Selasa, Januari 15, 2008

PROGRAM PEMBAJAAN BAGI TANAMAN KEKAL / BUAH-BUAHAN / DUSUN

Peringkat Pertumbuhan

Umur Pokok (tahun)

Jenis Baja Sebatian (N:P:K:MG)

Kadar Baja Kg/pkk/tahun

Masa & Cara Membaja

Masa menanam

Baja Asas

CIRP

0.2

Dimasukkan kedalam lubang dan digaul dengan tanah atas. (top-soil)

Baja organik

5-10

Tumbesaran

1

15:15:15 atau

1.0-2.0

Baja sebatian ditabur/ poket/jalur dibawah julai daun 3-4 kali setahun.

Bahan organik ditabur & digaul kedalam tanah,dipangkal pokok sekali setahun.

2

14:13:19:2 atau

3

15:15:6:4

Baja organik

5-10

Berbuah

4

12:12:17:2+TE

2.0

Baja sebatian ditabur/ poket/jalur dibawah julai daun 3-4 kali setahun.

Bahan organik ditabur & digaul kedalam tanah,dipangkal pokok 1-3 kali setahun.

5

atau

2.5

6

12:6:22:3

3.0

7

atau

4.0

>8

13:13:20:2+TE

4.0

Baja Organik

15-30

Isnin, Januari 14, 2008

PEMBAJAAN

Kesuburan tanaman bergantung pada jenis baja, cara dan masa pembajaan. Pokok yang dibaja akan menjadi sia-sia jika baja yang digunakan tidak sesuai dengan keperluannya. Pembajaan bertujuan untuk memulihkan kandungan nutrien dalam tanah yang telah diserap oleh tanaman melalui proses fisiologinya. Kekurangan nutrien boleh menyebabkan tumbesaran terbantut, tanaman mudah patah dan daun menjadi kuning. Oleh itu baja boleh di takrifkan sebagai punca pemakanan tumbuhan yang boleh dicampurkan kepada tanah untuk membekalkan bahan-bahan yang diperlukan oleh pokok.

Tumbuhan memerlukan 17 unsur-unsur pemakanan untuk membesar dan melengkapkan edaran hidupnya. Unsur-unsur ini boleh di kategorikan kepada kepada tiga kategori sebagaimana rajah di bawah. Tumbuhan memperolehi unsur-unsur di atas daripada tiga sumber iaitu dari udara, air dan tanah.

Karbon, hidrogen dan oksigen diperolehi oleh pokok daripada air dan udara, manakala unsur-unsur lain semuanya diperolehi dari tanah iaitu dari baja dan bahan organan dalam tanah.

Terdapat dua kategori baja iaitu:

a) Baja Organik
Baja asli yang terdiri daripada sisa tumbuhan atau najis haiwan. Biasanya digunakan sebagai baja permulaan. Bertujuan untuk meninggikan tahap kesuburan tanah dan membaiki tekstur tanah. Pastikan najis haiwan yang digunakan telah cukup reput. Contohnya seperti najis-najis haiwan, buangan kelapa sawit seperti tandannya, humas/kompos, darah dan tulang yang diproses dan sebagainya.

b) Baja Kimia
Baja yang diproses kepada bentuk-bentuk butiran, hablur dan cecair. Baja kimia jenis butiran boleh digunakan secara terus kepada tanaman manakala jenis hablur dan cecair hendaklah dicampurkan dengan air terlebih dahulu sebelum disembur. Contohnya ialah seperti baja Urea, CIRP, Nitrophoska, Byfolan, Welgrow dan sebagainya.

Baja kimia jenis butiran pula terdapat dalam 2 jenis:
1. Baja butiran kompaun (compound fertilizer)
2. Baja tunggal. (single dressing fertilizer)

Baja kompaun.
Baja yang telah diproses lengkap dengan pelbagai unsur. Seperti NPK 15:15:15 & NPK 12:12:17+2 TE

Baja tunggal.
Baja yang punyai satu jenis unsur sahaja. Seperti Urea (N), TSP- Triple super fosfat (P2O5), MOP- Muriate of potash (K2O)


CARA/TEKNIK PEMBAJAAN

a) Cara taburan
Dengan cara ini, baja ditabur/disebar sama rata ke atas tanah dengan tangan atau menggunakan jentera penyebar. Kemudian baja ini mesti digaul dengan tanah supaya ianya tidak terdedah dipermukaan tanah. Cara ini selalunya digunakan apabila membaja asas sayur-sayuran. Siram dengan mencukupi.

b) Cara jalur atau jajar (Band or row placement)
Dengan cara ini , baja dibubuh ke dalam tanah, biasanya di sebelah dan di bawah bijibenih. Apabila menggunakan cara ini, kita perlu berhati-hati supaya baja tersebut tidak terkena atau terlalu dekat dengan bijibenih. Misalnya apabila menanam jagung, baja asas dibubuh 2”-4” di sebelah dan di bawah benih semasa menanam. Cara ini digunakan pada tanaman berbaris seperti jagung, kacang soya, sekoi, kacang tanah dan lain-lain.

c) Baja permukaan(Top dressing)
Baja permukaan adalah apabila kita menabur baja semasa tanaman sedang membesar. Hanya baja nitrogen sahaja yang selalu digunakan untuk baja permukaan, kerana baja nitrogen senang larutresap dan oleh itu hanya se tengah sahaja dibubuh semasa menanam dan yang selebihnya dibubuh semasa tanaman sedang membesar.

d) Pembajaan sisi (side dressing)
Dengan cara ini, baja dibubuh di sisi/ di sebelah tanaman yang sedang membesar. Cara ini dibuat bagi tanaman berbaris, tanaman berjunjung dan pokok-pokok. Bagi tanaman se musim, pembajaan sisi ini hanya dilakukan untuk baja nitrogen sahaja.

e) Pembajaan berpoket (pocket placement)
Dengan cara ini, baja dibubuh secara bertumpuk-tumpuk iaitu dibubuh dilubang-lubang dan kemudian ditimbus. Cara ini selalu digunakan apabila membaja pokok-pokok dengan membubuh baja dilubang-lubang yang dikorek disekeliling pokok. Cara ini juga digunakan apabila membaja ubi keledek dan lain-lain. Lubang di korek di keliling silara dengan jarak 50 cm.

f) Penyemburan daun (foliar application)
Cara ini selalu digunakan untuk memberi unsur pemakanan mikro kepada tanaman iaitu dengan cara menyembur larutan pemakanan tersebut kepada daun-daun. Unsur-unsur kuprum, zingk, ferum, boron, dan molybdenum, selalunya diberikan kepada tanaman dengan cara semburan daun. Sembur pada daun dan batang sehingga basah sampai ke tanah.

Jumaat, Januari 11, 2008

Semester Akhir Tahun Terakhir.... (Agaknya..)
(sambungan Cabaran Baru, peluang kedua)

Malam bekerja, siang ke kuliah.... Penat juga... tapi apakan daya. Aku bakal mengakhiri pengajianku tahun ini kalau tiada masalah... tetapi memang ada masalah..Kimia... boleh atau tidak aku lepas subjek tu... Hmmm.. mmg dah dijangkakan aku tak lepas lagi... apa daaa.... Hmmm.. x bergraduat lah aku... mengulang lagi... extend semester la jawabnya..... Hairan juga, subjek lain cemerlang.. tp KIMIA???? Aduh...... Apa boleh buat... kene 'Mengulang kursus' lah..

Semester berikutnya aku x mendaftar sebagai pelajar, sebaliknya aku memohon penangguhan pengajian untuk semester... Nak berehat jap. Kepala tengah pusing. Poket tengah kering. Proses penangguhan taklah susah. Pergi Pejabat Pendaftar Fakulti terus mohon disitu sahaja. PA aku pun syorkan aku berehat seketika. Semester berikutnya barulah aku sambung pengajianku. Sementara menunggu kelulusan... Aku duduk haihong kejap di Kolej.. (haihong- sempena kapal pertama pelarian vietnam yang sampai kepantai Malaysia dahulu...Haihong juga bermaksud menumpang-istilah kami masa tu... menumpang secara haram...hehehehe). Plan aku lepas ni, nk cari kerja.. nak cari duit untuk sambung blk pengajian bagi subjek yang aku kantol....

