Isnin, Julai 28, 2008

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !!

Kursus Teori & Amali Tanaman Serai

Tarikh: 28 Mac 2009 (Sabtu), 29 Mac 2009 (Ahad)
Waktu: 9.30 pagi hingga 5 ptg
Lokasi : Kebun PakTani (sila lihat peta lokasi pd blog)
Yuran Kursus : RM 150.00 seorang
(Bayaran deposit RM50 hendaklah dibank-in kan selewat2 nya sehari sebelum tarikh kursus. Sila simpan resit bayaran bank untuk rujukan kelak, atau jikalau tidak sempat hubungi saya terus)

Sila bank-in kan kedalam akaun berikut: Maybank - 162106428142 (Nur Azrina Bte Ali)

Sila telefon atau sms saya pada 0196823911 untuk sebarang pertanyaan & penyertaan kursus.


Perhatian!!! Bagi yang rasa was2 tentang kursus kendalian saya ini, ingin saya jelaskan disini, kursus ini bukan sekadar bersifat untuk mengaut keuntungan dan memeras wang anda yang dahagakan ilmu. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi membantu para usahawan atau bakal usahawan serai mengenai teknikaliti tanaman ini, disamping membincangkan masalah2 lazim yang dihadapi, teknik2 penanaman dengan kos yang rendah, bertukar2 maklumat & pendapat serta perkongsian ilmu tentang tanaman ini. Disamping itu juga dapat mengenali satu sama lain, memupuk semangat bekerjasama bagi menangani masalah yang bakal mendatang berkenaan tanaman serai ini. Insyaallah.

Sabtu, Julai 19, 2008

Kes Pertama...

Pada 17/07/2008 jam 9.09 pagi aku dikejutkan oleh satu panggilan dr Marang, Terengganu. Panggilan dibuat mewakili 50 orang petani yang telah menandatangani kontrak dengan sebuah syarikat 'contract farming' (CF) yang beroperasi di kawasan pantai timur. Syarikat ni memang agak tersohor disana & pernah mendapat liputan didalam Buletin Utama TV3. Tak perlulah bgtau nama syarikat tersebut. Pemanggil mengadu pada aku, mereka rasa tertipu dengan syarikat tersebut yang berjanji memberikan benih ketika permulaan projek (dengan bayaran) dan mengambil hasil setelah tanaman matang. Setelah ditandatangani perjanjian, sehingga kini, masih ada peserta yang masih belum menerima 'konsainmen' benih mereka sedangkan wang sudah dibayar, tanah sudah diterangkan, dibajak, dirotor.. namun kelibat benih pun tak nampak. Yang sudah siap untuk dituai pun dah ada 8 ekar, selebihnya sedang mula cukup tempoh matang. Apabila mereka menelefon syarikat tersebut, tiada siapa yang menjawab panggilan. Berkali2 cuba dihubungi, namun hasilnya tetap sama. daripada apa yang diberitahu, ada dikalangan peserta yang sanggup bergolok bergadai, menjual perahu mereka semata2 bagi mengubah nasib beralih arah daripada nelayan untuk menjadi usahawan serai dan ada juga yang mengeluarkan simpanan yang tak seberapa di Tabung haji dengan hajat untuk mengerjakan haji semata2 untuk modal permulaan dan ada juga yang jual brg kemas sang isteri demi kehidupan yang lebih baik dengan mengusahakan tanaman serai dengan janji2 manis pihak syarikat CF ini. Namun harapan dan janji2 ditaburkan cuma omong kosong... kasihan peserta2 yang terlibat.. zalimnya manusia ini.. kerana wang ringgit sanggup mereka memperdaya bangsa sendiri yang hanya mahukan nasib diri mereka berubah demi kebahagian hidup masa depan. Aku amat sedih dengan apa yang berlaku ini... Kenapa syarikat tersebut tergamak berbuat demikian? Kalau ada masalah, kenapa tak bertrus terang dengan pengusaha? Kenapa nk menyepikan diri? kenapa nak lari? Sedangkan perjanjian sudah ditandatangani. lagi satu, kenapa peserta tidak membuat laporan kepada pihak berwajib? Kami cuba hubungi syarikat terbabit, namun panggilan tak dijawab. Nak juga dengar cerita dari pihak sebelah. supaya lebih adil...

