Isnin, September 15, 2008
Sesi Sabtu 30 Ogos
Peserta cuma seorang, Sdra Zaidi dari klang. Seorang Usahawan ternakan lembu. sedang berusaha mendapatkan tanah untuk membesarkan projek ternakan dan juga untuk tanaman serai. Otai ternakan lembu ni beb. Rupa-rupanya Sdra Zaidi ni kenalan rapat dengan Tok Sabri (peserta kursus lepas). Sesi teori kali ini lebih kepada perbincangan bagaimana untuk melaksanakan projek dengan kos yang terendah dan mengeluarkan hasil yang optimum. Perbincangan juga lebih kepada corak pasaran & analisa permintaan terkini. Daripada apa yang diberitahu padaku, Sdra Zaidi ini kemungkinan besar akan melibatkan diri dalam industri pemprosesan serai sekaligus membuka peluang kepada rakan2 utk memasarkan hasil masing2 kepada beliau kelak. Insyaallah.
Sdra Zaidi Bin Zainal
Sesi Ahad 31 Ogos
Sesi hari ini, untuk sarapan pagi, aku beli nasi lemak bungkus & kuih muih sahaja, Aku pun tak jangka sangat jumlah peserta yang hadir untuk hari ini, jangkaannya cuma 3 orang. Namun yang hadir 5 orang. Alhamdulillah. Aku tak kisah sebenarnya berapa ramai yang hadir pun, bukan nak mengejar jumlah peserta yang ramai, cuma nak bantu rakan2 yang perlukan bantuan teknikal. Itu sahaja. Kalau ikutkan nak cari duit dari kursus, dah lama aku join Syarikat CF buat ceramah bagi pihak diorang. Ada juga syarikat yang 'offer' aku RM1500 untuk satu sesi teori.. Tapi aku tolak kerana kasihan pada peserta mereka nanti yang mungkin terpaksa bayar lebih. Niat aku pun bukan cari makan macam itu. Yuran yang aku kenakan bagi kursus kelolaan aku ini pun bagi buat melepas kos2 yang terlibat seperti buku panduan, kertas kerja, makan minum dan hal2 yang berkait.
Kursus sesi hari ini adalah sama seperti semalam, bersesuaian dengan jumlah peserta yang kecil, tumpuan adalah lebih kepada teknikal sama seperti semalamnya. Sayangnya 'cameraman' aku lupa nak suruh kami bergambar beramai2, lagipun hujan . Selepas makan tengah hari, kursus selesai dan semuanya bersurai. Pada sesi hari ini pun aku tak berapa sihat sebenarnya, migrain datang tetiba pulak. Namun kerana sudah berjanji, aku gagahkan juga sesi kali ini.
Peserta yang hadir sesi ini dalah Sdra Mohd khidir dari Legong, Rembau. Bakal seorang usahawan tani muda yang sedang memulakan projek fertigasi & tanaman serai sebagai tanaman projek tambahan seluas 3 ekar. (tak sangka, kawasan dekat shj, namun berjumpa di blog, nanti aku akan selalu lawat projek anda bro! Nak belajar bab fertigasi pula.). Abang Noordin dari Shah Alam pula tiba paling awal, cadangan untuk mengusahakan projek serai sebagai persediaan sebelum bersara dari berkhidmat dengan kerajaan negeri selangor. Sdra Rodzi & Sdra Fauzi datang bersama Sdra Zainal & akan memulakan projek di kampung bersebelahan tapak projek aku. (lagi satu kes pertemuan di blog). Kalau projek dah nak mula nanti, bolehlah aku selalu bertandang kesana. Hehehehe. Sdra marzuki pula seorang kenalan yang baru bertemu selepas beberapa perbualan ditelefon, org kampung juga. Beliau pakar dalam bidang tanaman jarak. Kebetulan punyai kenalan yang mengusahakan pemprosesan serai dan katanya market tersedia untuk rakan2 penanam serai. Cuma perlukan sedikit perbincangan sahaja untuk 'konpom'kan market & harga. Insyaallah.
Selepas beberapa sesi kursus yang dijalankan, banyak yang aku pelajari, dari segi masalah projek, market, kepincangan logistik dan yang paling penting, aku kenali banyak kenalan baru. Secara tak langsung, lubang market pun banyak. Cuma maslah yang ketara sekarang ni, serainya sahaja belum mencukupi. Insyaallah dengan networking yang ada, masalah market atau produk mungkin dapat diatasi. Cuma yang penting adalah untuk berkumpul kembali beramai2 untuk membincangkan lagi secara terperinci perjalanan kumpulan networking ini.
Kepada semua yang telah hadir pada kursus yang saya anjurkan selama ini terima kasih kerana sudi hadir dan banyak perkara saya pelajari dari anda semua. Jikalau ada sebarang isu yang menjengkelkan atau rasa tidak puashati dengan perjalanan kursus yang telah dihadiri, saya memohon jasabaik tuan-puan untuk memberikan komen2 dengan meng'email' saya supaya saya boleh menyediakan kursus yang terbaik dimasa akan datang. Segala komen saya terima dengan hati terbuka. Saya minta maaf atas segala kekurangan disepanjang perjalanan kursus tempoh hari. Saya yakin, suatu hari nanti kita akan berjumpa kembali untuk membincangkan isu menubuhkan kumpulan networking serai ini. Insyaallah.
sarapan nasi lemak bungkus & teh 'o'
Dari kiri : Sdra Marzuki, Sdra Khidir, Sdra Noordin, PakTani, Sdra Fauzi, Sdra Rodzi & Sdra Zainal.
Walaupun tak ramai, praktikal tetap dijalankan!