Ahad, Ogos 31, 2008

Salam Ramadhan

Assalamualaikum saudara-saudaraku sekelian,

Selamat menyambut kedatangan Bulan Ramadhan yang ditunggu2.. Oleh itu saya terlebih dahulu 'memohon maaf' jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. Selamat Berpuasa.
*Hadis asal telah dikeluarkan kerana diragui kesahihan hadis yang diterima drpd email. Maaf atas kekhilafan! Namun tak salah kita bermaaf-maafan... (terima kasih Abd Ghani atas ingatan!!)

PUASA YG BERKESAN UTK KESIHATAN

Gejala-gejala yang berlaku semasa berpuasa:

Beberapa perkara akan berlaku disebabkan oleh pembuangan toksin dan Bahan buangan ketika kita berpuasa seperti nafas berbau, peluh juga berbau,Kulit kering bersisik dan gatal, air kencing pekat dan berbau dan mungkin juga kerap kencing, buang air besar selepas beberapa hari berpuasa,sakit kepala, lenguh badan dan demam (kesan toksin keluar dari lemak ke darah,sebelum keluar dari badan), dan mungkin juga berlaku selsema dan kahak serta lendir dan keputihan.

Pesanan: Jika gejala ini tidak serius, jangan cuba ubatkan kerana ia akan berhenti dengan sendirinya.

Cara berbuka dan bersahur yang berkesan:

(i) Berbuka dengan buah dan air bertapis yang tidak dimasak (guna water-filter).
(ii) Solat Maghrib terlebih dahulu bagi memberi peluang perut mencerna makanan
(iii) Makan makanan yang senang hadam dan kurangkan masakan berminyak,berempah dan pedas. Seelok-eloknya makan sayur, tahu dan kekacang.
(iv) Kurangkan kadar makanan dari biasa
(v) JANGAN minum air sambil makan. Insya-Allah jika makan secara perlahan-lahan, masalah tercekik tidak akan berlaku.
(vi) Minum air putih atau teh herba atau minuman yang mengandungi getah anggur, buah kembang semangkuk dan biji selasih sebanyak yang terminum. Waktu sahur elok makan buah dan susu atau sebarang makanan cecair.

Cara berpuasa yang tidak berkesan:

(i) Makan terlalu banyak (waktu sahur dan berbuka)
(ii) Makan makanan yang pedas dan berempah serta payah hadam
(iii) Makan terlalu banyak daging binatang terutama bagi pengidap batu karang, gout dan alahan.
(iv) Mengulangi makan sepanjang malam.
(v) Kurang minum air pada malam hari atau lebih minum air semasa makan
(vi) Tidur selepas kenyang makan

Makanan yang menjejaskan khasiat puasa kerana mengandungi bahankimia:

(i) Kopi dan teh.
(ii) Air paip masak yang tidak ditapis.
(iii) Makanan yang ada bahan pengawet, pewarna, perasa tiruan seperti burger, sosej, mee segera, air tin & kotak, air squash, nugget dan seumpamanya.
(iv) Makanan masin perlu dielakkan semasa berpuasa kerana ia menyebabkan air bertakung dalam badan (water retention)
(v) Merokok

Fasa-fasa puasa yang berjaya:

Fasa pertama (2-3hari):
Perut akan terasa lapar, badan cepat letih, cepat marah kerana kadar glukosa dalam darah rendah

Fasa kedua (3-14 hari):
Kurang selera makan, senang gelap mata, nafas berbau, lidah menjadi putih atau berdaki manakala badan menjadi lesu.

Fasa ketiga(14-akhir puasa):
Lidah menjadi bersih, nafas hilang bau, selera makan baik, tenaga mula pulih dan kadar glukosa menjadi normal kembali. Di fasa ini juga mental,emosi dan badan semakin optimum dan diri menjadi orang baru. Keadaan puasa begini hanya dicapai oleh mereka yang benar-benar mengawal makan dan minum supaya proses asidosis dan ketosis di dalam badan berjalan lancar.

