Ahad, September 28, 2008
Sedar tak sedar, hari ni dah 28 Ramadhan 1429......Begitu pantas masa berlalu & pada tahun ni spesel sikit... Segalanya berubah setelah hidup berdua. Hehehehe... Tahun ini, aku mengerjakan puasa bersama2 isteri, walaupun berjumpa 2 minggu sekali, namun dapat juga merasa berpuasa & berbuka bersama2... Biasalah, isteri ku kini menuntut di Institut Perguruan Persekutuan di Gelugor, Pulau Pinang. Nak balik tiap minggu tu memang parah juga. Nak2 pula tahun ni ekonomi agak meleset dengan harga barang, tambang yang melambung ekoran harga minyak yang naik banyak tetapi turun sikit2... Hasil mangga dari kebun pun tak seberapa, mangga tak sempat dituai dah jadi habuan lembu2 bertuan yang terbiar... Dugaan sungguh. Serai aku pula baru berumur 4 bulan. Tak apalah... ujian aku untuk tahun ini.
Berkenaan serai pula, banyak panggilan yang ku terima memohon bantuan pasaran, bila dah ikhtiarkan pertolongan, lain pula jadinya... Tak apalah... aku bantu sahaja, nak terima atau tidak, terpulanglah. Bukan aku yang tercari2 tetapi orang yang minta bantuan. Bengang tu memang ada, malu pun ada.... Tak kisahlah... 2 hari lepas, semasa tengah panjat atas pokok mangga untuk buang dahan2 yang meninggi, aku terima panggilan dari seorang rakan baru memohon bantuan untuk 'supply' pada mereka bekalan serai secara berpanjangan. Aku ingat 2-3 tan sehari... tetapi memeranjatkan apabila mereka perlukan bekalan serai sebanyak 500tan sebulan secara berkala. Fuyyyoooooo!!!! Banyak tu... macam mana nak supply ni? Daripada gambaran kasar rakan2 yang bersama buat projek tanaman serai ni, bekalan sebenarnya bukan suatu masalah... yang menjadi masalah sebenarnya yang buatkan supply pada pasaran terbantut adalah dari segi logistik dan tenaga kerja. Sesiapa pun boleh buka ladang sebesar mana yang mereka mampu, namun untuk menuai? Kemampuan untuk mengeluarkan tuaian 1-2 tan sehari adalah amat terhad. Kos tenaga kerja harian juga makin meningkat... Untuk supply yang besar secara berkala pula sudah tentu harga yang ditawarkan agak rendah daripada harga pasaran biasa. Secara rasionalnya pula, kita lebih selesa mencapai target harian yang permintaannya antara 300-500 kg yang harganya dalam lingkungan RM1.50-RM2.00. Untuk supply skala besar, kita biasanya menolak dengan alasan, harga yang ditawarkan murah, sedangkan kita boleh juga supply kepada 2-3 pihak sekaligus. Apa salahnya supply kepada banyak pihak? Selagi permintaan ada. Inilah isu yang perlu kita fikirkan bersama. Kita menolak permintaan yang banyak hanya kerana kita kekurangan tenaga kerja untuk menuai & membersihkan serai utk pasaran. Kita sama2 fikirkan penyelesaiannya... Insyaallah akan ada jalan kalau kita muafakat.
Siang tadi, aku melunaskan tanggungjawabku menunaikan zakat fitrah buat bagi diriku dan isteriku (kali yang pertama setelah bergelar suami) Alhamdulillah......
Dan untuk pertama kali juga, aku bakal berhari raya bersama keluarga mertua...
Sepanjang Ramadhan tahun ini, aku tertanya2,
cukupkah amalan yang telah kulakukan
atau yang hanya kuterima hanyalah rasa berlapar dahaga sahaja?
Sempurnakah ibadah ku ini?
Diterimakah amalan ku sepanjang Ramadhan Al-Mubarak tahun ini?
Adakah aku masih berkesempatan melalui bulan Ramadhan yang dimuliakan yang dipenuhi rahmat buat umat Muhammad S.A.W di tahun hadapan?
Belumpun berpisah denganmu,
aku sudah mula merinduimu..Ya Ramadhan....
Apapun bahagian ku didalam bulan ini,
aku mengangkat seribu kesyukuran ke hadrat Illahi kerana masih bernafas hingga kini,
bersyukur kerana masih boleh menyebut namaMu,
bersyukur kerana masih gagah dalam mengerjakan ibadah solat,
bersyukur kerana masih bertenaga bekerja dibawah terik mentari meskipun berpuasa,
bersyukur kerana masih mempunyai daya untuk memohon keampunan dan memanjat kesyukuran pada Mu Ya Allah....
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yg menciptakan segenap alam,
Ampunilah dosa dosaku,
ampunkanlah kekhilafanku,
ampunkanlah ketelanjuranku,
terimalah taubatku, terimalah ibadatku,
berilah diriku hidayah, pimpinlah daku kejalan yang diredhaiMu,
jadikanlah aku hamba yang berjaya di dunia dan akhirat,
berikanlah diriku peluang sekali lagi
untuk mengecap nikmat bulan Ramadhan ditahun hadapan,
Amin Ya Rabbal Alamin.
Sebelum aku mengundurkan diri buat kesekian kali,
Disini juga, aku memohon ampun dan maaf,
atas terlanjur kata dan bahasa,
kalau2 terberi fakta yg membinasa,
atau secara tidak sengaja membuatkan anda terasa,
atau terlambat balas email yg kuterima,
atau membuat anda tertunggu2 update khabar berita,
sesungguhnya aku ini hanyalah insan biasa,
yang tak dapat lari dari kesilapan dan tidak sempurna,
Ampunkanlah ku jua......