Jumaat, Ogos 15, 2008

Salam semua, setelah stress & kepenatan selama berbulan2 mengerjakan tanaman di kebun aku... aku ingat nak berjalan2 lah pulak... nak 'broaden my mind a little bit' omputih kato... yelah terperuk kat Rembau je... asik orang dtg melawat kebun kita je... kita nak jugak melawat projek orang betul tak? Setidak2nya dapatlah bertukar2 idea dan bah fikiran disamping makan angin secara tak rasmi.. hehehehe.

Perghhh... mcm salem high country tuuuu....

Asalnya Hamzah nak melawat kebun aku, tetapi last minit selepas pekena teh tarik kedai mamak & melepak di rumah aku, terus tukar program. Aku di'kidnap' oleh si Hamzah ke Rawang... Sampai di Rawang, aku terus ke lokasi projek serai Hamzah. Di Bandar Sg Buaya... Besar juga ladang Hamzah ni... Walaupun hari panas, deruan angin yang mengasyikkan melupakan aku sekejap pesan bakal 'org umah' aku suruh jgn berjemur... kikikiki. (acah je). Hamzah ni mengusahakan tanah seluas 8 ekar di pinggir Bandar Sg Buaya, masalahnya di ladang sama macam aku... kehadiran lembu2 yang berkawad dalam kebun.. Suka pijak serai.. haiya... Lagi satu keadaan muka bumi yang agak curam menyebabkan berlaku sedikit hakisan dan kehilangan top soil di sesetempat rumpunan serai. Jadi rumpun serai di kawasan tersebut agak kecil kerana kekurangan nutrien yang di'lari'kan air ketika hujan. Namun 90% rumpun serainya memang subur... Kalau buat Banglo atas puncak tanah projek ko ni memang layan Hamzah... mcm kat genting je rasanya... berangin, sejuk...Nampak kehijauan serai... fuhhh.. indahnya alam maya! hehehehe.

contoh pengawalan rumpai yang berkesan... Cabutttt!

Plot yang baru ditanam... Cantik pemandangan.. dr jauh dah nampak kalau ada orang datang!

Selepas ke ladang serai, Hamzah bawak aku pekene Bakso... Aku tak pernah rasa bakso ni... Dah makan baru tau betapa sedapnya bakso ni, kalau di Malaysia, mihun sup atau mihun soto adalah seangkatan dengan bakso, cuma yang bezanya ada bebola daging dan daging sup yang empuk.. ditambah dengan sos cili api yang pedas... perghhh.. Eh... sori.. macam buat liputan jalan2 cari makan lak... Lepak punya lepak dengan rakan2 kongsi Hamzah di restoran bdr Sg Buaya tu, hamzah ajak pergi tgk projek ikan tilapia merah dia dgn kwn2nya pulak... aku ingatkan jauh... rupanya di belakang restoran tempat aku pekena bakso tu aje... Senang sangat ni... agak2 lapar, terus order makan. Tokey restoran tu pun rakan kongsi si Hamzah juga rupanya. Walaupun tak besar projeknya, adalah dalam 7 ke 8 kolam simen, namun aku dapat bayangkan income yang akan diraih ketika tuaian hasil nanti....

'Agropreneur' sedang sibuk menyanyi pada anak ikan.. "lekaslah besar, simanja kusayang" .... hehehehe

Malam itu Hamzah bawa pula aku berjumpa seorg VIP bagi membincangkan hal projek tanaman serai dan kemungkinan market yang besar bagi kumpulan 'lemongrass' nanti. Namun perbincangan masih diperingkat awal, banyak perkara yang masih dalam kekaburan, jadi tiada sebarang keputusan muktamad diambil malam itu. Bukan apa, takut juga, yang akan terima impak nanti satu kumpulan... Baik ambil langkah berhati2...

Hari 2

Keesokannya, Hamzah membawa aku ke Kuala Selangor, riki kawasan , ala2 spy gitu... hehehe. tak adelah.. acah aje... Kawasan ini memang padat dengan tanaman serai, segala ceruk tanah yang boleh ditanam, tak dibazirkan. Rata2 serai semuanya dah matang... tapi kenapa masih ambil serai pengusaha lain ye? (pasal ada kawan kene curi pembekalnya) Apa strategi pengusaha Kuala selangor ni? Mungkin dapat bekalan yang murah dari kawasan lain maka kawasan sendiri dibuat stok simpanan. Hmmm ala2 stok penimbal gitu... Biasalah, kompeni kukuh... boleh buat apa sahaja. Jadi inilah satu sebab mengapa kumpulan lemongrass ini perlu diwujudkan. Dalam bisness, macam2 boleh terjadi... Namun yakin pada kekuatan kumpulan kita ini nanti... Rezki Allah beri, kita sama2 berkongsi... Insyaallah.

Ladang serai kuala Selangor

Kemudian kami tinggalkan Kuala Selangor dan terus ke tanjung Karang, ke projek Hamzah lagi satu, ternakan itik telor. Sampai di ladang itik, kami disambut oleh anak2 itik Hamzah yang memang menunggu utk diberi makan. Riuh rendah! tapi sangat2 comel anak2 itik ni, mengekor je kemana kami pergi...mcm budak sekolah ikut gurunya... Hehehe, teringat aku nujum pak belalang... " Wahai Pak nujum bijak laksana, ada satu masaelah, ada 2 ekor itik yang baru menetas.....blablabla... yang mana satu jantankah, yang mana satu betinakah..." Opss... melalut... Banyak sungguh anak2 itik Hamzah ni, ada banyak peringkat umur, aku nak terangkan tak dapat,kurang arif dalam bidang ini... Kene tanya sifu Hamzah!

Comel! Wonderpets!

Hamzah sedang memberi makanan pada itik kesayangannya..


Setelah selesai diberi makan, barulah senyap sikit... Lepas makan sahaja terus semua anak itik serbu taliair berdekatan, bermandi manda pulak! Siap terjun tiruk lagi! haiya... ni betul2 punya wonderpet nih! Tak lama kemudian sebuah Volvo sampai, rupanya kenalan Hamzah, otai serai Tjg Karang. Pergh... pakai volvo tu hantar serai.. Hamzah ambil serai untuk dibuat benih di kebunnya di Terengganu.. Cayalah bang!

Sesudah transaksi, segala kerja selesai, Hamzah hantar aku ke stesen komuter Sg Buluh, Tak nak menyusahkan Hamzah hantar sampai PD. Terima kasih Hamzah kerana sudi menjemput aku melawat projek2 anda! Banyak perkara aku belajar, banyak rumusan aku perolehi. Setidaknya, aku dapat idea baru untuk perbaiki kelemahan diri aku. Insyaallah. Terima kasih Bro!

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online