Khamis, Februari 15, 2007

Kehadiran yang ditunggu.....

Baru sebulan hasil terakhir dituai dari pokok....Kali ni tak perlu tunggu lama lagi....Alhamdulillah. Dalam kegemparan serta kegawatan iklim sekarang, rupanya terselindung hikmah yang dinanti.....Allah Maha Besar...



Tunas bunga berbentuk paruh


Cuaca panas / kemarau yang berlaku sekarang ni sebenarnya memberikan satu keadaan yang sesuai bagi mangga untuk menghasilkan bunga. (Mangga perlukan keadaan water-stress untuk berbunga) Jadi kebiasaannya selepas menuai, kerja2 prunning akan dijalankan bagi proses pembentukan semula pokok. Selepas prunning, biasanya pokok akan mengeluarkan pucuk, namun kerana keadaan kemarau sekarang, pokok tidak mengeluarkan pucuk bagi mengurangkan kadar transpirasi (kehilangan air dari pokok), sebaliknya ia mengeluarkan bunga.


Bunga berumur +/- 2 hari (masih belum kembang)

Bunga berumur +/- seminggu

Dari segi psikologi pokok, keadaan cuaca yang ekstrem menyebabkan pokok berfikir yang ia akan mati tak lama lagi (kekurangan air), jadi ia menghasilkan bunga / buah yang akan menggantikan dirinya jika ia mati nanti. (hasilkan generasi baru - zuriat). Survival & utk keberterusan hidup!
Betapa agungnya ciptaan Mu Ya Allah !

Umur lebih 10 hari

Putik lebih 2 minggu

Putik pokok mangga telor
Dijangkakan 80% pokok akan berbunga jika keadaan kemarau ini berterusan untuk lebih kurang sebulan lagi. (semalam baru hujan) Buat masa sekarang baru 10 peratus je. Dijangkakan dalam penghujung April atau awal Mei akan dapat tuaian pertama untuk musim pertama 2007.



0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online