Jumaat, April 11, 2008
Semalam, hari Rabu, aku balik Rembau sekejap, nak bwk balik dapur gas untuk kenduri, sambil tu nak jenguk2 kebun, baru tinggalkan 2 hari dah rasa tak sedap hati, macam ada sesuatu je terjadi, sangkaan aku memang tepat, .................. LEMBU menceroboh kembali....!!!!!! Aduhhhhh... Macam tau2 aku takda, terasa gak bagai tuan lembu tu perhatikan aku.... Agak2 aku takda je, dia lepaskan lembu.. kadang2 semasa meronda, jumpe juga kesan2 pagar dipotong. Cuma aku tak mau pikir yang bukan2. Tak elok menuduh sembarangan. Baru 2 hari lepas aku tulis lembu tak menyusup masuk, alih2 dia lepas masuk juga. Tension betul.......
Saki baki pokok yang berbuah makin tinggal sikit buahnya.... banyak yang dimamah, digugurkan dek lembu2 'educated' tu.... Sedih pun ade tapi geram yang lebih. Pucuk2 muda tak payah ceritalah...... Habis rosak... Kenalah tunggu lagi sebulan untuk keluar pucuk baru dan lagi 2 bulan untuk pucuk baru matang sebelum boleh keluar bunga balik ditempat yang dimamah tu.... Ya Allah, banyaknya dugaan. Lepas ntah tidak aku nak buat masjid sok ni.... 'Lahaulawala Quwwatailla billah Hil aliyyil azimmm'
Takpalah, selagi terdaya, aku sabarlah. Nak racun lembu2 tu tak tergamak aku. Ingat aku nak jumpa DO nak bincangkan hal ternakan yang lepas bebas ni. Yang aku hairan, kenapa lah Jab.Haiwan boleh buat tak tau je dalam hal ni. Semua lembu tu ada tag pulak kat telinga tu. Tak periksa betul2 ke latarbelakang penternak sebelum bagi bantuan. Ada ke kawasan meragutnya. Ini tiap2 tahun bagi.. makin lama makin banyak... tanam rumput tak mahu, nak free aje. Jual pulak mahal2. TAMAK betul! Yang lingkup, aku... Tertangguh2 nak dapat hasil. Dugaan......
Selasa, April 08, 2008
Dah dua minggu aku di Rembau, kerja banyak yang perlu dibereskan, ditambah pula dengan projek2 baru yang hendak dilaksanakan. tak cukup dengan tugas yang sedia ada, terdapat pula gangguan2 yang tak dijangka. Gangguan yang cuba menabur pasir kedalam periuk nasi aku. Untuk 2 minggu aku di kebun kali ini, aku betul2 diuji kesabaran, baik fizikal dan mental.
Buah mangga telur, muda teramat masam, dah masak manis sangat.
Rutin harian dikebun adalah seperti biasa, meracun, pruning, belek2 bunga dan putik yang kian membesar, selain menebas semak2 di plot mangga yang kadangkala terpaksa ditinggalkan sebentar sebelum ini untuk menumpukan pada plot yang tengah berbunga dan berputik. Itu belum termasuk plot yang sudah di'pruning' dan sedang keluarkan pucuk dengan banyak. Tapi kali ini aku tak mau plot2 lain terbiar semak, mau kasi terang, mau belai2 sama rata, biarlah kerja bertimbun dan kerja2 jadi perlahan. Pokok senduduk pun dah makin banyak meninggi, sebelum ular2 dan tikus2 bersarang, (selain puyuh dan ayam hutan) baik aku bagi 'clear'. Itulah kalo berbudget rendah tapi tanaman berskala tinggi, semuanya kene buat sendiri. Nak menggaji pekerja tak pulak mampu. Nak guna mesen, masa nak guna tu lah dia meragam. Jadi tebas sahajalah guna parang. Waktu pagi aku tumpukan pada kerja2 meracun, tak kiralah meracun serangga/kulat ataupun merumpai. Nak meracun pun kadang2 makan masa 2-3 hari jugak. Al-maklumlah, nak mengadap 10 ekar mangga. Bila matahari dah hampir tegak atas kepala bukan boleh meracun lagi dah. (kecuali racun rumpai). Selesai meracun, menebas pula, nak patah jugak pinggang terbongkok2 menebas senduduk nih. Agak2 dah pancit barulah berhenti. Itupun sekejap sebelum mencabut rumpun2 serai untuk dijadikan benih untuk ditanam pula pada batas2 yang dah siap. Lambat tanam, lambatlah dapat duit nanti. Tak pun nanti penuh pula batas dengan rumput dan senduduk. Lagi naya!
