Isnin, November 26, 2007

Ish..ish..ish.... lama betul tak 'update' blog ni.... rakan2 semua dah mula mengomel... sori geng... sibuk skit....(bukan sikit..banyak) tp bukan berdating tau!!! Almaklum sahajalah.... aku ni kerja sendiri... nak mendirikan rumahtangga lak tu.... kena la kerja keras sikit... tapi ada orang kata, kalau kerja sendiri, masa boleh ditentukan sendiri. Tapi bagi aku tak juga... payah jugak... nak kena kasi 'balance' dengan aktiviti2 lain aku....

Hemmmm...sibuk...sibukkk.... (saja carik nahas...kata orang). Sebenarnya.. aku bukan hanya menjaga diri aku sendiri, keluarga dan baru2 ni tunang aku sahaja... tapi kena jaga bebudak belia & Pemuda UMNO kawasan aku.... payah...payahhh...... Macam mana aku boleh terbabit dengan semua ni? Panjang ceritanya... kalau cerita nanti...tak abis2 pula dan takut nanti macam yang terjadi pada cerita2 lalu... asik2 bersambung je... macam nak buat telenovela la pulak... Kikikiki. Tapi, manala tahu..kalau2 cerita aku ni ade jugak gunanya nanti....

Oklah.. Macam mana ceritanya?

Begini...... Aku ni sebenarnya dahulu, jarang nak bercampur sangat dengan orang... payah betul nak bergaul dengan orang yang tak aku kenali... jadi persekitaran persahabatan ku cuma terbatas dikalangan kawan2 sekelas, satu sekolah, satu kuliah dan yang rapat2 je... Kalau nak 'involve' dalam persatuan tu, jauh sekalilah...(kecuali masa sekolah menengah). Masuk UPM aku dah tutup sikit kadar kesosialan aku tu....tapi tutup2 pun ter'pegang' jugak sekretariat sukan di kolej aku di UPM tu.... Jadi jugak Ahli Majlis Pelajar Kolej...hehehe. Tapi aku bukan nak cerita pasal tu... Ni nak cerita macam mana boleh terbabit politik dan persatuan belia di tempat aku sekarang ni....

Pada tahun 2000 setelah hampir 15 tahun sering berjauhan dengan keluarga, aku kembali duduk dengan keluargaku di Port Dickson... kawasan taman perumahan. Walaupun dah tinggal disini sejak tahun 1986... aku tak punya ramai kawan dan kenalan... almaklum sahajalah... sejak tingkatan satu jarang balik rumah... balik pun sekejap2 je.... Lagipun aku jarang keluar rumah.... Tapi aku perasan... anak2 muda ramai disini... tapi kerjanya melepak sahaja... tak ada apa2 aktiviti sangat... rata2 hal2 negatif sahaja yang aku dengar pasal anak2 muda ni.... kesian pun ada... Apa yang persatuan belia dan politik di taman ni buat? Entahlah... aku tak nak masuk campur... lagipun pada masa tu aku sibuk dengan projek..( projek pertanian baru nak mula). Yang aku selalu perhatikan ialah ibuku.... ibuku ini amat rajin dalam berpolitik ni... Asyik2 mesyuarat sahaja... Lepas tu asyik pergi rombongan melancong anjuran politik. Heran jugak aku... banyak jugak duit UMNO ni ye... tapi yang selalu melancong... golongan yang dah berumur sahaja... yang muda mudi.... tak terbabit pun.... Apa aktiviti Pemuda UMNO buat?? Tiada apa2 pun.(setahu aku). Selalu jugak aku komen itu dan ini pada ibuku. Rupa-rupanya dalam diam, ibuku telah mendaftarkan aku menjadi ahli sejak tahun 1998 lagi tanpa pengetahuan ku. Dan rupa-rupanya komen2 'pedas' aku tu sampai ketelinga Ketua Cawangan disini.... Nak jadi cerita, aku terima surat Mesyuarat Agong Pemuda cawangan tahun 2000 tak silap aku... pada mulanya malas aku nak layan politik2 nih.... tak boleh masuk dalam otak aku. tapi oleh kerana ingin tahu... aku gagahi jugalah pergi menyerah tengkuk.... Nak jadi cerita, tahun tu tahun Pemilihan. Aku yang buta ni tiba2 dicalonkan pulak jadi Naib ketua...terpinga2 aku dibuatnya.... Nak terima memang aku tak mahu...(apalah yang aku tahu pasal politik2 ni...) nak tolak segan... pasal ketua cawangan aku tu dok ngutuk aku nanti... (pasal komen2 pedas aku tu lah)... Terima sahajalah... bukan buat apa pun... Bermulalah karier aku dalam politik akibat kecabulan mulut aku yang tak berapa diinsurankan ni.... hehe...