Amalan hari raya yang merosakkan manfaat puasa:

(i) Makan banyak (terutamanya daging, berempah, berlemak dan berminyak)
(ii) Makan kerap
(iii) Kuih-muih yang payah dihadam
(iv) Air yang mengandungi pewarna, perasa tiruan


Manfaat puasa yang berkekalan:

(i) Kurang makan kerana perut dah kecut
(ii) Kesihatan bertambah baik

Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu. Selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala)."


SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH BERPUASA & PERBANYAKKAN LAGI IBADAH LAIN DIDALAM BULAN RAMADHAN. SEMOGA ALLAH MENERIMA SEGALA AMALAN BAIK KITA DIBULAN MULIA INI. INSYAALLAH

Sabtu, Ogos 30, 2008


SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 51 MALAYSIA
Assalamulaikum & Salam sejahtera rakan2 sekalian, Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke 51. Terpulanglah apa jua maksud & kefahaman anda tentang kemerdekaan. Bagi diriku, aku masih lagi belum merdeka. Adakah anda sudah merdeka????

Selasa, Ogos 26, 2008

Permintaan Kursus

Assalamualaikum rakan2 serta pengunjung HSP,

Oleh kerana masih lagi terdapat permintaan bagi kursus sehari teori & amali tanaman serai, disini saya membuka lagi peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai kursus ini buat kali yang terakhir sebelum kedatangan bulan Ramadhan. Jumlah peserta adalah tidak terhad kerana ingin membantu rakan2 yang masih tercari2 & ingin mendalami ilmu & teknik penanaman serai secara komersil dan dengan cara yang paling kos efektif.

Tarikh:30 & 31 Ogos 2008 - Hari sabtu/Ahad ( pilih satu)
Waktu: 9.30 pagi hingga 5 ptg
Tempat : Kebun PakTani (sila lihat peta lokasi pd blog)
Yuran Kursus : RM100 (deposit tak perlu, sebab masa sudah suntuk, memadai telefon saya untuk pengesahan)
Manual, Kertas kerja kursus, makan & minum disediakan.
Pakaian tak formal, pakaian ladang digalakkan.

Isnin, Ogos 25, 2008

Tanggal 15 Syaaban 1429 / 17 Ogos 2008, jam 10.30 pagi, aku berhijrah kealam baru meninggalkan hidup & zaman bujang yang telah kupegang titlenya selama 35 tahun. Aku bersyukur Ke-hadrat Illahi yang telah mempertemukan jodohku dengan iseriku Nur Azrina Bt Ali walaupun pada mulanya aku dah malas nak pikir sangat pasal jodoh ni. Bukan tak nak berkahwin & berkeluarga, cuma buat suatu ketika dulu aku pikir mungkin aku tangguhkan dulu hasrat & pencarianku tentang alam perkahwinan ini. Lagi pun hidup aku masih belum secure lagi. Namun apabila aku direkomenkan dengan isteriku ini, segalanya berubah, hehehe... Alhamdulillah, sedikit demi sedikit hidupku juga berubah, dahulu pada suatu ketika, segalanya nampak susah, setelah aku berazam utk mengubah hidup daripada solo kepada berdua, semuanya tampak mudah. Allah telah murahkan rezeki aku, Allah tunjukkan jalan padaku, walaupun aku tak kaya, segala keperluanku mencukupi, Alhamdulillah.. kupanjatkan kesukuran ku ini padaMu Ya Rahman Ya Rahim... Pertemuan, jodoh, rezeki & ajal ditangan Allah.

Walaupun tahun ini tiada sgt hasil yang kuperoleh daripada tanaman mangga ku, Alhamdulillah atas pertolonganNya dan rakan2, aku berjaya tempuhi dugaan yang datang. Aku amat berterima kasih pada semua rakan2 yang telah mendoakan & memberi semangat padaku sepanjang tahun ini. Insyaallah, pada bulan Disember ini aku akan adakan majlis kenduri bagi perkahwinan kami ini, harapanku agar rakan2 semua dapat hadir nanti. Ku pohon kemaafan kerana majlis pernikahan ku tempoh hari aku tidak menjemput dan memberitahu kalian, bukan apa, majlis pernikahan kecil-kecilan sahaja buat saudara terdekat... Lagi pun isteriku masih belum tamatkan pelajarannya di maktab perguruan Pulau Pinang. Nikah dulu, kalau tak... alamatnya org rumah aku kene posting jauhlah dari suaminya...huhu. Apapun, terima kasih kuucapkan pada rakan2 yang mendoakan aku tempoh hari....