Bagi membantu mereka, kami dr Lemongrass group..(kumpulan serai yang sedang ditubuhkan tetapi bukan syarikat!) BujangSelamber, Pn Maznah dan lain2 sudah ada jalan penyelesaian bagi mereka. Insyaallah, kami cuba bantu mana yang terdaya. Kebetulan market yang kami ada masih tak mencukupi. Mungkin dalam minggu hadapan kami akan duduk bersemuka dengan wakil peserta dari marang ini. Insyaallah.



Kes Kedua

Pagi tadi, aku terima panggilan dari sahabat ku dari Selangor. Bekalan tak mencukupi, beliau dah 'secure' market serai ni untuk dihantar kepada syarikat membuat rempah ratus, namun kini beliau menghadapi masalah bekalan... sepatutnya hasil dari ladang beliau mencukupi apabila ditambah dengan plan sokongan yang beliau buat, iaitu dengan memberi benih percuma ..PERCUMA! dan galakan kepada org2 kampung dengan mengusahakan serai dikawasan lapang di belakang rumah kemudian beliau akan membelinya kembali dari mereka. Dengan cara itu, bekalan tidak akan putus. Namun apabila sahabatku menghubungi mereka untuk bekalan bagi menampung permintaan...apa yang beliau dapat?? Mereka tak mahu menjualkan serai2 tu kepada beliau! Kalu nak beli, serumpun RM5. (itupun rumpun yang ada dlm purata paling tinggi 1.5kg sahaja!) Setelah diselidik, rupanya ada satu orang 'pembeli' sudah masuk kampung..menghasut orang kampung supaya jangan jual serai pada sahabatku tadi! 'Pembeli' tu menjanjikan harga yang lumayan kepada orang kampung! Ya Allah! Ya Tuhanku! Memang benar kata Tun Mahathir... MELAYU MUDAH LUPA!!!! Dan lihatlah bangsaku ini, begitu mudah dibeli dengan wang ringgit sehinggakan lupa bangsa sendiri yang telah membantu mereka selama ini! Beginilah berniaga... Harus diingat, Bangsa 'pembeli' ni memang licik..mereka punyai pengalaman beratus tahun dalam berniaga ni.. tak susah mereka nak jatuhkan bangsa kita ni... Duit sahaja senjatanya! Mula2 dia lingkupkan pembeli dengan menyekat bekalan mereka, kemudian apabila pembeli bungkus, mereka ambil pulak dengan pengeluar dengan harga murah..Akhirnya, kita juga yang melingkup! Licik sungguh mereka ni! Yang Melayu ni pun satu, lupa diri! tak kenang jasa! Apa salahnya harga murah sikit, tetapi berpanjangan. setidaknya dapat juga pahala membantu saudara sesama Islam! Sahabat2ku pengunjung dan usahawan tani sekalian, ingatlah...Bantu membantulah sesama... Pengeluar serai adalah majoriti bangsa kita, namun keadaan dipasar borong masih lagi dimonopoli oleh "mereka". Bagaimana bangsa kita nak maju kalau kita sendiri yang menyemai benih kehancuran bangsa kita sendiri? Aku tak bersifat perkauman.. cuma sedih dengan keadaan bangsa sendiri yang sentiasa tertipu oleh mereka yang suka mengambil kesempatan dengan sikap 'tak apa' bangsa kita ni...Siapa lagi nak bantu bangsa kita kalau tak bangsa kita sendiri? Aku dah cuba dapatkan beberapa pembekal baru pada sahabatku itu... Alhamdulillah, setakat ini hasilnya positif. Itulah pentingnya kita bersatu, kuatkan benteng ukhwah. dan ini jugalah sebabnya kumpulan Lemongrass group ni perlu dibuat.. bagi membantu rakan2 yang bermasalah. Kalau kita kuat, bersatu teguh, angin puting beliung berskala F5 pun takkan merobek benteng pertahanan kita. Insyaallah.

