Ahad, Oktober 19, 2008
Sekadar untuk berkongsi dengan rakan2 seperjuangan...
Baru2 ini aku terima sms daripada seorang rakan seperjuangan meminta bantuan mengenai masalah yang dihadapi beliau. Beliau mengirimkan gambar2 masalah tanaman beliau kepada aku. Disini, aku ingin berkongsi maklumat yang aku sampaikan kepada beliau, manalah tahu rakan2 lain pun mempunyai masalah yang sama.
Kes 1:
Bintik2 keputihan pada daun (gambar kurang jelas)
1. Gambar agak kurang jelas, kelihatan seperti koya pun ya (bintik2 putih), kalau koya, ia akan menghisap cairan daun dan ini akan menyebabkan daun mengering, kemudian, koya akan merembeskan cairan/manisan dr duburnya dan menitis atas permukaan daun, cairan ini pula akan menarik kedatangan kulat2 pada permukaan daun sekaligus menyebabkan kerosakan/kekeringan pada daun. Jikalau betul koya, masalah ini boleh diatasi dengan menyembur Malathion ataupun Decis (racun serangga). Campurkan sedikit Mancozeb (racun kulat) bersama ketika penyemburan. Penyemburan dibuat pada awal pagi.
2. Kalau kulat putih, ini mungkin berlaku sebab keadaan hujan yang turun pada ketika ini, panas & lembab mengakibatkan kedatangan kulat2 ini. Penggunaan baja semburan (baja cecair) juga menyumbang kepada masalah ini. Tinggalan sisa baki baja pada daun akan menarik kedatangan kulat2 ini dan tumbuh pada permukaan daun. Penyelesaiannya, Ketika membaja siraman ini, tuan campurkan sedikit Mancozeb kedalam larutan baja & semburkan sekali. Buat awal pagi juga.
Kes 2:
Helaian daun mengering (rumpun berumur 2 bulan)
1. Mengering disebabkan oleh kepanasan baja, - Kurangkan sedikit dos larutan baja. Jikalau membuat baja siraman, buat siraman pada awal pagi kerana stoma (mata) daun terbuka pada waktu pagi, (mudah penyerapan baja oleh daun). Waktu tengahari, campuran air & baja mungkin cepat tersejat dan sisa baki baja (yang rata2 kandungan N tinggi) yang terlekat pada daun akan melecuhkan daun. Ini juga mengakibatkan daun mengering.
2. Kawasan/helaian daun yang mengering mungkin terkena racun rumpai. Ketika merumpai, kemungkinan angin bertiup kuat dan titisan racun terkena pada daun. Saya syorkan ketika serai telah ditanam, hanya gunakan Racun Rumpai Diuron sahaja. Diuron kalau disembur terus pada rumpun serai, tak akan memberikan kesan pada tanaman serai.
4. Pereputan. Daun juga mengering disebabkan pereputan pada pangkal upih daun. Pereputan berlaku sebab
1. upih daun sudah tua,
2. sebab keadaan rumpun lembab.
Keadaan pangkal rumpun yang lembab juga menyumbang kepada situasi ini.
Boleh juga disembur Malathion pada serai. saya syorkan untuk menjimatkan kos operasi, ketika membaja (siraman) campurkan sekali Malathion & mancozeb pada larutan baja. Jadi secara tak langsung, tanaman dapat baja, terlindung daripada serangan serangga & kulat.
*Kes2 diatas adalah berdasarkan kenyataan rakan tersebut, yang beliau membaja dengan baja siraman. (liquid fertilizer)
Tips membaja & meracun:
Ketika membaja (siraman sahaja), meracun (tak kira racun rumpai, kulat atau serangga), sebaik-baiknya kerja2 menyembur dibuat pada awal pagi ketika matahari belum tegak diatas kepala. Sebaiknya sebelum 10 pagi. Kerana:
1. Pada waktu pagi, stoma pada permukaan daun masih terbuka, memudahkan penyerapan baja oleh tanaman. Jika meracun rumpai, stoma juga terbuka, ini memudahkan racun rumpai menyerap masuk kedalam bahagian rumpai. (kebanyakan racun rumpai adalah racun jenis sistemik/serap) Diuron adalah jenis sistemik. Ini mengurangkan pembaziran.
2. Bagi racun serangga & kulat, serangga pada awal pagi adalah kurang aktif, jadi mudahlah kawalan dibuat. (masih berada dikawasan rumpun). Racun kulat juga elok dibuat awal pagi kerana kebanyakan racun kulat adalah copper based. Kalau buat tengahari, tumbuhan juga akan melecur.
3. Keadaan embun yang masih belum tersejat membantu menyebarkan/meratakan semburan pada tanaman atau rumpai.
Diharap maklumat ini dapat membantu rakan2 semua. Jikalau ada terjumpa masalah lain pada kawasan tanaman anda, silalah berkongsi bersama. Hantarkan email gambar2 masalah anda pada saya. Insyaallah saya akan cuba bantu menyelesaikan kekusutan anda.