p/s: Terima kasih & penghargaan buat Zaizul aka Mr Kentang yang jadi org kuat cum driver cum penghias dulang hantaran mas kawin aku hari tu...& terima kasih atas shot gambar yang menarik.. gambar dari pro-photographer tak siap lagi...hehehe

Jumaat, Ogos 15, 2008

Assalamualaikum rakan2 semua,

Sejak kursus tempoh hari, banyak juga email dan panggilan saya terima berkenaan kursus. Sebenarnya dalam masa terdekat saya tidak bercita2 nak menganjurkan kursus teori & amali tanaman serai lagi. kalau ada pun mungkin selepas Aidilfitri Namun untuk tidak mengecewakan rakan2 yang perlukan bimbingan kerana projek bakal dimulakan segera, maka saya akur lah juga. Saya faham masalah yang rakan2 hadapi, itu yang susah saya nak menolak... Jadi kepada rakan2 lain yang berminat untuk turut serta bersama dengan 10 peserta yang telah mengesahkan kehadiran pada sesi terbaru nanti, silalah hubungi saya dengan segera,

Maklumat kursus terkini Teori & Amali tanaman serai adalah berikut:

Kursus Teori Penanaman & Amali Serai

Tarikh:20 Ogos 2008 - Hari Rabu

Waktu: 9.30 pagi hingga 5 ptg

Tempat : Kebun PakTani (sila lihat peta lokasi pd blog)

Yuran Kursus : RM100 (deposit tak perlu, sebab masa sudah suntuk, memadai telefon saya untuk pengesahan)

Makan & minum disediakan.


Sekian Wasallam.

Salam semua, setelah stress & kepenatan selama berbulan2 mengerjakan tanaman di kebun aku... aku ingat nak berjalan2 lah pulak... nak 'broaden my mind a little bit' omputih kato... yelah terperuk kat Rembau je... asik orang dtg melawat kebun kita je... kita nak jugak melawat projek orang betul tak? Setidak2nya dapatlah bertukar2 idea dan bah fikiran disamping makan angin secara tak rasmi.. hehehehe.

Perghhh... mcm salem high country tuuuu....

Asalnya Hamzah nak melawat kebun aku, tetapi last minit selepas pekena teh tarik kedai mamak & melepak di rumah aku, terus tukar program. Aku di'kidnap' oleh si Hamzah ke Rawang... Sampai di Rawang, aku terus ke lokasi projek serai Hamzah. Di Bandar Sg Buaya... Besar juga ladang Hamzah ni... Walaupun hari panas, deruan angin yang mengasyikkan melupakan aku sekejap pesan bakal 'org umah' aku suruh jgn berjemur... kikikiki. (acah je). Hamzah ni mengusahakan tanah seluas 8 ekar di pinggir Bandar Sg Buaya, masalahnya di ladang sama macam aku... kehadiran lembu2 yang berkawad dalam kebun.. Suka pijak serai.. haiya... Lagi satu keadaan muka bumi yang agak curam menyebabkan berlaku sedikit hakisan dan kehilangan top soil di sesetempat rumpunan serai. Jadi rumpun serai di kawasan tersebut agak kecil kerana kekurangan nutrien yang di'lari'kan air ketika hujan. Namun 90% rumpun serainya memang subur... Kalau buat Banglo atas puncak tanah projek ko ni memang layan Hamzah... mcm kat genting je rasanya... berangin, sejuk...Nampak kehijauan serai... fuhhh.. indahnya alam maya! hehehehe.

contoh pengawalan rumpai yang berkesan... Cabutttt!

Plot yang baru ditanam... Cantik pemandangan.. dr jauh dah nampak kalau ada orang datang!