Marilah kita menjadi MELAYU SENTIASA INGAT! MELAYU BANTU MELAYU! Ketepikan perbezaan politik! MELAYU BANGSA BERSATU!

* P/S: Mungkin tulisan aku kali ini dirasakan ada berbaur sentimen perkauman, tidak, bkn itu maksudnya.. tetapi supaya kita beringat! Kita yang beragama Islam ada halal haram, ada dosa & pahala, "bangsa lain" mungkin memang cara mereka atau budaya dah mcm tu.. x leh buat apa. Bak kata Nabil " Lu pikirlah sendiri!". Rezeki pun Allah yang beri, mungkin segala yang terjadi adalah ujian kepada hambaNya. ( Post diatas aku ubah sedikit atas nasihat sahabatku..Agaknya takut aku kena ISA kut... sayang jugak ko kat aku ye!! hehehe)

Selasa, Julai 15, 2008

Info Kursus

Memandangkan sambutan yang kurang bg kursus pada Sabtu & Ahad ini, (19/07 & 20/07) maka kursus pada minggu ini ditangguhkan kepada minggu hadapannya. Utk minggu2 yang berikutnya pun masih banyak lagi tempat kosong. Cepat2! Antara tetamu undangan ialah En.Hamzah (bujangselamber) dr blog http://bujangselamber.blogspot.com/ Beliau ada berita baik tentang market serai. Kursus yang dianjurkan ini pun bukan sekadar kursus semata2, tetapi sebagai platform untuk kita saling mengenal sesama pengusaha & mereka yang berminat berbincang bersama tentang hala tuju, prospek serta pasaran bagi projek tanaman serai ini. Kami juga berhajat untuk membina satu ikatan kuat sebagai satu kumpulan, bagi bergerak bersama untuk menangani masalah2 berkaitan pasaran dan hal2 berkaitan tanaman serai. Insyaallah.

Selasa, Julai 08, 2008

Assalamualaikum semua rakan2 pengunjung HSP,

Sayugianya diumumkan bahawa satu kursus penanaman serai akan diadakan di kebun saya pada 26 Julai 2008, 27 Julai 2008, 2 Ogos 2008 & 3 Ogos 2008.

Kandungan kursus sehari ini akan membincangkan hal2 teknikal mengenai proses penanaman, penjagaan sehingga ke aspek penuaian. Praktikal proses diatas juga akan diajarkan kepada peserta. Makan minum disediakan. Para peserta dikehendaki memakai pakaian tidak formal. Sebaiknya pakaian ke ladang. (Pakai topi apek sayur pun ok). Kursus di kebun ni sebagai maklum memang tak serupa macam kursus di hotel. Namun keselesaan peserta diutamakan. Dun Wori! Ada kemudahan tempat solat dan toilet.. (Kebun depan masjid). Diakhir kursus peserta kan diberikan nota2 kursus berserta contoh kertas kerja penanaman serai bagi pinjaman bank. Para peserta bebas memilih tarikh kursus pilihan mereka berdasarkan tarikh yang telah diberikan di atas. Harus diingat, jumlah peserta satu sesi adalah terhad kepada 20 orang peserta sahaja untuk satu sesi. Kursus ini juga diadakan sebagai platform untuk para pengusaha atau mereka yang berminat mengenai projek serai ini untuk bertukar2 pendapat dan idea serta apa jua permasalahan mengenai tanaman serai. Apapun, maklumat mengenai kursus adalah seperti berikut :

Kursus Penanaman & Amali Serai

Tarikh:
26 Julai 2008 / Sabtu
27 Julai 2008 / Ahad
2 Ogos 2008 / Sabtu
3 Ogos 2008 / Ahad

Waktu: 9.30 pagi hingga 5 ptg

Tempat : Kebun PakTani (sila lihat peta lokasi pd blog)

Yuran Kursus : RM 100.00 seorang
(Bayaran deposit RM50 hendaklah dibank-in kan selewat2 nya 4 hari sebelum tarikh kursus. Sila simpan resit bayaran bank untuk rujukan kelak)

Sila bank-in kan kedalam salah satu akaun berikut:

Agro Bank - 1-571-000015-5

Bank Islam - 05-049-02-005592-2

Maybank - 105046374419



Sila emailkan pada PakTani4all@gmail.com atau sms saya pada 0196823911 atau sms Pn Maznah - 0126815226 untuk sebarang pertanyaan & penyertaan kursus.