Pokok mangga telur, lebat berbuah!!
Baharin, menyiapkan benih serai
Sambung balik.... Rutin pagi macam itulah... Biasanya kebelakangan ini, lepas balik rumah untuk makan dan solat zohor, aku tak dapat ke kebun lagi. Hujan. Hujan sampai ke petang. Berhenti pun selepas Asar, itupun sekejap. Tiap2 hari macam tu. Cuaca dunia sekarang dah tak macam dulu. Hasil tangan2 durja manusia sendiri. Dan seperti yang dijangka, putik2 dan bunga yang lebat sebelum ini, jatuh berguguran satu demi satu membuatku melopong terkedu. Takpalah, tak ada rezki agaknya kali ini. Namun bagi buah yang gak besar saiz telur ayam, ia agak tahan sedikit, cuma dalam setangkai, dapatlah sebiji dua. Alhamdulillah, ada juga hasilnya. Hujan lebat yang turun tiap petang tetap rahmat jua bagiku, kalau tak, naya juga nak menyiram serai yang dah ditanam. Hujan atau panas memang rahmat bagi petani. Disebalik kepayahan dan dugaan terdapat berbagai rahmat yang tersembunyi disamping mengkayakan lagi kita dengan pahala kesabaran.
lining serai, sempoi je..
Serai dah naik skit.. berlumba dengan rumput
Diam tak diam, dah siap 1 plot mangga siap bertanam serai antara barisan mangga. Plot pun kecik, dalam 30 batang mangga. Dah bertanam serai 500 rumpun. Alhamdulillah. Jadilah. Itulah kerja yang dapat dibuat kalau cuma 1/2 hari je bekerja untuk setiap hari. Ada lagi 3 ekar lagi nak ditanam. Benih serai pulak rasanya tak cukup. Kebelakangan ni agak payah nak dapatkan benih serai. Nasib baik ada baki tanaman yang lepas. Yang lain tu akan diusaha dapatkan dari kawan2.
Sambil2 mengerjakan tanaman sendiri, ada jugak aku mengambil upah meracun kebun orang, bukan apa, duit agak kurang (memang takde pun) sekarang, kos pun makin meningkat. Jadi untuk 'cover' perbelanjaan harian kenalah buat2 sedikit kerja2 lain. Sehari meracun kebun orang dapatlah RM50, bolehlah juga buat beli keperluan dapur. Dari sarapan pagi sehinggalah ke makan malam, semuanya masak sendiri. Kadang2 naik malas pulak asik makan nasi goreng santak dr pagi sampai malam. Tapi Baharin suka. Nasi goreng pun ok juga, kenyang juga. RM50 boleh bertahan 2 minggu. Alhamdulillah. Mujurlah bab makan ni aku tak cerewet sangat. Nasi putih dengan telur goreng pun cukup bagi aku. Dah biasa dah.Mesti ramai yang hairan kan? Projek boleh buat, tapi income takde. Macam nilah keadaan aku.. Kadang2 tak berduit langsung. Macam tipu je kan? Aku ni bukan dari keluarga kaya, buat projek ni pun takda modal sangat. Ikut resam kais pagi makan pagi je. Ilmu ada tapi duit yelekkk... Projek yang aku buat ni pun asalnya aku hanyalah sebagai pekerja dengan gaji RM500 sebulan sahaja, cuma apabila majikan aku ambil keputusan menarik diri dari meneruskan projek ini, terkilan pula rasanya nak tinggalkan. Lagipun banyak wang rakyat dah dilaburkan. (subsidi Jab. Pertanian) Biarlah berjerih aku teruskan, biarlah lambat untuk berjaya pun, InsyaAllah Allah takkan membiarkan hambaNya yang berusaha. Nak buat pinjaman memang susah, tiada yang nak jamin dan apa harta yang aku ada untuk dicagarkan. Motor kriss cabuk adalah. Namun secara sedar tak sedar, dah 6 tahun aku teruskan projek hasil tinggalan majikan aku tanpa modal yang cukup. Alhamdulillah. Aku guna strategi buat apa yang perlu sahaja, itulah yang kadang2 kebun aku tu nampak bersemak aje.. nak jimat kos racun. Nak beli ,duitnya takda. Apa yang ada, itulah aku guna. Janji keliling pokok/bawah pokok bersih. Kadang2 jadual kerja yang dah dibuat aku pun terpaksa ditangguh gara2 modal tiada untuk beli baja atau racun. Dapat hasil, bayar segala hutang, sewa tanah dan beli keperluan untuk musim akan datang siap2. Nak mengharapkan bantuan Jabatan sahaja memang tak mencukupi, apa yang dapat aku tetap bersyukur walaupun dapat racun yang dah expired. Kadang2 memang terasa juga aku dianak tirikan, tapi tak apalah, dah resam dunia, yang berharta/kaya diangkat tinggi. Serba mencukupi pun masih nak meminta2. Aku amat kecewa bila ada yang buat projek pertanian skala besar, dapat bantuan besar siap traktor dan kelengkapan, pekerja sampai 20 orang tapi tetap jatuh tersungkur ditengah jalan tak sampai 3 tahun beroperasi. Alangkah baiknya kalau aku yang dapat kemudahan itu. Tak kisahlah... nasib baik aku ni tahan lasak punya kaki. Janji Rock!!!! Walau apapun terjadi, aku akan tetap pertahankan projek ni sampai tamat tempoh perjanjian sewa tanah pada NOv 2011 nanti. InsyaAllah. Cuma keluasan asal 27 ekar tak dapat aku pertahankan kerana beban kerja dan ketiadaan modal. Yang tinggal cuma 10 ekar. Selebihnya aku pulangkan kembali kepada tuan tanah.
