Sabtu, Ogos 22, 2009


Assalamualaikum saudara-saudaraku sekelian,

Selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang ditunggu2 serta selamat mengerjakan ibadah berpuasa!

Oleh itu saya terlebih dahulu memohon maaf jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan, yang terang mahupun terselindung & maafkan saya juga di atas menyepikan diri dari meng'update' blog ini serta kelewatan atau ketidak berkesempatan membalas emel2 yang kini bertimbun2. InsyaAllah kalau panjang umur dan ada rezki, saya akan memeriahkan kembali blog yang telah sekian lama menyepi ini.

Saya ucapkan pada semua muslimin & muslimat moga di Bulan Ramadhan yang mulia ini, kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, InsyaAllah. Selamat Berpuasa.

p/s: Disertakan sekali lagi artikel dari ruangan blog yang lepas sebagai ingatan. :)

PUASA YG BERKESAN UTK KESIHATAN

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan Bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau,Kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa,sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak,berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahankimia:

(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental,emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan


Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu. Selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."



SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH BERPUASA & PERBANYAKKAN LAGI IBADAH LAIN DIDALAM BULAN RAMADHAN. SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN BAIK KITA DIBULAN MULIA INI. INSYAALLAH

Ahad, Mac 15, 2009

Assalamualaikum w.b.h & Salam Sejahtera,

Kursus Ternakan Cacing & Vermikompos

Tarikh : 4 April 2009
Lokasi : IKS Air Panas Bemban, Jasin, Melaka
Yuran Kursus : RM350

Perjanjian belian balik hasil Vermikompos dengan harga RM4/kg.
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi:

Kamal : 0173624849

Khamis, Februari 19, 2009

Assalamualaikum & salam sejahtera!

Dukacita dimaklumkan, Web Forum LemongGrassGroup.com sedang mengalami proses pertukaran server. Buat masa ini pihak Admin sedang berusaha membuat pertukaran server bagi membolehkan perjalanan Forum kembali pulih. Tidak dapat dipastikan lagi bila laman web forum akan kembali. Harap forumers semua bersabar.

Sekian untuk makluman.

Wasallam.

Sabtu, Januari 31, 2009

Salam semua, mari kita luangkan sedikit masa menandatangani petisyen pengasingan jualan barangan haram di pasaraya dan kedai runcit. Kita sebagai pengguna Islam berhak mendapatkan mutu perkhidmatan terbaik yang bersih lagi HALAL kerana kitalah kelompok pembeli terbesar di negara ini. Sila klik ya di link dibawah bagi menandatangani petisyen ini.

Sekian, wasallam.

Ya, saya setuju turunkan tandatangan petisyen ini!!

Selasa, Januari 27, 2009

Salam semua pengunjung HSP!!!! Maaf atas kelewatan meng'update' blog yang tak sepertinya ini. Ada bertimbun kerja yang tak siap2 lagi... huhu... :(. Harap rakan2 bersabar..... Akan kembali aktif tak lama lagi...

Sekian, Wasallam!!

 

blogger templates | Make Money Online