Ahad, September 28, 2008

Sedar tak sedar, hari ni dah 28 Ramadhan 1429......Begitu pantas masa berlalu & pada tahun ni spesel sikit... Segalanya berubah setelah hidup berdua. Hehehehe... Tahun ini, aku mengerjakan puasa bersama2 isteri, walaupun berjumpa 2 minggu sekali, namun dapat juga merasa berpuasa & berbuka bersama2... Biasalah, isteri ku kini menuntut di Institut Perguruan Persekutuan di Gelugor, Pulau Pinang. Nak balik tiap minggu tu memang parah juga. Nak2 pula tahun ni ekonomi agak meleset dengan harga barang, tambang yang melambung ekoran harga minyak yang naik banyak tetapi turun sikit2... Hasil mangga dari kebun pun tak seberapa, mangga tak sempat dituai dah jadi habuan lembu2 bertuan yang terbiar... Dugaan sungguh. Serai aku pula baru berumur 4 bulan. Tak apalah... ujian aku untuk tahun ini.

Berkenaan serai pula, banyak panggilan yang ku terima memohon bantuan pasaran, bila dah ikhtiarkan pertolongan, lain pula jadinya... Tak apalah... aku bantu sahaja, nak terima atau tidak, terpulanglah. Bukan aku yang tercari2 tetapi orang yang minta bantuan. Bengang tu memang ada, malu pun ada.... Tak kisahlah... 2 hari lepas, semasa tengah panjat atas pokok mangga untuk buang dahan2 yang meninggi, aku terima panggilan dari seorang rakan baru memohon bantuan untuk 'supply' pada mereka bekalan serai secara berpanjangan. Aku ingat 2-3 tan sehari... tetapi memeranjatkan apabila mereka perlukan bekalan serai sebanyak 500tan sebulan secara berkala. Fuyyyoooooo!!!! Banyak tu... macam mana nak supply ni? Daripada gambaran kasar rakan2 yang bersama buat projek tanaman serai ni, bekalan sebenarnya bukan suatu masalah... yang menjadi masalah sebenarnya yang buatkan supply pada pasaran terbantut adalah dari segi logistik dan tenaga kerja. Sesiapa pun boleh buka ladang sebesar mana yang mereka mampu, namun untuk menuai? Kemampuan untuk mengeluarkan tuaian 1-2 tan sehari adalah amat terhad. Kos tenaga kerja harian juga makin meningkat... Untuk supply yang besar secara berkala pula sudah tentu harga yang ditawarkan agak rendah daripada harga pasaran biasa. Secara rasionalnya pula, kita lebih selesa mencapai target harian yang permintaannya antara 300-500 kg yang harganya dalam lingkungan RM1.50-RM2.00. Untuk supply skala besar, kita biasanya menolak dengan alasan, harga yang ditawarkan murah, sedangkan kita boleh juga supply kepada 2-3 pihak sekaligus. Apa salahnya supply kepada banyak pihak? Selagi permintaan ada. Inilah isu yang perlu kita fikirkan bersama. Kita menolak permintaan yang banyak hanya kerana kita kekurangan tenaga kerja untuk menuai & membersihkan serai utk pasaran. Kita sama2 fikirkan penyelesaiannya... Insyaallah akan ada jalan kalau kita muafakat.

Siang tadi, aku melunaskan tanggungjawabku menunaikan zakat fitrah buat bagi diriku dan isteriku (kali yang pertama setelah bergelar suami) Alhamdulillah......
Dan untuk pertama kali juga, aku bakal berhari raya bersama keluarga mertua...


