Khamis, Oktober 11, 2007
Diam tak diam, sedar tak sedar, tinggal 2 hari lagi untuk menyambut hari Lebaran...
Ramadhan bakal ku tinggalkan, Syawal bakal menjelma....
Sepanjang Ramadhan tahun ini, aku tertanya2,
cukupkah amalan yang telah kulakukan
atau yang hanya kuterima hanyalah rasa berlapar dahaga sahaja?
Sempurnakah ibadah ku ini?
Diterimakah amalan ku sepanjang Ramadhan Al-Mubarak tahun ini?
Adakah aku masih berkesempatan melalui bulan Ramadhan yang dimuliakan yang dipenuhi rahmat buat umat Muhammad S.A.W di tahun hadapan?
Belumpun berpisah denganmu,
aku sudah mula merinduimu..Ya Ramadhan....
Apapun bahagian ku didalam bulan ini,
aku mengangkat seribu kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih bernafas hingga kini,
bersyukur kerana masih boleh menyebut namaMu,
bersyukur kerana masih gagah dalam mengerjakan ibadah solat,
bersyukur kerana masih bertenaga bekerja dibawah terik mentari meskipun berpuasa,
bersyukur kerana masih mempunyai daya untuk memohon keampunan dan memanjat kesyukuran pada Mu Ya Allah....
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yg menciptakan segenap alam,
Ampunilah dosa dosaku,
ampunkanlah kekhilafanku,
ampunkanlah ketelanjuranku,
terimalah taubatku, terimalah ibadatku,
berilah diriku hidayah, pimpinlah daku kejalan yang diredhaiMu,
jadikanlah aku hamba yang berjaya di dunia dan akhirat,
berikanlah diriku peluang sekali lagi
untuk mengecap nikmat bulan Ramadhan ditahun hadapan,
Amin Ya Rabbal Alamin.