2007, Setiap 23 minit, satu pembunuhan akan berlaku di Amerika Syarikat, Ini bermakna 22,852 kes bunuh berlaku setiap tahun di negara itu. Bandingkan negara kita....Jauh berbeza. Terima kasih kepada anggota keselamatan kita.

Lihatlah kemakmuran dan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita hinggakan berduyun2 tenaga buruh asing membanjiri negara kita. Cuba bayangkan jikalau setiap jenis pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia ini, diisi oleh rakyat kita sendiri... sudah tentu tak ada peluang langsung kepada buruh2 luar nak cari makan disini. Rakyat kita je memilih. Kalau dibandingkan hasil kekayaan bumi Malaysia ini dengan Indonesia. Tentulah Indonesia lebih kaya dari kita. Dari hasil perut bumi, kekayaan hutan keindahan flora fauna...memang kita jauh ketinggalan. Namun suasana sosio-ekonomi serta keadaan politik yang kucar kacir menyebabkan Indonesia agak ketinggalan. Jikalau tidak, kenapa rakyatnya bertandang kesini? Tiadakah peluang pekerjaan yang baik disana? Dalam sesi perbualan antara aku, Toke Yap dan Giman (pekerja ladang ayam diatas), Giman bercerita, untuk memastikan peluang untuk sesi temuduga di sesebuah kilang di Indonesia, kita perlu merasuah pak guard dan staff dalam dulu baru dapat peluang ditemuduga...itupun belum tentu dapat kerja. Kita? Setakat jumpa YB nak mintak 'rekomen' pun tak de masalah. Bab2 kabel tu biasalah....kalau susah sangat nak dapat, banyak kerja lain lagi, cuma usahalah lebih sikit... jgn cepat putus asa dan jangan terlalu memilih. Bayangkan kedudukan kita ditempat seseorang dinegara lain.... Agaknya kita terlalu selesa dengan hidup dinegara sendiri sehingga alpa....

Setelah 50 tahun kita merdeka, marilah kita berusaha dengan lebih gigih lagi demi Malaysia merdeka, bangsa merdeka, generasi akan datang yang turut merdeka. Mari kita teruskan perjuangan memelihara kemerdekaan ini, perbaiki segala kelemahan2 kita, marilah kita menyumbang kembali kepada negara yang telah banyak berjasa kepada kita sebelum ini. Kekalkanlah kemakmuran Malaysia demi untuk seribu tahun lagi. InsyaAllah.


Aku amat-amat bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia, aku tabik pada pejuang2 negara yang bertungkus lumus memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan sehingga kini. Banyak kemajuan yang dikecapi kini hasil titik peluh dan pengorbanan mereka yang terdahulu. Kalau dahulu negara kita ini tak diketahui sangat oleh negara luar, yang orang luar tahu, Singapura. Kini sebut sahaja Malaysia, kita gah dimata dunia. Ingatlah jasa pejuang2 negara, hargailah negara kita. Peliharalah kemerdekaan ini.



Selamat ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Kearah Malaysiaku yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang.











Bersediakah rakan yang lain untuk penyertaan Pesta Tag Merdeka 50? Tag ini aku serahkan pula kepada 5 bloggers yang lain dan bertanyakan soalan berkenaan kenapa mereka berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.

Peraturannya yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :
1) Anda perlu tag 5 orang bloggers yang berkenan di hati

2) Pastikan anda postkan jawapan anda diblog anda utk tatapan semua.

Bersiap sedialah 5 mereka yang bertuah dibawah.......

1) Fatisha dari blog Siswazah Tani - http://siswazah-tani.blogspot.com/

2) Kak Wish dari blog Usaha Tani - http://anr-usahatani.blogspot.com/

3) Ummu Fatimah dari blog Nota Pinggiran - http://nota-pinggiran.blogspot.com/

4) Mat Gong (orang jauh diperantauan) dr blog - http://stj1990.blogspot.com/

5) Lanni dari blog - http://xbohr90.blogspot.com/

Hmmm...Ape pulak yang akan ditulis mereka tentang tag kemerdekaan ni nanti ya.....

'Be sporting' ok?

Sekian, Wasallam.

Isnin, Ogos 13, 2007

Terima kasih pada rakan2 semua yang telah sudi melawat ke kebun aku yang tak seberapa ini.... Harap maaf jika ada kekurangan atau ketidak selesaan disepanjang lawatan anda.... InsyaAllah kalau ada rezki, mungkin kita akan bertemu lagi di kebun ku dalam suasana yang lebih baik. Terima kasih semua....