Setelah mendapat pengesahan, aku packing semua barang2 aku... aku bergerak ke Pulau Pinang. negeri kelahiran ku...... nak cari kerja kt Penang lah..... Sampai di Pulau Pinang, aku menumpang duduk rumah pakcik aku di Jelutong. Kebetulan rakan serumahnya kerja di Kilang membuat mesen fax di Bayan Lepas sebagai eksekutif sumber manusia disana. Memang nak pakai operator pengeluaran... jadi sedang eloklah tu... Aku terima sahaja. Gaji kecil pun tak apa. Alhamdulillah... dah dapat kerja... Lusanya tu, aku terus mula kerja... isi borang yg mana patut, aku pun mula kerja. Ingatkan jadik operator.. rupanya jadi store hand. Tugasku menghantar 'parts'2 pada production line... kene cukup... kene ikut jenis production... kene ikut part-no. Aku ok je... elok bebeno lah tu.. duduk sahaja pun boring gak...Aku ambil masa 1 minggu utk mahir tentang parts2 fax machine... Keje x la susah.. cuma kene selalu berjalan pada 'line' tgk-tgkkan parts.. kalau nk abis kene tambah.... Jadi line production tak la tersekat2. Seronok juga kerja di TIMS ni... (kilang milik Toshiba).. pekerja2nya semua ramah.. baik lelaki baik wanita, tak kira bangsa... Rezeki aku agaknya. Dalam bulan pertama tu, walaupun belum bergaji, hidup aku tak susah... makan dikantin murah.. RM1 dah kenyang... Sarapan biasanya makcik2 operator belanja aku...hehehehe mungkin sbb bantu diorang capai target pengeluaran... yelah.. line non-stop x berenti...bila target tercapai, insentif lagi banyak... purata gaji operator sini kalau dapat capai target boleh mencecah RM1200 sebulan. Banyak insentif diberikan, insentif target, insentif kerja penuh, insentif OT pun ada. Full OT sebulan dapat RM200, capai target, RM200, tak absent RM100...itu je dah RM500. tak masuk OT lagi... Basic dah RM600. Pengangkutan free. Makan dikantin tiap2 hari insentif RM2. Fuyoooooooo.....

Biasanya aku keluar rumah tiap hari Pukul 6.30 pagi, tunggu bas kilang. Pukul 7.45 pg sampai. Kerja mula pukul 8pg dan habis pukul 5 ptg. (1 shif shj) tapi kalau OT sampai pukul 10 malam. kalau line beroperasi sampai pukul 10 malam, sampai pukul 10 malam lah aku bekerja. Genap sebulan aku kerja, dpt lah gaji, sebab aku x dpt insentif target jadi gaji aku untuk bulan tu adalah dalam RM1000 je.. syukur Alhamdulillah... Kira lumayan juga tu.. cuma tak ada masa nk relek sgt la.. Balik rumah lepas makan diluar, tidur. Pakcik aku sendiri pun kdg2 tak sempat berbual walaupun sebilik. Namun sebulan shj aku duduk dengan pakcik aku, kesian, bilik kecik, dia pun berkongsi dgn rakan2 nya yang lain. Kebetulan aku berjumpa kembali dengan rakan2 lama masa berkerja di KOMTAR dulu. Mereka tolong carikan rumah. Dapat pun, di Farlim, jauh sedikit.. tapi bas kilang aku mmg ada ambil staff dr situ. Jadi x ada masalahlah... Sewa bulanan pun murah. Sebuah rumah berkongsi 5 orang, seorang RM 100. tapi aku tak duduk sekali dengan rakan2 lama aku tu. Kali ni semua kenalan baru. Tapi semuanya ok. Cuma duduk agak tinggi sikit, tingkat 10... gayat aku dibuatnya. Ade kelebihan duduk flat ni.. hehehe. Kalau agak2 lapar makan buah je... balik kerja, aku tak naik lif... aku berjalan dr tingkat ketingkat... bawak beg plastik. Aku pungut buah limau, epal, pear yang ade kt dupa sembahan kaum tionghua... jadi rumah sewa ku tak pernah tak de buah untuk dimakan... hehehehe. Jahat betul aku. Kadang2 penuh beg plastik...kikikiki. Tapi cukup sebulan aku buat kerje x berpaedah tu, orang tukar taktik lak.. tak bubuh lagi buah2.. bubuh kuih apam je... hemmm.. tak maulah aku... Padan muka aku... Kuakuakuakua!!!! Tiada lagi buah free!!!! Jahat betul aku nih.... (Awas... jangan tiru perbuatan ini!!!)

Genap 2 bulan aku bekerja, aku dinaikkan pangkat... dapat pulak anugerah pekerja terbaik... uiksss.. tergezut aku. Lum pun konpom kerja. Aku ditukarkan dari store hand terus melompat kepada assisten store keeper. Wuyoooo....dasat..dasat..tapi yang tak beshnye... Bukan ape... tak boleh lagila aku kaco2 amoi2 kat production line.. tak dapat lagi borak2 ngan makcik2 kat line... susahlah nk dapat sarapan free lagii... Uwaaaa.... kikikiki. Tapi walau ape pun aku bersyukur gak... cuma boring skit sebab selalu duduk kt meja wat paperworks. Kalau tak.. kejenye timbang skru untuk wat pengagihan nanti... Skru pulak mcm2 jenis...silap parts, jahanam satu line production. Sebelum ni aku cuma bertumpu di production line tingkat satu je. Sekarang ni, semua store nak kene masuk. termasuk storage warehouse... Penat juga kejap2 lari keatas, kejap2 lari kebawah... Tapi tak apa.. pengalaman...

Dalam seminggu aku bekerja 6 hari. Ahad sahaja cuti. kalau cuti tu biasanya aku duduk rumah je kalau tak melawat adik aku di USM. Sebulan sekali melepak dengan kawan2 lama di Gurney Drive. Biasalah... jiwa muda. Nak jugak enjoy.... hehehe. Dekat 4 bulan lebih juga aku bertugas di TIMS Elektonics... Lepas bulan keempat, selepas gaji masuk... aku cabut tanpa memberitahu majikan aku. Tapi kawan pakcik aku tahu. Yelah.. dah sampai masa untuk aku pulang ke Serdang menyambung kembali kuliah aku.

Khamis, Januari 10, 2008

Sudah seminggu aku duduk dikebun. Menyiapkan kerja2 yang tak akan habis. Biasalah.. menjadi seorang petani ni, kerjanya tak pernah habis.. Ada sahaja yang nak dilakukan. Aku dari membaiki pagar2 yang rosak disondol lembu2 bertuan yang serupa tak bertuan sampailah kepada kerja2 rutin harian. Kadang2 naik fed-up aku asik membaiki pagar... baru 2-3 hari baiki, dah kena sondol lagi... agaknya nak kena guna pagar elektrik agaknya. Ada yang mengesyorkan agar diracun sahaja lembu2 tu.... tapi daripada racun lembu tu, baik racun sahaja tuannya... kikikiki.. Acah aje... Tapi itulah hakikat sebenar kehidupan... Kita biasalah ambil endah tak endah sahaja dengan harta kurniaan Allah... Ada lembu dibiarkan lepas bebas, dah jual lembu2 tu, duit tu buat sedekah atau pergi menunaikan haji... dimanakah barakahnya ibadah itu.... Ish2 ish.. aku nak cerita bab hukum hakam ni taklah aku pandai sangat tapi secara lojiknya... lembu2 tu makan dari kebun aku.....tak apalah.. setidak-tidaknya, aku ada saham pada lembu2 tu...

Aktiviti kebun sekarang lebih kepada aktiviti 'maintenance'. Pokok2 mangga pada plot hadapan (1 ekar) habis aku heavy prunning walaupun besar kemungkinan ia akan berbunga sekarang. Kena buat juga kerana pokok sudah berusia 5 tahun... dahan2 pun dah bersentuhan dengan pokok2 mangga bersebelahan... pokok pun makin meninggi.. susah nak meracun, membalut buah dan nak maintain pokok nanti... kos pun akan meningkat... tak apalah.. rugi dalam 6 bulan je.. selepas pucuk2 baru keluar membentuk dahan2 atau ranting2 baru nanti, hasilnya akan lebih berlipat kali ganda lagi....Insyaallah. Lagipun salah satu sebab lagi aku buat begitu adalah untuk memudahkan traktor masuk antara barisan mangga nanti. Nak 'plough' naikkan batas dan me'rotor'.. nak buat projek serai kembali... dah ada partner baru.. Hehehe.. ada anak murid baru nak belajar tentang projek serai... jadi projek ni kira praktikalnya lah.

Selebihnya nak tanam cili api sikit.... nak cari duit nak buat belanja majlis ehem2 nanti... Pening juga memikirkan.... Rasa2 mcm nak kerja part-time je malam2... Tapi tengoklah macam mana. Insyaallah.. rasanya hasil kebun aku ni boleh 'support' aku nanti..

Baru2 ini aku ada melepak kejap dgn rakan tani aku berbangsa tionghua.. aku panggil Tokey Yap je... (ade aku cerita pasal tag kemerdekaan dulu). Sekarang beliau mengusahakan nurseri tanaman pokok jarak untuk bio-diesel... mcm mana pokoknya tu.. aku pu tak tau... Tapi dari jauh pernahlah aku tengok.. (projek besar di sebelah litar F1 Sepang). Katanya, benih pkk jarak ni berharga RM3/pkk, mengeluarkan hasil setelah 4 bulan dipindahkan dari polibeg kedlm tanah. Jangka hayat tanaman adalah sehingga 40 tahun. Ditanam pada jarak 5-10 kaki dalam barisan. Kepadatan satu ekar adalah sebanyak 1000 pokok. Hasil dibeli oleh peraih adalah dalam RM7-RM8/kg. Penjagaan adalah mudah kerana batang & daunnya pahit jadi musuh2 perosak adalah minimum.. lembu pun tak sanggup makan. Kos permulaan bagi projek seekar adalah didalam lingkungan RM5000-RM8000 seekar. Jadi bila dicongak2, barangkali inilah salah satu sumber pendapatan yang agak lumayan nanti. Cuma aku agak musykil tentang market. Kerana industri bio-diesel ni masih baru dan kemudahan2 industri ini baru diperingkat permulaan. Nanti buatnya dah ditanam hasil tak dapat dijual ataupun harganya merudum jatuh. Namun kalau asyik takut sahaja tapi tak cuba tak akan berjaya juga kan? Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tapi Insyaallah... aku masih lagi membuat kajian tentang ini.....nanti aku melawat Nurseri Tokey Yap untuk maklumat2 terkini.