Isnin, Julai 07, 2008

Benih...oh...Benih

Sejak 2 bulan kebelakangan, banyak panggilan aku terima memohon bantuan bekalan benih serai. Dukacitanya aku sendiri kekurangan benih. Senario kekurangan benih serai dipasaran kini boleh dikatakan agak meruncing. Bagaimana boleh terjadi situasi ini? Mudah sahaja. Ini bermaksud, makin ramai yang ingin berkecimpung dalam bidang usahatani ni. skala penanaman pula agak besar/luas. Kalau dahulu mungkin kita boleh katakan pengusaha tanaman serai ni boleh dikira ditiap negeri. Sekarang Felcra sendiri pun dah berminat dalam usahatani serai ini. (maknanya tanaman serai ni menguntungkan!!!) Bayangkan sahaja jumlah benih yang diperlukan bagi seorang pengusaha yang ingin mulakan projek di tanah seluas 1 ekar. Jika benih yang ditanam 6 batang untuk serumpun/1 poin, seekar dah 24000 batang. Itu baru seorang, seekar pulak tu, bayangkan 100 orang dengan keluasan purata projek 6 ekar. Dah berapa? Aku rasa lebih 100 pengusaha baru, mungkin dah beribu. Keluasan tanaman? Wallahualam... mungkin dah beribu hektar. Ini tak termasuk yang 'follow' kontrak farming lagi. Macam rakan blogger serai aku, therion-grass (namanye tak tahu...hehehe.. sorry bro!) Beliau memerlukan 192,000 batang benih serai dalam masa terdekat bagi kawasan seluas 8 ekar. Cuba bayangkan. Itu baru seorang.

Dalam konteks ini sahaja kita dah dapat baca, permintaan bagi benih dah melebihi apa yang ditawarkan, ditambah pula daripada permintaan pasaran biasa bagi serai seperti kegunaan harian. Pengusaha yang ada pun tak dapat menampung permintaan bagi kedua2 pasaran ini. Yakni pasaran untuk benih dan pasaran untuk pengeluaran makanan. Kedua2nya bersaing. Jadi senario yang kita dapat lihat kini ialah kenaikan harga serai yang mendadak. Dipasar2 borong kita dapat lihat kekurangan serai yang ketara tidak seperti sebelum ini. Pengusaha2 yang telah mengusahakan serai sebelum ini terpaksa membahagikan pengeluaran serai kepada 2 bahagian. Tambahan pula kepada yang telah menanam, kebanyakannya menanam untuk target pengeluaran pada bulan puasa dan hari raya. Jadi tiada pengeluaran dapat dilakukan dalam masa ini, walaupun untuk benih sekalipun.

Namun apa yang menjengkelkan ialah tentang segelintir yang mengambil kesempatan pada situasi sekarang. Harga benih naik memang dah sedia maklum. Itu satu hal. Kualiti benih pun boleh dipertikaikan. Saiz benih tu agak dimusykilkan. kalau kecil2 kenapa nak dijual mahal2? Aku setuju, walaupun kecil, masih boleh ditanam dijadikan benih, tetapi biarlah kena dengan harganya. Yang kecil pun harga standard yang besar apa cerita? Ada pulak benih yang bercampur, maksudnya benih serai paha ayam bercampur dengan benih serai kampung. Aku sendiri pun payah nak bezakan serai kampung dengan paha ayam. Bila kecil, dah tentu payah nak cam. Yang mudah nak cam serai buluh aka serai gajah. Memang bapok besarnya (dah nama gajah)...hehehe. lagipun batangnya panjang lagi. Yang ni biasanya untuk proses dijadikan serbuk. harga benih pun mencapai 50sen sebatang! Kalau dikaji2 diperhati2... method atau cara pengkelasan benih masih lagi tak seragam. Gred benih masih belum di'standard'kan lagi. cara pembelian pun bergantung kepada pengeluar. Ada yang jual kilo, ada yang jual batang dan ada yang jual rumpun.