Selepas ke ladang serai, Hamzah bawak aku pekene Bakso... Aku tak pernah rasa bakso ni... Dah makan baru tau betapa sedapnya bakso ni, kalau di Malaysia, mihun sup atau mihun soto adalah seangkatan dengan bakso, cuma yang bezanya ada bebola daging dan daging sup yang empuk.. ditambah dengan sos cili api yang pedas... perghhh.. Eh... sori.. macam buat liputan jalan2 cari makan lak... Lepak punya lepak dengan rakan2 kongsi Hamzah di restoran bdr Sg Buaya tu, hamzah ajak pergi tgk projek ikan tilapia merah dia dgn kwn2nya pulak... aku ingatkan jauh... rupanya di belakang restoran tempat aku pekena bakso tu aje... Senang sangat ni... agak2 lapar, terus order makan. Tokey restoran tu pun rakan kongsi si Hamzah juga rupanya. Walaupun tak besar projeknya, adalah dalam 7 ke 8 kolam simen, namun aku dapat bayangkan income yang akan diraih ketika tuaian hasil nanti....

'Agropreneur' sedang sibuk menyanyi pada anak ikan.. "lekaslah besar, simanja kusayang" .... hehehehe

Malam itu Hamzah bawa pula aku berjumpa seorg VIP bagi membincangkan hal projek tanaman serai dan kemungkinan market yang besar bagi kumpulan 'lemongrass' nanti. Namun perbincangan masih diperingkat awal, banyak perkara yang masih dalam kekaburan, jadi tiada sebarang keputusan muktamad diambil malam itu. Bukan apa, takut juga, yang akan terima impak nanti satu kumpulan... Baik ambil langkah berhati2...

Hari 2

Keesokannya, Hamzah membawa aku ke Kuala Selangor, riki kawasan , ala2 spy gitu... hehehe. tak adelah.. acah aje... Kawasan ini memang padat dengan tanaman serai, segala ceruk tanah yang boleh ditanam, tak dibazirkan. Rata2 serai semuanya dah matang... tapi kenapa masih ambil serai pengusaha lain ye? (pasal ada kawan kene curi pembekalnya) Apa strategi pengusaha Kuala selangor ni? Mungkin dapat bekalan yang murah dari kawasan lain maka kawasan sendiri dibuat stok simpanan. Hmmm ala2 stok penimbal gitu... Biasalah, kompeni kukuh... boleh buat apa sahaja. Jadi inilah satu sebab mengapa kumpulan lemongrass ini perlu diwujudkan. Dalam bisness, macam2 boleh terjadi... Namun yakin pada kekuatan kumpulan kita ini nanti... Rezki Allah beri, kita sama2 berkongsi... Insyaallah.

Ladang serai kuala Selangor

Kemudian kami tinggalkan Kuala Selangor dan terus ke tanjung Karang, ke projek Hamzah lagi satu, ternakan itik telor. Sampai di ladang itik, kami disambut oleh anak2 itik Hamzah yang memang menunggu utk diberi makan. Riuh rendah! tapi sangat2 comel anak2 itik ni, mengekor je kemana kami pergi...mcm budak sekolah ikut gurunya... Hehehe, teringat aku nujum pak belalang... " Wahai Pak nujum bijak laksana, ada satu masaelah, ada 2 ekor itik yang baru menetas.....blablabla... yang mana satu jantankah, yang mana satu betinakah..." Opss... melalut... Banyak sungguh anak2 itik Hamzah ni, ada banyak peringkat umur, aku nak terangkan tak dapat,kurang arif dalam bidang ini... Kene tanya sifu Hamzah!

Comel! Wonderpets!

Hamzah sedang memberi makanan pada itik kesayangannya..


Setelah selesai diberi makan, barulah senyap sikit... Lepas makan sahaja terus semua anak itik serbu taliair berdekatan, bermandi manda pulak! Siap terjun tiruk lagi! haiya... ni betul2 punya wonderpet nih! Tak lama kemudian sebuah Volvo sampai, rupanya kenalan Hamzah, otai serai Tjg Karang. Pergh... pakai volvo tu hantar serai.. Hamzah ambil serai untuk dibuat benih di kebunnya di Terengganu.. Cayalah bang!

Sesudah transaksi, segala kerja selesai, Hamzah hantar aku ke stesen komuter Sg Buluh, Tak nak menyusahkan Hamzah hantar sampai PD. Terima kasih Hamzah kerana sudi menjemput aku melawat projek2 anda! Banyak perkara aku belajar, banyak rumusan aku perolehi. Setidaknya, aku dapat idea baru untuk perbaiki kelemahan diri aku. Insyaallah. Terima kasih Bro!