Dah siap tebas.. terang sikit kawasan
Dalam sengkek2 dua minggu lepas tu, ada juga tuan tanah yang mintak Advance sewa. Usahalah juga mencari. Dah selesai bayar, tinggallah 10 hengget. Ikat perutlah juga sementara menunggu tuan punya kebun tempat aku ambil upah meracun bayar upahku. Entah macam mana rakan sekolah ku datang melawat. Agaknya perasan kut kesusahan aku, sebelum balik dia hulurkan sekeping not RM50. Malu juga nak terima. Tapi dah kene paksa, ambillah juga. Terima kasih Ramli!! Aku seboleh-bolehnya tak mau menyusahkan sesiapa, biarlah aku usaha sendiri. Bab duit ni pun pening juga, mana taknya, lagi 4 bulan je tinggal sebelum aku bernikah. Ongkosnya masih enggak ada!! Ish2.. gila ke hape aku ni.... Namun aku nekad, InsyaAllah, ada rezeki nanti.
Ramli aka Ramcung.. malu nak bergambar... tq bro!
Dalam sibuk2 dikebun sendiri, sempat juga aku bawa orang melihat2/survey kawasan untuk projek diorang. nak tanam serai juga, alih2 aku ditawarkan share. Nak share mende, duit pun takda, namun kerana ketiadaan pakar dan pengalaman, mereka mengajak ku juga, bagi free share 10%. Oklah tu, rezeki jangan ditolak. Jangan esok semua kerja aku kene buat sorang2 dah... dah lali kene macam ni dah. Bila dah siap keluar hasil, last2 aku juga kene tendang. Tak pe, ada saham akhirat.
Dalam pada masa yang sama juga banyak panggilan aku dapat, semuanya mengenai tanaman serai, mangga pun ada. Yang mana sempat aku tolong, aku tolong, free of charge. Tak luak pun kalau kongsi ilmu. Ada juga yang mengesyorkan aku buat duit dengan cara tu, buat kursus atau charge ilmu yang aku bagi. Entahlah, tak tergamak aku nak minta bayaran untuk tu semua, biarlah apa yang aku tau dikongsi bersama. (lainlah kalau Jab. Pertanian upah aku suruh bagi ceramah...tapi jangan mimpilah...hehehe :P ). Kalau orang kata aku bodoh atau lurus pun biarlah. Asalkan ada anak bumiputra yang berjaya dah. Dah meluat aku tengok asik2 bangsa lain maju kedepan. Bangsa sendiri ketinggalan. Ketinggalan dek bangsa sendiri tak membantu. Yang menjahanamkan Melayu itu, orang Melayu sendiri.
Baki rumpun serai untuk dibuat benih...tak cukup ni...