Namun..kusangkakan panas hingga petang, rupa-rupanya hujan ditengah hari... tahun berikutnya... aku x boleh goyang2 kaki lagi... Ketua Pemuda aku, letak jawatan secara tiba2.... Adussss... secara otomatik aku jadi pemangku... Naya... betul2 kes naya..... Aku dahlah tak berapa kenal dengan orang2 di taman ni... kena pulak pegang jawatan penting.... Dajai sungguh!! (bak kata oghang utagha). Bermulalah sengsara hidup aku lepas tu.....hehehe. Asal ada meeting je kene pergi.... kadang2 sampai tengah malam... dah lah aku 'zero' dalam politik ni.... kenalan pun tak ramai... sekadar gitu2 aje....Takpalah..pelan-pelan kayuh. Pelan2 kayuh masak jugak aku... degan duit ciput, nak kesana kemari... nak kumpul pemuda2.. dengan projek aku... ish ish... seksa betul. Ragam anak2 muda ni pulak masa tu... kalau ajak meeting...punyalah payah. kalau aku meeting AJK pun adalah dalam 4 orang je sampai. Itupun termasuk adik aku yang terpaksa jadi peneman aku. Susah bebeno. Selidik punya selidik, rupa-rupanya, rata2 anak2 muda disini dah bosan denganpermainan politik org2 tua ni. Yelah, siapa yang tak angin, manjang ada aktiviti, asik2 diorang ni diketepikan... cuma dipanggil masa pilihanraya je... itu pun jadi kuli untuk gantung poster dan jadi mat gerak gempur rempit! (Dapatlah sikit duit poket, baju t-shirt dan topi).. kesian. Itulah sahaja pendedahan yang mereka terima tentang politik ni. Yang lain, habuk pun tarak! Cakap sahaja lebey! Bila ada duit sikit, buat rombongan. Tapi untuk orang2 tua je. Di ajak juga pemuda ikut serta..tapi, siapa yang nak join sangat dgn orang tua kan?? Tak sama level... payah. Lagi pun anak2 muda sini asik diperlekehkan je dgn orang tua. Asal tak betul je..budak muda. Memang betul, ada kebenaran dalam hal tu. Tapi kalau asik dipinggirkan, maka memberontak lah mereka tu... siapa lagi yang nak bimbing mereka???? Aku sedih sangat tengok keadaan ni... Dengan amanah yang terbeban dibahu aku ni, aku rasa aku perlu buat sesuatu. Kalau aku peluk tubuh... aku takut dalam kubur besok aku ditanya... Apa amalan yang aku dah buat atas dunia ni....

Tahun berikutnya tahun pemilihan lagi sekali... Aku dipilih menjadi Ketua Pemuda Cawangan. (bukan apa... x ada calon lain pun) Main tuding2 je... Semua taknak pegang jawatan ni. Terima jelah. Mana tau kalau2 aku bolah bantu anak2 muda ni suatu hari nanti. Nak jadi cerita, rupa2nya, Ketua Cawangan aku ni, (seorang wanita) memang bermulut laser, semua orang nak dilazer nya. Anak2 muda cukup benci dengan dia, bukan apa... janji tak pernah ditepati. Berpolitik demi kepentingan diri. (Apa nak jadi)... Jadi semakin payah lah aku nak mendekati anak2 muda ni. Tapi dah jadi ketua ni, kenalah wat muka seposen. Aku mula lepak2 ngan anak2 muda ni sekali... mula2 tu kekok jugaklah... tapi lama kelamaan ok jugaklah. Sedikit demi sedikit aku berjaya tarik anak2 muda ni masuk ahli. Aku mula kenal dengan ketua2 Pemuda cawangan2 terdekat. Keadaan anak2 muda cawangan berdekatan pun sama sahaja situasinya.. DIPINGGIRKAN!!! Tapi kata pemuda tu tiang negara...apparaaaa..... Rupa2 nya dalam politik ni, selalu ada pancung memancung... rata2nya gila nama, pangkat, gila pada kemahsyuran... nakkan jawatan didalam bahagian.... Ni berpolitik untuk perjuangan hape ni??? ni utk tembolok sendiri!!! Cawangan2 bersebelahan aku ni rupanya x sebulu degan ketua cawangan aku... asik nak bertekak aja. Asik nak rebutkan peruntukan. Pergi jahanam lah.Tapi aku menjalinkan hubungan erat dengan ketua2 pemuda mereka... bukan apa...nak bergerak sendiri susah.. nak dapat bantuan kewangan lagi susah kalau bergerak sendirian. Maka jadilah pakatan Pemuda 3 cawangan. Degan gabungan tak rasmi ni... maka dapatlah banyak aktiviti dibuat. Alhamdulillah, anak2 muda semua dah bersatu hati... Macam2 program dah dibuat... Dari sukan, konvoi, aktiviti keagamaan, sosial, ekonomi...sampai sapu sampah pasar malam nak cari duit aktiviti, semua dah buat. Alhamdulillah... kini anak2 muda tak lagi dipandang sinis dan serong oleh masyarakat setempat. Cuma yang tak sedapnya.. Kami pulak dipinggirkan oleh ketua cawangan sendiri...bukan apa...takut dengan bayang2 sendiri... takut suatu masa nanti tempat mereka akan dicabar oleh kami. Pirahhhh.... Aku tak hingin jawatan tu.... Aku ingat dalam tahun depan cukuplah aku pegang jawatan ketua pemuda ni.... sibuk. Duit pun banyak habis dah. Kerja dahlah sukarela...tak bergaji... yang tak best tu, adalah mulut2 yang mengatakan duit2 yang disalurkan pada pemuda habis dibalon oleh ketua2 pemuda... Hampesss... setahu aku dalam setahun, pemuda bahagian adalah bagi RM50 utk bantu buat minit2 mesyurat. Aku buat minit mesyuarat dan jamuan makan ringan dah dekat RM300. Duit siapa lagi yang aku pakai... duit aku sendirilah.... Aku ingat cukuplah banyak masa & wang ringgit aku sendiri yang dah aku korbankan... dah tak larat lagi dah bawak. Biarlah orang lain pulak memimpin. bagi peluang muka2 baru pula. Yang ketua cawangan aku yang dah berbelas tahun pegang jawatan tu, dari rumah kecik sampai dah berpindah rumah banglo tu lantaklah. Biarlah dia dengan dunianya. Cuma mungkin selepas ni, aku akan bantu dari jauh sahaja dan mungkin aku nak menumpukan pada Persatuan belia sahaja. Yelah... orangnya sama sahaja... kalau pemuda umno tu... dia jugaklah ahli persatuan belia... x ada orang lain dah.