Rabu, Ogos 13, 2008

Dari kiri ; Pn Rohani, Pn Norzalina, Pn Hjh Rohaya, En. Jamaluddin, En. Farul, En. Abd Muttalib, En. Sabri Duduk dari kiri; Tn Hj Sapawi, Pak Tani, Sdra Muhamad Fazli



Sesi pagi, teori


Lawatan kawasan & penerangan




Penerangan pola pertumbuhan

Penerangan & sesi praktikal tuaian

Yang baju hijau tu sebijik mcm askar jepun sesat... hehehe

Melerai & membersih hasil tuaian


Hj Awi, praktik menanam

Sesi Soal selidik

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah, walaupun pada awal pagi, hujan renyai2 turun, kursus tetap berjalan tanpa sebarang masalah. (hujan rahmat). walaupun hanya 9 peserta, Suasana tetap ceria, tiap sesi ada sahaja cerita lucu terkeluar.. macam biasa, seperti sesi 1 juga, ada juga terkeluar cerita 'hilux' ni. masing2 ingin pakai hilux.. (sama mcm Abd Ghani...satu geng kut?). Insyaallah.. impian pakai hilux tu akan tercapai kalau kita usaha...Tapi Tn Hj Awi lagi advance... pakai 'mata belalang' trus. Dikesempatan ini, ingin aku ceritakan serba sedikit tentang Hj Sapawi ni (beliau membahasakan dirinya Awi), orangnya ramah, kelakar, ada sahaja celotehnya. Ditemani isteri tercinta Pn Hjh Rohaya yang memberitahu kedatangannya untuk memberi sokongan moral pada suami meskipun awal2 pagi sudah bertolak dari JB. (wow, how sweet! Romantisnya...) Haji awi ni bukan calang2 orangnya, pengetahuannya tentang market & maslah2 petani memang luas. Beliau adalah Setiausaha Kehormat Pasar Tani Kebangsaan Malaysia, Pengerusi PPK Unit bandar, Pengusaha produk cendawan, menanam mangga seluas 30 ekar di Kota Tinggi dan macam2 lagi bisness yang beliau usahakan... Banyak juga pengalaman yang beliau kongsi bersama dalam sesi kali ini, terima kasih Tn Hj Awi!! Rasa terharu juga kerana bagi aku, Hj Awi ni memang ada pengalaman luas dalam bidang pertanian & pemasaran, meskipun beliau memang 'expert' juga bab tanaman serai ini, (sudah menanam seluas 10 ekar tak salah aku dibawah syarikat kontrak), namun, beliau sanggup berjalan jauh menghadiri kursus aku yang tak seberapa ini. Terharu rasaya... Terima kasih Tuan Haji!!!Peserta paling awal sampai adalah Puan Rohani & Pn Norzalina dari Putrajaya, walaupun bekerja di sektor kerajaan, namun mempunyai cita2 untuk menjadi usahawan tani dan ingin mengusahakan tanah milik keluarga di melaka yang sekian lama terbiar, disamping membantu meningkatkan pendapatan keluarga. Syabas puan2!! saya Tabik! En. Jamaluddin & Sdra Muhamad Fazli ( beliatani, 23 tahun juga) dari Seremban, sedang mengusahakan tanaman serai seluas 3 ekar di Kg Jimah. Sedang menghadapai maslah benih. Kawan2 ada yang boleh tolong tak? En. Abd Muttalib & En Sabri dari Bentong, Pahang pun aku tabik, sanggup memndu jauh pagi2 buta semata2 nak menghadiri kursus ini... Banyak betul soalan daripada mereka. Mereka telah mengusahakan tanaman ini dan mendapatkan maklumat terperinci tentang cara yang paling menjimatkan kos dan termudah untuk perjalanan usahatani ini. Diharap kursus ini telah membantu tuan2... And last but not least... Bro Farul juga dari JB! Dah mengusahakan projek serai selas 6 ekar. Serai sudah berumur 3 bulan. Cuma ada masalah sedikit tentang tanah. (kesuburan) & masalah kekurangan benih... Rata2 peserta / rakan2 kursus memang inginkan kita wujudkan kumpulan serai ini, Hj Awi pun mengesyorkannya. Insyaallah selepas selesai 'majlis' aku nanti, aku akan plan tindakan selanjutnya utk menggerakkan kumpulan serai kita ini. Kepda yang telaj sudi meluangkan masa menghadiri kursus saya pada 2 sesi ini, saya ucapkan jutaan terima kasih.. We'll keep in touch!!! Sijil kursus & gambar2 kursus akan saya kirimkan nanti ya.... Terima Kasih Semua!!!