Ramadhan bakal ku tinggalkan, Syawal bakal menjelma....
Sepanjang Ramadhan tahun ini, aku tertanya2,
cukupkah amalan yang telah kulakukan
atau yang hanya kuterima hanyalah rasa berlapar dahaga sahaja?
Sempurnakah ibadah ku ini?
Diterimakah amalan ku sepanjang Ramadhan Al-Mubarak tahun ini?
Adakah aku masih berkesempatan melalui bulan Ramadhan yang dimuliakan yang dipenuhi rahmat buat umat Muhammad S.A.W di tahun hadapan?
Belumpun berpisah denganmu,
aku sudah mula merinduimu..Ya Ramadhan....
Apapun bahagian ku didalam bulan ini,
aku mengangkat seribu kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih bernafas hingga kini,
bersyukur kerana masih boleh menyebut namaMu,
bersyukur kerana masih gagah dalam mengerjakan ibadah solat,
bersyukur kerana masih bertenaga bekerja dibawah terik mentari meskipun berpuasa,
bersyukur kerana masih mempunyai daya untuk memohon keampunan dan memanjat kesyukuran pada Mu Ya Allah....
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yg menciptakan segenap alam,
Ampunilah dosa dosaku,
ampunkanlah kekhilafanku,
ampunkanlah ketelanjuranku,
terimalah taubatku, terimalah ibadatku,
berilah diriku hidayah, pimpinlah daku kejalan yang diredhaiMu,
jadikanlah aku hamba yang berjaya di dunia dan akhirat,
berikanlah diriku peluang sekali lagi
untuk mengecap nikmat bulan Ramadhan ditahun hadapan,
Amin Ya Rabbal Alamin.

Sebelum aku mengundurkan diri buat kesekian kali,
Disini juga, aku memohon ampun dan maaf,
atas terlanjur kata dan bahasa,
kalau2 terberi fakta yg membinasa,
atau secara tidak sengaja membuatkan anda terasa,
atau terlambat balas email yg kuterima,
atau membuat anda tertunggu2 update khabar berita,
sesungguhnya aku ini hanyalah insan biasa,
yang tak dapat lari dari kesilapan dan tidak sempurna,
Ampunkanlah ku jua......


KETIKA BERGEMBIRA MENYAMBUT LEBARAN INI, JANGANLAH DILUPAI SAUDARA2 KITA YANG KURANG BERNASIB BAIK, MEMANDULAH DENGAN PENUH HATI2, MALANG TIDAK BERBAU, BERINGAT SEBELUM DILANDA TRAGEDI!

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN DARI KAMI PAKTANI & MAKTANI!!!

Rabu, September 17, 2008

Assalamulaikum w.b.h!

Atas permintaan rakan-rakan pengunjung HSP, saya akan menganjurkan kembali Kursus Teori & Amali Projek Tanaman Serai. Maklumat kursus adalah seperti berikut:

Tarikh: 11 Oktober 2008 (Sabtu), 12 Oktober 2008 (Ahad)
Waktu: 9.30 pagi hingga 5 ptg
Jangkamasa Kursus: Setengah hari
Lokasi : Kebun PakTani (sila lihat peta lokasi pd blog)
Pakaian: Pakaian ke ladang / tak formal & selesa
Makan & minum adalah disediakan.
Kemudahan tempat solat & tandas. (Lokasi berhadapan Masjid)
Yuran Kursus : RM 100.00 seorang
(Bayaran deposit RM50 hendaklah dibank-in kan selewat2 nya 3 hari sebelum tarikh kursus. Sila simpan resit bayaran bank untuk rujukan kelak, atau jikalau tidak sempat hubungi saya terus)

Sila bank-in kan kedalam akaun berikut: Maybank - 105046374419 (Faread b Baharuddin)

Sila telefon atau sms saya pada 0196823911 untuk sebarang pertanyaan & penyertaan kursus.


Nota Tambahan: Bagi mereka yang ingin membawa kuih muih hari raya utk sama2 meraikan Aidilfitri bersama rakan2 baru semasa kursus adalah dialu-alukan.

Isnin, September 15, 2008

Kursus kali ini dibuat atas permintaan rakan-rakan yang inginkan info & teknikal projek sebelum kedatangan Ramadhan. Ikutkan dah tiada lagi sesi kursus, namun untuk tak mengecewakan rakan2, saya bukakan juga peluang kai ini. Walaupn bilangan peserta tidak ramai, 6 orang sahaja (seorang pada sabtu 30 Ogos 5 orang pada 31 Ogos), namun kandungan kursus & isinya tetap sama. Cuma ketika sesi makan minum je aku bawa peserta keluar makan. (katering tak nak layan jumlah peserta sedikit).