Rupa-rupanya dalam diam2 aku mengerjakan projek aku ni, ada juga yang nak bagi aku lingkup. Adalah hamba Allah ni, dialah Ketua Cawangan, Pengerusi JKKK dan dialah juga Pengerusi PPK daerah. Tak habis2 cucuk orang kampung suruh tanam kelapa sawit, habis satu kampung nak ditanam sawit. Nak tanam tu tanam la, ni dengan kebun2 aku pun disuruh tebang mangga tanam sawit! Kalau jumpa di masjid masa nak sembahyang Jumaat mesti nak bincang pasal tu dengan aku. Aku jawab senang je, "Cikgu (cikgu pencen), ni kat masjid ni, nantilah kita cerita." Dahlah nak tanam sawit, dijaja pulak cerita kalau disewakan tanah pada aku, tuan tanah tak untung, sekadar dapat sewa je, orang luar pulak tu. Hem, inilah dia perosak bangsa. Katanya, tuan tanah yang ikut tanam sawit dibawah koperasi selain dapat duit sewa, kalau mesyuarat agung tahunan akan dapat duit kedatangan mesyuarat dalam RM50 seorang disamping keahlian percuma koperasi. Lebih dari itu share sedikit. Yang aku dapat tahu, pemegang saham terbesar dalam koperasi tu, dialah antara orangnya. Dah tentu akan dapat lebih. Dengar cerita dengan cara tu je, dia boleh dapat dalam RM1000 ke 2 ribu sebulan. Tuan tanah dapat setahun sekali. Ada patutka? Buruk2 kan aku lepas tu dalam diam dia sapu. 2 x 5 juga. Dibelakang aku semua kerja yang aku buat dikebun dia komen, it tak betul, ini tak betul. Budak bodoh tanam manggalah.. Dia tak tahu, tiap kali Jumaat pada musim buah mangga masak, buah mangga yang dia bedal dimasjid sampai sumbat dalam bakul motor bawak balik rumah tu datangnya dari mana. Entahlah dunia..dunia. Terus tak yakin aku nak pujuk tuan tanah untuk melanjutkan sewa tanahku sampai 2016. Mesti termakan pujuk rayu Ketua Cawangan tu. kalau dia nak juga tanam sawit sebelum aku keluar dari projek pada 2011, aku akan bawa perkara ni keatas. Itu konpom! Jangan ingat aku diam tanda aku mengalah. Aku buat projek pun bukan tak ada hitam putih. Berdaftar lagi bawah MoA-Inc. kalau berani, masuklah...
Dah dua minggu hidup dikebun, aku balik sekejap. Nak tolong uruskan apa2 yang patut. hari Sabtu ni adik bongsu aku yang perempuan bertunang. Ada kenduri sedikit. Frust juga tak dapat bantu orang tua aku dari segi kewangan. Apa nak buat...... Harapan aku suatu hari nanti, kedua orang tuaku akan dapat berehat hidup senang, hasil kedua belah tanganku berbudi pada tanah. InsyaAllah.
Itulah antalogi mingguan hidupku... Hidup sebagai seorang petani.... Macam2 kerenah manusia aku layan. Macam2 dugaan aku lalui. Namun kerjaya ini tetap kuteruskan, kerana selagi aku belum berjaya, aku tak akan berhenti.
p/s : Sorry, tajuk diatas tak releven langsung dengan nukilan kali ini... hehehehe.
Khamis, Mac 13, 2008
Alhamdulillah, tiada sebarang kerosakan pada traktor selepas insiden masuk parit. Selang 2 hari berikutnya, Anuar masuk dan me'rotor' atau menggemburkan batas yang sudah dibajak sebelum ini. Selepas siap rotor nanti, bolehlah dibuat lining untuk menanam serai nanti. Insyaallah...
Bongkah-bongkah tanah yang besar sebelum dipecahkan, digembur
'Implement'/alat : menggembur/pemecah tanah/ rotovator
Hasil setelah di'rotor', kalau mahukan tekstur tanah yang lebih halus, eloklah di'rotor 2 kali dengan kelajuan traktor yang minimum.
Tengah leka meracun di kebun, aku terima panggilan, traktor yang aku tunggu untuk menggembur tanah di kebun masuk parit! Rakan aku yang memandu traktor Jab.Pertanian minta bantuan aku untuk keluarkannya. Kalau tak bantu, alamat lambat lah aku nak siapkan batas aku nanti. Nasib baik lokasi kejadian tak jauh dari kebun, di kampung sebelah je.
Sampai je di tempat kejadian, member aku tengah duduk termenung, tuan punya projek entah hilang kemana, buat tak tau je. Apelah perangai orang ni, ingat dia bayar dia boleh buat suka hati? Tolonglah carikan JCB ke traktor lain untuk tolong tarik traktor tu keluar dari parit. Si Anuar (pemandu traktor Jab. Pert.) cakap, kawasan tu tak boleh masuk, jalan kecik dan licin, (akibat hujan malam sebelumnya) tapi degil, alasannya sebelum ni traktor PPK pun ikut jalan tu juga. Senang je cakap. baru dalam 20 kaki berjalan, tebing parit runtuh, tayar sebelah kanan dah jatuh dalam parit. Bila aku tanya si Anuar mane perginya tuan kebun, dia jawab entah, dah lama hilang, tolong pun tidak... apalah manusia ni. Aku cuba juga bawa keluar traktor tu dengan semua skil yang aku ada, tapi tayar traktor tu dah 2/3 terbenam dalam lumpur, licin pulak tu, lagipun 'implement' (mesin rotor) traktor tu merumitkan lagi keadaan. dekat sejam mencuba namun tak juga berjaya, aku pun bawaklah si Anuar pergi merayau2 cari traktor lain atau JCB untuk tolong tarik keluar.
