Khamis, Mac 13, 2008

Alhamdulillah, tiada sebarang kerosakan pada traktor selepas insiden masuk parit. Selang 2 hari berikutnya, Anuar masuk dan me'rotor' atau menggemburkan batas yang sudah dibajak sebelum ini. Selepas siap rotor nanti, bolehlah dibuat lining untuk menanam serai nanti. Insyaallah...


Bongkah-bongkah tanah yang besar sebelum dipecahkan, digembur

'Implement'/alat : menggembur/pemecah tanah/ rotovator

Hasil setelah di'rotor', kalau mahukan tekstur tanah yang lebih halus, eloklah di'rotor 2 kali dengan kelajuan traktor yang minimum.

Tengah leka meracun di kebun, aku terima panggilan, traktor yang aku tunggu untuk menggembur tanah di kebun masuk parit! Rakan aku yang memandu traktor Jab.Pertanian minta bantuan aku untuk keluarkannya. Kalau tak bantu, alamat lambat lah aku nak siapkan batas aku nanti. Nasib baik lokasi kejadian tak jauh dari kebun, di kampung sebelah je.

Sampai je di tempat kejadian, member aku tengah duduk termenung, tuan punya projek entah hilang kemana, buat tak tau je. Apelah perangai orang ni, ingat dia bayar dia boleh buat suka hati? Tolonglah carikan JCB ke traktor lain untuk tolong tarik traktor tu keluar dari parit. Si Anuar (pemandu traktor Jab. Pert.) cakap, kawasan tu tak boleh masuk, jalan kecik dan licin, (akibat hujan malam sebelumnya) tapi degil, alasannya sebelum ni traktor PPK pun ikut jalan tu juga. Senang je cakap. baru dalam 20 kaki berjalan, tebing parit runtuh, tayar sebelah kanan dah jatuh dalam parit. Bila aku tanya si Anuar mane perginya tuan kebun, dia jawab entah, dah lama hilang, tolong pun tidak... apalah manusia ni. Aku cuba juga bawa keluar traktor tu dengan semua skil yang aku ada, tapi tayar traktor tu dah 2/3 terbenam dalam lumpur, licin pulak tu, lagipun 'implement' (mesin rotor) traktor tu merumitkan lagi keadaan. dekat sejam mencuba namun tak juga berjaya, aku pun bawaklah si Anuar pergi merayau2 cari traktor lain atau JCB untuk tolong tarik keluar.
Singgahlah sekejap di kebun mangga member aku, tapi dia tak ada pulak, ke Indonesia menguruskan hal pengambilan pekerja disana. Tapi sempat telefon dia untuk pinjam traktor. dapat lah pakai sekejap, tapi sebab traktor yang menarik tu kuasa kuda nya kecil dan hanya 2wd, kami gagal lagi. JCB tak de pula lalu lalang hari ni, kalau tak, bolehla mintak tolong. Dekat pukul 6.30 petang baru aku dapat JCB. itu pun pergi kerumah kontraktor di Astana Raja. kebetulan JCBnya baru pulang dari kerja. Dengan wang upah RM150, traktor Jab.Pertanian tu dapat dikeluarkan. Masa tu barulah nampak batang hidung tuan punya kebun. Happaraaa!!! Tapi padan muka dia, dia kene extra-charge RM200 dan paip pengairan dia rosak kerana dilenyek JCB.


Moral of the story:

1. Kalau nak wat projek, pastikan ada jarak selesa di tapak projek untuk memudahkan jentera masuk dan membuat kerja. Nak maksimumkan penggunaan tanah pun biarlah kena pada tempatnya. Tandakan kawasan2 bahaya supaya tidak memudaratkan sesiapapun.

2. Sebagai tuan punya projek, cubalah bersikap professional dan lebih bertanggungjawab. Jangan anggap kita dah bayar upah, kita boleh buat tak tahu atau lepas tangan. Hubungan jangka panjang antara yang terbabit penting. Kita bukan nak pakai traktor tu sekali je sepanjang projek. Silap2 lepas ni traktor Jab. Pertanian tak nak masuk dah!!

 

blogger templates | Make Money Online