Selasa, Januari 30, 2007

Masa untuk berehat!

Alhamdulillah...Hasil musim kali ni bolehlah tahan juga. Semua kerja dah selesai....ingat nak rehat lah sekejap. Bukan apa...dah lama tak rehat...badan ni pun nak rehat jugakan ? Sebenarnya dah lama aku merancang nak gi 'holiday' ni, cuma masa je takde. Kebetulan ada program Majlis Belia Daerah ke Langkawi dan aku pulak terlibat, maka sedang eloklah juga. Boleh juga sambil2 tu bercuti. Tambahan pula bila tau pergi sana naik keretapi sampai Arau...hmm...lama tak naik keretapi jauh2....inilah masanya nak mengimbau kenangan lama...chewahhh!

Posing maut kat Stesen Rawang. Tunggu sejam baru bergerak balik!

Nak jadi cerita.....Tiket keretapi pukul 8.45 malam tulis waktu berlepas..so ada setengah jam lagi nak bertolak aku pergi la beli apa2 yang patut untuk buat mengunyah kat dalam keretapi. Bebudak belia yang lain lak ntah kemana dah. Tengah beratur nak bayar duit kudap2....member call tren dah jalan.... Mengelabah berlari cari platform.....(First time sampai KL Sentral). naik turun mencari platform. Last2 dah jumpa platform 1 memang sah tren dah jalan. Tanpa fikir panjang terus berlari kejar tren....ceh...macam filem aksi lak....Gaya2 'Amazing Race' pun ada. Sampai kat pintu terus lompat. Dalam hati ntah ya atau tidak tren aku ni. Pasal aku dengar announcement tren pegi Hatnyai. Dalam tiket aku ekspress Langkawi?? Belasah je la. Tanya penumpang lain kata tak tau lak? Apa lah diorang ni. Aku tanya sorang makcik ni....dia jawab.." Dak aihhh...keretapi ni sampai Butterworth ja...hang dah silap ni!" dengan slang utara. Pulak. Dalam aku bergerak dari koc ke koc member aku call. Dia pun ada dalam tren yg sama. Betul la ni. Adala dekat 20 min aku berjalan baru jumpa tempat duduk aku. Rupanya masa aku lompat tren ni, aku lompat sebelah depan. Koc aku dibelakang yang kedua terakhir di bahagian 'ekor' . Kahkahkah.....padan muka....rasa bagai nak gila. Rasa macam budak muda lak akibat 'adrenalin-rush' tadi. Kecoh koc aku kerana 'adventure' aku tadi.

Teringat aku masa kecik2 dulu balik kampung ke Pulau Pinang naik keretapi. Dulu 'free-seating' nasibla kalau dapat tempat duduk...(keretapi mel biasa) Biasanya dulu aku duduk atas lantai tak pun di pintu aje. Dulu paki kipas angin siling je....sekarang semua hawa dingin tak kira kelas apa. Dulu siap ada yg bawak buaian utuk gantung anak2 kecik dalam buai. Sekarang tak ada lagi. Aku tertunggu-tunggu juga kalau-kalau ada budak2 jerit nasik lemak panas atau kopi panas...tapi takda. Dulu kanak2 kecil akan berteriak jual nasik lemak dan macam2 lagi air panas dari koc ke koc apabila berhenti di stesen-stesen besar...sekarang dah tiada lagi semua tu...frust jugak. Kalau nak minum kenalah pergi gerabak kafe. Harganya perghhh....sendiri mau ingat. Teh, kopi, atau milo cawan styrofoam kecil RM2, roti bakar RM3.60 2 set (4 keping), Burger sejuk RM3.60. Maggi cawan pun RM3.60 ! Padanlah dah takda bebudak kecik berniaga lagi....KTM nak ambik untung lebih monopoli servis makanan rupanya.

Tengah tunggu giliran nak pesan air teh!

Boring jugak naik keretapi malam2 ni..bukan apa...tak nampak apa di kiri kanan keretapi....gelap. Tidurlah lagi baik! Dijangka pukul 9.30 pagi sampai. Lambat lagi daaa...

Adik aku......tengah boring....bila la nak sampai !?

Taiko Pub Hatyai ! Tengah borak ngan dia kat Stesen Butterworth! 7 Tahun berulang ke Hatyai-Taiping naik keretapi !


Pemandangan indah dari dalam koc...Sampai Kedah dah!



Akhirnya...stesen Arau..sampai Pukul 10.45 pagi...12 jam beb!!

....to be continued.

1 Comment:

  1. jejaka said...
    copek la sambung nyu....tgh best layan ni...

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online