Selasa, Februari 27, 2007
Dalam duduk merancang dan berangan hasil untuk musim ni.... daripada ramalan kemarau hingga bulan Jun tup-tup tiba2 turun hujan membasahi bumi........Itulah...kita hanya mampu meramal.....tapi Allah yang menentukan.....
Dalam sekelip mata kedatangan hujan merubah landskap mangga aku....daripada berbunga, sekarang ni keluar pucuk pula....yang mana sebelum ni dah keluar bunga...habis kena serang kulat....tapi tak mengapa....ada hikmahnya tu....biarlah pokok tu berehat sikit.....macam kita juga..kalau lepas bersalin tentu nak berpantang kan?!
Pucuk baru yang keluar selepas hujan. Pokok diatas baru dipruning/pangkas togel 1 minggu lepas. Teknik open centre. Sila lihat bayang2 bawah pokok. Cahaya matahari boleh menembusi bahagian tengah pokok.
Tangkai bunga yang keluar setelah hujan. Berselang seli dengan pucuk daun!
Kalau dulu aku asyik mengeluh je tanpa memikirkan secara mendalam tentang hikmah yang Allah turunkan...(Cuaca). Kalau panas terik....aku mengeluh panas...kalau hujan aku mengeluh basah...nak jadi cerita....awal2 projek dulu...dalam setahun ambik kau...2 kali banjir kebun aku. Orang kampung siap tahan jaring lagi kat tengah2 kebun aku. Masa tu pokok baru 6 bulan tanam. Banyak juga yang jadi korban. Tahun 2004 kemarau panjang.....mangga berbuah semuanya kecik2. Pokok cili & bendir semua habis mati. Kolam tadah air pun tinggal selut je.....itulah akibatnya kalau asik mengeluh tanpa berfikir kebesaran ciptaan Illahi! Itu baru sikit nikmat Allah tarik.....Lepas tu baru aku sedar.....Sekarang ni baik hujan atau panas dua2nya baik bagi aku. (Aku cukup tak berkenan kalau dalam TV atau radio juruhebah bercakap tentang ramalan cuaca....adaka beza cuaca baik dengan cuaca buruk.....kalau hujan, sebut ajala hujan...jangan sebut cuaca buruk) Kena ingat, tiap yang baik itu daripada Allah...yang buruk tu dari kita sendiri !! Chewah! Berceramah lak aku.....dah kena batang hidung sendiri baru nak sedar!! Kekekeke....Sorry la.....Bukan apa...saja nak kongsi pengalaman....
Banyak juga bunga yang keluar selepas hujan.
mangga depan umah pun dah tumbuh pucuk.. hehhe
tu lah.. kena banyak sabar along.. along ni mmg lah dah banyak bersabar kan. kalau tak tak sampai ke tahap rini... saya pun kena belajar bersabar gak nanti.. hope Allah permudahkan lah.. setip pasang surut air, turunnya hujan dan kemarau ada pelajaran bagi org2 yang berfikir.. :)