Yang Persatuan belia ni seronok sikit, tak dikongkong oleh politik. Bebas. Politik ni bermusim. Belia kalau nak mintak bantuan pun mudah. Rata2 aktiviti anak2 muda disini aku gabungkan degan nama Pemuda UMNO dan Belia 4B... sama je... nak duit guna nama belia... nak sokongan YB2 guna nama politik. Orangnya tetap sama. nasib baik dalam belia aku cuma naib ketua je... hehehe... tapi byk juga kerjanya. Sekarang ni dah terbabit hingga ke peringkat kawasan pula. baru2 ni dilantik pulak menjadi Ahli majlis Perundingan Belia Daerah pulak... masak...masakkk..
Sibuk memanjang sekarang ni.... kalau tak politik.. (nak2 dekat pilihanraya pulak tu...), persatuan belia, kalau tak... Kelab sukan komuniti, yang selalunya... kumpulan penanggah majlis2 kenduri... untuk yang kadang2..bila 'emergency'... jadilah penggali kubur.... (hmm..teringat cerita Cinta penggali kubur lakonan Nasir Bilal Khan)

Namun...apabila aku kenang2 kembali... banyak jauh bezanya aku dulu dan sekarang... dulu, aku kurang bercampur... sekarang aku seronok bercampur... banyak ilmu yang kudapat... ilmu dunia dan akhirat.. silaturrahim pun makin erat... kenalan pun makin hebat... Berkawan biarlah seribu, bermusuh, jangan ada sesekali ada satu. (betul ke?)

Kalau dahulu, anak2 muda tempat aku dicemuh, tapi kini mereka diangkat tinggi.... Alhamdulillah.

