Hemmmmm.... Nasib baik soalan Bab Kemerdekaan..... Kebetulan, memang niat nak 'post'kan sesuatu sempena menyambut Ulangtahun ke 50 kemerdekaan negara kita tercinta Malaysia .
Kenapa aku berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
Sudah 34 tahun aku dilahirkan kebumi bertuah Malaysia ini, jadi dah 34 tahun aku merayakan kemerdekaan Malaysia dan selama 34 tahun aku dilahirkan, pelbagai memori indah, suka duka kulalui dibumi Malaysia ini. Dilahirkan di Hospital Besar Pulau Pinang, Satu kemudahan prasarana penting diberikan kepada rakyat terima kasih kepada kerajaan pemerintah yang prihatin tentang soal kesihatan sosial. Kalau dikaji tentang aspek kesihatan yang disumbangkan, amatlah tidak ternilai harganya jika dibandingkan dengan negara2 membangun lain.
Kebetulan, minggu lepas aku ada melawat kebun rakan aku berbangsa Tiong Hua di Port Dickson yang ku panggil Toke Yap. Kemudian datanglah seorang pekerja asing dari negara jiran terdekat kita Indonesia dari ladang ayam berhampiran. Macam2 yang dibualkan sehingga timbul isu kesihatan (kemudahan Hospital). Kalau nak dibandingkan, kalaulah kita sakit atau demam, berapakah harga yang perlu dibayar oleh kita Rakyat Malaysia untuk menerima khidmat kesihatan dari Hospital2 kerajaan bagi pesakit luar? RM1 bukan.... tetapi ubat2 yang dibekalkan...adakah bernilai RM1 dipasaran ataupun difarmasi2 luar? Kalau demam sudah tentu lah ubat KK tu yang berlambak dibekalkan... (Paracetamol atau pun Panadol je) kalau beli di kedai atau farmasi tentulah dah RM 2 sepapan bukan.... Itu belum ditambah ubat batuk, selsema dan lain2 lagi. Namun berapa ramaikah diantara kita yang bersyukur?? Terlalu sedikit.... Yang sering didengar, rungutan...Biasalah..Lambatlah, tak mesralah... Cuba kita buang yang negatif tu dan ambil yg positif.... Berbaloikah RM1 untuk semua ubat2 tu? Lainlah kalau berkemampuan untuk ke hospital swasta.... Di Indonesia, doktor hanya memberikan preskripsi ubat sahaja kepada pesakit, ubatnya? Beli sendiri di farmasi di luar. Kalau mampu, Alhamdulillah, kalau tidak? Tak tahulah di negara lain macammana. Bagaimana pula perkhidmatan lain di hospital kerajaan seperti klinik ibu mengandung, program imunisasi dan banyak lagi.... cuba kira... berapa banyak yang perlu kita bayar untuk semua tu jika dinegara lain ataupun hospital swasta? Masih tak bersyukur dan berbangga?
Pabila umurku 6 tahun, aku ketadika, semuanya percuma... (dalam kem askar) kerana ayahku seorang tentera. Tapi sekarang, ada tabika KEMAS, semuanya itu untuk siapa? Tentulah untuk generasi anak merdeka!! Umur 7 tahun aku masuk sekolah rendah, yurannya aku tak ingat berapa, tapi Alhamdulillah, amat sedikit. Pendidikan rakyat tak diabaikan.... siap ada program2 makanan tambahan, susu bantuan, Haaaa...pinjaman buku teks.... Apalagi? Aku amat bersyukur sangat dilahirkan dibumi Malaysia ini....... Masuk Tingkatan satu, oleh kerana Peperiksaan Darjah 5 (ketika itu) aku dapat keputusan cemerlang, aku ditawarkan tempat kesekolah asrama penuh. Skolah asrama bantuan penuh kerajaan. Yurannya? Amatlah sedikit (tak ingatlah...tp x sampai beratus2 pun), makan semua cukup, 6 kali sehari, pendidikan terbaik, suasana belajar terbaik dan selesa, siap ada bantuan biasiswa lagi, Biasiswa Kecil Persekutuan 2... RM300, siapa nak bagi? Tak tahulah sekarang. Berapakah nilai pendidikan yang diterima itu kalau dinilai dengan wang ringgit? Fikir-fikirkanlah. Sekarang, semua sekolah lengkap dengan makmal komputer, pendidikan dan prasarana taraf dunia, namun amat menyedihkan sikap segelintir generasi muda yang belajar didalamnya... semua kemudahan telah tersedia, namun jiwa mereka... hanya untuk bersuka2..... Sedih...amat menyedihkan... Bayangkan kesengsaraan yang terpaksa dilalui oleh rakyat negara lain..... Janganlah leka adik2 ku..... Kelak Malaysia tercinta ini kepunyaan mu.... Cukuplah bab pendidikan...tak payahlah aku masukkan pendidikan tahap Universiti.... Memadai pendidikan tahap rendah untuk renungan bersama.... masih tidak bersyukur lagi?