Hari ini aku pulang ke PD kerana tuan punya 'chain-saw' nak pakai hartanya.. jadi aku ambil kesempatan ni untuk balik dan update blog ni... lagipun hari ini Hari pertama Kalender Islam 1429H. Disini aku juga tidak mahu ketinggalan mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Maal Hijrah 1429H. Moga ditahun ini segala usaha, amalan, pengorbanan, perjuangan, ketaqwaan kita kejalan Allah akan diberkati dan diredhaiNya. Jadikanlah tahun ini adalah tahun yang lebih baik daripada tahun2 sebelumnya. InsyaAllah.

Selamat Menyambut Awal Muharram 1429H kepada semua bloggers sekelian.

Jumaat, Januari 04, 2008

Mangga

Nama saintifik

Mangifera indica

Nama tempatan

Bahasa Inggeris: Mango
Bahasa Melayu: Mangga, mempelam
Mandarin: Mangguo
Tamil: Maangai
Indonesia: Mangga
Bahasa Thai : Ma-muang
Tagalog: Mangga
Khmer : Mak mouang
Burma: Thayet
Vietnam: Xoài

Kedudukan taksonomi

Domain: Eukaryota
Kingdom: Viridiplantae
Filum: Spermatophyta
Sub filum: Angiospermae
Kelas: Dicotyledonae
Order: Sapindales
Famili: Anacardiaceae

Mangga (umum)
Mangga ( Mangifera indica ) ialah buah yang popular di tropika. Biasanya buah ini berbentuk ginjal, walaupun ada varieti yang berbentuk bujur dan bulat. Kulit buah yang masak berwarna hijau atau kuning. Pada beberapa varieti terdapat sedikit warna merah atau oren. Isi mangga yang berwarna kuning atau oren ialah adunan rasa manis dan masam yang enak dan mempunyai aroma yang wangi.

Pokok mangga tumbuh cepat dan menegak dan mempunyai kanopi yang lebar atau bulat. Pokok ini boleh hidup lama dan berbuah secara berterusan sepanjang hayatnya. Pokok mangga yang ditanam secara komersial dibiakkan secara cantuman. Pokok cantuman mula berbuah pada usia 3-5 tahun. Biasanya 1-2 musim berbuah dalam setahun, kecuali jika pekebun menggunakan bahan perangsang (hormon-paclobutrazol) untuk mengaruh pembungaan di luar musim. Pokok mangga boleh hidup di pelbagai jenis tanah, walaupun ia lebih subur di tanah dalam yang subur dengan pH 5.5-7.5. Pokok mangga amat sesuai di kawasan yang mempunyai tempoh kering (2-4 bulan) yang nyata dalam setahun dan suhunya 24-30 o C. Cuaca kering semasa tempoh berbunga ialah masa terbaik untuk pengeluaran buah.

Pokok mangga banyak ditanam di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak. Dusun yang kecil juga terdapat di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor. Kebanyakan buah mangga Malaysia dieksport ke Singapura, Brunei, Indonesia dan China. Dalam tahun 2000, nilai eksport mangga adalah sebanyak RM5 juta. Sungguhpun mangga popular untuk dimakan segar sebagai pencuci mulut, ia juga diproses untuk dijadikan jus mangga, serbet, jeli, cutni, dan jeruk. Mangga boleh juga dikeringkan, didihidratkan atau disejukbekukan. Kedua-dua buah yang hijau dan yang masak juga boleh digunakan dalam hidangan berperisa.

Asal dan sejarah
Genus Mangifera dipercayai berasal dari Asia Tenggara, walaupun M. indica mungkin tumbuhan semula jadi India, yang ditanam beribu tahun dahulu. Dari India ia merebak ke Asia Tenggara, kemudiannya ke dunia baru dan Afrika.


Varieti
Terdapat berbagai varieti yang disyorkan untuk penanaman komersil

Chokanan
Bentuk : Oblong (segi empat memanjang)
Berat : 250-350g
Warna : Kulit kuning keemas-emasan dan isi oren kekuning-kuningan
TSS(%) : 16-17%
Tekstur & Rasa : Pejal, sedikit berserabut, manis dan beraroma
Harumanis
Bentuk : Ovat oblong (segi empat memanjang dan membulat)
Berat : 350-550g
Warna : Kulit hijau gelap dengan sedikit warna kuning pada bahu buah dan isinya warna oren kuning
TSS(%) : 16-17%
Tekstur & Rasa : Halus, manis, beraroma

Sala
Bentuk : Oblong (segi empat memanjang)
Berat : 450-600g
Warna : Kulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning
TSS(%) : 10-12%
Tekstur & Rasa : Sedikit berserabut, kurang manis

Mas Muda
Bentuk : Ovat oblong (segi empat memanjang dan membulat)
Berat : 400-500g
Warna : Kulit dan isi kuning
TSS(%) : 14 -15%
Tekstur & Rasa : Pejal, halus, manis, sedikit beraroma

Siam Panjang
Bentuk : Oblong dengan hujung membengkok dan menirus
Berat : 300-500g
Warna : Kulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning
TSS(%) : 13 -15%
Tekstur & Rasa : Halus, manis, sedikit beraroma

Maha 65
Bentuk : Oblong (segi empat memanjang)
Berat : 500-600g
Warna : Kulit hijau kekuning-kuningan dan isi kuning pucat
TSS(%) : 14 -15%
Tekstur & Rasa : Halus, manis, sedikit beraroma

Isnin, Disember 31, 2007

Tahun Baru 2008

Sekejap sahaja masa berlalu meninggalkan kita....... Pejam celik, pejam celik... tau tau kita dah meninggalkan 2007 dibelakang kita.... Begitu pantas sgt masa berlalu sekarang ni... kadang2 macam x terkejar je aku rasa. Inilah yang dikatakan akhir zaman..... segalanya bergerak pantas.. yang perlahan akan ketinggalan... Kebiasaan sebelum kita melangkah ke tahun baru, kita akan tanamkan azam pada diri sendiri... Mula berkira2 resolusi untuk tahun baru.... Namun jgnlah kita lupakan tahun yang berlalu... Adakah resolusi tahun yg berlalu itu telah diselesaikan? bagaimanakah kita melalui tahun2 yg sudah... sudah lengkapkah perancangan atau target yang kita sendiri tetapkan? Bagaimana kita menghabiskan masa kita didunia ini pada tahun sudah? Bagaimana kita menjaga keamanan dan silaturrahim sesama kita... adakah kita secara sengaja atau tidak meminggirkan mereka yang kurang bernasib baik dalam mengejar atau mencapai target ditahun itu? Bagaimana hubungan kita dengan Allah SWT pada tahun itu? Adakah kita terlalai? Bersyukurkah kita pada Yang Maha Esa atas nikmat2 yang telah kita kecapi? Pada negara kita, apakah sumbangan yang telah kita beri demi negara tercinta ini? Adakah kita berusaha untuk keamanan & kestabilan berpanjangan di Malaysia ini? Adakah kita secara sedar atau tidak, kita semakin diuji saban hari, keamanan yang kita pelihara selama ini mulai goyah gara2 tindakan segelintir pihak yang berfikiran sempit... Maukah kita hidup dalam ketakutan seperti mana yang dialami negara2 lain? Berfikirlah sedalamnya sebelum kita membuat sebarang tindakan.. Bukan mudah nk membina & memelihara keamanan & kemakmuran negara ini, namun untuk memusnahkannya... begitu mudah sekali..... Begitulah rupanya manusia yang cetek keimanannya.... Wallahualam....

Bila kupandang kembali, jejak2 2007, walaupun tak seberapa, aku bersyukur dpt melaluinya dengan tenang.... Walaupun hasil kebun x seberapa, namun cukup untuk aku meneruskan hidup sehingga ke hari ini.. Cukup juga untuk meminang anak Haji Ali... hehehehe. Dalam pahit, masin, ada juga manisnya... hehehe. Januari nanti, tunang aku bakal memasuki Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang.. kursus KPLI, setahun...jauhnya... adeh.... Alhamdulillah, x pe lah, walaupun jauh, tp tetap dekat dihati.... kikikikiki. Bakal beristerikan seorang guru...InsyaAllah. Namun untuk 2008, telah aku tetapkan beberapa resolusi bagiku... Salah satunya... ehemmmm.. Menamatkan zaman bujanglah.. ape lagi... InsyaAllah, mudah-mudahan. Untuk kebun tercinta.. ada banyak 'upgrade' yg perlu dibuat.. InsyaAllah. Buat pengunjung blog ini, terima kasih ku ucapkan kerana sudi melawat blog yang tak berapa indah ni.... Sepanjang tahun 2007, ku pohon maaf atas segala ketelanjuran bahasa, kesilapan 'grammar' dan kelewatan menulis berita....