Sesi Sabtu 30 Ogos

Peserta cuma seorang, Sdra Zaidi dari klang. Seorang Usahawan ternakan lembu. sedang berusaha mendapatkan tanah untuk membesarkan projek ternakan dan juga untuk tanaman serai. Otai ternakan lembu ni beb. Rupa-rupanya Sdra Zaidi ni kenalan rapat dengan Tok Sabri (peserta kursus lepas). Sesi teori kali ini lebih kepada perbincangan bagaimana untuk melaksanakan projek dengan kos yang terendah dan mengeluarkan hasil yang optimum. Perbincangan juga lebih kepada corak pasaran & analisa permintaan terkini. Daripada apa yang diberitahu padaku, Sdra Zaidi ini kemungkinan besar akan melibatkan diri dalam industri pemprosesan serai sekaligus membuka peluang kepada rakan2 utk memasarkan hasil masing2 kepada beliau kelak. Insyaallah.

Sdra Zaidi Bin Zainal

Sesi Ahad 31 Ogos

Sesi hari ini, untuk sarapan pagi, aku beli nasi lemak bungkus & kuih muih sahaja, Aku pun tak jangka sangat jumlah peserta yang hadir untuk hari ini, jangkaannya cuma 3 orang. Namun yang hadir 5 orang. Alhamdulillah. Aku tak kisah sebenarnya berapa ramai yang hadir pun, bukan nak mengejar jumlah peserta yang ramai, cuma nak bantu rakan2 yang perlukan bantuan teknikal. Itu sahaja. Kalau ikutkan nak cari duit dari kursus, dah lama aku join Syarikat CF buat ceramah bagi pihak diorang. Ada juga syarikat yang 'offer' aku RM1500 untuk satu sesi teori.. Tapi aku tolak kerana kasihan pada peserta mereka nanti yang mungkin terpaksa bayar lebih. Niat aku pun bukan cari makan macam itu. Yuran yang aku kenakan bagi kursus kelolaan aku ini pun bagi buat melepas kos2 yang terlibat seperti buku panduan, kertas kerja, makan minum dan hal2 yang berkait.

Kursus sesi hari ini adalah sama seperti semalam, bersesuaian dengan jumlah peserta yang kecil, tumpuan adalah lebih kepada teknikal sama seperti semalamnya. Sayangnya 'cameraman' aku lupa nak suruh kami bergambar beramai2, lagipun hujan . Selepas makan tengah hari, kursus selesai dan semuanya bersurai. Pada sesi hari ini pun aku tak berapa sihat sebenarnya, migrain datang tetiba pulak. Namun kerana sudah berjanji, aku gagahkan juga sesi kali ini.

Peserta yang hadir sesi ini dalah Sdra Mohd khidir dari Legong, Rembau. Bakal seorang usahawan tani muda yang sedang memulakan projek fertigasi & tanaman serai sebagai tanaman projek tambahan seluas 3 ekar. (tak sangka, kawasan dekat shj, namun berjumpa di blog, nanti aku akan selalu lawat projek anda bro! Nak belajar bab fertigasi pula.). Abang Noordin dari Shah Alam pula tiba paling awal, cadangan untuk mengusahakan projek serai sebagai persediaan sebelum bersara dari berkhidmat dengan kerajaan negeri selangor. Sdra Rodzi & Sdra Fauzi datang bersama Sdra Zainal & akan memulakan projek di kampung bersebelahan tapak projek aku. (lagi satu kes pertemuan di blog). Kalau projek dah nak mula nanti, bolehlah aku selalu bertandang kesana. Hehehehe. Sdra marzuki pula seorang kenalan yang baru bertemu selepas beberapa perbualan ditelefon, org kampung juga. Beliau pakar dalam bidang tanaman jarak. Kebetulan punyai kenalan yang mengusahakan pemprosesan serai dan katanya market tersedia untuk rakan2 penanam serai. Cuma perlukan sedikit perbincangan sahaja untuk 'konpom'kan market & harga. Insyaallah.

Selepas beberapa sesi kursus yang dijalankan, banyak yang aku pelajari, dari segi masalah projek, market, kepincangan logistik dan yang paling penting, aku kenali banyak kenalan baru. Secara tak langsung, lubang market pun banyak. Cuma maslah yang ketara sekarang ni, serainya sahaja belum mencukupi. Insyaallah dengan networking yang ada, masalah market atau produk mungkin dapat diatasi. Cuma yang penting adalah untuk berkumpul kembali beramai2 untuk membincangkan lagi secara terperinci perjalanan kumpulan networking ini.