Singgahlah sekejap di kebun mangga member aku, tapi dia tak ada pulak, ke Indonesia menguruskan hal pengambilan pekerja disana. Tapi sempat telefon dia untuk pinjam traktor. dapat lah pakai sekejap, tapi sebab traktor yang menarik tu kuasa kuda nya kecil dan hanya 2wd, kami gagal lagi. JCB tak de pula lalu lalang hari ni, kalau tak, bolehla mintak tolong. Dekat pukul 6.30 petang baru aku dapat JCB. itu pun pergi kerumah kontraktor di Astana Raja. kebetulan JCBnya baru pulang dari kerja. Dengan wang upah RM150, traktor Jab.Pertanian tu dapat dikeluarkan. Masa tu barulah nampak batang hidung tuan punya kebun. Happaraaa!!! Tapi padan muka dia, dia kene extra-charge RM200 dan paip pengairan dia rosak kerana dilenyek JCB.
Moral of the story:
1. Kalau nak wat projek, pastikan ada jarak selesa di tapak projek untuk memudahkan jentera masuk dan membuat kerja. Nak maksimumkan penggunaan tanah pun biarlah kena pada tempatnya. Tandakan kawasan2 bahaya supaya tidak memudaratkan sesiapapun.
2. Sebagai tuan punya projek, cubalah bersikap professional dan lebih bertanggungjawab. Jangan anggap kita dah bayar upah, kita boleh buat tak tahu atau lepas tangan. Hubungan jangka panjang antara yang terbabit penting. Kita bukan nak pakai traktor tu sekali je sepanjang projek. Silap2 lepas ni traktor Jab. Pertanian tak nak masuk dah!!
Khamis, Februari 21, 2008
Januari...........(sesudah pruning)
Februari..............
Batas yang telah siap, tunggu me'rotor' (menggembur) sahaja. Tetapi kena tunggu musim hujan dahulu sebelum menanam. kalau tak, kena pasang sistem paip pengairan lah.
Bunga
Lebat berbunga
Jambak bunga yang telah muncul. Alhamdulillah.. Syukur!!
Jambak bunga yang muncul di pangkal dahan yang teah dipotong
Putik
Putik baru yang telah muncul dijambak bunga.
Putik Mangga
kalau putik ini kekal, (tak gugur sebab hujan tiba2 atau dimamah lembu), Insyaallah dalam penghujung bulan April leh dituai
Isnin, Februari 18, 2008
It's been a while since last update for this blog, i've been away from my pc for about 3 weeks now and there's a lot of progress going on at the farm, prunning schedule has been completed, now it's a waiting time. Waiting for new shoots emerging from the cut down branches (or what's left of it). Actually, new shoots will emerges in 2 weeks (approx) time after every cutting or prunning, (if it's done in rainy season) but all of a sudden, came dry sunny season. Hmmm.. it's unpredictible when predicting weather nowadays, thanks to the global warming. But it's fine with me, the new shoots will come eventually. The sudden changes in wheather brings another good news... It's flowering time!!! Any trees that i've prunned during rainy season and have grown new shoots and leaves that have matured are now producing flowers.. Emmmmm.. How i miss that mango flower fragrance in the air... What a joy...
Actually, the leaves should have grown nicely, but thanks for the loose cattle that broke my fences creating havocs and ate the nice, yummy shoots.... i've to wait some more time. Hmmmm... 'lagi2 lembu!!' Nowadays, every morning routine i'm doing in my farm is patroling and checking the fences for traces of damages or 'leaks'. But news from the Dept. of Agriculture came to my relief. JPS (Dept of irrigation and drainage) will be doing maintenance for my perimeter drainage by making it deeper and bigger. And there goes my cattle woes. (i hope). But works will only commence on June (i think) as there are National Election coming soon. But on the mean time, the routine goes on.
Oklah... I think enough said already.. With all the sudden changes in language with broken english and lots of grammatical errors, i think that's all for today's post. Just brushing things up, it's been a while i've stop written and spoken in english. My 'otak pun dah berkarat' hahahahaha.... next time in bahasa like 'ususal' hehehehe....
p/s : Jgn mare kawan2.... ampun kalo tulisan berterabur.. hehehe. kalau salah tolong betulkan ye....