Selasa, April 08, 2008

Dah dua minggu aku di Rembau, kerja banyak yang perlu dibereskan, ditambah pula dengan projek2 baru yang hendak dilaksanakan. tak cukup dengan tugas yang sedia ada, terdapat pula gangguan2 yang tak dijangka. Gangguan yang cuba menabur pasir kedalam periuk nasi aku. Untuk 2 minggu aku di kebun kali ini, aku betul2 diuji kesabaran, baik fizikal dan mental.

Buah mangga telur, muda teramat masam, dah masak manis sangat.



Rutin harian dikebun adalah seperti biasa, meracun, pruning, belek2 bunga dan putik yang kian membesar, selain menebas semak2 di plot mangga yang kadangkala terpaksa ditinggalkan sebentar sebelum ini untuk menumpukan pada plot yang tengah berbunga dan berputik. Itu belum termasuk plot yang sudah di'pruning' dan sedang keluarkan pucuk dengan banyak. Tapi kali ini aku tak mau plot2 lain terbiar semak, mau kasi terang, mau belai2 sama rata, biarlah kerja bertimbun dan kerja2 jadi perlahan. Pokok senduduk pun dah makin banyak meninggi, sebelum ular2 dan tikus2 bersarang, (selain puyuh dan ayam hutan) baik aku bagi 'clear'. Itulah kalo berbudget rendah tapi tanaman berskala tinggi, semuanya kene buat sendiri. Nak menggaji pekerja tak pulak mampu. Nak guna mesen, masa nak guna tu lah dia meragam. Jadi tebas sahajalah guna parang. Waktu pagi aku tumpukan pada kerja2 meracun, tak kiralah meracun serangga/kulat ataupun merumpai. Nak meracun pun kadang2 makan masa 2-3 hari jugak. Al-maklumlah, nak mengadap 10 ekar mangga. Bila matahari dah hampir tegak atas kepala bukan boleh meracun lagi dah. (kecuali racun rumpai). Selesai meracun, menebas pula, nak patah jugak pinggang terbongkok2 menebas senduduk nih. Agak2 dah pancit barulah berhenti. Itupun sekejap sebelum mencabut rumpun2 serai untuk dijadikan benih untuk ditanam pula pada batas2 yang dah siap. Lambat tanam, lambatlah dapat duit nanti. Tak pun nanti penuh pula batas dengan rumput dan senduduk. Lagi naya!



Pokok mangga telur, lebat berbuah!!




Dah nak jadi hutan!!


Nasib baik kali ni lembu2 tak buat hal. Lama gak tak menceroboh masuk kedalam kebun aku. Alhamdulillah. Selamat pokok mangga aku. Kalau tak, habis pucuk2 dan putik mangga aku dikerjakan. Kenalah tunggu lagi untuk pucuk baru dan bunga baru keluar. Terima kasih pada Baharin kerana rajin berjalan memeriksa pagar2 sekelililng kebun aku.


Dah siap tebas. Belum diracun je.

Perihal Baharin, Baharin ni bukan pekerja aku mahu pun partner aku, cuma orang kampung sini sahaja. Entah kenapa dia suka menolong aku setiap hari aku pun tak tau. Rahmat Allah. Syukur Alhamdulillah. Tapi bukanlah aku mempergunakannya, dah acapkali aku beritahu, aku tak mampu nak menggajikannya, cuma apa yang ada dapat ku beri itulah sahaja habuannya. Baharin ni pun dah lama menganggur, sejak syarikat bas Naeila jatuh bankrup. Sebagai membalas budi, kebiasaannya setiap kali musim buah, dalam 20% hasil mangga aku berikan padanya... kalau dia bantu aku menjual buah, setiap buah yang dijualnya, aku tak ambil wang jualannya. Itu sahajalah yang aku mampu beri padanya. Baharin ni pulak, aku tak pernah suruh dia buat apa2 pun. Cuma dia rajin mengekor aku kemana2. Memang kerja tak perlu dan tak pernah aku suruh. Dia buat sahaja. Kalau aku pruning, dia kutip dahan2 yang dipotong, dikumpul dan di bakar. Dia ni rajin mengemas. Kalau rumput panjang, dia capai tong racun rumpai dan dia merumpai sendiri. Kalau pagar roboh, dia baiki sendiri. Semuanya tanpa disuruh. Bab2 meracun serangga, pruning, membaja dan lain2 kerja aku buat sendiri. Lagi pun dia ni ada mood. Tengok moodlah... time rajin, memang rajin. Hehehehe. Tak ape, dapat meneman aku sorang2 kat kebun pun dah cukup. Kalau dia takde pun boring gak.. Aku suke mengaco dia ni... Yang aku agak kesian pada Baharin ni, dia ni agak lurus, dan kadang2 agak longgar skit skrunya. Agaknye pasal masa kecik2 dilarikan orang bunian dibelakang kebun aku. (cerita org2 kampung pada aku). Namun bagi aku dia ni normal, cuma anginnya saja nak kene pandai baca. Lagi satu perutnya, pandai jaga makan minumnya, ok lah dia. (kuat makan) hehehehe.