Salam Tahun Baru dari HIDUPSEORANGPETANI !!!!

Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan...
Yang beriman dan beramal soleh
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan...
Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran
Gunakan kesempatan yang masih diberi
Moga kita takkan menyesal
Masa usia kita jangan disiakan
Kerna ia takkan kembali
Ingat lima perkara, sebelum lima perkara
Sihat sebelum sakit
Muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati
Demi masa...
Sesungguhnya manusia kerugian
Melainkan... Yang beriman dan beramal soleh

Isnin, Disember 24, 2007

Haaa.... mesti korang ingat yang bukan2 kan kalo cerita pasal memori ni... hehehe.. takde pape sebenarnya..biasa je... Cuma sambutan Aidiladha tahun lepas agak meriah dari tahun ni... Namun walau apapun dan bagaimana kita meraikannya, Ailadha tetap merupakan hari terutama yang amat besar pengertiannya bagi Umat Islam. Aku juga bersyukur, kami disini dapat mengerjakan ibadah korban tanpa ada apa2 halangan dan musibah. Alhamdulillah.

Namun aku bersimpati kepada saudara2 ku yang terpaksa melalui AidilAdha didalam suasana banjir. Aku harapkankan segalanya sudah pulih sekarang dan harap mereka bersabar atas dugaan dari yang Maha Esa. Aku percaya, ada rahmat disebalik musibah yang melanda, ambillah iktibar atas peristiwa yang melanda.


Sambutan Aidladha di tempatku.... kenangan tahun sudah...






Lelaki & wanita, yang tua dan yang muda,
sama2 bergotong royong menyiapkan daging korban

Sambutan AidilAdha tahun ini.....






Pelajaran & Pengajaran dari ibadah korban

Saudara-saudara kaum Muslimin yang dirahmati Allah,
Sambutan Aidiladha, seperti yang kita maklumi, mempunyai hubungan dengan ibadah haji. Ibadah ini pula mempunyai banyak pengertian suci terutama dalam jalinan hubungan di antara Allah, sebagai Khalik atau Pencipta, dan manusia sebagai makhluk atau ciptaanNya.
Pada pagi mulia begini, berlangsung secara serentak dua perhimpunan hebat yang besar maknanya. Pertama, perhimpunan di Mina di kalangan para jemaah yang menunaikan ibadah haji, sejurus selepas mereka selesai berwukuf di Arafah. Kedua, perhimpunan untuk mengerjakan solat Aidiladha di merata tempat-tempat lain, bagi orang-orang seperti kita yang tidak berkesempatan menunaikan ibadah haji. Perhimpunan di Mina itu seumpama satu muktamar antarabangsa yang besar, disertai oleh manusia yang datang dari segala pelosok dunia. Mereka berlainan warna kulit dan rupa, berbeza darjat dan keturunan, serta tidak sama latarbelakang sosial dan ekonomi. Bagaimanapun, mereka datang dengan satu tujuan: beribadah kepada Allah dengan membesar dan mengagungkanNya. Dengan berihram yang melambangkan keseragaman dan kesamaan, mereka membenamkan segala sifat takbur dan taksub diri masing-masing demi menjadi umat yang satu. Di sinilah, semangat kesamaan dan persaudaraan sesama manusia ditunjuk dan dihayati, menghasilkan satu perpaduan yang paling hebat.
Di tempat-tempat lain di merata dunia, termasuk di tempat kita berhimpun ini, semangat kesatuan dan perpaduan turut menjadi tema yang disemarakkan. Ia juga dapat diibaratkan sebagai satu muktamar, meskipun dalam saiz yang lebih kecil, kerana kehadiran muslimin-muslimat dari pelbagai golongan dan latarbelakang. Baik tua atau muda, lelaki atau wanita, ketua atau pekerja, pemimpin atau rakyat biasa, kita semua menghadirkan diri sebagai jemaah yang satu. Kita sama-sama mengumandangkan takbir dan tahmid. Kita sama-sama membenamkan sifat takbur dan taksub diri, lantas melaungkan ikrar membesar dan mengagungkan Allah.

Kemudian daripada itu, sebahagian daripada kita, baik yang sedang menyempurnakan ibadah haji, mahupun muslimin-muslimat seperti kita yang selesai melaksanakan solat Aidiladha akan pula melangsungkan ibadah korban. Kita menyembelih binatang ternakan, lembu atau kambing, yang dagingnya dibahagi-bahagikan kepada sanak saudara, jiran tetangga dan fakir miskin.
Ibadah korban ini pula, sebagai sebahagian daripada syiar bersempena ibadah haji dan Aidiladha, turut membantu menyuburkan amalan menjaga kebajikan sesama umat. Amalan ini mengukuhkan lagi tujuan membentuk kesatuan dan perpaduan di antara manusia atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Allahu Akbar (3X) Walillah-ilhamd

Kita bersyukur kerana dapat terus menghidupkan semua ibadah ini. Tujuan menghidupkannya tentu didorong rasa yakin bahawa terdapat pengertian-pengertian suci yang mesti dihidupkan bersempena ibadah tersebut. Pengertian tersebut pasti dapat menjadi panduan kepada kita bagi membina kekuatan-kekuatan yang perlu bagi mencapai hidup bahagia dan sejahtera.
Jika diteliti, terdapat sekurang-kurangnya tiga kekuatan yang dimaksudkan itu.

Pertama, perlunya dibangunkan sifat-sifat kemanusiaan yang unggul dan luhur. Manusia yang lemah jiwa, rendah semangat serta bejat akhlak tidak mungkin menjadi orang-orang yang kuat berjuang, apalagi untk tujuan membawa kebaikan kepada orang lain.

Kedua, perlunya ada jalinan ukhuwah atau rasa persaudaraan yang kukuh berdasarkan taqwa. Dalam perjuangan, perlu barisan yang kukuh. Tanpa ukhuwah, berlaku perpecahan, lantas membawa kelemahan.

Ketiga, terdapat kesediaan berjihad dan membuat pengorbanan dalam mencapai kejayaan dan hidup sejahtera. Tiada kejayaan tanpa usaha bersungguh-sungguh dan tanpa pengorbanan.

Berdasarkan pengertian di sebalik ibadah haji dan sambutan Aidiladha ini, terdapat tiga faktor utama yang telah, dan boleh, membantu menghasilkan semua kekuatan yang dimaksudkan.

Pertama, manusia sanggup tunduk sepenuhnya kepada prinsip menerima dan mengagungkan Allah sebagai Tuhan Yang Esa. Inilah kekuatan iman.

Kedua, manusia sedia menerima prinsip bahawa di sebalik kelainan-kelainan lahiriah, mereka sebenarnya sama di sisi Allah. Jadi, manusia mesti menjalin hubungan berbaik-baik sesama mereka atas dasar taqwa kepada Allah. Inilah kekuatan persatuan atau persaudaraan.

Ketiga, manusia reda berjihad dan membuat pengorbanan terhadap kepentingan-kepentingan bersifat sementara bagi mencapai kejayaan dan kesejahteraan yang lebih abadi. Inilah kekuatan semangat berjuang.

Faktor pertama menuntut pembinaan jiwa tauhid. Faktor ini menerangkan bahawa kekuatan manusia hanya tercapai apabila mereka menerima hanya Allah sebagai Tuhan Yang Esa. Ini bermakna, hanya Allah yang dipuja dan dipatuhi dan yang keranaNya manusia sanggup membuat pengorbanan demi mencapai redaNya. Ia juga bermakna manusia menolak untuk bertuhankan diri sendiri, bertuhankan kepada kuasa-kuasa lain, bertuhankan kepada darah dan keturunan, bertuhankan kepada lambang-lambang kebendaan, bertuhankan kepada puak dan bangsa, malah bertuhankan kepada sebarang fahaman yang lazimnya bersifat nisbi dan tidak kekal. Hakikat menunjukkan bahawa kesalahan memilih tuhan inilah yang menjadi punca berlakunya kemungkaran yang mengakibatkan kerosakan manusia.
Contohnya, manusia yang bertuhankan dirinya akan bertindak memenuhi nafsunya yang serakah. Mereka yang serakah sering bertindak melampau batas menzalimi orang lain.
Manusia yang bertuhankan lambang-lambang kebendaan pula sebenarnya bertindak di luar akal fikirannya. Di mana rasionalnya kita apabila bertuhankan rekaan sendiri? Kecenderungan melakukan tindakan-tindakan tidak rasional sudah pasti membahayakan kehidupan sendiri dan kehidupan orang lain.

