9 Syawal 1428 / 21 Oktober 2007.... Aku pasti akan mengingati tarikh ini sampai bila2......
Tanpa kusangka-sangka...dalam usia mencecah 34 tahun ini, aku diketemukan dengan insan teristimewa buatku.... Dah sekian lama aku hidup 'solo' tanpa teman istimewa, bukan tak mahu mencari, Aku asyik sibuk dengan tugasan seharian sampaikan nak mencari teman hidup pun tak berkesempatan... Tak 'konpiden' pun ade (maklumlah, aku ni tiada rupa, berkulit gelap & tidak berharta)... Siapalah aku seorang petani kecil yang masih menggagahi diri mencari rezki sesuap nasi, mana mungkin aku bisa mencari si'dia' yang memahami & menerimaku seadanya.... Namun, Allah Maha Kaya.... Dialah yang merencanakan segalanya.... akhirnya 5 bulan yang lalu, aku bertemu dengan si'dia' melalui rakanku... Hubungan yang bermula dengan sms akhirnya melangkah kepermulaan yang baru bagi hidupku... Aku kini menjadi lebih positif dan ceria dalam menghadapi kehidupan seharian ku....Alhamdulillah
Selamat hari jadi & terima kasih sayangku Nur Azrina Bt Ali... Tunangku.....
Keindahan pelangi adalah
Keindahan wajahmu sayang
Yang sering bermain di mata
Hatiku ini
Keharuman bunga kasihku
Hanyalah untukmu sayang
Bagaikan pantai dan lautan
Takkan terpisah
Kasih sayangku ini
Hanyalah untukmu
Kutelah berjanji
Kaulah yang satu
Dalam hatiku ini
Untuk selamanya
Oh sayang
Oh.. Oh..Untukmu sayang
p/s: Kepada rakan2 bloggers... sorry, post kali ni ade sesi jiwang karat skit..hehehe
Doakanlah yang terbaik bagi kami berdua...Aminnnn
dari safiman cheng
Selalu orang bujang teringin nak berkahwin....orang yang dah kahwin teringin nak bujang....orang yang dah lama kahwin teringin nak kahwin lagi...hehehe gurau
Apapun niat nak kahwin ALLAH dah tulis...so bila lagi nak dilangsungkan.....
Semoga diberkati dan dimurahkan rezeki...amiin