Hemm...panjang pulak celoteh aku ni... macam tak releven pulak tulisan aku kali ni.... Aku mintak maaf..bukan niat nak meninggi diri, cuma merenungkan kembali... Dimanakah letak tanggungjawab ku kini.... Sejak kebelakangan ni, aku rasa letih pulak terkejar kesana kemari.... Agaknya dah tua kut...kikiki. Lagi pun... dah tak terlayan dah benda2 macam ni lagi... nak berehat pun tak dapat. Asal hujung minggu je... ada sahaja panggilan kenduri kendara. Sampai aktiviti nak berkhemah dengan budak2 ni dah tertangguh sampai setahun lebih. Tambahan lagi, aku dah kecik ati dah nk pegang jawatan2 ni... Orang suka ambil kesempatan untuk kepentingan diri mereka. Macam kumpulan penanggah aku yang dahulunya kekuatan seramai 40 ahli... sekarang ni kucar kacir dah... pasal ada lah pulak makhluk yang irihati dengan kejayaan kami ni.... kalau dahulu, mintak sahaja pertolongan, kami akan 'turun' beramai2 membantu. Free of charge... tapi ada pulak yang memandai jadi ejen pandai2 letak harga... yang herannya... bukan budak muda pulak tu... dahlah tu..pandai2 angkat diri jadi penaung kumpulan kami ni...ish ish ish. Dasar nak nama.... lantaklah... ada juga tuan2 rumah yang dah ditolong x sedar diri, bila dah selesai majlis, kalau ada yang tak sempurna, disalahkan pulak anak2 muda tadi yang ikhlas menolong santak dua hari berturut... dibuatnya betul2 mcm kuli. lama kelamaan merajuklah diorang tu... Nampak sangat masalah pada anak2 muda ni rupa2nya datang dari golongan2 tua itu sendiri. Biasalah...dunia oh dunia. Mungkin selepas ni... segala aktiviti agak slow sedikit... Namun, aku tetap tabik dengan anak2 muda disini, walaupun masih bersekolah, dan jurang usia yang jauh berbeza, mereka tetap turut sama2 bersama aktiviti2 yang dijalankan kalau dipanggil. Biarpun mat2 rempit sekalipun. Mereka juga manusia.. cuma hobi je merempit. bagilah peluang untuk mereka berubah.

Masalah sosial yang berlaku sekarang ni pun puncanya dari keruntuhan sistem kekeluargaan itu sendiri. Mak bapak dah cuai menjaga anak2. Itu punca utamanya. Banyak kes yang kuperhatikan, anak2 dibiarkan buat sesuka hati tanpa dilarang. Pendidikan agama juga kurang diterapkan dalam kelurga. Bayangkan kelas fardhu ain yang aku anjurkan, ada yang dah berumur dekat 30an masih tak pandai mengaji? Sembahyang pun tak reti?... Nauzubillah Min Zalik. Pusing punya pusing... akhirnya.... yang dipandang serong..tetap anak muda. Tapi puncanya??? Tapi aku bangga dengan anak2 buahku... kalau dulu mereka terbiar.... kalau dulu tiada pelapis gali kubur, tiada anak2 muda di majlis2 kenduri, tiada anak2 muda pada majlis2 anjuran masjid dan surau, tiada penglibatan anak muda dalam Rukun Tetangga... tapi kini... jauh berbeza.... Syukur Alhamdulillah. Cuma yang aku risaukan, pelapis bagi yang memimpin sahaja. Belum nampak lagi riak2 bakal penyambung kerja2 yang kubuat menjelang 'persaraan' aku tahun depan. Mereka ni masih perlu disuruh baru dibuat. Inisiatif untuk bergerak sendiri masih jauh.. Macam mana ye nak buat.... Entahlah...

Hmmm... ingat nak tulis pendek sahaja... tapi dah melalut lalut dah ni... x pe...saja... ni kira sesi lepas geram lah ni. Entahlah... letih bebeno teman ghase sekarang nih... Kalau duit ribu raban x pe lah jugak.. ni masih terkais2 lagi ni. Sana nak jaga, sini nak jaga.... Di Rembau nak handle, di PD nak kena handle.... adussss.... alamat tua sebelum waktunya lah aku nanti...hehehehe. Tapi tak riso dah... dah ade yang sayang..... hihihihihi.... Chettt.. kesitu pulak... Sori geng. Itulah antara sebab2nya kenapa blog ni selalu sahaja lambat nak di updatekan..... Sibuk sesangat... 2 minggu lepas aku tido di kebun... kerja tertangguh dah banyak sgt dah. Sekarang ni tengah heavy prunning pokok. Nak bagi pokok hasilkan dahan2 dan ranting2 baru yang sihat. Dalam bulan 3-4 baru ada hasil agaknya. Aku prunning togel. Dahan2 bear lengan habis semua aku potong. Nantilah ada masa nanti, aku tuliskan pasal penjagaan mangga pulak. Serai dah aku tulis. Ni yang 'main' produk aku pulak tak tertulis2. Insyaallah. Akan ku paparkan dalam blog ini nanti.

Aku mohon maaf... Segala tulisan aku ni walaupun mmg sensitif (psl politik) tapi aku rasa wajar kutulis utk dijadikan pengajaran. Aku ni taklah fanatik UMNO... cuma terbabit secara x sepenuh hati. Bagi aku, Baik parti memerintah sekarang atau pun pembangkang, sama2 saling memerlukan. Percaya atau tidak, fikirkanlah sendiri. Cuma aku harap, biarlah kita berlainan parti politik, jangan kita terlalu taksub dengan politik itu sendiri hingga sanggup memutuskan silatturrahim sesama bangsa. Jangan kita mencaci maki kerana politik. Yang baik kita ikut, yang tidak itu kita jadikanlah sempadan.

Sekian, Wasallam

0 Comments:

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online