Baharin, menyiapkan benih serai

Sambung balik.... Rutin pagi macam itulah... Biasanya kebelakangan ini, lepas balik rumah untuk makan dan solat zohor, aku tak dapat ke kebun lagi. Hujan. Hujan sampai ke petang. Berhenti pun selepas Asar, itupun sekejap. Tiap2 hari macam tu. Cuaca dunia sekarang dah tak macam dulu. Hasil tangan2 durja manusia sendiri. Dan seperti yang dijangka, putik2 dan bunga yang lebat sebelum ini, jatuh berguguran satu demi satu membuatku melopong terkedu. Takpalah, tak ada rezki agaknya kali ini. Namun bagi buah yang gak besar saiz telur ayam, ia agak tahan sedikit, cuma dalam setangkai, dapatlah sebiji dua. Alhamdulillah, ada juga hasilnya. Hujan lebat yang turun tiap petang tetap rahmat jua bagiku, kalau tak, naya juga nak menyiram serai yang dah ditanam. Hujan atau panas memang rahmat bagi petani. Disebalik kepayahan dan dugaan terdapat berbagai rahmat yang tersembunyi disamping mengkayakan lagi kita dengan pahala kesabaran.

lining serai, sempoi je..

Serai dah naik skit.. berlumba dengan rumput



Diam tak diam, dah siap 1 plot mangga siap bertanam serai antara barisan mangga. Plot pun kecik, dalam 30 batang mangga. Dah bertanam serai 500 rumpun. Alhamdulillah. Jadilah. Itulah kerja yang dapat dibuat kalau cuma 1/2 hari je bekerja untuk setiap hari. Ada lagi 3 ekar lagi nak ditanam. Benih serai pulak rasanya tak cukup. Kebelakangan ni agak payah nak dapatkan benih serai. Nasib baik ada baki tanaman yang lepas. Yang lain tu akan diusaha dapatkan dari kawan2.

Sambil2 mengerjakan tanaman sendiri, ada jugak aku mengambil upah meracun kebun orang, bukan apa, duit agak kurang (memang takde pun) sekarang, kos pun makin meningkat. Jadi untuk 'cover' perbelanjaan harian kenalah buat2 sedikit kerja2 lain. Sehari meracun kebun orang dapatlah RM50, bolehlah juga buat beli keperluan dapur. Dari sarapan pagi sehinggalah ke makan malam, semuanya masak sendiri. Kadang2 naik malas pulak asik makan nasi goreng santak dr pagi sampai malam. Tapi Baharin suka. Nasi goreng pun ok juga, kenyang juga. RM50 boleh bertahan 2 minggu. Alhamdulillah. Mujurlah bab makan ni aku tak cerewet sangat. Nasi putih dengan telur goreng pun cukup bagi aku. Dah biasa dah.