Soal keselamatan, tak payah ceritalah.... Negara kita ini aman, bukannya berperang, nak keluar kemana2 pun boleh, tiada perintah berkurung pun. Nak ke sekolah, kemasjid ke tempat kerja, semuanya selamat. Tak perlu risau bom sana, bom sini, tak perlu khuatir peluru sesat ke kaki kudung kena jerangkap samar ke.... Terima kasih kepada anggota keselamatan kita, baik polis mau pun tentera. Cuma kadangkala kita kena berhati2 dengan peningkatan kadar jenayah negara kita. Biasalah, mana2 didunia ni, mesti ada peningkatan kadar jenayah. Di Amerika Syarikat, negara bebas kononnya.... kadar jenayah? Amat tinggi bagi sebuah negara yang maju, bertindak sebagai polis dunia kononnya... Dalam negara sendiri? Rakyat terbiar, merempat dijalanan, tembak menembak dalam sekolah, Racism (heboh dengan isu2 perkauman negara luar), Dalam petikan Majalah Mastika keluaran September 2007, Setiap 23 minit, satu pembunuhan akan berlaku di Amerika Syarikat, Ini bermakna 22,852 kes bunuh berlaku setiap tahun di negara itu. Bandingkan negara kita....Jauh berbeza. Terima kasih kepada anggota keselamatan kita.
Lihatlah kemakmuran dan kekayaan yang dimiliki oleh negara kita hinggakan berduyun2 tenaga buruh asing membanjiri negara kita. Cuba bayangkan jikalau setiap jenis pekerjaan yang ditawarkan di Malaysia ini, diisi oleh rakyat kita sendiri... sudah tentu tak ada peluang langsung kepada buruh2 luar nak cari makan disini. Rakyat kita je memilih. Kalau dibandingkan hasil kekayaan bumi Malaysia ini dengan Indonesia. Tentulah Indonesia lebih kaya dari kita. Dari hasil perut bumi, kekayaan hutan keindahan flora fauna...memang kita jauh ketinggalan. Namun suasana sosio-ekonomi serta keadaan politik yang kucar kacir menyebabkan Indonesia agak ketinggalan. Jikalau tidak, kenapa rakyatnya bertandang kesini? Tiadakah peluang pekerjaan yang baik disana? Dalam sesi perbualan antara aku, Toke Yap dan Giman (pekerja ladang ayam diatas), Giman bercerita, untuk memastikan peluang untuk sesi temuduga di sesebuah kilang di Indonesia, kita perlu merasuah pak guard dan staff dalam dulu baru dapat peluang ditemuduga...itupun belum tentu dapat kerja. Kita? Setakat jumpa YB nak mintak 'rekomen' pun tak de masalah. Bab2 kabel tu biasalah....kalau susah sangat nak dapat, banyak kerja lain lagi, cuma usahalah lebih sikit... jgn cepat putus asa dan jangan terlalu memilih. Bayangkan kedudukan kita ditempat seseorang dinegara lain.... Agaknya kita terlalu selesa dengan hidup dinegara sendiri sehingga alpa....
Setelah 50 tahun kita merdeka, marilah kita berusaha dengan lebih gigih lagi demi Malaysia merdeka, bangsa merdeka, generasi akan datang yang turut merdeka. Mari kita teruskan perjuangan memelihara kemerdekaan ini, perbaiki segala kelemahan2 kita, marilah kita menyumbang kembali kepada negara yang telah banyak berjasa kepada kita sebelum ini. Kekalkanlah kemakmuran Malaysia demi untuk seribu tahun lagi. InsyaAllah.
Aku amat-amat bersyukur dan berbangga menjadi rakyat Malaysia, aku tabik pada pejuang2 negara yang bertungkus lumus memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan sehingga kini. Banyak kemajuan yang dikecapi kini hasil titik peluh dan pengorbanan mereka yang terdahulu. Kalau dahulu negara kita ini tak diketahui sangat oleh negara luar, yang orang luar tahu, Singapura. Kini sebut sahaja Malaysia, kita gah dimata dunia. Ingatlah jasa pejuang2 negara, hargailah negara kita. Peliharalah kemerdekaan ini.
Selamat ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke 50. Kearah Malaysiaku yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang.
Bersediakah rakan yang lain untuk penyertaan Pesta Tag Merdeka 50? Tag ini aku serahkan pula kepada 5 bloggers yang lain dan bertanyakan soalan berkenaan kenapa mereka berbangga dan bersyukur menjadi rakyat Malaysia.
Peraturannya yang telah ditetapkan sebagai syarat penyertaan Pesta Tag Merdeka 50 :
1) Anda perlu tag 5 orang bloggers yang berkenan di hati
2) Pastikan anda postkan jawapan anda diblog anda utk tatapan semua.
Bersiap sedialah 5 mereka yang bertuah dibawah.......
Hmmm...Ape pulak yang akan ditulis mereka tentang tag kemerdekaan ni nanti ya.....
'Be sporting' ok?
Sekian, Wasallam.