Rabu, Oktober 15, 2008

Sekitar kursus 12 Okt 2008

Kursus 12 okt 2008 (Ahad) dalam kenangan...

Dari kiri: Puan Aznitazulie, Sdra Shahril, Sdra Mohd Hafezzul, En. Mohamad Azri,
En. Kamarudin, En. Mohamad Hamzah, En. Yusof.


Sesi pagi: Teori


Sesi Perbincangan... ala2 santai gitu..

Penerangan pertumbuhan tanaman serai



Menuai..Kepit bang...


Proses melerai/membersih tuaian


Tuan Hj Awaluddin, (berkopiah putih, ayah Pn Aznitazulie), sifu aku masa belajar di unit ladang, UPM!


Kursus kali aku berjalan seperti biasa, peserta kursus awal2 lagi dah sampai. Rata2 datang dari Kuala Lumpur & Selangor, kecuali En Mohamad Hamzah yang datang dari Sarawak & anak saudara beliau En. Kamaruddin dari Trengganu. Beliau bertugas di Jabatan Laut di Kuching. Menghadiri kursus sebagai persediaan menjalankan projek selepas bersara nanti. En. Yusof pula menemankan rakan beliau En Mohamad Azri. kedua-duanya dari Putrajaya. Sebelum ini isteri En Yusof pernah menghadiri kursus yang sama pada sesi ke 2 iaitu Pn Rohani. Sdra Hafezzul dari Bandar Tun Razak. Datng mewakili ayah beliau En. Hamdan utk mendapatkan ilmu bagi mengerjakan tanah mereka di Grik nanti. Khabarnya mereka akan turun setiap hujung minggu ke Grik untuk mengerjakan projek ini. Syabas diucapkan! Tak ramai yang sanggup berulang alik sejauh ini demi menjalankan projek. Sdra Shahril pula dari Shah Alam, ditemani anak sulung beliau yang comel. (peserta termuda hingga kini...tak ada lagi yang boleh lawan...hehehe) bakal memulakan projek di Slim River nanti. Insyaallah. Last but not least... Puan Aznitazulie dari Kota, N.sembilan. Secara kebetulan, beliau adalah anak kepada sifu aku semasa aku menuntut di UPM dahulu. Tuan Haji Awaludin dari unit Buah-buahan di UPM. Tak sangka pula Tuan Haji Awaluddin sanggup hadir pada petangnya untuk bertemu denganku. Terima kasih tuan!

Terima kasih kepada peserta yang telah sudi hadir kali ini. Maafkan kiranya ada kekurangan kali ini, maklumlah last-minit katering tak dapat bekalkan makanan. terkejar2 aku dibuatnya. Terima kasih kalian. Harap dapat berjumpa kembali nanti! Insyaallah.

2 Comments:

  1. keychain747 said...
    Teruja baca tentang kursus ni. Hajat hati, kalau jadi resign hujung tahun ni, nak terjun dalam bidang pertanian. Memang masa sekolah dulu pun anak petani dan memang tetap minat bertani. Kurang stress dari kerja aku sekarang. Kalau jadi resign nanti, nak attent kursus ni pdbun 12 ni. Kalau ada kursus masa tu, contact lah ye.
    keychain747@yahoo.com
    Pak said...
    Salam Keychain,

    Terima kasih, kalau nak resign n ceburkan diri dalam bidang ni, kena pikir masak2 dulu, buat sementara, kerjakan dahulu pertanian (tanaman serai) sebagai part-time, dah secure, income dah stabil, bolehlah buat full-time...

    Insyaallah ada kursus bulan 12 nanti saya inform. :)

Post a Comment



 

blogger templates | Make Money Online