Mesti ramai yang hairan kan? Projek boleh buat, tapi income takde. Macam nilah keadaan aku.. Kadang2 tak berduit langsung. Macam tipu je kan? Aku ni bukan dari keluarga kaya, buat projek ni pun takda modal sangat. Ikut resam kais pagi makan pagi je. Ilmu ada tapi duit yelekkk... Projek yang aku buat ni pun asalnya aku hanyalah sebagai pekerja dengan gaji RM500 sebulan sahaja, cuma apabila majikan aku ambil keputusan menarik diri dari meneruskan projek ini, terkilan pula rasanya nak tinggalkan. Lagipun banyak wang rakyat dah dilaburkan. (subsidi Jab. Pertanian) Biarlah berjerih aku teruskan, biarlah lambat untuk berjaya pun, InsyaAllah Allah takkan membiarkan hambaNya yang berusaha. Nak buat pinjaman memang susah, tiada yang nak jamin dan apa harta yang aku ada untuk dicagarkan. Motor kriss cabuk adalah. Namun secara sedar tak sedar, dah 6 tahun aku teruskan projek hasil tinggalan majikan aku tanpa modal yang cukup. Alhamdulillah. Aku guna strategi buat apa yang perlu sahaja, itulah yang kadang2 kebun aku tu nampak bersemak aje.. nak jimat kos racun. Nak beli ,duitnya takda. Apa yang ada, itulah aku guna. Janji keliling pokok/bawah pokok bersih. Kadang2 jadual kerja yang dah dibuat aku pun terpaksa ditangguh gara2 modal tiada untuk beli baja atau racun. Dapat hasil, bayar segala hutang, sewa tanah dan beli keperluan untuk musim akan datang siap2. Nak mengharapkan bantuan Jabatan sahaja memang tak mencukupi, apa yang dapat aku tetap bersyukur walaupun dapat racun yang dah expired. Kadang2 memang terasa juga aku dianak tirikan, tapi tak apalah, dah resam dunia, yang berharta/kaya diangkat tinggi. Serba mencukupi pun masih nak meminta2. Aku amat kecewa bila ada yang buat projek pertanian skala besar, dapat bantuan besar siap traktor dan kelengkapan, pekerja sampai 20 orang tapi tetap jatuh tersungkur ditengah jalan tak sampai 3 tahun beroperasi. Alangkah baiknya kalau aku yang dapat kemudahan itu. Tak kisahlah... nasib baik aku ni tahan lasak punya kaki. Janji Rock!!!! Walau apapun terjadi, aku akan tetap pertahankan projek ni sampai tamat tempoh perjanjian sewa tanah pada NOv 2011 nanti. InsyaAllah. Cuma keluasan asal 27 ekar tak dapat aku pertahankan kerana beban kerja dan ketiadaan modal. Yang tinggal cuma 10 ekar. Selebihnya aku pulangkan kembali kepada tuan tanah.

Dah siap tebas.. terang sikit kawasan

Dalam sengkek2 dua minggu lepas tu, ada juga tuan tanah yang mintak Advance sewa. Usahalah juga mencari. Dah selesai bayar, tinggallah 10 hengget. Ikat perutlah juga sementara menunggu tuan punya kebun tempat aku ambil upah meracun bayar upahku. Entah macam mana rakan sekolah ku datang melawat. Agaknya perasan kut kesusahan aku, sebelum balik dia hulurkan sekeping not RM50. Malu juga nak terima. Tapi dah kene paksa, ambillah juga. Terima kasih Ramli!! Aku seboleh-bolehnya tak mau menyusahkan sesiapa, biarlah aku usaha sendiri. Bab duit ni pun pening juga, mana taknya, lagi 4 bulan je tinggal sebelum aku bernikah. Ongkosnya masih enggak ada!! Ish2.. gila ke hape aku ni.... Namun aku nekad, InsyaAllah, ada rezeki nanti.


Ramli aka Ramcung.. malu nak bergambar... tq bro!

Dalam sibuk2 dikebun sendiri, sempat juga aku bawa orang melihat2/survey kawasan untuk projek diorang. nak tanam serai juga, alih2 aku ditawarkan share. Nak share mende, duit pun takda, namun kerana ketiadaan pakar dan pengalaman, mereka mengajak ku juga, bagi free share 10%. Oklah tu, rezeki jangan ditolak. Jangan esok semua kerja aku kene buat sorang2 dah... dah lali kene macam ni dah. Bila dah siap keluar hasil, last2 aku juga kene tendang. Tak pe, ada saham akhirat.

Dalam pada masa yang sama juga banyak panggilan aku dapat, semuanya mengenai tanaman serai, mangga pun ada. Yang mana sempat aku tolong, aku tolong, free of charge. Tak luak pun kalau kongsi ilmu. Ada juga yang mengesyorkan aku buat duit dengan cara tu, buat kursus atau charge ilmu yang aku bagi. Entahlah, tak tergamak aku nak minta bayaran untuk tu semua, biarlah apa yang aku tau dikongsi bersama. (lainlah kalau Jab. Pertanian upah aku suruh bagi ceramah...tapi jangan mimpilah...hehehe :P ). Kalau orang kata aku bodoh atau lurus pun biarlah. Asalkan ada anak bumiputra yang berjaya dah. Dah meluat aku tengok asik2 bangsa lain maju kedepan. Bangsa sendiri ketinggalan. Ketinggalan dek bangsa sendiri tak membantu. Yang menjahanamkan Melayu itu, orang Melayu sendiri.