Tq, tq, tq.......Toce, toce, toce



<>Cool Slideshows!

Ahad, Ogos 12, 2007

Dah lama tak update blog.... Kepada rakan2 yang sudi melawat blog ni... terima kasih saya ucapkan. Tak sangka sambutannya hangat selepas "serai oh serai" dipaparkan. Terima kasih atas komen2 anda semua. Aku pun tak tau apa nak isi dalam blog ni... dah tak reti nak menulis.. byk sgt info nk bagi, cuma tiada kesempatan masa terluang utk blog ni dan dah tak reti nak menyusun kata...kikiki. Itulah asik selalu cakap dengan pokok.....Kikiki. Kali ni tak banyak yang dapat ku tulis..biarlah gambar2 sahaja yang menceritakan segalanya.....

Bab bercakap dengan pokok ni memang ada kebenarannya....Tak percaya, bila masuk kebun ke ladang ke, bagilah salam dulu, kalau berjalan sebelah pokok atau tanaman tu, borak2 lah dengan pokok2 tu.. Pokok kita tu akan lebih ceria dan akan mengeluarkan hasil yang lebih...InsyaAllah. Cubalah.

Jangankan pokok....kalau dgn binatang pun boley... contohnya monyet2 yang selalu buat 'onar' dikebun... jgn dimaki dimarah diorang tu....'slow talk', cakap elok2.... "wahai makhluk Allah sekelian, kalau lapar, ambillah sedikit hasil kebun ku ini, ambillah dari 2- 3 pokok sahaja, makanlah sehingga kenyang, janganlah dibazirkan dengan merosakkan buah2 yang lain..." InsyAllah... selepas itu, serangan akan berkurangan....Silap2 monyet2 tu tak masuk langsung. Percayalah..... Cubalah......

Sepanjang musim ni, biasalah, dugaan tu memang banyak, lembu masuk, monyet 'melawat', hujan, banjir sekejap, mesin rosak, tetapi itu lumrah biasa bagi petani, Kalau bergiat dalam pertanian ni, banyak cabarannya, Bagi aku, pertanian ni menguji tahap kesabaran yang tertinggi.... hihihi. InsyaAllah, Allah tidak akan mempersia-siakan hambaNya yang bersabar.

Alhamdulillah, dapat juga merasa hasil utk musim ini....



Memberi hormon kultar (paclobutrazol - flower inducing agent) pada pokok2 plot 2 -
Sengaja buat bulan Mei... Nak target pengeluaran buah utk bulan Ramadhan. InsyaAllah..

Serangan monyet... 3 baldi penuh putik mangga. Berlaku bulan Mei lepas..
Tetapi selepas 'slow talk' dgn monyet2 tu...Alhamdulillah.
Tiada lagi serangan selepas tu. Hmmm..agaknye 3 baldi tu kalau
dpt dituai nanti, berapa kilo dapat ye??? hehehe.. Tak apalah...
Kesian... Kelaparan monyet2 tu rupanya.......

Buah gred A - kulit bersih licin


Memetik & mengumpul buah matang & masak




Mencuci buah utk menghilangkan koya dan kulat2 yg boleh merosakkan buah ketika pemeraman

Buah yang sudah dicuci & sedang dikeringkan sebelum di gred dan siperam dalam kotak


kaedah pemeraman biasa menggunakan kotak


kegunaan baru peti ais terbuang- kotak peram buah matang...kikiki
Tetapi akhirnya idea ini aku buang... Buah lambat masak dan mudah berpeluh


2 saiz yg berbeza...
kiri- Buah gred A yg normal (350-400g)
kanan- Buah saiz super (1kg)

Sedap tu....


Perangkap lalat buah- plastik kuning bergam & botol perangkap

lalat buah yg melekat pada perangkap plastik kuning

Aktiviti rutin... Meracun serangga & Kulat menggunakan power sprayer



Hmmm...pakaian dah lengkap...tetapi mana sarung tangan getah??


Bunga baru...Dari plot 2 - hasil pemberian hormon kultar pada pokok bulan Mei lepas

Putik & Buah baru plot 2- InsyaAllah penghujung bulan Ramadhan akan keluar
Beraya dengan buah mangga la jawabnye...


Bunga & Putik Kedondong... Bln puasa dah boleh dipetik ni...

Jumaat, Jun 29, 2007

TANDA KEKURANGAN BAJA PADA TANAMAN

NUTRIEN

TANDA KEKURANGAN

Nitrogen (N)

Daun menjadi kuning, khususnya daun tua tidak berlaku keseluruhan. Urat-urat daun juga menjadi kuning.