Firaun merupakan contoh manusia yang mempertuhankan diri sendiri. Di sebalik kekuatan bala tentera dan kemewahan harta bendanya, Firaun menjadi lemah berhadapan dengan balasan Allah. Akhirnya dia tenggelam bersama bala tenteranya di Laut Merah.
Kaum Tsamud, di zaman Nabi Salih, bongkak dengan kehidupan kebendaan dan leka bermewah-mewah. Mereka menghabiskan masa membina bangunan-bangunan dan gedung-gedung tinggi dan kukuh semata-mata sebagai lambang kemewahan dan kemegahan. Kerana lekanya, kaum Tsamud lupa mengingat Allah. Lebih buruk lagi mereka mempersenda hukum Allah, dan memperolok Nabi Salih. Akibatnya, di sebalik kekuatan semua bangunan pencakar langit mereka, kaum Tsamud yang ingkar itu dibinasakan.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-'Araf, ayat 78:
"Kerana titu mereka ditimpa gempa, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di tempat tinggal mereka."

Allahu Akbar (3X) Walillah-ilhamd.

Faktor kedua menegaskan bahawa kesatuan dan kekuatan persaudaraan hanya terbina menerusi jalinan yang diikat dasar taqwa. Inilah perpaduan tulen.
Faktor ini boleh disaksikan menerusi ibadah haji itu sendiri. Dalam perhimpunan jutaan orang itu, hak dan tanggungjawab manusia sama belaka. Walau datang daripada pelbagai budaya dan adat resam, masing-masing mematuhi wajib dan rukun yang sama. Tidak ada kelebihan antara raja di atas rakyat; di antara yang berkulit cerah ke atas yang berkulit gelap.
Islam sendiri menggariskan prinsip menjalin hubungan atas dasar taqwa.

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujurat ayat 13:
"Yang termulia di antara kamu pada pandangan Allah ialah dia yang paling bertaqwa."

Prinsip ini telah dihidupkan Rasulullah s.a.w dalam membina perpaduan generasi awal Islam hingga terbentuk satu kekuatan unggul di kalangan mereka. Inilah prinsip yang mengangkat Zaid bin Tsabit, menjadi panglima tentera yang didalamnya terdapat golongan bangsawan Arab sebagai soldadu biasa. Salman, orang Farsi, diistiharkan Rasulullah sebagai kerabatnya, demi menghapuskan prejudis kaum dan bangsa. Bilal, bekas hamba yang berkulit hitam tebal, terangkat darjatnya menjadi sahabat dan orang kepercayaan Nabi s.a.w.
Perpaduan berdasarkan taqwa dapat memantapkan hubungan antara manusia. Dasar ini mampu mengikis prasangka serta rasa cemburu dan khuatir akan kehilangan kedudukan dan pengaruh. Ini berlaku kerana semua pihak yang bertaqwa sedar bahawa masing-masing ada peranan. Lantas, masing-masing dapat melihat hubungan di antara mereka sebagai rakan perjuangan yang akan bertindak untuk saling kukuh-mengukuhkan.
Faktor ketiga ialah kekuatan semangat perjuangan. Kekuatan ini mesti dibina dengan mewujudkan sifat mahu berjihad dan sedia berkorban. Biasanya, untuk mencapai kejayaan yang lebih abadi seseorang itu harus sedia mengorbankan kepentingan-kepentingan kebendaan yang bersifat sementara. Di zaman awal Islam, orang-orang Islam Makkah mungkin tidak mengalami kerugian kebendaan yang berat jika tidak berhijrah ke Madinah. Namun, mereka mungkin pula tidak dapat meraih erti kemenangan yang abadi dan sempurna. Dengan membuat pengorbanan meninggalkan keselesaan hidup di Makkah, mereka berjaya membenamkan rasa taksub kepada puak, keturunandan tanahair; serta membenamkan sifat rakus kepada kemewahan kebendaan. Sebagai ganjaran, mereka menghayati sifat persaudaraan yang tulen, berdasarkan iman dan taqwa. Hasilnya, berlaku pembinaan sebuah masyarakat yang kental ukhuwahnya, dan menikmati kehidupan yang tegak di atas keadilan dan kebenaran. Inilah kemenangan sebenar.
Mereka yang sedang mengerjakan ibadah haji juga sedang menjalani satu latihan praktikal berjihad dan mengorbankan keselesaan kebendaan kerana mahu mendidik jiwa agar tunduk kepada keagungan Allah. Kita yang sedang berhimpun bagi melaksanakan solat Aidiladha ini juga sebenarnya sedang menjalani latihan yang sama. Kejayaan sebenar tercapai dalam bentuk iman yang bertambah teguh dan ketahanan jiwa yang lebih kukuh sebagai insan.

Masyarakat Islam di mana-mana pun, termasuk kita, perlu terus meningkatkan usaha memperbaiki mutu kehidupan dan kesejahteraan bersama. Dalam meneruskan usaha mulia itu, wajarlah kita mengambil iktibar daripada semua pengertian ini supaya kejayaan yang hendak dicapai bersama itu benar-benar bermakna dan menjamin kesejahteraan yang abadi sifatnya.

Apakah di antara iktibar-iktibar yang boleh dimanfaatkan?
Pertama, hendaklah kita terus bekerja atas dasar melaksanakan hukum-hukum Allah. Berbuatlah apa sahaja demi mendapat redaNya. Janganlah keghairahan untuk mencapai kejayaan membuat kita kehilangan punca dan arah. Memang kekuatan boleh diperoleh dengan mengumpul sokongan pengikut, wang dan kemahiran. Namun, tanpa kecintaan kepada Allah, tanpa mentauhidkanNya, jiwa manusia akan kosong; dan lambat-laun akan kehilangan tenaga. Jiwa tanpa iman akan mudah terjebak untuk bertuhankan tuhan-tuhan palsu yang akhirnya akan merosakkan tujuan untuk membawa kebaikan kepada manusia.

Kedua, kita harus terus memperkuat barisan dengan memperkuat ukhuwah atas dasar taqwa. Usaha meningkatkan kesejahteraan umat merupakan usaha besar yang menjejas kepentingan masyarakat seluruhnya. Oleh itu, elakkanlah diri daripada menyediakan jalan-jalan yang dapat membawa kepada perpecahan. Persaudaraan berdasar taqwa dapat mengelakkan kecenderungan mendabek dada dan mengukur kejayaan berdasarkan banyak dan hebatnya publisiti. Dengan taqwa, keikhlasan bekerja boleh dicapai. Dan ini berguna bagi mengelakkan merebaknya budaya mengampu yang merosakkan.

Ketiga, nyalakanlah semangat berjuang dengan menanamkan kesediaan berjihad dan berkorban. Kesediaan berkorban mesti juga berasaskan taqwa dan kecintaan penuh kepada Allah. Ini mengelakkan timbulnya amalan berkorban semata-mata untuk meraih keuntungan lahiriah jangka pendek. Pengorbanan begini tidak akan dapat menyelesaikan banyak masalah yang memerlukan penghuraian-penghuraian asas dan rumit. Soal memajukan pendidikan, membangunkan ekonomi, membanteras kerosakan moral dan sosial, merupakan soal-soal kehidupan. Soal dasarnya ialah mengajak manusia supaya sedar siapakah dirinya, dan apakah tujuan ia dihidupkan. Jika manusia tidak disedarkan dengan hal ini, dan mereka tidak dibimbing memaham jawapan-jawapan sebenarnya, penghuraian kepada masalah-masalah yang mereka hadapi akan hanya bersifat serpihan, tidak mutlak.

Manusia mesti disedarkan tentang diri dan peranannya yang sebenar. Langkah-langkah mesti diambil bagi menyedarkan mereka tentang peri pentingnya sifat-sifat kemanusiaan dibangunkan dalam diri masing-masing. Kecuali langkah dan usaha ini dapat diurus dan dilaksanakan, tindakan-tindakan lain tidak mungkin menghasilkan natijah dan kejayaan yang dicita-citakan.

Marilah kita panjangkan segala pengertian, pengajaran dan amalan baik ini melepasi hari-hari ibadah haji dan sambutan Aidiladha. Kita teruskan pengertian-pengertian suci ini dalam tindakan dan amalan harian kita. Mudah-mudahan dengan menghayati pengertian-pengertian tersebut terus-menerus, keinsafan kita akan bertambah dalam mencari jalan-jalan yang benar bagi membina kekuatan-kekuatan yang diperlukan dalam usaha meraih kejayaan dan kesejahteraan hidup yang direda dan dirahmati Allah.

Allahu Akbar (3X) Walillah-ilhamd.

petikan dari Mimbar Masjid

Khamis, Disember 20, 2007

Salam Aidiladha


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin & muslimat.
Moga segala pengorbanan anda ke jalan Allah akan diredhaiNya dan diberkatiNya sentiasa. InsyaAllah!