Baki rumpun serai untuk dibuat benih...tak cukup ni...

Rupa-rupanya dalam diam2 aku mengerjakan projek aku ni, ada juga yang nak bagi aku lingkup. Adalah hamba Allah ni, dialah Ketua Cawangan, Pengerusi JKKK dan dialah juga Pengerusi PPK daerah. Tak habis2 cucuk orang kampung suruh tanam kelapa sawit, habis satu kampung nak ditanam sawit. Nak tanam tu tanam la, ni dengan kebun2 aku pun disuruh tebang mangga tanam sawit! Kalau jumpa di masjid masa nak sembahyang Jumaat mesti nak bincang pasal tu dengan aku. Aku jawab senang je, "Cikgu (cikgu pencen), ni kat masjid ni, nantilah kita cerita." Dahlah nak tanam sawit, dijaja pulak cerita kalau disewakan tanah pada aku, tuan tanah tak untung, sekadar dapat sewa je, orang luar pulak tu. Hem, inilah dia perosak bangsa. Katanya, tuan tanah yang ikut tanam sawit dibawah koperasi selain dapat duit sewa, kalau mesyuarat agung tahunan akan dapat duit kedatangan mesyuarat dalam RM50 seorang disamping keahlian percuma koperasi. Lebih dari itu share sedikit. Yang aku dapat tahu, pemegang saham terbesar dalam koperasi tu, dialah antara orangnya. Dah tentu akan dapat lebih. Dengar cerita dengan cara tu je, dia boleh dapat dalam RM1000 ke 2 ribu sebulan. Tuan tanah dapat setahun sekali. Ada patutka? Buruk2 kan aku lepas tu dalam diam dia sapu. 2 x 5 juga. Dibelakang aku semua kerja yang aku buat dikebun dia komen, it tak betul, ini tak betul. Budak bodoh tanam manggalah.. Dia tak tahu, tiap kali Jumaat pada musim buah mangga masak, buah mangga yang dia bedal dimasjid sampai sumbat dalam bakul motor bawak balik rumah tu datangnya dari mana. Entahlah dunia..dunia. Terus tak yakin aku nak pujuk tuan tanah untuk melanjutkan sewa tanahku sampai 2016. Mesti termakan pujuk rayu Ketua Cawangan tu. kalau dia nak juga tanam sawit sebelum aku keluar dari projek pada 2011, aku akan bawa perkara ni keatas. Itu konpom! Jangan ingat aku diam tanda aku mengalah. Aku buat projek pun bukan tak ada hitam putih. Berdaftar lagi bawah MoA-Inc. kalau berani, masuklah...

Dah dua minggu hidup dikebun, aku balik sekejap. Nak tolong uruskan apa2 yang patut. hari Sabtu ni adik bongsu aku yang perempuan bertunang. Ada kenduri sedikit. Frust juga tak dapat bantu orang tua aku dari segi kewangan. Apa nak buat...... Harapan aku suatu hari nanti, kedua orang tuaku akan dapat berehat hidup senang, hasil kedua belah tanganku berbudi pada tanah. InsyaAllah.

Itulah antalogi mingguan hidupku... Hidup sebagai seorang petani.... Macam2 kerenah manusia aku layan. Macam2 dugaan aku lalui. Namun kerjaya ini tetap kuteruskan, kerana selagi aku belum berjaya, aku tak akan berhenti.



p/s : Sorry, tajuk diatas tak releven langsung dengan nukilan kali ini... hehehehe.

4 Comments:

  1. ChomeleST said...
    manusia mmg suka dengki... dia nak berjaya tapi tak moh usaha.. kita yg merangkak susah nak majukan diri nie aje yg selalunya ditindas... semoga saudara terus tabah dan kuat smgt
    Hart said...
    Di harapkan saudara berjaya dan terus berjaya. Nak berjaya ni tentu banyak dugaan. Especially dengki, irihati.
    Tanpa Nama said...
    semoga terus tabah dan gigih berusaha !
    AshAnas said...
    sedapnya buah pelam telur ni... ada lagi tak?

    nk pinjam gmbr masuk blog saya, boleh ya...

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online