Ahad, Ogos 10, 2008

Salam rakan-rakan semua, lama tak postkan sesuatu dalam blog, Kursus dah selesai seminggu dah, tapi masih tak update lagi blog ni, sibuk sikit. Jangan marah aaa....

Alhamdulillah, kursus 2 hari pada 2 Ogos 2008 & 3 Ogos 2008 berjalan lancar, walaupun ada peserta yang 'last minit' terpaksa batalkan penyertaan. Tak apa, Insyaallah satu masa nanti kita akan berjumpa. Bagi rakan2 yang sudi hadiri kursus kelolaan saya ini, saya ucapkan jutaan terima kasih, rasa seronok jumpa rakan2 baru yang minatnya sama dalam bidang ni. Insyaallah kita akan bekerjasama kelak bagi merealisasi kumpulan penanam serai nanti.


Memori Kursus 2 Ogos 2008

Dari Kiri, Sdra Zaki, Sdra Norman, Sdra Wan, Kolonel Abd Rahim,
Pn Noraini, Pak Mat, Sdra Abd ghani, Sdra Sheikh,
Duduk dari kiri, Sdra Saiful Azrin, Pak tani
(Sdra Iezudin & Sdra Hasbunallah terpaksa pulang awal, tak sempat bergambar)


sesi santai, apa yang lucu tu Pak Mat?



Sesi Teori

Sesi taklimat/lawatan projek


Sesi penerangan perkadaran saiz & perbezaan akibat lebihan air pada tanaman


Perbezaan menanam menggunakan 1 btg benih & 3 btg benih
Sesi Penerangan & Amali Penuaian

Maaf, kualiti teknik jurugambar amatur yg pemalu... hehehe (dr jauh je shoot)

Penerangan perbezaan tuaian guna cangkul & 'Chop'

Melerai & membersih serai

Pn Noraini bersemangat betul! Syabas Puan!

Amali penanaman, Wan sedang mencuba menanam

Teknik penanaman terbaru!
Pada sesi pertama ni, aku agak suspen juga, manakan tidak, kali terakhir aku mengajar pada satu kelompok besar peserta ialah pada 14 tahun yang lepas masa buat projek pengembangan pertanian di Lenggeng. Aku respek & tabik pada peserta yang hadir kerana suka bertanya, aku juga tabik pada Zaki, walaupun baru berumur awal 20an, beliau dah mula bertani dengan mengusahakan 5 ekar tanaman pisang di Durian tunggal , Melaka. Aku tabik pada Wan, sanggup bersusah payah bermotosikal dari Kota Damansara semata2 mencari ilmu. (beliau pun baru berumur 23 tahun, aku akan cuba bantu cari tanah utk anda Wan!). Pn Noraini, walaupun satu2nya peserta wanita pada sesi ini, beliau adalah peserta yang paling bersungguh2 membuat praktikal. Secara tak disangka, rupa2nya Kolonel Rahim (tp rakan2 kursus panggil sarjan!) ni rupanya anak murid ayahku dulu semasa ayahku jurulatih di sekolah armor! Sekarang anaknya pula mengajar. (ironi sungguh), Tuan Sheikh, walaupun agak pendiam & paling smart, masa praktikal beliau tak lupa turut serta.. (ikut juga aku masuk longkang), Pak Mat, suka melawak! Abd Ghani, kau yang paling terakhir balik, habis mangga & kedondong aku kau kerjakan... hahahaha. Namun anda semua yang hadir sesi 1 ni, semuanya bagus, banyak juga yang aku belajar daripada mereka ni. Setidaknya, aku juga dapat menimba ilmu daripada mereka. Terima kasih anda semua!

 

blogger templates | Make Money Online