Isnin, Disember 10, 2007

Dah hampir 3 hari berturut2 hujan, badan tak sihat pulak. Kerja pun terpaksa tertangguh sikit. Nasib baik tak banjir. Ingat nak sambung 'heavy prunning'. Tapi hujan pulak. tak apalah. Sekurang kurangnya, pokok2 yang dah di'prunning' tu akan lebih cepat keluarkan pucuk dan dahan baru. Kenapa perlu dibuat 'heavy' dan bukan prunning biasa? Sebab, nak bagi keluar tunas2 baru yang lebih mantap dan besar. Lagipun pokok dah makin tinggi dan hampir bertaup kanopi dengan pokok yang bersebelahan. tambahan pula, kesian pulak aku tengok pokok2 aku ni... tak berhenti2 keluarkan hasil. Ingat nak rehatkan pokok2 tu sikit. bagi keluar pucuk2 baru yang sihat. Nanti pokok2 tu akan lebih tegap dan hasil pun lebih mantap. Insyaallah. Cuma cara 'heavy prunning' ni, agak menggerunkan sedikit. bayangkan pokok2 tu akan dipotong semua dahan2 yang besar dan dibiarkan agak 'togel'. Ketogelan yang amat ketara. ( rosak bahasa dikerjakan aku)


Belum prunning- Gelap, kanopi rapat dgn barisan sebelah.

Kawasan siap diprunning- terang, mudah diselenggara

Pucuk/Tunas baru yang keluar

Sesetengah orang tak akan buat begini pada pokok mereka. Sayang katanya. Tapi pada aku, beginilah cara aku sayangkan pokok. Nak bagi dia rehat, keluarkan dahan2 dan pucuk2 baru yang sihat. lagipun bukan prunning sahaja.. Lepas prunning kawalan perosak dan kulat akan dibuat. Semburan akan dijalankan. Jadi ini akan memusnahkan perosak2 yg dah berumahtangga di pokok. Kos semburan pun akan turun sikit sebab diameter pokok dah kecil sedikit. Jadi isipadu semburan akan berkurangan dengan banyak. Ada banyak sebab prunning diperlukan sebagai satu tugas wajib diladang. Pokok yang terlalu rimbun dan gelap akan menyebabkan pokok menjadi lembab dan sejuk. Pengudaraan didalam pokok juga akan tersekat. Ini akan menjadi perumah kepada perosak dan penyakit. Penghasilan bunga juga akan berkurangan. Pokok yang tinggi juga akan menyukarkan kerja2 ladang kelak. Oh ya... lagi satu, mangga kalau berumur lebih 5 tahun, perlu dibuat 'heavy prunning' untuk sebab2 yang telah aku bagitau tadi.

Tunas baru keluar setelah 2 minggu prunning

Hari Jumaat baru reda sikit hujan. Terus cerah. Sambung balik prunning..... Yang aku prunning sejak bulan lepas pun banyak yang dah keluarkan tunas baru. Dalam 2 minggu sahaja dah keluar tunas baru. Alhamdulillah. kalau sebelum ni aku cuma guna gergaji tangan (prunning saw) untuk memotong dahan2 yang besar lengan aku, (besar betis pun ada), kali ni aku pakai gergaji berantai (chain saw) kawan aku. Kalau sebelum ni, 10 pokok boleh makan 1 hari, (siap kemas), sekarang sehari aku dapat potong 20 pokok sehari. Alhamdulillah... kawan aku bagi aku pakai sebulan. Hari Sabtu pulak.. ingat nak meracun... tapi dekat 2 jam aku start pam racun aku... tak jugak hidup2... tensen... tensen... terus hilang mood aku. Sambung balik prunning... ingat nak meracun racun serangga pada pucuk2 baru keluar tu... aisey..... kene hantar repair la jawabnya. Dah nak kena balik PD. (kedai kat Rembau ni aku x berapa yakin sangat).


Sebelum dan selepas 'heavy prunning' - Bahrin jadi model utk perbandingan saiz pokok

Perbezaan barisan sesudah dan yang belum di 'prunning'. Yang belum tu agak gelap kan?


Petang tu juga aku balik PD. Terus hantar kedai... Dekat kedai senang2 je dia hidup lepas digodek2 skit benda alah tu.... Cina kawan aku tu kata aku takda baca pape mase start. Aku tanya dia baca ape? Dengan selamba dia jawab..." wang masuk, wang masuk..".. Kakakaka... terkena aku. Tapi aku x kene 'charge' apa2 pun. Member la. tapi aku hulur gak la RM5 wat minum. Kemudian aku singgah rumah. Ingat esoklah baru balik Rembau. Badan pun masih tak sihat ni.

Bunga baru.. walaupun baru prunning, kalau bunga nak keluar, keluar juga dia.

Esoknya pada hari Ahad, pakcik & makcik aku dari Sg Petani datang. singgah sekejap nak menghantar sepupu aku yang kerja di Langkawi tu mendaftar study di PTPTL Shah Alam dalam jurusan perhotelan. badan rasa lemah je ni... Adik aku pulak menakut-nakutkan aku kata aku ni mcm kene denggi... ish... Petang tu juga aku ke Hospital..Tak jauh... dekat sangat dengan rumah aku ni. Punyalah lama tunggu... yela.. kes aku ni kategori hijau, x serius.. sejam menunggu baru aku dipanggil masuk jumpa doktor. Kena ambil sampel darah. Habis 2-2 belah lengan aku kena cucuk... (yelah... yang ambil sampel pun jururawat pelatih) tak jumpa urat aku. Aku cakap, takpelah... cucuklah mana2 pun... carilah urat tu sampai dapat. Aku tak marah pun. Dah biasa derma darah. Macam2 rasa dah aku lalui. Hehehe. Kemudian tunggu lagi sejam untuk dapat result darah. Alhamdulillah... negatif. Dapatlah ubat paracetamol sebundle... ish..ish..ish.. Hari ni... aku masih lagi MC... (kerja sendiri.. suka hati nak cuti).. Bagi badan rehat sikit....

Esok... akan aku sambung kerja2 dikebun aku.... Tunggu ye pokok2 mangga ku...........

Khamis, November 29, 2007

Hmmmm...dah setahun baru nak sambung cerita Langkawi ni.... Apakan daya.... masa dan kesempatan tak mengizinkan.. Nak menulis pun dah ingat2 lupa dah...Namun untuk tidak mengecewakan rakan2 pembaca blog ni maka inilah sambungannya...... (nanti tergantung pulak ceritanya)

Eagle Bay Hotel- tempat penginapan selama 2 hari 1 malam..


Terletak 2 min menaiki kenderaan dari Terminal feri dan berdekatan dengan 3 taman utama..Dataran Lang, Taman CHOGM & Lagenda Park. Lebih kurang 10 minit berjalan kaki ke pekan Kuah, syurga membeli belah bebas cukai di Langkawi ni.


Selepas sessi perbincangan di hotel, dalam lebih kurang jam 6 petang, kami pun berjalan kaki ke Pekan Kuah. Tak banyak perubahan di Pekan Kuah ni sejak aku mula2 sampai ke sini 2 tahun lepas... Cuma mungkin gerai2 kaki lima banyak yang berwajah baru... Ala2 Bintang Walk gitu. Berjalan2 ke Pekan Kuah ni bukannya apa pun... saja 'window shopping' sambil2 melihat2 apa yang menarik untuk dibeli keesokan harinya. Di Pekan Kuah ni tak ada benda lain la yg para pengunjung selalu 'survey'... Rokok, coklat, minuman keras dan yang paling ramai sekali pengunjungnya...kedai jual beg. Namun yang agak menjelekkan aku ni bukannya apa, rata2 orang melayu kite ni (terutamanye golongan remaja/belia), kalau ke sini.. tak lain tak bukan, asik nak beli minuman keras je.... tak benda lain dah yang dicari... apa nak jadi dengan diorang nih..... kalau ditegur.. melenting... Tak ditegur kite yg angin.. Entahlah... Agaknye inilah harga yang perlu dibayar demi kemajuan bangsa agaknya kot? Kalau makcik2 dan pakcik2 tu, biasalah, datang dengan beg kecik, balik siap beli beg2 besar kat kedai Hj Ismail (kalau tak silap) kt pekan Kuah tu. Shopping tak ingat dunia... Bagi aku harga di Langkawi ni tak jauh berbeza sangat dengan harga ditanah besar. Kecuali rokok, kain batik, minuman keras yang dikenakan 'duty free'... Alaa....rokok Langkawi bukannya sedap pun....

Seingat aku, petang tu je dekat 2 kali aku minum, lepak2 kat gerai/kiosk di kaki lima di pekan Kuah ni.... agak2 penat je jalan2, berenti minum, pekena nasi lemak bungkus & lepak2 santai. Itulah kerjanya...(Lagipun penat naik keretapi dan feri masih tak hilang lagi). Harga makanan & minuman di sini bolehlah dikatakan murah juga... tak la macam kedai2 mamak kat KL yang asik nak mencekik darah je kerjanya.... Hmmm... kedai mamak kat Langkawi ni payah betul nak jumpa... Kenapa yek?

Adan - Apa lagi aku nak belasah ni....