Kepada semua yang telah hadir pada kursus yang saya anjurkan selama ini terima kasih kerana sudi hadir dan banyak perkara saya pelajari dari anda semua. Jikalau ada sebarang isu yang menjengkelkan atau rasa tidak puashati dengan perjalanan kursus yang telah dihadiri, saya memohon jasabaik tuan-puan untuk memberikan komen2 dengan meng'email' saya supaya saya boleh menyediakan kursus yang terbaik dimasa akan datang. Segala komen saya terima dengan hati terbuka. Saya minta maaf atas segala kekurangan disepanjang perjalanan kursus tempoh hari. Saya yakin, suatu hari nanti kita akan berjumpa kembali untuk membincangkan isu menubuhkan kumpulan networking serai ini. Insyaallah.

sarapan nasi lemak bungkus & teh 'o'

Dari kiri : Sdra Marzuki, Sdra Khidir, Sdra Noordin, PakTani, Sdra Fauzi, Sdra Rodzi & Sdra Zainal.

Walaupun tak ramai, praktikal tetap dijalankan!

Maaf kerana lama tak post sesuatu pada blog, bulan puasa ni macam malas je nak ngadap Pc...Tapi bila terpikir yang gambar2 kursus terakhir belum dimasukkan kedalam blog, jadi sebelum kerja banyak tertangguh ingatan makin kurang, baik aku update dulu blog ni.


Kursus sesi ketiga 20 Ogos 2008

Dari kiri barisan belakang: Sdra Hasnan, Sdra Fildza, Sdra Shahiful, Sdra Kamaruddin, Sdra A.Manaf (ujang). Barisan tengah: Puan Mariah, Hajjah Jamiatun, Sdra Nor Azam, Abg Roslee & Puan Azizah. Barisan Hadapan: Sdra Mohd Nabil, Sdra Mohd Uzair, Tok Sabberi (http://toksabri.blogspot.com/) & Pak Tani.

Tabik hormat dariku kepada peserta2 kursus kali ini yang sanggup datang dari jauh semata2 mencari ilmu. Kepada Puan Mariah & anaknya Sdra Nabil dari Alor Star yang menaiki bas malam sebelumnya dan sampai awal pagi di hentian bas Jln Duta yang kemudiannya dijemput pula oleh Hajjah Jamiatun & anak2, sahabat lama beliau sebelum terus ke Rembau bagi mengikuti kursus kali ini dan juga kepada Abg Roslee sekeluarga (bersama isteri Puan Azizah dan 2 anak perempuannya) yang meredah kepekatan malam lebuhraya utara-selatan dari Pulau Pinang juga sanggup hadir demi ilmu. Kebetulan pula Puan Mariah dan Puan Azizah adalah sahabat lama yang sudah berbelas tahun tidak berjumpa.. Tak sangka berjumpa ketika kursus serai kali ini. Alahamdulillah. Tak lupa juga kepada Sdra Kamaruddin & Ujang dari Batu Pahat dan Saudara2 dari Klang terutamanya Sdra Hasnan yang retak kakinya selepas bermain futsal malam sebelumnya. Tabik kerana bersusah payah berdengkut2 untuk kemajlis ilmu ini.. Kepada Tok Sabri, Sdra Shahiful & rakan2 yang suka berjenaka tak habis2 berceloteh tentang batu serai, nanti kalau ada serai berbunga, saya akan bagitau kalian. Hehehe. Syukur Alhamdulillah, sesi kali ini berjalan baik, cuaca pun cerah. Terima kasih atas kehadiran semua. Insyaallah kita kan berjumpa kembali.

Kali ini isteriku ada bersama membantu!
Taklimat Teori Pengurusan serai
Shahifol sibuk menjenguk kalau2 ada batu serai! hehehe

Praktikal lepas tuai
Praktikal Menanam
Puan Mariah & Hajjah Jamiatun turut serta menanam

Sesi Tambahan, menuai hasil2 kebun.. hehehe

 

blogger templates | Make Money Online