Fosforus (P)

Saiz daun lebih kecil.

Kalium (K)

Tanda mula-mula kelihatan pada daun yang tua. Ciri-ciri kekuningan pada hujung daun dan merebak ke tepi daun.

Seterusnya kawasan kekuningan menjadi nekrosis dan berwarna perang.

Kalsium (Ca)

Kebantutan pokok yang teruk, daun kecil dengan nekrosis pada hujung daun muda dan daun tua.

Magnesium (Mg)

Kekuningan pada daun tua bermula daripada kawasan interkosta berhampiran urat daun dan merebak ke bahagian

tepi. Urat-urat daun masih kekal hijau. Daun-daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat akan luruh.

Sulfur (S)

Tanda mula-mula kelihatan pada daun muda yang kekal kecil dan bertukar warna menjadi kuning, sementara

urat daun masih kekal hijau. Daun-daun yang terlibat menjadi cembung di bahagian permukaan atas.

Ferum (Fe)

Daun yang muda mengalami klorosis dengan urat-urat daun masih kekal hijau dan menjadi lebih jelas.

Mangan (Mn)

Pokok menjadi bantut, daun-daun tua mengalami klorosis dan menjadi kuning sementara urat-urat daun masih

kelihatan hijau.

Kuprum (Cu)

Pucuk daun menjadi kerekot dengan perubahan warna perang di bahagian tepi, diikuti dengan mati rosot pucuk

terminal. Seterusnya terdapat proliferasi pucuk lateral yang juga mudah diserang mati rosot.

Khamis, Jun 28, 2007

Serai oh serai

Kebelakangan ini banyak pertanyaan mengenai projek tanaman serai aku terima melalui e-mail...kalau nak diikutkan, aku bukan lah pakar sangat dalam projek serai nih....tapi untuk tidak menghampakan rakan2 yang baru nak berkecimpung dalam bidang pertanian ni maka aku bagilah juga sedikit banyak tunjuk ajar secara percuma. Aku berharap ilmu yang aku sampaikan tu dapatlah dikongsi bersama2 rakan lain. Namun kadangkala penat juga kalau selalu2 sangat asyik nak hantar email kepada rakan2 baru. Lagipun kebelakangan agak sibuk sikit menguruskan kebun, jadi kadangkala email pun x sempat nak dibuka...Jadi untuk mempermudahkan rakan2 semua ataupun yang berminat...disini aku berilah sedikit info yg mungkin berguna bagi mereka yang ingin membuat projek penanaman serai ni.


SERAI MAKAN
Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI WANGI
Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat dan Kegunaan
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri... Caryophyllene & citronellol
Projek Tanaman Serai

Ok....info diatas tu cuma asas tanaman yang perlu diketahui. Semua sumber tersebut boleh didapati dari website MARDI atau pun Jabatan pertanian. Berbalik kepada projek...Untuk membuat projek tanaman serai ni (sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah. Maksud nya mudah....anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).
Perkara asas sebelum memulakan projek..!!
  1. Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
  2. Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah...seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat...cuma nak rajin bertanya...jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu...tanya terus pada pengusaha kedai.... Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau 'supply' tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran...bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah 'last minute' FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
  3. Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup...cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak... setiap 1-2 bulan, anda akan menuai....taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu... tak ada salahnya.
  4. Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)... antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai...jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%).
  5. Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar.... untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja...itupun semusim! Betul...percayalah.... Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun...yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo....tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).
  6. Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa...boleh... serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh...tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)....Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun 'part-time' la!

Info lagi mengenai projek....Nak mula projek!!

Serai makan

Ikut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.

1. Serai paha ayam
2. Serai kampung

Kalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.

Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)

Penyediaan kawasan.
Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh...antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh...(kalau modal tak besar)

Buat lining.
Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)
Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)
Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang!


Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung


tanaman serai antara mangga (baru dipangkas daun dengan mesen rumput)

Menanam
Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,

Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.
Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.
Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.


penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)

PENJAGAAN

Pembajaan

Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.
Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpai

Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.

Kawalan perosak

Serai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)

Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.

*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.


MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.

Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.
Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.

KOS

Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.

  1. Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa)
  2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
  3. Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
  4. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.
  5. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.

Cash Flow Serai...click dibwh...
http://spreadsheets.google.com/pub?key=pCSQljaWo62g2SeRaSLmhHQ&output=html

Itulah serba sedikit yang saya dapat bantu pada rakan2 yang nak mencuba projek serai ini.

 

blogger templates | Make Money Online