Dalam pukul 9 malam aku and the gang baru makan malam. Makan kt Kiosk tepi jalan...pekena western food. Kalau chicken chop di tanah besar harganya mencecah ke RM10... disini cuma RM4.50 je... siap fries dan mix vege lagi.. 2 pinggan aku sapu... Aku duduk kat kedai tu sampai dekat pukul 11 malam.... macam2 hal diborakkan... Lagipun tengah tunggu sepupu aku yang kerja di Langkawi habis kerja.... nak 'deal' kereta sewa. Kalau ada org dalam, dapatlah sewa murah sikit. Dalam pukul 11.30 mlm, sepupu aku sampai dengan kereta sewa, RM50 sehari.. tapi aku dapat pakai sehari setengah pada harga RM50... untung ada sepupu di Langkawi ni.. Dalam pukul 12 pagi baru balik lepas masing2 dah buat muka 10 sen.... ngantuk dan letih tak payah cakaplah...

Pagi keesokan hari... lepas heavy breakfast (banyak betul aku makan..) . Dalam pukul 9 pagi baru keluar dari hotel dengan kereta sewa.... pergi isi minyak, pergi bank BSN.. beli sijil simpanan premium... jadi kebarangkalian nak kena cabutan bertuah tinggi sikit... kikiki...Agaknye la. Ramai pulak pelanggan bank...tunggu la sekejap... dalam pukul sebelas baru selesai... Ikut plan malam semalam..ingat nak pergi oriental village, pastu nak naik Cable car.... Kalau nak diikutkan, tak payah sewa kereta pun tak apa... bas untuk rombongan kami memang telah disediakan... cuma member aku ada agenda tersendiri... kalau ikut bas, tak dapatla nak kemana2 sangat. Lagipun destinasi pun berbeza.... Ada tempat yang kami tak mau pergi... jadi pergilah asing2.... Lagipun memang aktiviti bebas hari ni sampai checkout esok.

Destinasi pertama...cable car...here i come!


koboi jenggo sesat mana nih??

Stesen kereta kabel terletak di Oriental Village di kaki Gunung Mat Cincang. Agak jauh juga dari pekan Kuah... dalam 30 minit naik kereta...Kami sampai di Oriental village dalam pukul 10.30 pagi...Barisan pengunjung beli tiket punyalah panjang... Harga tiket kalau rakyat Malaysia hanyalah RM15 dgn syarat menunjukkan kad pengenalan... Kalau pelancung asing RM25...barulah best...kelebihan/keutamaan kepada rakyat tempatan... Setelah dapat tiket, aku beli la ape2 yg patut, beli mineral, kudap2 dan roti sikit.... rasenye takde ape2 jual kat atas nanti...kalau ade pun takut mahal je , lepas siap sedia semuanya, kami pun beratur tunggu giliran..... Sebenarnye aku ni suspen gak nak naik....macam2 pikir...kalaula kabel putus ke ape ke.....Lagipun aku ni makhluk gayat! Kikiki... (Koboi yang gayat)

Setelah beratur sekejap, gondola yang akan bawa kami keatas sampai... (saspen...saspen)... Aku kontrol gak la.... kang kantol lak yang aku ni gayat...kikiki. Perjalanan untuk sampai ke stesen pertama adalah memakan masa lebih kurang 15-20 minit..(tak berapa ingat..) Tinggitu memang tinggi... tp taklah rasa gayat sangat... Cantik pemandangan dari dalam gondola tu... (satu gondola hanya muat utk 6 orang dewasa sahaja). Antara stesen bawah dengan stesyen tengah, kita dapat lihat Air terjun telaga tujuh dan Laut Andaman... memang cantik..terleka kejap tengok keindahan alam ciptaan Allah. Sesekali agin bertiup kuat... bunyi angin masuk dalam gondola , fuhhh... seram.... ni dah makin tinggi ni.... kalaulah.... ishhhh...

Nazrul... Masuk2 gondola terus ngap!!

Air Terjun Telaga Tujuh dari dalam gondola.

Gugusan pulau-pulau di Pulau Langkawi.. gambar tak berapa jelas.. cuaca berjerubu sikit

Stesen tengah.. tak dapat turun, sedang dibaik pulih

Formasi batu-batuan Gunung Mat Cincang- dari dalam gondola

Setelah sampai di stesen tengah, kaki tak dapat turun singgah. Tengah buat 'maintenance' tertulis di Stesen... Lalu kami teruskan perjalanan ke Stesen puncak. Dari Stesen tengah, pendakian ke atas agak ekstrem sikit.. gondola melalui kabel securam lebih 45 darjah dan menghadap dinding gunung yang agak menegak... Gondola agak berayun sedikit... mungkin aging agak kuat ketika itu. Berdebar gak rasanya.... dalam 10 minit dati stesen tengah, kami pun sampai ke puncak. Sampai je di atas, kami menyusuri trek sebelah kanan stesen untuk ke jambatan gantung... Laluan trek agak mangancam gak... curam... nasib baik trek dah dibuat bersimen..(bertangga) tapi macam nak tercabut lutut gak menuruni trek tu. Bayangkan nak naik balik... hmmmm.. Kene eksesais lebih lagi ni....

Angah.. dibelakang tu, stesen puncak

Laluan trek ke jambatan gantung


Aku dan rakan2, habiskan masa dekat sejam di jambatan gantung. Dalam gondola tadi, taklah gayat sangat, tapi atas jambatan, pergh.... ketaq gak lutut aku... rasa nak merangkak pun ada... jambatan tu lak bila arang jalan2 atasnya, ia bergoyang skit kiri dan kanan... Alamak.... gayatnye... bila tengok dibawah..puhhh..punyalah tinggi...... Aku ingat nak jalan pandang bawah (lantai)..tetapi rupa-rupanya, lantai jambatan tu, tak disusun rapat2, jarang2 je.... Husss gayat...gayat... Aku jalan pun belah tengah2 je.... nk pegang pemegang belah tepi tu... jauh panggang dari api...kakakaka.

Dari atas jambatan gantung

Selepas berehat di tempat melihat panorama 360 darjah di bahagian atas stesyen, kami pun bergerak turun kebawah... cukuplah untuk hari ni. Lepas ni nak berjalan lagi ni. Kali ni masa menurun, lagi ekstrim, dari stesen atas, x rasa sangat. Tetapi ketika menurun dari stesen tengah, puh, terasa jatuh bebas dalam 1 saat. pasal kedudukan agak curam. Namun, Alhamdulillah... segalanya selamat... Insyaallah.. aku kalau sempat datang lagi ke Langkawi ni, akan ku naik lagi kereta kabel Gunung Mat Cincang ni. (gayat pun gayat lah).

Beratur menunggu giliran untuk turun kebawah

Setelah beredar dari Oriental Village, kami singgah sebentar di pantai cenang untuk makan tengahari.... Lupa lak namanya... tp makanan ok la...sedap juga.. harga pun boleh tahan. Cuma mata je 'semak' sikit. Semak tengok peragai orang melayu kita yang perasan jadi Mat2 & minah saleh.... Pakai bikini & bertuala je pergi makan... tau lah tepi pantai... takde adab depan makanan langsung... lepas tu sibuk berpeluk2 beriba-ribaan sementara menanti makanan sampai. Aku pasti mereka orang melayu... cakap pun cakap melayu (cuma ade i..u i..u )... nama pun melayu.. (terdengar perbualan..tak jauh, sebelah meja je). Apalah nak jadi, Beginilah spesis manusia dihujung zaman......

Setelah makan, kami singgah dikilang gamat Nusantara Maju Enterprise di Kg. Mata Air (tepi jalan je)... nk shopping gamat... hehehe. Untuk pengetahuan semua, gamat ni sebenarnya sudah hampir pupus di Langkawi, semuanya akibat pencemaran dan akibat tabiat terlebih 'harvest'. Yang ada pun Jabatan hidupan laut tak benarkan nelayan tangkap. Gamat yang ada sekarang dayangnya dari pulau2 sekitar Thailand. (kira impot la ni). kami habiskan masa sejam melawat kilang gamat tersebut... siap tengok cara memproses gamat. Lepas tu siap shopping sakan.. beli banyak pulak tu gamat... murah2 je... sedozen baru RM10. Aku beli banyak..nak bg cenderahati pada anak2 buah aku..... (budak2 belia & pemuda).

Suasana didalam kilang.. pelabelan & pembungkusan

Minyak gamat sedang mendidih. Kalau dicelup tangan, tangan tak akan melecur. Tetapi panas tu tetap panas.

Berbagai jenis produk berasaskan gamat ditawarkan disini.

Kemudian kami beredar kembali ke Pekan Kuah... Kami singgah di Idaman Suri - Kedai pemborong pinggan mangkuk yang mahsyur di Langkawi.(Ala2 Mydin gitu). Aku 'window shopping' aje. Adan yang rancak membeli set2 pinggan mangkuk, gelas2, set pinggan pengantin dan banyak lagi. Hmm... Persediaan untuk majlis raja sehari kut.. hehehe. Adala 4 kotak besar barang2 Si Adan dan Nazrul sahaja. Aku x beli apa2 pun. Selepas shopping, kami balik kehotel utk solat asar. Masih awal lagi... makan malam dalam pukul 7.30 ptg. Selepas Asar, akibat dah buntu tak tau nak buat apa... kami pun pergi... MAIN BOWLING.... kakakakakaka.

