Ahad, April 20, 2008

Selepas lembu, masuk pula satu lagi kumpulan perosak.... Monyet!! Dugaan... Monyet2 ni memang nakal, dia boleh test sebijik2 buah, jumpa yang berkenan baru dia baham betul2, itupun tak pernah habis. Masalahnya, habislah buah mangga aku.... Rosak! Nak buat macam mana, dah dimamah... memang tak boleh dijual... nak dibuat jeruk, buah dah hampir matang, biji dalam pun dah keras, kumpulkan semuanya, bagilah pada monyet2 tu balik....




Untuk menyelamatkan saki baki mangga yang tinggal, terpaksalah aku umpan monyet2 tu dengan racun. Bagi ole-ole... aiskrim malaysia beracun... 2 perisa lagi, sirap dan oren.... dalamnya aku bubuh Furadan. Furadan ni memang bahaya...kalau monyet tu mati, bangkainya dimakan biawak, biawak tu pun boleh 'jalan'. Nak taknak je aku buat... kesian pun ada... tapi apa pilihan lagi yang boleh aku buat sekarang... harap2 monyet tu x makan lah.... Janganlah monyet tu masuk kebun aku dan terpedaya dengan 'jajan' aku tu.... Korang mainlah jauh2...



macam pokok krismas daaa.....


Racun Furadan didasar plastik 'aiskrim'

Dalam kerja yang tengah banyak, rumput yang dah makin menebal, Kontraktor JPS pulak nak masuk, nak buat jalan ladang yang baru dan membina semula parit2 perimeter yang dah cetek. (harap bila siap nanti, taklah lembu2 masuk lagi). Terpaksalah bawa kontraktor tu merancang kerja2nya... paip2 air kena bukak, nak pikirkan lagi layout jalan, parit tengah, nak bukak pagar lagi... Haiyooooo. Tapi walau apapun aku bersyukur dengan bantuan yang aku terima drpd JPS tu. Kalau aku nak buat sendiri...entah bila dapat aku buat...

culvert sampai..

2 Comments:

  1. Kemuning Lendu said...
    Sdr Faizal,
    Teruskan usaha murni. Bangga melihat anak Melayu berjiwa keras seperti Saudara.

    Kurang pasti samada berkesan, tetapi ada kawan syorkan petua ini buat masalah monyet. Letakkan baju/pakaian lama bekas gunaan orang Asli di sekitar kebun. Khabarnya, monyet amat takutkan bau orang Asli, mungkin kerna monyet adalah sebahagian dari diet/makanan segelintir orang Asli. Wallahualam.

    Saya juga berhasrat menguji petua ini buat kebun buah Bonda saya di AlorGajah. Akan saya maklumkan seandainya petua ini berhasil. Salam.
    memanglumayan said...
    semoga berjaya bro.. keep it up!

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online