Kalau beli benih kilo ni banyak faktor yang kita perlu teliti.

1- purata anggaran berapa batang sekilo. Kalau serai paha ayam yang normal, kita ambil 30 btg/kg. harga sekilo RM2.00 (andaian). Jadi sebtg jatuh 0.066 sen. Kalau yang besar2 mungkin lagi kurang kuantiti btgnya dan harga sbtg pun dah mahal lagi. Kalau kecil2 misal kata 40 btg harga dah jatuh sebtg 0.05 sen. (aku masih mengkaji mekanisma & perkiraan tepat jumlah btg per kilo serai)

2- panjang btg serai. Kalau benih dipotong panjang, dah tentu berat bertambah. (isu penipuan tanpa sedar). jadi purata batang per kilo pun dah lari. Kene set kan standard pjg sebtg serai. cthnya 1 kaki)

3- Teknik rendaman. tanpa kita sedar, mungkin perlu demi kesegaran benih. Apabila disiram benih (untuk elak layu), berat benih bertambah. walaupun jumlahnya kecil, tapi apabila dikumpulkan banyak juga.

Kalau beli benih secara rumpun. (jarang2 dibuat dan biasanya lebih murah.)

1- pastikan saiz rumpun. Takkan kita nak beli rumpun bersaiz kecil (purata 3 kilo) sama harga dengan rumpun besar? (purata 5 kg)

2- Biasanya cara ini, kita perlu mencabutnya sendiri.

Beli batang

1- Perlu pastikan benih itu dari klon yang dikehendaki.

2- saiz anak benih perlu dipastikan.

Senario pasaran serai akan datang.

Dalam kekalutan, kemeriahan harga serai kini, aku pasti, selepas raya nanti, pasaran akan kembali normal. Mungkin juga harga akan jatuh kerana ada lebihan produk. namun kepada para pengusaha, jangan lah gusar. Meskipun harganya jatuh, saya pasti, pengusaha tetap mendapat keuntungan juga kerana serai ini antara tanaman yang paling murah kos penanamannya dan paling mudah pula penjagaannya. jangan risau! jangan takut pada persaingan sesama sendiri. Rezeki masing2. Anda punya rezki, anda makan, aku punya bhg aku makan. nanti kalau ada peluang, kita sama2 makan. Kerana ramai pengusaha serai sekarang ni, memang elok benarlah kita wujudkan kelompok usahawan serai. kita sama2 berusaha majukan diri, bangsa kita. Setahu aku, 99% usahawan serai ni orang melayu kita. Rebutlah peluang yang ada. Jangan hanya tunggu dan lihat sahaja.

Walau apapun, aku tetap bersyukur dan bangga dengan kemunculan pengusaha2 baru ni. kawan2 pun ramai dah. Ada kemajuan pada anak bangsa kita. Kita dah berani membuka lembaran baru dalam bidang ini. ramai yang dah berani untuk bergelumang dalam selut dan tidak lagi bergtg harap pada makan gaji. Taraf survivality bangsa kita juga makin meningkat!Setidak2nya bila ramai pengusaha tanaman serai ini, Kerajaan khususnya Kementerian atau jab. Pertanian tidak lagi teragak2 untuk menghulurkan bantuan dari segi dana maupun memulakan projek industri sokongan kepada tanaman serai ini. Mungkin selepas ini, tiap2 daerah akan membuka pusat pemprosesan serai ini, tak kisahlah untuk proses jadikan serbuk ataupun esktrak minyak esen serai. InsyaAllah. Syabas untuk anda semua! Maju diri, maju bangsa, majulah umat Islam! Allahu Akbar!!


 

blogger templates | Make Money Online