Selepas Maghrib, kami turun ke ruang makan tempat penginapan kami dan makan sedikit sahaja... Plan untuk malam tu nak berjalan2 di Pantai Cenang. Nak pekena ikan bakar.... hehe. Namun sebelum pergi, kami singgah dulu di Pekan Kuah untuk shopping dulu. Aku membeli stok coklat yang banyak untuk diri sendiri... hehehe. Beli beg campers satu. Murah je... RM70. Rokok aku tak beli pun. tak sedappp.... Aku hampir2 membeli set walkie talkie motorola yg yg coverage dalam 3 kilometer. Saja nk guna di kebun. Senang nk berhubung dengan staff aku...hehehe. Tetapi pikir punya pikir... tak jadi la pulak. Yang aku beli T-Shirt... sampai 20 helai, untuk 'souvenir'. Selepas ber'shopping', kami teruskan perjalanan ke Pantai Chenang untuk... makan lagi.... hehehe. Duduk langkawi ni... asik makan je kerjanya.

Bersantai ditepi pantai..sambil makan2

Tak ingat pulak nama restoran tu. Betul2 ditepi pantai. Kepunyaan usahawan Melayu Pattani. Tokeynya memang peramah. Sanggup meluangkan masa berbual2 dengan kami dan tidak berat sebelah dalam melayan kami dan semua pengunjung restorannya. Memang penuh restoran nya tu.. Tapi dipenuhi pelancong2 asing. Makanan pun sedap2 belaka. Banyak juga yang kami makan malam tu... asik2 makan je sekarang. Perut ni pun dah tak boleh nak sorok lagi dah. Hahahaha. Dalam pukul 10.30 malam, kami pun pulang ke Hotel penginapan. Perut dah kenyang, badan dah letih, apalagi... buat tahi matalah..... ZZZzzzzzzzzzzzz. Namun dalam pukul 12 pagi aku keluar lagi, aku keluar dengan sepupu aku... pergi menge'teh', tapi tak jauh. Di Pekan Kuah juga.... Layan sepupu aku baru balik kerja dari hotelnya. Dalam pukul 2 pagi, aku pulang ke bilik.... Sambung tidur... ZZZzzzzzzz.

Hari ni hari terakhir kami di Langkawi... ikutkan memang tak puas. Banyak tempat lagi yang belum dilawati.. tak apalah... mungkin dilain kali... Nanti bawak 'mem' besar pulak kut. InsyaAllah.


Menunggu yang lain siap..

Bergambar kenangan depan hotel... Warga AJK Belia 4B Daerah




ketika datang, masing2 bawa beg kecil je...bila balik, siap beli beg yang gedabak...hehehe



Selepas sarapan pagi, dalam pukul 9 pagi, kami check-out. Bergambar beramai2 didepan hotel. dan menaiki bas yang telah siap menunggu untuk membawa kami ke jeti. Aku tak berapa tahu sangat plan berikutnya. Ikut sahajalah. Dijeti, kami melalui kawasan pemeriksaan kastam & emigresen dengan mudah... tak ada satu pun yang diperiksa. Agaknya sebab orang tempatan kut. Dalam pukul 10 pagi, kami pun menaiki feri untuk pulang ketanah besar. Teringat pulak kes feri berlanggar dalam cuaca buruk tempoh hari. Ish..aku ni, dalam kepala yang bukan2 je aku teringat. Hehehee. Boring duduk bawah, aku pun naik keatas, naik keruangan kapten feri. sempat juga berborak dengan juragan feri ni. Namanya Hj Latiff, orang Alor Gajah, Melaka. Hui... jauh betul mencari makan di Langkawi. Beliau kata dah biasa, dah 30 tahun bawak feri ni. Selang 3 bulan baru balik Melaka, jumpa anak isteri. Aku lepak2 sahaja di ruangan pilot dan kemudian duduk di luar..menikmati angin laut... Boring duduk dalam aircond ni. Dah keje aku pun tengah panas... hehehehe. Apabila hampir sampai ke jeti Kuala Perlis, kami diarahkan turun ambil tempat masing2. Bukannya apa, itu atas arahan Jabatan Laut demi keselamatan penumpang.

Suasana dalam feri ( dek penumpang )


Suasana Anjungan (bridge) & Dek atas



Hj Latiff nakhoda feri ini (berkopiah) & yg baju belang tu berangan nk bawak feri ni... kikiki


Video dari atas feri

Sampai di jeti, bas dah tunggu kami.. Alhamdulillah... aku tak sanggup lagi nak naik keretapi dah... berbelas jam duduk saja. Jem pinggang dibuatnya. kali ni bas kosong kerana masih ada dalam 10 orang yang menyambung percutiannya. Aku malas nak ikut... Nak tengok kebun pulak. Adan & Nazrul tak ikut... esok mereka ke Padang Besar... shopping lagi... Setelah dapat tempat dalam bas, aku tak ingat apa2 dah.. tau2 sahaja dah sampai Aloq SetaQ.... Pemandu bas bagi 2 jam masa utk melawat, makan & solat. (masa tu pukul 12.50 tgh hari dah). Kami diturunkan di Pasar Pekan Rabu, Alor Setar. Perut pun dah keroncong, aku belasah nasik ayam Pak Man. Dengar cerita nasik ayam dia sedap. Hmmm..memang sedap. Lepas makan, aku ronda2 pasar tersebut.. cari stok belacan. Aku lebih sukakan belacan utara dari belacan Melaka. Belacan Melaka ni masin skit. Banyak kedai menjual hasil2 kampung di pasar ni... macam2 ada... dodol 3 segi comel2 ada, asam gelugoq ada dan mcm2 lagilah yang aku tak reti nak sebut. kain2 pun ada dijual juga. Produk2 kuih muih pun ada. maklumlah, dah nak Raya Haji ketika tu. Rata2 harga yang ditawarkan di sini memang berpatutan...murah sangat. Aku beli dodol, kuih2 raya & tak lupa, BELACAN...hehehe 2 kg lagi... Dipasar ni majoritinya yang berniaga adalah orang Melayu, bangga lihat kemajuan & kecekalan mereka memasarkan produk2 tradisional. Tak jumpa pun bangsa lain berniaga disini. Selepas Solat Zohor, bas kami sampai dan kami meneruskan perjalanan kami.... Menuju ke destinasi yey...yey.... hehehe (nyanyi lagu Dato' Siti plak)

Menunggu nasi ayam Pak Man

Sekitar lawatan di Pasar Pekan Rabu

Sementara menunggu bas tiba, aku survey2 buah2 potong... disini terdapat banyak mangga sala dibuat buah potong... rasanya tak lah masam sgt... sedap juga. Serupa juga di jeti Kuala Perlis. kaum2 ibu aktif berniaga di Kedah ni. Alhamdulillah. Bila bas sampai je.. aku ambil tempat aku.... dan apalagi ZZZZzzzzzzzz. sedar2 dah ada atas jambatan Pulau Pinang.Nak kemana pulak ni.... Ohhh...rupa-rupanya singgah di Pasar Chowrasta... Aku memang familiar sangat Penang ni... dah kampung aku. lagipun masa cuti semester dulu memang aku kerja kilang di Bayan lepas... hehehe. Sah diorang singgah Penang ni nak carik jeruk buah pala. Aku turun gaklah jalan2... Berbeza pulak dengan Pasar Pekan Rabu.. majoriti peniaga disini adalah kaum cina dr ethnik Hokkien. (Hakka). Sempat gak jumpa Hail Amir tgh shopping ngan family dia kat sini. tapi x tegur pun. Artis pun nak privasi gak kan... Dah berisi sgt badan dia tu. Di chowrasta ni barang2 seperti kain, pouchbeg, topi & baju2 agak murah juga berbanding Langkawi. jeruk toksah cakap la. Aku beli jeruk pala sikit je...nk bagi ibuku nanti. Jeruk2 ni aku x makan sgt dah..dah jemu... Manjang balik kampung... ada sahaja stok jeruk.

Dalam pukul 5 petang setelah Asar, kami menyambung kembali destinasi kami seterusnya... balikla apa lagi..hehehe. Sepanjang perjalanan aku tidur shj... letih... Aku tersedar dalam pukul 8 malam kami berhenti di hentian Sg. Perak untuk makan malam. Aku bedal mee rebus je. Naik atas bas tido balik. Dalam pukul 11 malam, kami pun sampai di Port Dickson. Akhir kami selamat sampai. Alhamdulillih. Best juga kenangan yang aku lalui sepanjang percutian aku ini... dari mengejar keretapi sampailah merasa gayat naik kabel-car dan banyak lagi. InsyaAllah, kalau ada kelapangan, panjang umur, ada rezki, Aku akan kembali melancong lagi....

Sekianlah ruangan Cuti2 malaysia kali ni... Mintak maaf atas kelewatan menyambung cerita ni.. dah sambung, meleret2 pula. Itupun x teringat nak sambung sebenarnya. Bila rakan blog bagitau yang dia nak ke Langkawi hari, barulah aku teringat. Hehehehe. Ampun sume. harap anda dapat informasi yang berguna dalam cerita kali ni...... Wasallam.

 

blogger templates | Make Money Online